**Ayat Seribu Dinar**

**Ayat Seribu Dinar**
Mafhumnya:

Barangsiapa yang bertakwa kepada Allah, nescaya Allah akan lepaskan ia dari masalah hidup Dan diberikannya rezeki dari sumber yang tidak diduga. Dan barangsiapa yang bertawakkal kepada Allah, nescaya Allah akan mencukupkan keperluannya. Sesungguhnya Allah melaksanakan urusan ( yang dikehendaki ) Nya. Sesungguhnya Allah telah mengadakan ketentuan bagi tiap-tiap sesuatu.

Sunday, March 29, 2009

My Graduation Day

Salam 29 Mac 2009...

Selesai sudah majlis graduation day uum ke 22 sesi ke 2 28.3.2009...

Kejayaan tanpa ma di sisi sangat menyentuh hatiku...ku cekalkan hati tabahkan diri tanpa ma di sisi..tidak sempat ma melihat anaknya ini naik pentas menerima ijazah pertama..jika suatu ketika dahulu julai 2004 ma pernah naik pentas SMK Zainab 1 menerima anugerah pelajar cemerlang SPM 2003..mungkin itu adalah hadiah kecemerlangan terakhir dariku buat bonda tercinta..bangganya bonda menceritakan perasaannya apabila naik ke pentas menerima hadiah pelajar cemerlang SPM dariku..masa tu aku kat matrik..jadi bonda wakilkan aku menaiki pentas..ku sangka bonda dapat melihat ijazah pertama hadiah dari anakanda tercinta..di matrik..aku belajar bersungguh2 untuk ku hadiahkan kejayaanku kepada bonda tercinta..sedari PMR ku bertungkus lumus berusaha mendapat yang terbaik untuk membahagiakan bonda selepas pemergian ayahanda tercinta 23 mac 2000, namun ALLAH lebih sayangkan bonda...tanggal 17 oktober 2007,bersemadi bonda dengan aman di sisi ILAHI..pernah dulu ku tanyakan "ma, kalau atie dapat lanjutkan pelajaran ke luar negara, adakah ma izinkan?"..namun sepatah pun ma tidah menjawab..aku bertanya lagi..namun ma tetap membisu..masa tu ma tengah membungkus nasi lemak untuk di jual..sedarla diriku kini bahawa ma memang tidak dapat memberi jawapan akan persoalanku itu kerana ma sudah tiada lagi andaiku ingin melanjutkan pelajaran..ku cuba tunjukkan perasaan gembira sempena majlis konvokesyenku...

Hujan yg lebat menyebabkan aku terpaksa meredah dan basah untuk ke dewan TSO, persiapan ke dewan MAS... perjalanan masuk ke dewan diiringi muzik dari pasukan gamelan ko.k UUM... sederetan pelajar berbaris masuk ke dewan Muadzam Shah,MAS UUM dari dewan Tan Sri Othman,TSO..perjalanan masuk melalui tepi-tepi dewan diiringi saudara-mara pelajar dengan senyuman menguntum buat saudara-saudara mereka yang menerima ijazah..abangkan-abangku tak tahu berada di mana..semua seperate sebab hujan lebat yang mengiringi majlis konvokesyen menyebabkan aku terpaksa berlari-lari ke TSO... semua orang sudah berada di dalam barisan..aku pula tak pakai jubah pun lagi..dengan basahnye belari dalam hujan..selepas masuk dewan ku masej abang-abangku untuk pastikan mereka berada di dalam dewan MAS..tip tip tip pesanan ringkas dari abangku nazri... "tie, kalau ma masih ada mesti die gembira melihat ko naik pentas..terharu sangat aku rasa.." masa tu bacaan Al-Quran bergema di dalam dewan MAS untuk majlis pembukaan..tidak ku duga air mata membasahi pipiku tatkala topi ijazah ku genggam... diriku tersentuh ketika membaca mesej ini..tidak dapat ku halang air mata membanjiri pipi..mujur orang tak perasan..cepat2 ku ambil tisu lapkan..ku tahu roh ma n ayah datang melihat majlis ilmu ini..selepas selesai majlis..perarakan keluar dif-dif kehormat dan para jemputan..sejurus selepas itu para graduate keluar melalui pintu kiri dewan MAS..keadaan sesak dengan family masing-masing yang menunggu di luar dewan menyambut anak masing-masing..tapi aku sendirian menuju ke TSO mengambil beg yang ku tinggalkan dalam kekalutan tadi..selepas itu barula aku pergi mencari abang-abangku dan kawan-kawanku di depan dewan... terima kasih tidak terhingga buat abe lan, abe de, mak yi, cik jon,hisyam,haikal n amar (my family) (sue n rofi dari Kulim), Belle (dari intel pinang) yang datang dari jauh semata-mata untuk menyambut majlis konvokesyenku..kedatangan korang sangatku hargai walaupun pada mulanya berat diri ini untuk hadir ke majlis konvokesyen tersebut... disebabkan para tetamu ini sangat bersemangat untuk datang..ku gagahkan diri untuk hadir..

hari pertama ma hantar aku ke UUM, kami tak sempat bergambar walau sekeping dengan harapan untuk bergambar bersama pada majlis konvokesyenku..siapa yang tahu apa yang akan berlaku hari mendatang..namun ku reDha dengan ketentuan ILAHI..moga bertemu kami di alam yang kekal..amin

hadiah buat arwah bonda dan ayahanda;

" SENATE, with the authority vested in it, hereby confers THE DEGREE OF BACHELOR OF DECISION SCIENCE WITH HONOURS upon WAN NOOR HAYATIE WAN ABDUL AZIZ" with all the rights and privileges pertaining thereto.
Sealed on the Twenty-Eight March , Two Thousand Nine.

sign by the vice chancellor,assistant vice chancellor and register 2009/68831

Thursday, March 26, 2009

hidup seperti yang aNDA tentukan


Ally iskandar ~ Rabu 11 malam hehe promote rancangan ally jap..bukan promote tapi merenung disebalik kata-kata ini

di sini ku selitkan advise from my sifu:
Pn Rafidah:
Its up to you..but what is your concern? Do you want to be a lecturer? If no..just ignore the offer..if yes..you should but this is my opinion..What pressure do you mean?All works has pressure.. lecturing in IPTA is the least pressure of job.. At the end of the day, i will leave to you..
Be patient..This is a part of career problems or hurdle..don't get dishearten.. you get because Allah give it to you with people who are interview you.. when somebody say that because of (kesian), itu Allah nak tanamkan dalam mereka because ALLAH THE ALL KNOWING (AL-ALIM) knows you can do it. Allah knows and the interviewers know you can do it..that's why you get..

p/s--> sya your mother is a good motivator..i'm very appreciate your family help..may Allah bless your family always (",) do your best and be a good daughter..

pesanan dari cikgu ZUHAIRI-->
hendak seribu daya, tak hendak cukup dengan satu perkataan..that's mean when we want to achieve one thing, there are a lot of way to do that but if we don't want enough with one word "no"... renung-renugkan fikir-fikirkan--- hidup seperti yang anda tentukan---

hari sibukku sudah tiba next week...alamak bila nak study ielts ni.. tomorrow i will go to uum for my convocation..pray may Allah will safe our journey ..next week insurance class will postpone until i finished up my ielts examination..kpli midtest 28.3.09 9.00 am..hopefully it will finished early..rushing to go to convocation hall MAS from jitra to sintok..owh god bless me..i never prepare for this test and not enough time for that..just go,seat and answer without any planning..haha it's great

next week is my brother engaged and the story will coming soon..just wait for that day huhuhu..

p/s ---> su,rofi n belle don't forget to come to my convocation day and others who are free..you are welcome to joint us.. (",)

Nabi Pejuang Agung ~ Anak Yatim





Wednesday, March 25, 2009

Menanti Di Barzakh

ku harap cinta

selamat hari lahir kucing jalanan




Salam 25 March 2009, syukur ke hadrat ilahi dengan limpah kurnianya aku dapat menghirup dunia indah ini dalam keadaan sihat walafiat untuk usia ke-23 tahun.. coretan ini bukan nak cerita pasal birthday aku tapi birthday kucing jalanan yang lahir dalam almari baju abang aku semalam..

Nak dijadikan cerita, semalam lepas maghrib aku tertidur terus sampai pukul 10 malam. Best sangat tiada kelas semalam sampai lena begitu sekali. Ingat nak bangun pukul 9 malam, terlajak sampai pukul 10 malam... ku kuatkan semangat untuk study IELTS. Aku pun study la sampai pukul 2 pagi...bunyi macam anak kucing meow meow meow.. tapi tak berani nak pergi tengok. Maklumla sudah pukul 2 pagi, semua orang dah tido, aku sorang-sorang je duk study kat ruang tamu.. Dalam hati berkata ni bunyi anak kucing ke bunyi apa pagi-pagi buta cani..lalu aku buat-buat tak dengar jer..hehe lantakla nak bunyi apa pun janji tak kacau aku sudah..aku teruskan study..

Pastu pukul 2 lebih bunyi abangku bangun kat dapur bising-bising..aku pun pergi la tengok rupanya ada kucing baru beranak kat dalam almari dia..patutla dari tadi bunyi anak kucing.. jika kita lihat di sini kenapa ibu kucing itu beranak dalam almari yer??? kerana dia mencari tempat yang terbaik untuk anaknya..dalam almari ada banyak baju..so dia tak nak anaknya kesejukan..kita lihat di sini betapa kucing sayangkan anak..tapi ada manusia yang tak sayangkan anak.. abangku pula mula mengomel sebab almari dia jadi magsa haha..sape suruh tak kunci pintu almari.. habis sijil kahwin dia kene darah kucing bersalin..malang sungguh nasib abangku semalam huhu
anak kucing ada berapa ekor semuanya??? tiga ekor...hehe

Siapakah yang paling gembira saat kita di lahirkan? cuba anda bayangkan..mestilah seorang ibu, segala penat lelah dan kesakitan hilang apabila melihat anak yang dilahirkan sihat walafiat.. tapi siapa pula yang akan gembira dengan kelahiran kita bila ibu sudah tiada??? Renung-renungkan fikir-fikirkan..

aku pun ambik la ibu kucing dan anak-anak kucing letak di luar rumah (atas kain).. maaf ye kucing tiada tempat untukmu di dalam rumah..bila bangun pagi tadi tengok tinggal seekor sahaja anak kucing, tak tahu mana pergi 2 ekor lagi dan ibunya..mungkin ibunya sudah membawa anak-anaknya jalan-jalan tengok dunia hehe.. moga anak-anak kucing ini hidup dengan selamat..inila nasib kucing jalanan..macam mana pula dengan manusia jalanan ye? apa nak jadi pada mereka? adakah mereka akan terus disisihkan masyarakat..

Jika kita lihat hakikat dunia hari ini, kita di sambut dengan gembira saat kelahiran..membesar dengan aman tetapi sedarlah suatu ketika akan tiba waktu apabila kita sudah tidak di sukai lagi..wallahualam tapi ingat kasih sayang ALLAH tidak berbelah bagi (",)

disini nak ucapkan time kasih pada semua yang telah wish bday aku..time kasih atas ingatan korang pada aku..ikut turutan wish ni hehe:
1. Suriana
2. abg
3. Rofizah
4. Abe le
5. Tirah
6. Samad
7. Mak yi
8. Cik jon
9. Bushro
10. Bella
11. Kak dah .... dan seterusnya la huhu thanks korang semua..sayang semua (",)




ni hadiah bday dari jobsteet huhu sob2 sedey tol dapat hadiah ni pun lam email jer..xleh buka..xde sape sudi nak bagi present sobsobsob waaaaa huahahah

Tuesday, March 24, 2009

pictURE of my beST Friend


ni pengaruh paling besar dalam share holder aku..huhu Nur Suhana Zainuddin yang mengajar aku erti kepentingan pelajaran..apa saje yang dia wat cepat mempengaruhi aku..dia sangat rajin belajar dan aku sugguh kagum dengan kerajinan dia..daripada suhana, mula timbul minat untuk membaca buku, menelaah pelajaran dan menjadi ulat buku kerana sedari kecil aku tak minat baca buku..kami sentiasa bersaing untuk kecemerlangan..thanks suhana sudi jadi kawan baik aku..moga bahagia bersama yang tersayang..

ni hanifah a.q.a iman abu hanifah ker? hehe my best friend kat semenza sampai skang tinggal dia jela yang selalu contact sekolah menengah dulu~ hobby sama suka melukis..gambate wish u all the best nifah (",)

cik rofizah husin my x-roomate KMNS~ pandai speaking orangnya..my dictionary merangkap roomate paling kamcing..sama-sama hantu tido and hantu stay up sampai subuh..kalau rofi tak bangun aku tak bangun tapi tunggu punya tunggu rupanya dia pun tunggu aku bangun dulu hehe terpaksala aku bangun dulu, kalau tak sampai ke zohor dua-dua tak bangun-bangun huhu
selamat maju jaya ciku rofizah.


hai si gadis yang ayu..senyum terukir di bibir hehe..Bushro Ali Noordin name diberi..inila die empunya diri..talkative, kalut, baik hati, caring, minat subjek computer..ni la cik bushro kite.. my best friend di uum


ni kak Alia super sinior aku time kat proton dulu..kak alia ni suke bagi motivasi..suka betul aku dengar bila dia talk..hujah yang bernas daripada cikgu Alia..bahagiala kak lia di samping suami tercinta..amin


cik mek molek ni name dia suszilainy sulaiman a.q.a sue kawan matrik aku yang always give me support and spirit to survive merangkap cikgu garang sekolah nanti hehe..thanks su coz sudi jadi kawan baik saya..syg awk sangat


ni plak kak eja a.q.a nurliza elami yang kini bergelar wartawan sinar harian..kak eja ni jiran sebelah bilik uum 402 proton..dia selalu bagi aku semangat masa kat uum..bila la plka dapat jumpa kak eja..windu kak eja..

Monday, March 23, 2009

NEW SOUL

I'm a new soul
I came to this strange world
Hoping I could learn a bit bout how to give and take
But since I came here, felt the joy and the fear
Finding myself making every possible mistake

La, la, la, la (21x)
La, la, la, la (21x)

See I'm a young soul in this very strange world
Hoping I could learn a bit bout what is true and fake
But why all this hate? try to communicate
Finding trust and love is not always easy to make

La, la, la, la (21x)
La, la, la, la (21x)

This is a happy end
Cause you don't understand
Everything you have done
Why's everything so wrong

This is a happy end
Come and give me your hand
I'll take you far away

I'm a new soul
I came to this strange world
Hoping I could learn a bit bout how to give and take
But since I came here, felt the joy and the fear
Finding myself making every possible mistake

New soul... (la, la, la, la,...)
In this very strange world...
Every possible mistake
Possible mistake
Every possible mistake
Mistakes, mistakes, mistakes...

kakak ku da jadi orang famous

I'm a new soul
I came to this strange world
Hoping I could learn a bit 'bout how to give and take
But since I came here, felt the joy and the fear
Finding myself making every possible mistake
lalalala lalalala lalalala lalalala

p/s---> sya pinjam lirik ni dari post kamu..best sangat this song


want to catch a pict for a while..


kak wangi da jadi owang famous..kite bile lak ley jadi famous yer..
kak jangan lupe orang sebelah katil dulu (",)


moga kak terus berjaya dalam kareer dunia akhirat

pernah kami bergurau dulu andai salah seorang dari kami jadi PM ke jadi orang famous ke..ingat lagi tak kawan-kawan lame yer agak-agaknya..memangla ingat tapi masing-masing sibuk..jangan jumpa buat-buat tak kenal sudey..hehe

akak da jumpa kareer impian die..aku bila pula ye..atau impian hanya tinggal impian..hanya Allah yang tahu.. waktu suka-suka da abis..tiba pula melangkah ke alam realiti..sukar rasanya untuk tinggalkan zaman kanak-kanak..zaman penuh dengan belaian dan perhatian parent..tapi semua ni da berlalu..hari harus di teruskan..masa berlalu umur bertambah..ajal maut menanti..izrael menunggu..wallahualam..

Sunday, March 22, 2009

Dato' Anwaruddin n family





adik, angah n alang


mak, abah, along n angah...gambar tuk buk cuk mase kecik~ nomey-nomey dier hehe

Al-Fatihah buat arwah bonda dan ayahanda tercinte...

~si botak haikal hazim~


cumey nyer anak sape nie



a-fatihah untuk arwah bonda...moga ditempatkan bersama insan-insan beriman di sisi Ilahi..amin



jasamu tiada bandingan buat arwah bonda tercinta..kekalla dirimu di akhirat hakiki, tiada sempat daku membalas jasamu bonda .. hanya pada ALLAh ku bermohon moga di rahmati arwah bonda dan ayahanda tercinta, diampunkan dosa mereka, di tempatkan bersama insan mulia..



tabah hadapi rintangan, cekal dengan dugaan sementara..bersemadila dikau arwah bonda tersayang bersama orang-orang beriman di alam sana..moga bertemu kita satu ketika..amin..


watch

Thursday, March 19, 2009

Terkenangku Di Zaman Silam


Salam buat semua...

Hari ni kerja aku kemas-kemas store jap sebab office nak pindah ke pasir pekan akhir bulan ni..
Pastu continue main internet hehe.. edit blog cikit-cikit maklumla baru blaja..huhu
Bila duduk saje-saje ni terkenang waktu lampau.. bestnye time blaja dulu..
paling suka waktu sekolah menengah dan matrik.. best sangat

Masa sekolah rendah aku banyak main-main, tak tahu apa itu belajar.. tahu nak main jer hehe
Jangan harap aku nak ulangkaji bila abis sekolah masa kecil-kecil dulu. Balik sekolah je mesti tak sabar tunggu waktu petang untuk main-main bersama rakan sebaya. Time Cikgu ajar pun boleh lagi duduk main-main. Aku masih ingat satu-satunya buku rujukan UPSR yang aku ada buku sains je, tu pun tak pernah baca. Kelakar pula bila ingatkan balik.

Sekolah Menengah alhamdulillah jumpa kawan yang rajin-rajin semua dan dari situ aku mendapat semangat untuk belajar. Nur Suhana kawan baik ku di waktu sekolah menengah. Dia cukup rajin belajar dan sentiasa membakar semangatku untuk belajar. Dari situ aku mula mengenal erti kepentingan ilmu. After PMR dia mendapat tawaran ke MRSM manakala aku setia bersama SEMENZA sebab aku tak apply pun untuk pergi boarding school, lebih selesa belajar di samping arwah bonda tercinta. Form 4 pula dapat sorang lagi member ni yang cukup rajin dan bercita-cita menjadi Dr, insyaallah will become a Dr next year. Dia juga banyak ajar aku untuk struggle for four flat at KMNS. Jasa guru-guru ku di SEMENZA dan mana-mana sahaja tak dapat aku lupakan..sayang semua cikgu..

aspecially SEMENZA~ cikgu Marina-add math, Madam Koid-add math, cikgu Mariam-math mod, Mr Eng-fizik,cikgu Nas-fizik, cikgu pa-kimia n semuala..ni subjek paling aku suka ingat sampai skang

KMNS ~ Cik Yat, En Faizal, Cik Fazilah, Pn suzyliana, Pn Normawati etc

UUM ~ En Izwan, Pn Rafidah, Cik Idariyana, Cik Adyda, Pn Norhafiza, Pn Hawa, Pn Faezah, Pn Muslihah, Pn Azura, Dr Engku,Pn Zurina etc

~banyak lagi yang tak tertulis di sini, ampun maaf ku pinta dari semua guru-guruku andai murid mu ini tersalah bicara, terkasar tutur bahasa. Tanpa cikgu siapala saya.

pada semua guru-guruku yang banyak megajar terima kasih banyak-banyak, moga Allah membalas jasa cikgu-cikgu semua dan moga cikgu diberkati Ilahi dunia akhirat hendaknya..amin

Kepada Semua kawan-kawanku ~ Suhana, Wani, Sue, Rofi, Bushro, Aileen, Cetul, Kakak, Adik, Pek, Nifah, Juhaini, Sal, Nabila, Din, Salwa, Kak Yang n semua la miss u all so much..


Wednesday, March 18, 2009

Fitrah Kehidupan


Ramai masyarakat kita hari ini yang tercicir pelajaran di sebabkan tidak mempunyai perbelanjaan yang mencukupi untuk melanjutkan pelajaran. Ilmu adalah penting untuk mengubah hidup seseorang, seperti pepatah ada menyatakan kita haruslah menuntut ilmu sehingga ke negeri china. Tanpa ilmu siapakah kita?

Ilmu mampu menjadikan kita seorang yang berkaliber, berhemah, berpandangan jauh dan secara tidak langsung dapat membantu meningkatkan taraf hidup dari segi agama, bangsa dan negara. Sanggupkah kita tercicir hanya kerana wang? Wang bukanlah segala-segalanya dalam kehidupan kita tetapi segala-galanya memerlukan wang. Adakah anda setuju dengan kata-kata saya? Oleh itu kita seharusnya merancang simpanan hari tua bermula dari sekarang samada kanak-kanak, remaja atau dewasa.

Penabungan adalah penting supaya kita tidak meminta-minta bantuan orang lain jika mengalami kesusahan. Sesungguhnya tangan yang memberi adalah lebih baik daripada tangan yang meminta. Mulakan simpanan anda hari ini di MCIS Zurich kerana banyak manfaat yang akan anda perolehi.


PTPTN semakin sukar untuk dipinjam kerana terlalu ramai pelajar yang memasuki IPTA @ IPTS. Jadi kita seharusnya mempunyai simpanan sendiri tanpa mengharapkan pinjaman ini lagi.
Bagaimana untuk menabung? MCIS boleh membantu anda. Dengan jumlah simpanan yang kecil secara bulanan di MCIS anda mampu menanggung segala perbelanjaan persekolahan anak anda di IPTA kelak tanpa bantuan dan pinjaman dari agensi lain.


Adakah anda sanggup menggadaikan semua harta yang anda ada semata-mata untuk membiayai kos perubatan yang mahal? Mungkin hari ini kita berada dalam keadaan sihat walafiat, alhamdulillah tetapi bolehkah anda meramal tahap kesihatan anda 10 tahun akan datang? Sekiranya anda di sahkan menghidap penyakit-penyakit kronik 5 tahun akan datang, sudahkah anda mempunyai simpanan yang cukup untuk menampung segala kos perubatan? Atau anda terpaksa menggadaikan segala aset anda untuk membiayainya?

Bayangkan anda terpaksa menjual kereta, rumah, barang-barang kemas anda semata-mata untuk menampung kos rawatan hospital. Dalam sekelip mata sahaja simpanan anda habis. Health Care MCIS Zurich boleh membantu anda membiayai segala kos rawatan dengan bayaran sekecil rm50 sebulan. Kita seharusnya bersedia sebelum ditimpa hujan. Perlindungan ini mampu mengubah hidup anda!

MCIS terlindung dari pelaburan yang mengharamkan

Pesanan daripada CEO MCIS Zurich ini menggambarkan fungsi utama syarikat ini adalah berkonsepkan koperasi dan kerjasama antara ahli kumpulan untuk melindungi sesama sendiri apabila berlaku musibah. Ia adalah seperti tabung akhirat kematian yang biasa dilakukan di kampung-kampung di mana apabila berlaku kematian kutipan wang akang diminta ke rumah-rumah untuk membantu saudara yang berlaku kematian keluarga. Dalam kes MCIS ini, kutipan akan di adakan setiap bulan atau boleh dibayar secara tahunan dan syarikat akan menanggung segala kemungkinan yang berlaku bergantung kepada polisi yang di ambil.

MCIS Zurich


PANEL SYARIAH MCIS Zurich

MCIS adalah syarikat insuran yang tidak asing lagi. Ditubuhkan atas konsep ta'wun atau kerjasama (sistem koperasi) yang berlandaskan islam. Dengan adanya penasihat daripada panel syariah sistem insuran yang di lakukan oleh MCIS Zurich adalah sahih dan berlandaskan kehendak islam. Syarikat ini dikelola di bawah koperasi Malaysia untuk membantu ahli kumpulan ketika berlaku kesulitan atau kecelakaan.

Ia terletak di bawah conventional dan mempunyai pelbagai produk yang menjamin keperluan pelanggannya. Produk asas yang paling diperlukan kita hari ini adalah health care dan 5G. Dengan menabung serendah Rm50 sebulan dibawah perlindungan health care, anda mampu mendapatkan rawatan di hospital pakar apabila berlaku musibah dengan jaminan sebanyak RM120 000. Dengan sistem 5G pula ia adalah berbentuk simpanan whole life dan anda perlu membayar selama 10 tahun sahaja, MCIS Zurich akan membayarkan percuma kepada anda selama 10 tahun berikutnya. Sepanjang tempoh simpanan, sebarang kemalangan, hilang upaya, kematian akan di jamin oleh MCIS.

Ia seperti anda menabung di dalam bank-bank lain tetapi jika anda menabung di dalam MCIS anda akan mendapat banyak faedahnya kerana pihak insuran akan menanggung sebarang risiko-risiko kecelakaan sepanjang tempoh tabungan dan anda boleh mengeluarkan duit anda pada bila-bila masa selepas cukup tempoh matang. Jadi kenapa lepaskan peluang baik ini? Dengan tabungan yang sedikit dan mampu menjamin hari tua anda, anda tidak perlu menghabiskan semua tabungan anda apabila berlaku kecelakaan. Untuk keterangan lanjut boleh hubungi saya atie di atie_bds@yahoo.com @ 017-9055025 @ 013-5853967. Mulakan simpanan hari tua anda bermula hari ini sebelum terlambat.

Tuesday, March 17, 2009

Erti sebuah kehidupan


Sebaik-baik rujukan dan ilmu adalah Al-Quran, bukti Allah yang memberi nikmat, sedarlah duhai manusia yang lemah, tiada engkau berkuasa dengan kehendak Allah dan janganlah engkau bongkak dengan nikmat sebesar kuman yang Allah kurniakan kepada engkau. Insaflah kamu sebelum Allah menarik balik nikmat yang dikurniaNYA kepadaMU!!! Sedarlah sesungguhnya engkau tidak mampu berdiri walau sebelah kaki pun tanpa bantuan ALLAH dan pangkat darjah yang diberikan kepadaMU hanyala sebagai ujian dariNYA untuk meguji sejauh mana kamu bersyukur dengan nikmatNYA. Oleh itu janganla engkau memaki hamun dan mengherdik insan yang lebih rendah pangkatnya darimu kerana mereka juga hamba ALLAH yang tidak ada bezanya darimu serta bantulah mereka andai kamu diberi kesenangan oleh ALLAH.

pintu menuju ke jalan MU

hanya ALLAH yang maha ESA, tiada yang lagi berkuasa selain MU Ya ALLAH, berikanlah kesedaran kepada kami hamba-hamba mu yang terlalu taksub dengan nikmat kurniaan MU ya ALLAH..

Al-Quran Nur Karim ~ Allahhuakhbar!!!

Arini lelah la rasa,penat rasa tak cukup nafas, tersalah makan buah tembikai susu. Aku memang alah buah ni tapi aku suka sangat buah ni. Arini keje kene compile sume file 2008/2007. Sampai bila ye nak keje sini, hanya Allah yang tahu.
Dah dapat kerja elok tolak sebab janji-janji universiti yang suke permainkan insan lemah seperti aku, suka ambil kesempatan atas kecuaian aku. Kalau fikir balik nape ye perkara ni terjadi. Ape pun benda ni semua terjadi disebabkan insan yang tak bertanggungjawab, yang ego dengan pangkat yang di sandang, berlagak atas kurniaan sementara Allah. Kadang-kadang aku termenung merenungkan nikmat sementara kurniaan Allah, mengapa manusia terlalu taksub mengejar duniawi sehingga tidak mahu berkongsi walau sedikit pun nikmat hadiah yang Allah berikan dengan hamba Allah yang lain. Tidakkah mereka sedar bahawa sekelip mata sahaja Allah boleh menarik balik kurniaannya dan boleh menimpakan mala petaka yang dasyat kepada sesiapa sahaja yang DIA kehendaki..kun fayakun..maka jadilah apa yang dikejendakiNYA... Ya Allah tunjukkanla aku jalan redha mu. Sekiranya ujian mu ini untuk menjadikan aku lebih tabah, KAU kurniakanlah aku yang lebih baik daripada yang aku lepaskan dan kau tunjukkanlah jalan pulang ke pangkal jalan kepada hamba-hamba mu yang lalai..amin.

Monday, March 16, 2009

bob2 yang di sayangi drp yg tersayang (",)

who is he???? hehehe

Tokoh Matematik


Muhammad Bin Musa Al-Khawarizmi, Ahmad an-Nasawi, Abu Kamil Suja al-Hasib al-Misri, Abu al-Wafa, Abu Jaffar al-Kazin al-Khurasani, Abu Abdullah al-Battani, Abu Nasr Mansur BinAli, Abu Rayhan Ahmad al- Biruni, Umar khayyan, Ibnu Haitam. Sumbangan mereka dalam matematik sebagai ilmu pasti sungguh tidak dapat ditandingi selama beberapa abad pertengahan. Segala hasil karya mereka telah diterjemahkan dalam pelbagai bahasa dan menjadi rujukan para ilmuwan Eropah. Mereka semua ini bukan sekadar tokoh ilmuwan dalam satu bidang sahaja malah mereka juga merupakan ilmuwan dalam bidang falsafah sastera, astronomi dan juga ahli fizik. Ibnu Sina dan Al-Ghazali adalah seorang ahli falsafah besar tetapi dikenali juga seorang ahli fizik tersohor. Karya mereka dibidang kedoktoran tidak kalah penting dengan karyanya di bidang falsafah. Al-Biruni sebagai contoh, bukan sahaja menguasai bidang astronomi tetapi turut mahir dalam bidang-bidang lain seperti fizik, matematik, geologi dan juga bahasa.

Al-Khawarizmi perkenal algebra, pakar aritmetik

SUMBANGAN ilmuwan Islam mengembangkan ilmu pengetahuan pada zaman mereka turut mencelikkan masyarakat dunia hari ini menerusi pembaharuan yang dibawa dalam bidang masing-masing.

Buktinya, kaedah campur, bahagi dan tolak yang dikembangkan agar menjadi lebih mudah oleh Al-Khawarizmi, tidak diubah hingga hari ini seperti pendekatan algebra serta algorithma.

Al-Khawarizmi atau Abu Abdullah Mohammad bin Musa adalah seorang pakar dalam bidang matematik dan astronomi yang dilahirkan di Khiwarizam (satu tempat dalam Russia kini).

Sewaktu pemerintahan Al-Makmum, beliau ke Baghdad dan berjaya mendapat penghargaan serta kedudukan apabila dilantik menganggotai Baitul Hikmah (Ketua Pustakawan al-Makmum) dan wakil delegasi ke luar negara.

Pencarian ilmu nombor warisan masyarakat Hindu membawa Al-Khawarizmi berjumpa seorang sarjana Hindu bernama Kankah. Beliau hanya berjaya menemuinya dalam percubaan kali kedua.

Sebelum itu, beliau pernah memujuk Kankah untuk mengajarnya, tetapi gagal. Apabila sekali lagi datang membawa harapan tinggi, akhirnya Kankah bersimpati lalu mengajar Al-Khawarizmi ilmu nombor Hindu.

Asas yang diperoleh daripada Kankah mendorong Al-Khawarizmi melakukan revolusi dalam bidang matematik yang berkembang ketika zaman Kerajaan Abasiyah.

Kemudian evolusi yang berlaku ketika pemerintahan Kerajaan Ummaiyyah mencorakkan pula asas huruf yang kini digunakan di kebanyakan negara di dunia.

Pencapaian paling ulung Al-Khawarizmi ialah apabila beliau memberi nilai kepada angka kosong sedangkan dalam sistem nombor Hindu, kosong tiada nilai.

Sehingga hari ini, istilah yang bermakna kosong digunakan bangsa Eropah sebenarnya berakar daripada istilah diperkenal Al-Khawarizmi sebagai sifar.

Beliau turut mengasaskan fungsi punca ganda dua dalam usahanya menyelesaikan beberapa masalah kiraan dengan simbol asal menggunakan huruf jim, kemudian diwarisi tokoh seperti Al-Uqlidisi dan simbol itu juga sudah berubah.

Al-Khawarizmi menyusun risalah kecil dalam bidang aritmetik yang dianggap sebagai pertama dalam bidang itu yang kemudiannya dikenali dengan nama Algorizam beberapa kurun selepasnya.

Beliau juga menghasilkan buku pertama dalam algebra yang dinamakan Aljabar wal Muqabalah, dibiayai oleh Khalifah Abbasiyyah, Abdullah Al-Makmun yang sentiasa memberi galakan kepada mereka ingin mempelajari ilmu pengetahuan.

Antara baris yang ditulisnya dalam buku itu berbunyi: “Imam Al-Makmum, Amil al-Mikminin memerintahkan saya menerangkan sesuatu yang masih samar dan memudahkan sesuatu yang sukar.

“Baginda juga memerintahkan saya mengarang sebuah buku ringkas mengenai pengiraan algebra dan perbandingan kerana ia amat diperlukan dalam pembahagian harta pusaka, wasiat, pembahagian hartanah perniagaan serta transaksi.”

Sesungguhnya Al-Khawarizmi yang meninggal dunia pada 232 Hijrah/814 Masihi di Baghdad, Iraq, mempunyai kedudukan penting dalam bidang matematik sama ada di Timur mahu pun di Barat.

Permulaan yang diperkenalkan beliau kemudian dikembangkan ilmuwan lain khususnya pengkaji Barat dalam kajian mereka.

Siri mengenai tokoh matematik itu turut memperlihatkan jasa Al-Khawarizmi yang turut mendapat komentar sebilangan tokoh sarjana Islam di pelosok dunia antaranya Nasaruddin Al-Tusi yang memperbaharui bidang trigonometri.

Kitab dihasilkan Al-Uqlidisi pula adalah antara bukti bahawa kaedah pecahan perpuluhan diasaskan dalam zaman Islam manakala Omar Khayam menjelaskan secara lanjut mengenai persamaan kubik.

Kini, bidang matematik di Malaysia seiring arus perdana seperti dibuktikan Pengarah Institut Penyelidikan Matematik Universiti Putra Malaysia, Prof Datuk Dr Kamel Ariffin.

Beliau berjaya menghasilkan satu-satunya perisian komputer sepenuhnya menggunakan bantuan animasi untuk pembelajaran calculus sehingga mendapat pengiktirafan peringkat antarabangsa.

TOKOH SARJANA FALAK "AL-KHAWARIZMI(780-850)"

m
Al- Khawarizmi telah berjasa dalam bidang falak pada zaman pemerintahan Khalifah al-Ma’mun, Bani Abbasiyah di Baghdad. Beliau telah dinobatkan sebagai Ahli Falak Diraja atas sumbangan dan kajian beliau. Al-Khawarizmi adalah seorang ahli falak yang agung.

Diantara hasil kerja beliau ialah membuat penyemakan dan memperkemaskan semula ilmu astronomi pada ketika itu dan membetulkan pelbagai pandangan Ptolemy.

Beliau juga telah menghasilkan peta dunia pertama yang telah diterokai pada zaman itu. Beliau juga telah menghitung isipadu dan ukurlilit bumi, mencipta alat penentu kedudukan bintang, sukatan masa dan jam matahari.

Selain bidang falak, Al-Khawarizmi juga adalah seorang ahli matematik yang agung. Beliau telah merintis algebra (arithmatic), penggunaan angka sifar dan perpuluhan, fungsi sinus dan tangen, ungkapan quadratik secara geometri dan trigonometri.

Diantara karangan Al-Khawarizmi ialah Kitab at-Tarikh (falak), Kitab al-Rukhmat(falak), Istkhraj Tarikh al-Yahudi (falak), Kitab Surat al-Ard (falak-geografi), Hisab al-Jabr wal Muqabalah (matematik) dan Kitab al-Jam’a bil Hisab al-Hindi (arithmatic).


Tuesday, March 10, 2009


Attention don't sleep here please!!! huhu

Sunday, March 8, 2009

TOKOH ILMUWAN ISLAM


Al-Khawarizmi
Menurut catatan sejarah, bermula abad ke 10 hingga ke 13 merupakan zaman kegemilangan Islam dalam penerokaan ilmu-ilmu baru sebagai instrumen dalam maslahat ummah ketika itu. Salah satu ilmu yang paling tersohor ialah ilmu Matematik dimana tokoh-tokoh matematik Islam menghasilkan dan mencipta pelbagai sistem perkiraan seperti sistem perpuluhan, operasi asas penambahan , pengurangan, darab dan bahagi serta konsep-konsep dan fungsi trinogor dan tangen yang popular pada kurun ke 10.

Buku-buku karya Al-Kwarizmi yang telah di terjemahkan:

1. “ Mufatih al-Ulum “ ; berkaitan sistem nombor dimana telah diterjemahkan dalam bahasa Latin ‘ Numero Indorum ‘

2. “ Al- Mukhtasar al-Tafsir bi Hisab al-Hindi “ ; berkaitan sistem perkiraan nombor berdasarkan matematik India.

3. “ Al-Mukhtasar Fi Hisab al-Jabr wa al-Jabr wa-al Muqabalah “ ; berkaitan dengan algebra

4. “ Al-Jabr wa’l Muqabalah “ ; berkaiatan penggunaan secans dan tangens dalam perkiraan trigonometri dan astronomi

Al-Khawarizmi merupakan Profesor dalam bidang matematik berkaitan algebra dan hisab yang banyak merubah ketamadunan Islam dan bidang astronomi ( falak) dalam perkiraan pergerakan matahari,bulan dan bintang. Dengan kemasyhuran beliau melonjakkan Kerajaan Khalifah Umayyah yang sangat menekankan penemuan ilmu-ilmu baru sebagai persaingan hebat kepada ilmu Yunani dan Greek yang menjadi rujukan para ilmuwan dahulu.

my IDOLA ~ Al Khawarizmi ahli matematik teragung


Aku sangat kagum dengan kebijaksanaan Al-Khawarizmi dalam bidang matematik, kalau diizinkan ALLAH ingin aku jadi macam Al-Khawarizmi ni. Di sini aku ceritakan serba sedikit pasal Al-Khawarizmi.

ABU Abdullah Mohammad Ibn Musa al-Khawarizmi adalah Bapa Algebra. Tarikh lahir dan kematiannya yang tepat tidak diketahui tetapi beliau dikatakan hidup di antara tahun 790 sehingga 840 Masihi. Ada juga yang menyatakan beliau lahir pada tahun 780 Masihi dan meninggal dunia pada tahun 850 Masihi.

Lebih dikenali sebagai Al Khawarizmi di kalangan ahli sains dan merupakan seorang ahli sains Islam yang terulung dalam ilmu matematik.Beliau juga merupakan seorang ahli astronomi dan geografi yang terkenal pada zamannya.

Gelaran Al Khawarizmi diberi kepada beliau sempena tempat kelahirannya di Khawarizm yang terletak di selatan Laut Aral.Beliau lahir di sebuah tempat bernama Kath iaitu sebahagian daripada daerah Khawarizm.

Kath kini telah lenyap akibat ditenggelami pasir. Kehidupan kanak-kanaknya kurang diketahui tetapi ibu bapanya telah membawanya berhijrah ke Baghdad, Iraq ketika beliau masih kecil.

Khawarizmi merupakan salah seorang ahli matematik yang teragung dan jasanya akan dikenang sampai bila-bila oleh seluruh masyarakat dunia.

Beliau sebenarnya merupakan pengasas kepada beberapa cabang dan konsep asas matematik. Hasil kerjanya dalam algebra begitu cemerlang dan beliau tidak hanya mempunyai inisiatif terhadap subjek dalam pembentukan sistematik tetapi juga bertanggungjawab membangunkan penyelesaian analitikal dalam pengembangan garis lurus serta persamaan kuadratik.

Persamaan kuadratik ialah satu persamaan di mana kuasa kedua tanpa kuasa lebih tinggi digunakan bagi yang tidak diketahui (x2 + 2x - 8 = 0).

Kejayaan itu akhirnya menjadikannya pengasas Algebra. Nama Algebra diperoleh daripada bukunya yang terkenal iaitu Al-Jabrwa-al-Muqabilah.

Beliau turut menjelaskan dengan teliti kegunaan sifar - iaitu sistem angka yang dibangunkan oleh orang Arab.

Pada masa yang sama, beliau membangunkan sistem perpuluhan dan dengan itu, keseluruhan sistem nombor angka, algorithm atau algorizm memperoleh nama selepas dibangunkan oleh orang Arab.

Dalam usahanya memperkenalkan sistem angka India (kini dikenali angka Arab), beliau telah membangunkan beberapa prosedur kira-kira termasuk operasi dan pecahan.

Sistem angka itu kemudiannya diperkenalkan kali pertama oleh orang Arab kepada Barat yang mana hasil kerjanya telah diterjemahkan ke dalam bahasa Eropah.

Jasa beliau yang lain ialah membangunkan secara terperinci bidang trigonometri iaitu ilmu matematik mengenai sudut dan sempadan segitiga yang mengandungi fungsi sine.

Beliau juga menyempurnakan teori geometri yang mewakili muka keratan kon dan membangunkan kalkulus yang mana membantunya menguasai konsep perbezaan.

Beliau juga dilaporkan bekerjasama dalam pengukuran darjah di bawah perintah Mamun al-Rashid yang bertujuan mengukur isipadu dan lilitan bumi.

Pembangunan ilmu kaji bintang atau ilmu falak olehnya mempunyai makna yang cukup besar terhadap kemajuan dalam bidang sains astronomi - yang mana beliau turut menulis buku mengenainya.

Sumbangan Khawarizmi dalam ilmu geografi turut cemerlang. Beliau tidak hanya menyemak pandangan Patolemy mengenai geografi tetapi juga membetulkannya termasuk dalam melakar peta dunia.

Al Khawarizmi merupakan saintis pertama yang melakar peta dunia pada tahun 830 Masihi iaitu 10 tahun sebelum beliau meninggal dunia.

Hasil kerjanya yang lain turut meliputi kerja-kerja asal berkaitan dengan jam, alat yang menunjukkan waktu dengan bayangan matahari serta kaji bintang.

Hasil penemuannya dibukukan dan beberapa bukunya telah diterjemahkan ke dalam bahasa Latin pada awal kurun ke-12.

Sebenarnya, bukunya mengenai kira-kira, Kitab al-Jam'a wal-Tafreeq bil Hisab al-Hindi telah hilang di benua Arab tetapi masih boleh diperoleh dalam buku yang diterjemahkan ke dalam bahasa Latin.

Bukunya mengenai Algebra iaitu Al-Maqala fi Hisab-al Jabr wa-al-Muqabilah juga telah diterjemahkan ke dalam bahasa Latin pada kurun ke-12 dan ia adalah terjemahan yang diperkenalkan dalam dunia sains baru kepada Barat.

Hasil kerjanya dalam ilmu falak turut telah diterjemahkan ke dalam bahasa Eropah dan kemudian ke dalam bahasa Cina.

Buku geografinya, Kitab Surat-al-Ard bersama-sama peta lakarannya juga telah diterjemahkan. Selain itu, beliau turut menulis kalendar Yahudi, Istikhraj Tarikh al-Yahud.

Beliau juga menulis Kitab al-Tarikh dan buku mengenai alat yang menunjukkan waktu dengan bayangan matahari dikenali Kitab al-Rukhmat.

Malangnya kedua-dua buku itu telah hilang.Pengaruh Khawarizmi dalam perkembangan ilmu sains khususnya matematik, astronomi dan geografi kini menjadi lakaran sejarah.

Buku-bukunya turut menjadi buku teks di beberapa universiti sehingga kurun ke-16.


Lagu Kedamaian


tengah ngaja la konon2..ni tengah tunggu din tulis kad raya..lame giler..so aku dengan sal apa lagi posing maut kat lam pejabat sal SDCE-MIMOS hehe

ni time family day mimos..sweet sangat waktu ni..tapi tak dapat joint jalan2 dengan geng2 sebab aku excited nak joint sport by department..tak de orang masuk jela..alhamdulillah team kami R&D menang acara lempar dadu..no.1 tu hehe dapatla periuk nasi satu

ni mase takde keje wekend kuar dengan sal untuk mengisi kebosanan kat umah..lepak2 kat klcc..belon ni sal punye..nampak cam budak kecik,so orang bagila die belon huhu..