Google

**Ayat Seribu Dinar**

**Ayat Seribu Dinar**
Mafhumnya:

Barangsiapa yang bertakwa kepada Allah, nescaya Allah akan lepaskan ia dari masalah hidup Dan diberikannya rezeki dari sumber yang tidak diduga. Dan barangsiapa yang bertawakkal kepada Allah, nescaya Allah akan mencukupkan keperluannya. Sesungguhnya Allah melaksanakan urusan ( yang dikehendaki ) Nya. Sesungguhnya Allah telah mengadakan ketentuan bagi tiap-tiap sesuatu.

Pahit Manis Kehidupan  

Friday, September 23, 2011

Alhamdulillah masih diberi kesempatan bernafas hingga ke saat ini. Syukur tidak terhingga kehadratMu ya Allah, keranaMu aku di sini dan kepadaMu aku akan kembali. 3 hari dari sekarang tanggal 26.9.2011 konvo masterku akan berlangsung. Pejam celik tamat sudah proses pembelajaran diriku kini brgelar pendidik. Termenung sejenak teringat kisah lampau tatkala diri ini masih di awan awangan dan ke hulu ke hilir menghadiri temuduga, tercari-cari arah tuju sebuah kehidupan. Insan di luar yang tidak mengenali aku dengan lebih rapat mungkin beranggapan diriku amat bertuah kerana tiada halangan untuk menyambung pelajaran. Proses pembelajaran berjalan lancar sehingga ke tahap sarjana. Tamat SPM, terus ke matrikulasi, sarjana muda dan sarjana. Mulut senang menyebut, mata senang memandang, hanya pada Allah tempatku bermohon agar diri dilindungi dan dipermudahkan dalam segala urusan. Tiada yang lain selain dia yag mampu memberi mahupun menarik balik setiap pemberian.Setiap insan dilahirkan dengan ilmu yang kosong, namun kita yang memilih hala tuju sama ada mahu ke hadapan ataupun ke belakang. Dilahirkan sebagai anak bongsu mungkin sedikit sebanyak membantuku untuk lebih berdikari kerna tiada lagi adik2 yang berada di bawah tanggunganku. Bergelar anak yatim tatkala berusia 14 tahun setelah kembalinya ayahanda ke rahmatullah menjadikan diri lebih tabah menghadapi hari muka untuk memberikan yang terbaik buat arwah bonda. Kehidupan sederhana yang hanya bergantung sepenuhnya pada hasil jualan nasi lemak arwah ibu membuatkan diri ini lebih kental untuk memberi yang terbaik buat beliau. Betapa bangga ibu tatkala dipanggil pihak sekolah untuk mewakili ku naik ke pentas menerima saguhati pelajar cemerlang SPM 2003. Hadiah ini untuk ibu, untuk jasad tua yang tidak pernah mengenal erti penat mencari nafkah suapan kami sekeluarga. Namun itu semua cerita lama, cerita semasa usiaku masih di awal remaja. Ajal maut di tangan Allah dan ianya telah ditetapkan sejak kita dilahirkan. Belum sempat menamatkan sarjana muda, semasa di semester 5 pengajian, ibu pergi ke menemui penciptanya. Hanya sempat menghantarku semasa memulakan pengajian sarjana muda dan diri ini terpaksa pulang sendirian tanpa ada lagi jasad tua yang menanti dengan wajah berseri di perhentian bus tatkala diriku pulang semasa cuti semester. Bergelar yatim piatu ketika berusia 21 tahun banyak mengajarku erti sebenar sebuah keidupan. Namun ku bersyukur kerna masih diberi peluang merasai nikmat kasih sayang seorang ibu sehingga ke usia 21 tahun sedang ramai lagi insan di luar sana yang tidak pernah merasai nikmat ini sejak dilahirkan ke dunia. Atas rasa ini ku bangkit meneruskan kehidupan dan melanjutkan pelajaran ke peringkat sarjana keran ku tahu andai arwah ibu dan ayah masih ada mereka mesti gembira dengan tindakanku ini. Masih terngiang-ngiang bisikan ke telingaku saat memandikan jasad arwah ibu sebelum dikafankan. " Ma tahu anak ma tabah, jangan nangis, teruskan kehidupanMu, jadi anak solehah dan berjaya dunia akhirat". Inilah bisikan yang membangkitkan semangatku. Ku tak tahu mana datangnya bisikan ini, tetapi wajah ibu bersih dan suci seolah-olah gembira untuk menemui penciptanya saat dirinya dikafankan. Ku redha atas pemergianMu, bertemu kita pada hari pembangkitan. Ma, anakmu ini sentiasa mendoakan agar dirimu dan pasanganmu sentiasa dipelihara Ilahi di sana. Tanpamu aku luntur, tanpamu aku sendirian, namun qada' dan qadar mengajarku untuk yakin pada setiap ketentuan Ilahi. Ma, anakmu kini sudah bekerja sebagaimana yang kau impikan suatu ketika dulu. InsyaAllah berkat didikanmu, ku akan lakukan yang terbaik, mendidik anak bangsa menjadi insan berguna. Sudah dulu coretanku di sini...Wassalam..    

AddThis Social Bookmark Button
Email this post


Entry di musim cuti pertengahan semester  

Thursday, July 21, 2011

Salam,

Agak ketinggalan zaman dah blog ku ini disebabkan kemalasan yang melanda untuk mengupdate. Banyak perkara yang berlaku setahun dua ni tapi cerita ni terkubur begitu sahaja kerana tiada catatan diari di buat. Pabila usia kita meningkat, hari-hari yang berlalu dilalui begitu sahaja dan kadang-kadang kita lupa dengan aktiviti-aktiviti harian. Oleh sebab inila pentingnya diari dalam kehidupan harian supaya kisah-kisah pahit manis sepanjang kita hidup ni tak berkubur begitu sahaja.
Semester ni (Mei-october 2011) aku diamanahkan untuk mengajar 3 subjek iaitu intensive mathematics MAT037 (pra perdagangan 33 orang), Business Mathematics MAT112 (Office management 36 orang) dan Fundamental of Geometry MAT123 (30 orang) menjadikan 99 orang keseluruhannya. Sepanjang 2 semester di sini (total student =169+99=268) Angka ini dicatatkan sebagai rekod di haru tua. Tanggungjawab dipikul dengan penuh rasa komitmen. Bersyukurku ke hadrat ilahi kerana memberiku peluang ini. Aktiviti yang pernah diikuti sepanjang berada di sini (Hot Spring Sg Kelah April 2011, Teluk Batik13.5.11, Nur Lembah Lenggong, 2-3.7 2011, ronggeng2 P.Pinang 16-17.7.2011, Lankawi 22-24.7). Ketinggalan zamannye aku..nak upload gambar dalamni pun da xtaw cane huhu






AddThis Social Bookmark Button
Email this post


Offically as a lecturer at Sri Iskandar  

Saturday, June 4, 2011

Alhamdulillah rezeki semester baru tanggal June 2011 bergelar Pensyarah Matematik DM45 UiTM Sri Iskandar.

ringtone hs ku berbunyi: Assalamualaikum boleh saya bercakap dengan Cik Wan Noor Hayatie.
Me: Ye saya bercakap.
Pn Nora: Saya Puan Nora daripada uitm Shah Alam, offer letter cik sebagai pensyarah dah siap, cik nak datang ambik sendiri atau nak saya poskan.
Me: Owh ye bila saya boleh ambil puan (dengan nada excited)
Pn Nora: petangni selepas pukul 2 cik boleh datang ambil.
Me: ok nanti saya minta wakil saya amblkan

siri 2
(msg)

Me: Luv ambilkan saya nye offer letter kat uitm Shah Alam boleh lepas kul2? (nasib baik myluv nye off day harini ).
Myluv: Ye nanti abg ambilkan

Terima kasih kepada myluv yang sanggup meredah panas terik untuk mengambil offer letter ku. Jasamu ku kenang :)

Alhamdulillah ku panjatkan syukurku ke hadrat ilahi kerana dengan izinNya, dapat juga pekerjaan tetap yang telah lama ku idamkan ini. Berkat kesabaran mengajar sebagai pensyarah part time full time semester lepas, akhirnya Allah menghadiahkan ku dengan pekerjaan tetap ini. Mungkin ini juga sebagai pintu rezeki kepada kenduri yang akan berlangsung tidak lama lagi. Ya Allah rezekiMu yang melimpah ruah terhadap hamba-hambaMu tidak akan kupersia-siakan. InsyaAllah ku akan memikul tangungjawab yang di amanahkan ini sebaik mungkin dan bantulah diriku untuk terus berbakti kepada anak bangsa dan demi agama Islam tercinta    

