Sebaik-baik rujukan dan ilmu adalah Al-Quran, bukti Allah yang memberi nikmat, sedarlah duhai manusia yang lemah, tiada engkau berkuasa dengan kehendak Allah dan janganlah engkau bongkak dengan nikmat sebesar kuman yang Allah kurniakan kepada engkau. Insaflah kamu sebelum Allah menarik balik nikmat yang dikurniaNYA kepadaMU!!! Sedarlah sesungguhnya engkau tidak mampu berdiri walau sebelah kaki pun tanpa bantuan ALLAH dan pangkat darjah yang diberikan kepadaMU hanyala sebagai ujian dariNYA untuk meguji sejauh mana kamu bersyukur dengan nikmatNYA. Oleh itu janganla engkau memaki hamun dan mengherdik insan yang lebih rendah pangkatnya darimu kerana mereka juga hamba ALLAH yang tidak ada bezanya darimu serta bantulah mereka andai kamu diberi kesenangan oleh ALLAH.
hanya ALLAH yang maha ESA, tiada yang lagi berkuasa selain MU Ya ALLAH, berikanlah kesedaran kepada kami hamba-hamba mu yang terlalu taksub dengan nikmat kurniaan MU ya ALLAH..
Arini lelah la rasa,penat rasa tak cukup nafas, tersalah makan buah tembikai susu. Aku memang alah buah ni tapi aku suka sangat buah ni. Arini keje kene compile sume file 2008/2007. Sampai bila ye nak keje sini, hanya Allah yang tahu.
Dah dapat kerja elok tolak sebab janji-janji universiti yang suke permainkan insan lemah seperti aku, suka ambil kesempatan atas kecuaian aku. Kalau fikir balik nape ye perkara ni terjadi. Ape pun benda ni semua terjadi disebabkan insan yang tak bertanggungjawab, yang ego dengan pangkat yang di sandang, berlagak atas kurniaan sementara Allah. Kadang-kadang aku termenung merenungkan nikmat sementara kurniaan Allah, mengapa manusia terlalu taksub mengejar duniawi sehingga tidak mahu berkongsi walau sedikit pun nikmat hadiah yang Allah berikan dengan hamba Allah yang lain. Tidakkah mereka sedar bahawa sekelip mata sahaja Allah boleh menarik balik kurniaannya dan boleh menimpakan mala petaka yang dasyat kepada sesiapa sahaja yang DIA kehendaki..kun fayakun..maka jadilah apa yang dikejendakiNYA... Ya Allah tunjukkanla aku jalan redha mu. Sekiranya ujian mu ini untuk menjadikan aku lebih tabah, KAU kurniakanlah aku yang lebih baik daripada yang aku lepaskan dan kau tunjukkanlah jalan pulang ke pangkal jalan kepada hamba-hamba mu yang lalai..amin.
No comments:
Post a Comment