**Ayat Seribu Dinar**

**Ayat Seribu Dinar**
Mafhumnya:

Barangsiapa yang bertakwa kepada Allah, nescaya Allah akan lepaskan ia dari masalah hidup Dan diberikannya rezeki dari sumber yang tidak diduga. Dan barangsiapa yang bertawakkal kepada Allah, nescaya Allah akan mencukupkan keperluannya. Sesungguhnya Allah melaksanakan urusan ( yang dikehendaki ) Nya. Sesungguhnya Allah telah mengadakan ketentuan bagi tiap-tiap sesuatu.

Tuesday, February 16, 2010

Kisah Si Putih

 

  


Buat pembaca yang selalu mengikuti blogku pasti tidak lupa dengan kisah Utih & Snow. Untuk pengetahuan semua, Utih telah pun mati ketika berusia 5 bulan. Semasa pak cik ku pulang beraya di kg pada hari raya tahun lepas 2009, Utih ditinggalkan sendirian bersama ibunya Snow. Keadaan Utih sebelum ditinggalkan memang nampak pelik lagaknya dan bermanja-manja berlebihan. Sebaik sahaja pulang dari beraya di kg, Utih ditemui mati di belakang rumah. Maka seisi rumah sedih dengan pemergian Utih. Namun, Allah telah menjanjikan ada balasan untuk setiap kejadian. Selang sebulan kemudian, Snow mengandung lagi dan melahirkan 3 ekor anak yang cantik dan diberi nama Cotton, Pearl n Tompok. Muka Pearl memang sebijik macam Utih, manakala Cotton pula adalah anak Snow yang paling cantik, berbulu lebat dan seluruh badan putih tanpa sebarang campuran warna lain, sebijik macam Snow. Di bawah adalah gambar keluarga Snow, Cotton, Pearl (Tompok tak masuk sebab tak cantik hihi)



  

  

  

  


 



Thursday, February 11, 2010

Saat diri di talkinkan

Terjemahan Bacaan
Talkin.....

Maksud (dalam RUMI) talkin yang selalu dibaca utk orang yg meninggal dunia.


Masa baca tu, sebut2lah
nama sendiri yer...., kalau tak terasa meremang,
sama2lah kita lebihkan amal ibadat. Bukanlah perkara yang mudah setelah
mambaca atau menghafalnya begitu sahaja sesungguhnya hanya amalan baik yg
kita lakukan selama hidup di dunia yg akan menjadi penyelamat, InsyaAllah..

WALLAHU
A'LAAMM.

Bismillah hir rah man nir rahim.

Mahasuci Tuhan
yang Engkau bersifat dengan Baqa' dan Qidam, Tuhan
yang berkuasa mematikan sekalian yang bernyawa,

Mahasuci Tuhan
yang menjadikan mati dan hidup untuk menguji siapa yang baik
dan siapa yang kecewa.

Mahasuci Tuhan
yang menjadikan lubang kubur sebesar-besar pengajaran
untuk menjadi iktibar kepada orang yang lalai, dan sebesar-besar amaran
kepada orang yang masih hidup.

Ingatlah!
Bahawa sekalian mahluk Allah akan jahanam dan
binasa,melainkan zat Allah Taala. Ialah Tuhan yang Mahabesar kuasa menghukum,
manakala kita sekalian akan kembali menghadap hadirat Allah Taala.

Wahai SAYA Bin IBU SAYA, wahai SAYA Bin IBU SAYA, wahai SAYA Bin IBU
SAYA, hendaklah kamu ingat akan janji-janji Allah yang mana kamu ada bawa
bersama-sama dari dunia ini.

Sekarang kamu telah menuju masuk ke negeri Akhirat..

Kamu telah mengaku bahawa tiada Tuhan yang disembah dengan
sebenar-benarnya melainkan Allah, dan bahawa senya Nabi Muhammad itu Pesuruh Allah.

Ingatlah wahai
SAYA Bin IBU SAYA, apabila datang kepada kamu 2 orang
malaikat yang serupa dengan kamu iaitu Mungkar dan Nakir, maka
janganlah berasa gentar dan takut, janganlah kamu berdukacita dan risau serta
janganlah kamu susah-hati dan terkejut.

Ketahuilah
wahai SAYA Bin IBU SAYA, bahawasanya Mungkar dan Nakir itu hamba Allah Taala,
sebagaimana kamu juga hamba Allah Taala.

Apabila mereka menyuruh kamu duduk, mereka juga akan menyoal kamu.

Mereka berkata:
Siapakah Tuhan kamu?

Siapakah Nabi kamu?

Apakah agama kamu?

Apakah kiblat kamu?

Siapakah saudara kamu?

Apakah pegangan iktikad kamu?

Dan apakah kalimah yang kamu bawa bersama-sama kamu?

Di masa itu hendaklah kamu menjawab soalan-soalan mereka dengan cermat dan sehabis-habis terang, tepat dan betul.

Janganlah berasa gementar, janganlah cuak dan janganlah bergopoh-gapah, biarlah tenang dan berhati-hati.

Hendaklah kamu jawab begini:

Allah Taala Tuhanku,
Muhammad nabiku,
Islam agamaku,
kitab suci Al-Quran ikutanku,

Baitullah itu qiblatku, malahan solah lima waktu, puasa di bulan
Ramadhan,mengeluarkan zakat dan mengerjakan haji diwajibkan ke atas
aku.Semua orang Islam dan orang yang beriman adalah saudara aku,
bahkan dari masa hidup hingga aku mati aku mengucap: 'La ila ha
illallah Muhammaddur rasulullah'.

Wahai SAYA Bin IBU SAYA tetapkanlah hatimu, inilah dia suatu dugaan yang paling besar. Ingatlah bahawa kamu sekarang sedang tinggal didalam alam Barzakh, sehingga sampai satu masa kelak, kamu akan dibangunkan semula untuk berkumpul di Padang Mahsyar.

Insaflah wahai
SAYA Bin IBU SAYA, bahawa senya mati ini adalah benar,
soalan malaikat Mungkar dan Nakir di dalam kubur ini adalah benar,
bangun dari kubur kemudian kita dihidupkan semula adalah benar,berkumpul
dan berhimpun di Padang Mahsyar adalah benar,
dihisab dan dikira segala amalan kamu adalah benar,
minum di kolam air nabi adalah benar,
ada syurga dan neraka adalah benar.

Bahawa senya hari Kiamat tetap akan adanya, begitu juga Tuhan yang
maha berkuasa akan membangkitkan semula orang-orang yang di dalam kubur.

Di akhirnya kami ucapkan selamat berpisah dan selamat tinggal kamu disisi Allah Taala.

Semoga Tuhan akan memberi sejahtera kepada kamu. Tuhan jua yang
menetapkan hati kamu. Kami sekalian berdoa mudah mudahan Allah Taala menjinakkan
hati kamu yang liar, dan Allah menaruh belas kasihan kepada kamu yang berdagang
seorang diri di dalam kubur ini.Mudah-mudahan Tuhan akan memberi keampunan
dan memaafkan kesalahan kamu serta menerima segala amal kebajikan kamu.
Ya Allah Ya Tuhan, kami merayu dan bermohon kepada Mu supaya tidak
disiksa mayat ini dengan kemegahan penghulu kami Muhammad SAW.

Subhana rabbika rabbil izati amma ya sifun wassallamu alalmursalinwalham dulillahi rabbil alamin.

Setiap yang bernafas, Pasti akan Mati - 'Kullu nafsin za iqatul maut'

Firman Allah swt, 'Demi masa, sesungguhnya manusia itu benar-benar berada di dalam kerugian, kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh, yang ingat-mengingati supaya mentaati kebenaran, dan yang ingat-mengingati dengan kesabaran.' Surah Al-A'sr .

Dari Abdullah bin 'Amr R..A, Rasulullah S.A.W bersabda:
'Sampaikanlah pesanku walaupun satu ayat...'

Disebutkan didalam satu riwayat, bahawasanya apabila para makhluk
dibangkitkan dari kubur, mereka semuanya berdiri tegak di kubur 'masing-masing
selama 44 tahun UMUR AKHIRAT dalam keadaan TIDAK MAKAN'
dan TIDAK MINUM, TIDAK DUDUK dan TIDAK BERCAKAP.

Bertanya orang kepada Rasulullah saw : 'Bagaimana kita dapat mengenali ORANG-ORANG
MUKMIN kelak di hari qiamat?'
Maka jawabnya
Rasulullah saw 'Umat dikenal kerana WAJAH mereka putih
disebabkan oleh WUDHU'.'

Bila qiamat datang maka malaikat datang ke kubur orang mukmin sambil membersihkan debu di badan mereka KECUALI pada tempat sujud. Bekas SUJUD tidak dihilangkan. Maka memanggillah dari zat yang memanggil. Bukanlah debu 'itu dari debu kubur mereka, akan tetapi debu itu ialah debu KEIMANAN'
mereka. Oleh itu tinggallah debu itu sehingga mereka melalui titian' Siratul Mustaqim dan memasuki alam syurga, sehingga setiap orang melihat para mukmin itu mengetahui bahawa mereka adalah pelayan Ku dan hamba-hamba Ku.Disebutkan oleh hadith Rasulullah saw bahawa sepuluh orang yang mayatnya

TIDAK BUSUK dan TIDAK REPUT dan akan bangkit dalam tubuh asal diwaktu mati

1. Para Nabi
2 Para Ahli Jihad
3.Para Alim Ulama
4.Para Syuhada
5.Para Penghafal Al Quran
6. Imam atau Pemimpin yang Adil
7.. Tukang Azan
8 . Wanita yang mati kelahiran/beranak
9. Orang mati dibunuh atau dianiaya
10. Orang yang mati di siang hari atau di malam Jumaat jika mereka itu dari kalangan orang yang beriman. Didalam satu riwayat yang lain dari Jabir bin Abdullah ra sabda Rasulullah saw: Apabila datang hari qiamat dan orang orang yang berada di dalam kubur dibangkitkan maka Allah swt memberi wahyu kepada Malaikat Ridhwan: ' Wahai Ridhwan , sesungguhnya Aku telah mengeluarkan hamba-hambaKu berpuasa (ahli puasa ) dari kubur mereka di dalam keadaan letih dan dahaga. Maka ambillah dan berikan mereka segala makanan yang digoreng dan buah-buahan syurga. 'Maka Malaikat Ridhwan menyeru, wahai sekelian kawan-kawan dan semua anak-anak yang belum baligh, lalu mereka semua datang dengan membawa dulang dari nur dan berhimpun dekat Malaikat Ridhwan bersama dulang yang penuh dengan buahan dan minuman yang lazat dari syurga dengan sangat banyak melebihi daun-daun kayu di bumi.

Jika Malaikat Ridhwan berjumpa mukmin maka dia memberi makanan itu kepada mereka sambil mengucap sebagaiman yang difirman oleh Allah swt di dalam Surah Al-Haqqah bermaksud 'Makan dan minumlah dengan sedap disebabkan AMAL yang telah kamu kerjakan pada HARI yang telah LALU itu.'

Tuesday, February 9, 2010

Perkampungan KUO, UKM


 
ini En Botak baru potong rambut




ini perkampungan felo KUO, yang terdiri daripada 9 orang felo yang ketensenan menyiapkan MQA. bagi meluahkan perasaan..satu perkampungan felo telah dilukis oleh felo ira, din dan nisha.



ini baju yang dibeli untuk dihadiahkan kepada wan muhammad daniel irsyad



  

  

  

senangje nak basuh baju baby..sebab ia besar tapak tanganje..baju bapak baby yang susah nak basuh (",)