AddThis Social Bookmark Button
Email this post


Mood: Baru habis mark paper  

Wednesday, May 11, 2011

Tamat sudah 1 sem kat Sri Iskandar.. student pun dah abis exam, paper dah abis marking. OBE dah siap isi dn g kerja men tnet je skang. Banyak betol surat cinta dapat sepanjang mark paper, antaranya:

miss tolongla bagi saya lulus, saya taknak repeat lagi, dapat C pun jadila

 miss saya berharap sangat dapat lulus subjekni

miss ni je yang saya mampu jawab, tolongla luluskan saya

sekali fikirkan kesian betul budak2 ni..bukannya kuasa aku untuk luluskan dorang tanpa sebab, kalau jawab exam betul2, test elok, kuiz tinggi, attendence full dapatla nak tolong cikitkan. Tapi kalau final teruk cane nak tolong..urm. Ramai tol fail semni. Siapa yang salah kalau mereka fail ye. Kalau ikut standard kami lecturer baru dapat kelas hujung2 n repeaters...ramaila fail. tapi kalau ikut logik bagaimana untuk mendidik mereka supaya menjadi seorang yang pandai. Bukan senang untuk membentuk seorang anak apatah lagi mendidik mereka. Jadi salah siapa jika mereka gagal? Sakit kepala lepas abis marking. Kalau dulu masa belajar setiap kali nak exam mesti demam. Sekarang pas habis tanda paper sakit kepala plak. Ramai orang kata kerja mengajar ni senang. Memang nampak senang duk dalam aircond, masa pun flexible, tapi nak didik jadikan pelajar-pelajar orang yang terpelajar bukanla senang. Ia memerlukan usaha yang gigih dan tidak kenal erti putus asa. Cara bagaimana yang paling bagus ye untuk mendidik...lembut @ kasar? Masalahnya aku ni jenis xreti nak marah orang. Bila tak marah mulala dorang naik kepala..


Semoga hari2 seterusnya adalah lebih baik dari semalam..amin :)
 

AddThis Social Bookmark Button
Email this post


satu sem sudah!!!  

Monday, April 18, 2011

sudah lama blogg ku berhabuk dan tak sempat menulis gara-gara jadual kelas yang terlalu pack.. sedar tak sedar dah satu sem diri bergelar pendidik, tanggal 20..2011 anak2 sulungku akan menjejakkan kaki ke dewan exam (Pra Accounting MAT055) student ku semni seramai 94 orang pradiploma dan 75 orang diploma OM (business mathematics) (total=169). Berbagai pengalaman yang diperolehi sepanjang bergelar pendidik. Semoga semua pelajarku berjaya dalam apa jua bidang yang mereka ceburi dan dapat score paper math final t..InsyaAllah..


AddThis Social Bookmark Button
Email this post


Februari 2011  

Tuesday, February 1, 2011

Begitu pantas masa berlalu..sudah sebulan diri dilontarkan ke Seri Iskandar..pahit manis bergelar pendidik mendidik diri menjadi seoarng yang lebih tabah. Cuti pertengahan semester telah bermula pada 30.1.2011. Selamat bercuti buat mereka yang bergelar pelajar dan teruskan bekerja bagi mereka yang bekerja. Aku pula sendirian di sini dek kerana hajat untuk balik ke kg halaman selepas 5 bulan tak balik hampar. Marking paper, balajar jahit, jog, tgk ikan..ape lagi ye nak wat cuti t..nak wat journal tengokla keadaan

AddThis Social Bookmark Button
Email this post


Alam Kerjaya  

Sunday, January 9, 2011

Salam 2011

Setiap tahun mempunyai memorinya yang tersendiri dan ianya tidak boleh diulang, yang telah berlalu hanya tinggal kenangan samaada ianya satu kenangan manis mahupun kenangan pahit. Membuka lembaran baru sejarah 2011 dalam hidupku dimulai dengan pendaftaran kerja di Uitm Sri Iskandar, 3.1.2011. Panggilan dari Pn Arfah pada 31.12.2010 tatkala diri ini sedang diulit mimpi di siang hari menjadi sinar baru kehidupan 2011. Alhamdulillah selesai sudah kerja terakhir sebagai pelajar sarjana selepas berakhirnya viva (14.12.2010) dan proses menjilid tesis. Perit payah mengharungi siang dan malam sepanjang bergelar pelajar terbalas dengan terpapar LULUS DAN LAYAK MENERIMA IJAZAH pada transkrip keputusan peperiksaan. Alhamdulillah..terima kasih tidak terhingga kepada Maha Pencipta, Allah yg Esa dan semua yg terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam menyempurnakan pengajian ini. Tahun 2011 menjelma dipenuhi dengan ruang kosong untuk diisi samaada dengan kebaikan atau sebaliknya..hanya kita yang memilih untuk mencoraknya... PadaMu ya Allah ku bersyukur atas segala kurniaanMu..jadikan aku pendidik yang mampu memandu hamba-hambaMu menuju kejalanMu yang satu.. Kuatkan semangatku untuk menghadapi sebarang cabaran dan dugaan sepanjang hari-hari yang mendatang.


AddThis Social Bookmark Button
Email this post