**Ayat Seribu Dinar**

**Ayat Seribu Dinar**
Mafhumnya:

Barangsiapa yang bertakwa kepada Allah, nescaya Allah akan lepaskan ia dari masalah hidup Dan diberikannya rezeki dari sumber yang tidak diduga. Dan barangsiapa yang bertawakkal kepada Allah, nescaya Allah akan mencukupkan keperluannya. Sesungguhnya Allah melaksanakan urusan ( yang dikehendaki ) Nya. Sesungguhnya Allah telah mengadakan ketentuan bagi tiap-tiap sesuatu.

Sunday, March 29, 2009

My Graduation Day

Salam 29 Mac 2009...

Selesai sudah majlis graduation day uum ke 22 sesi ke 2 28.3.2009...

Kejayaan tanpa ma di sisi sangat menyentuh hatiku...ku cekalkan hati tabahkan diri tanpa ma di sisi..tidak sempat ma melihat anaknya ini naik pentas menerima ijazah pertama..jika suatu ketika dahulu julai 2004 ma pernah naik pentas SMK Zainab 1 menerima anugerah pelajar cemerlang SPM 2003..mungkin itu adalah hadiah kecemerlangan terakhir dariku buat bonda tercinta..bangganya bonda menceritakan perasaannya apabila naik ke pentas menerima hadiah pelajar cemerlang SPM dariku..masa tu aku kat matrik..jadi bonda wakilkan aku menaiki pentas..ku sangka bonda dapat melihat ijazah pertama hadiah dari anakanda tercinta..di matrik..aku belajar bersungguh2 untuk ku hadiahkan kejayaanku kepada bonda tercinta..sedari PMR ku bertungkus lumus berusaha mendapat yang terbaik untuk membahagiakan bonda selepas pemergian ayahanda tercinta 23 mac 2000, namun ALLAH lebih sayangkan bonda...tanggal 17 oktober 2007,bersemadi bonda dengan aman di sisi ILAHI..pernah dulu ku tanyakan "ma, kalau atie dapat lanjutkan pelajaran ke luar negara, adakah ma izinkan?"..namun sepatah pun ma tidah menjawab..aku bertanya lagi..namun ma tetap membisu..masa tu ma tengah membungkus nasi lemak untuk di jual..sedarla diriku kini bahawa ma memang tidak dapat memberi jawapan akan persoalanku itu kerana ma sudah tiada lagi andaiku ingin melanjutkan pelajaran..ku cuba tunjukkan perasaan gembira sempena majlis konvokesyenku...

Hujan yg lebat menyebabkan aku terpaksa meredah dan basah untuk ke dewan TSO, persiapan ke dewan MAS... perjalanan masuk ke dewan diiringi muzik dari pasukan gamelan ko.k UUM... sederetan pelajar berbaris masuk ke dewan Muadzam Shah,MAS UUM dari dewan Tan Sri Othman,TSO..perjalanan masuk melalui tepi-tepi dewan diiringi saudara-mara pelajar dengan senyuman menguntum buat saudara-saudara mereka yang menerima ijazah..abangkan-abangku tak tahu berada di mana..semua seperate sebab hujan lebat yang mengiringi majlis konvokesyen menyebabkan aku terpaksa berlari-lari ke TSO... semua orang sudah berada di dalam barisan..aku pula tak pakai jubah pun lagi..dengan basahnye belari dalam hujan..selepas masuk dewan ku masej abang-abangku untuk pastikan mereka berada di dalam dewan MAS..tip tip tip pesanan ringkas dari abangku nazri... "tie, kalau ma masih ada mesti die gembira melihat ko naik pentas..terharu sangat aku rasa.." masa tu bacaan Al-Quran bergema di dalam dewan MAS untuk majlis pembukaan..tidak ku duga air mata membasahi pipiku tatkala topi ijazah ku genggam... diriku tersentuh ketika membaca mesej ini..tidak dapat ku halang air mata membanjiri pipi..mujur orang tak perasan..cepat2 ku ambil tisu lapkan..ku tahu roh ma n ayah datang melihat majlis ilmu ini..selepas selesai majlis..perarakan keluar dif-dif kehormat dan para jemputan..sejurus selepas itu para graduate keluar melalui pintu kiri dewan MAS..keadaan sesak dengan family masing-masing yang menunggu di luar dewan menyambut anak masing-masing..tapi aku sendirian menuju ke TSO mengambil beg yang ku tinggalkan dalam kekalutan tadi..selepas itu barula aku pergi mencari abang-abangku dan kawan-kawanku di depan dewan... terima kasih tidak terhingga buat abe lan, abe de, mak yi, cik jon,hisyam,haikal n amar (my family) (sue n rofi dari Kulim), Belle (dari intel pinang) yang datang dari jauh semata-mata untuk menyambut majlis konvokesyenku..kedatangan korang sangatku hargai walaupun pada mulanya berat diri ini untuk hadir ke majlis konvokesyen tersebut... disebabkan para tetamu ini sangat bersemangat untuk datang..ku gagahkan diri untuk hadir..

hari pertama ma hantar aku ke UUM, kami tak sempat bergambar walau sekeping dengan harapan untuk bergambar bersama pada majlis konvokesyenku..siapa yang tahu apa yang akan berlaku hari mendatang..namun ku reDha dengan ketentuan ILAHI..moga bertemu kami di alam yang kekal..amin

hadiah buat arwah bonda dan ayahanda;

" SENATE, with the authority vested in it, hereby confers THE DEGREE OF BACHELOR OF DECISION SCIENCE WITH HONOURS upon WAN NOOR HAYATIE WAN ABDUL AZIZ" with all the rights and privileges pertaining thereto.
Sealed on the Twenty-Eight March , Two Thousand Nine.

sign by the vice chancellor,assistant vice chancellor and register 2009/68831

No comments: