**Ayat Seribu Dinar**

**Ayat Seribu Dinar**
Mafhumnya:

Barangsiapa yang bertakwa kepada Allah, nescaya Allah akan lepaskan ia dari masalah hidup Dan diberikannya rezeki dari sumber yang tidak diduga. Dan barangsiapa yang bertawakkal kepada Allah, nescaya Allah akan mencukupkan keperluannya. Sesungguhnya Allah melaksanakan urusan ( yang dikehendaki ) Nya. Sesungguhnya Allah telah mengadakan ketentuan bagi tiap-tiap sesuatu.

Saturday, November 10, 2012

Ceritara kelahiran anakanda Arsyad Wafiq


Assalamualaikum w.b.t

Nukilan ditulis jam 6.20 pm saat anakanda Arsyad Wafiq 33 hari dilahirkan, Yong Peng, Johor.
Anakanda sedang lena dibuai mimpi saat ini. Harini ibu nak catatkan perjalanan saat kelahiran anakanda Arsyad Wafiq ke dunia.

 Pada pagi 7.10.12 ( Sabtu) sekitar jam 10 pagi di rumah Seri Iskandar, perak pada usia 39 minggu 4 hari anakanda dalam kandungan bonda, keluar tanda (sedikit darah) tetapi tidak sakit, ibu tak pasti samaada ini tanda ankanda nak keluar atau sebaliknya. Ibu pergi jumpa bidan kg. untuk memastikan adakah ini tanda ankanda akan lahir ke dunia. Bidan nasihatkan ibu untuk pergi ke hospital. Papa kerja harini, malam baru balik. Kami membuat keputusan untuk pergi ke hospital malam dalam pukul 10 malam selepas papa pulang dari kerja. Nenek dan atuk di Yong Peng dah risau, suruh ibu cepat-cepat pergi ke hospital tapi ibu degil nak tunggu papa balik malam juga baru nak pergi sebab ibu tak rasa sakit perut :)
Siangnya ibu siap chat dengan kawan-kawan fb tanya macammana tanda2 bersalin, tengok cerita dan sebagainya.
Malamnya untuk bagi tenaga melahirkan anakanda, ibu siap makan nasi goreng, koko crunch susu, telur masak separuh (~kredit tips to acik) dan supaya keluar nanti anakanda kenyang dan tidak menangis kelaparan. Tibanya di hospital, 3 kali papa pusing hospital ipoh cari wad bersalin baru jumpa. Dah masuk wad bersalin, Dr. cek bukaan untuk bersalin baru 3cm dan ibu kena tahan di wad menunggu. Ibu minum air selusuh yang diberikan oleh tok cik. Selepas minum air tersebut, sakit perut bermula non-stop. Ibu mengucap panjang menyebut nama Allah tak tertahan sakitnya. Sakit tersebut hanya berhenti dalam seminit dan berulang2 berlarutan sehingga tiga jam bermula jam 1 pagi 8.10.12. Melihat ibu meraung tak tahan sakit, nurse cucuk ibu dengan ubat tahan sakit dan membawa ibu ke bilik bersalin jam 3.30 pagi walaupun bukaan baru 4cm. Di bilik tersebut, ramai nurse mengawasi ibu. Saat itu, ibu dalam keadaan sedar tidak sedar sehingga tidak terfikir untuk menyuruh nurse panggilkan papa bagi melihat proses kelahiran anakanda. Selepas sejam lebih ibu di bilik tersebut dengan sekali push up sahaja lahirlah khalifah Allah menyambung umat nabi Muhammad. Alhamdulillah syukur pada yang Esa pada saat mendengar tangisan anakanda hilang seketika kesakitan yang ibu alami. Anakanda diletakkan di atas badan bonda, betapa besarnya kuasa Allah diciptakan manusia sebaik-baik kejadian. Selepas dilahirkan, anakanda diambil oleh nurse untuk dibersihkan dari segala darah dan kotoran, ibu pula dijahit yang mengambil masa sekitar satu jam. Selepas jam 7.00 pagi baru ibu berpeluang mesej papa, atuk, nenek, saudara mara dan kawan2 berita kelahiran anakanda. Papa terpinga-pinga mendapat panggilan daripada nenek yang mengucapkan tahniah atas kelahiran anakanda kerana papa tidak sedar dengan mesej yang ibu hanatar menyatakan anakanda dah selamat dilahirkan. Kalau  boleh diulang saat kelahiran tersebut, mahu ibu panggilkan papa bersama menyaksikan kelahiran anakanda.  Sekitar jam 7.30 pagi baru kita berdua diusung oleh nurse ke dalam wad. Tengaharinya atuk dan nenek dari Yong Peng sampai ke hospital (2 p.m). Nenek dan atuk pada asalnya telah membeli tiket untuk ke Seri Iskandar pada 9.10.12 tetapi selepas mendapat berita anakanda dah nak lahir, atuk dan nenek terus bergerak dari Yong Peng pada pukul 4 pagi 8.10.12. Anakanda kena hargai pengorbanan atuk dan nenek taw :)  Keesokannya selepas sehari semalam di hospital, alhamdulillah semuanya selamat dan kita dibenarkan pulang. Di sini ibu sertakan beberapa gambar anakanda yang comel saat dilahirkan. Semoga anakanda membesar sempurna dan menjadi anak soleh, penegak agama islam tunggak masa depan negara. Besar harapan ibu sekiranya anakanda dapat menjadi pakar dalam bidang agama dan perubatan. Walau apa pun cita-cita anakanda bila besar nanti, yang baik ibu tetap sokong :)

Tuesday, October 2, 2012

Papa, Ibu dan Baby




cameron highlands during 4 month pregnancy 

Monday, August 27, 2012

Nukilan buat anakanda di alam rahim

Assalamualaikum w.b.t

Alhamdulillah syukur ke hadrat Ilahi di saat ini diberi kekuatan dan kesihatan yang panjang untuk meneruskan perjuangan harian bersama si kecil di alam rahim. Mangikut perkiraan doc. anak ibu sekarang berada di trimester ke-3 kandungan 34 week. Papa dan ibu tak sabar menunggu saat kelahiran baby. Baby baik-baik sahaja sepanjang berada di dalam kandungan ibu. Alhamdulillah baby tak pernah meragam membuatkan ibu muntah dan sebagainya. Cuma sekarang baby dah besar dan baby nak cepat2 keluar agaknya. Baby suka main kat bawah perut ibu dan kejutkan ibu malam-malam. Itu tandanya baby sihatkan :) Lagi 6 minggu baby akan melihat dunia.. Tiap2 malam papa akan bacakan baby buku cerita. Balik kerja ja papa mesti tanya baby wat apa, tak tanya pun ibu wat apa, papa dan ibu sangat sayangkan baby. Moga baby lahir jadi anak soleh.