**Ayat Seribu Dinar**
Mafhumnya:
Barangsiapa yang bertakwa kepada Allah, nescaya Allah akan lepaskan ia dari masalah hidup Dan diberikannya rezeki dari sumber yang tidak diduga. Dan barangsiapa yang bertawakkal kepada Allah, nescaya Allah akan mencukupkan keperluannya. Sesungguhnya Allah melaksanakan urusan ( yang dikehendaki ) Nya. Sesungguhnya Allah telah mengadakan ketentuan bagi tiap-tiap sesuatu.
Barangsiapa yang bertakwa kepada Allah, nescaya Allah akan lepaskan ia dari masalah hidup Dan diberikannya rezeki dari sumber yang tidak diduga. Dan barangsiapa yang bertawakkal kepada Allah, nescaya Allah akan mencukupkan keperluannya. Sesungguhnya Allah melaksanakan urusan ( yang dikehendaki ) Nya. Sesungguhnya Allah telah mengadakan ketentuan bagi tiap-tiap sesuatu.
Wednesday, March 25, 2009
selamat hari lahir kucing jalanan
Salam 25 March 2009, syukur ke hadrat ilahi dengan limpah kurnianya aku dapat menghirup dunia indah ini dalam keadaan sihat walafiat untuk usia ke-23 tahun.. coretan ini bukan nak cerita pasal birthday aku tapi birthday kucing jalanan yang lahir dalam almari baju abang aku semalam..
Nak dijadikan cerita, semalam lepas maghrib aku tertidur terus sampai pukul 10 malam. Best sangat tiada kelas semalam sampai lena begitu sekali. Ingat nak bangun pukul 9 malam, terlajak sampai pukul 10 malam... ku kuatkan semangat untuk study IELTS. Aku pun study la sampai pukul 2 pagi...bunyi macam anak kucing meow meow meow.. tapi tak berani nak pergi tengok. Maklumla sudah pukul 2 pagi, semua orang dah tido, aku sorang-sorang je duk study kat ruang tamu.. Dalam hati berkata ni bunyi anak kucing ke bunyi apa pagi-pagi buta cani..lalu aku buat-buat tak dengar jer..hehe lantakla nak bunyi apa pun janji tak kacau aku sudah..aku teruskan study..
Pastu pukul 2 lebih bunyi abangku bangun kat dapur bising-bising..aku pun pergi la tengok rupanya ada kucing baru beranak kat dalam almari dia..patutla dari tadi bunyi anak kucing.. jika kita lihat di sini kenapa ibu kucing itu beranak dalam almari yer??? kerana dia mencari tempat yang terbaik untuk anaknya..dalam almari ada banyak baju..so dia tak nak anaknya kesejukan..kita lihat di sini betapa kucing sayangkan anak..tapi ada manusia yang tak sayangkan anak.. abangku pula mula mengomel sebab almari dia jadi magsa haha..sape suruh tak kunci pintu almari.. habis sijil kahwin dia kene darah kucing bersalin..malang sungguh nasib abangku semalam huhu
anak kucing ada berapa ekor semuanya??? tiga ekor...hehe
Siapakah yang paling gembira saat kita di lahirkan? cuba anda bayangkan..mestilah seorang ibu, segala penat lelah dan kesakitan hilang apabila melihat anak yang dilahirkan sihat walafiat.. tapi siapa pula yang akan gembira dengan kelahiran kita bila ibu sudah tiada??? Renung-renungkan fikir-fikirkan..
aku pun ambik la ibu kucing dan anak-anak kucing letak di luar rumah (atas kain).. maaf ye kucing tiada tempat untukmu di dalam rumah..bila bangun pagi tadi tengok tinggal seekor sahaja anak kucing, tak tahu mana pergi 2 ekor lagi dan ibunya..mungkin ibunya sudah membawa anak-anaknya jalan-jalan tengok dunia hehe.. moga anak-anak kucing ini hidup dengan selamat..inila nasib kucing jalanan..macam mana pula dengan manusia jalanan ye? apa nak jadi pada mereka? adakah mereka akan terus disisihkan masyarakat..
Jika kita lihat hakikat dunia hari ini, kita di sambut dengan gembira saat kelahiran..membesar dengan aman tetapi sedarlah suatu ketika akan tiba waktu apabila kita sudah tidak di sukai lagi..wallahualam tapi ingat kasih sayang ALLAH tidak berbelah bagi (",)
disini nak ucapkan time kasih pada semua yang telah wish bday aku..time kasih atas ingatan korang pada aku..ikut turutan wish ni hehe:
1. Suriana
2. abg
3. Rofizah
4. Abe le
5. Tirah
6. Samad
7. Mak yi
8. Cik jon
9. Bushro
10. Bella
11. Kak dah .... dan seterusnya la huhu thanks korang semua..sayang semua (",)
ni hadiah bday dari jobsteet huhu sob2 sedey tol dapat hadiah ni pun lam email jer..xleh buka..xde sape sudi nak bagi present sobsobsob waaaaa huahahah
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment