**Ayat Seribu Dinar**

**Ayat Seribu Dinar**
Mafhumnya:

Barangsiapa yang bertakwa kepada Allah, nescaya Allah akan lepaskan ia dari masalah hidup Dan diberikannya rezeki dari sumber yang tidak diduga. Dan barangsiapa yang bertawakkal kepada Allah, nescaya Allah akan mencukupkan keperluannya. Sesungguhnya Allah melaksanakan urusan ( yang dikehendaki ) Nya. Sesungguhnya Allah telah mengadakan ketentuan bagi tiap-tiap sesuatu.

Thursday, March 19, 2009

Terkenangku Di Zaman Silam


Salam buat semua...

Hari ni kerja aku kemas-kemas store jap sebab office nak pindah ke pasir pekan akhir bulan ni..
Pastu continue main internet hehe.. edit blog cikit-cikit maklumla baru blaja..huhu
Bila duduk saje-saje ni terkenang waktu lampau.. bestnye time blaja dulu..
paling suka waktu sekolah menengah dan matrik.. best sangat

Masa sekolah rendah aku banyak main-main, tak tahu apa itu belajar.. tahu nak main jer hehe
Jangan harap aku nak ulangkaji bila abis sekolah masa kecil-kecil dulu. Balik sekolah je mesti tak sabar tunggu waktu petang untuk main-main bersama rakan sebaya. Time Cikgu ajar pun boleh lagi duduk main-main. Aku masih ingat satu-satunya buku rujukan UPSR yang aku ada buku sains je, tu pun tak pernah baca. Kelakar pula bila ingatkan balik.

Sekolah Menengah alhamdulillah jumpa kawan yang rajin-rajin semua dan dari situ aku mendapat semangat untuk belajar. Nur Suhana kawan baik ku di waktu sekolah menengah. Dia cukup rajin belajar dan sentiasa membakar semangatku untuk belajar. Dari situ aku mula mengenal erti kepentingan ilmu. After PMR dia mendapat tawaran ke MRSM manakala aku setia bersama SEMENZA sebab aku tak apply pun untuk pergi boarding school, lebih selesa belajar di samping arwah bonda tercinta. Form 4 pula dapat sorang lagi member ni yang cukup rajin dan bercita-cita menjadi Dr, insyaallah will become a Dr next year. Dia juga banyak ajar aku untuk struggle for four flat at KMNS. Jasa guru-guru ku di SEMENZA dan mana-mana sahaja tak dapat aku lupakan..sayang semua cikgu..

aspecially SEMENZA~ cikgu Marina-add math, Madam Koid-add math, cikgu Mariam-math mod, Mr Eng-fizik,cikgu Nas-fizik, cikgu pa-kimia n semuala..ni subjek paling aku suka ingat sampai skang

KMNS ~ Cik Yat, En Faizal, Cik Fazilah, Pn suzyliana, Pn Normawati etc

UUM ~ En Izwan, Pn Rafidah, Cik Idariyana, Cik Adyda, Pn Norhafiza, Pn Hawa, Pn Faezah, Pn Muslihah, Pn Azura, Dr Engku,Pn Zurina etc

~banyak lagi yang tak tertulis di sini, ampun maaf ku pinta dari semua guru-guruku andai murid mu ini tersalah bicara, terkasar tutur bahasa. Tanpa cikgu siapala saya.

pada semua guru-guruku yang banyak megajar terima kasih banyak-banyak, moga Allah membalas jasa cikgu-cikgu semua dan moga cikgu diberkati Ilahi dunia akhirat hendaknya..amin

Kepada Semua kawan-kawanku ~ Suhana, Wani, Sue, Rofi, Bushro, Aileen, Cetul, Kakak, Adik, Pek, Nifah, Juhaini, Sal, Nabila, Din, Salwa, Kak Yang n semua la miss u all so much..


No comments: