**Ayat Seribu Dinar**

**Ayat Seribu Dinar**
Mafhumnya:

Barangsiapa yang bertakwa kepada Allah, nescaya Allah akan lepaskan ia dari masalah hidup Dan diberikannya rezeki dari sumber yang tidak diduga. Dan barangsiapa yang bertawakkal kepada Allah, nescaya Allah akan mencukupkan keperluannya. Sesungguhnya Allah melaksanakan urusan ( yang dikehendaki ) Nya. Sesungguhnya Allah telah mengadakan ketentuan bagi tiap-tiap sesuatu.

Saturday, December 5, 2009

Tragedi LEMBU BUNUH DIRI Korban diAidil Adha

Tanggal 4 December 2009, sebelum saya berangkat ke ukm, terjadinya kes korban lembu di dalam longkang. Menurut saksi kejadian, lembu ini telah tergelincir ke dalam longkang berhampiran rumahku dan tidak dapat naik ke atas kerana longkang tersebut terlalu dalam. Jiran-jiran yang melihat kejadian tidak dapat membantu mengangkat lembu tersebut kerana terlalu berat. Semasa kejadian, ibu serta dua ekor adik beradik lembu ini menunggu di tepi jalan cuba menolong kaum kerabatnya yang tergelincir ke dalam longkang. Namun, hanya ngauman 'bouuuwh' mampu diucapkan oleh ibu dan adik beradik ini. Akibat daripada mukanya yang terselam di dalam air longkang dan hidungnya turut terselam. lembu ini dipercayai mati lemas selepas beberapa jam terselam di dalam air longkang tersebut. Beberapa jam selepas kematian lembu tersebut, sepasukan bomba telah datang untuk operasi mengangkat mayat lembu yang tidak sempat di korbankan ini. Operasi mengangkat lembu selesai selepas di naikkan oleh train bomba kira-kira jam 1 tengahari.

Lembu ini dipercayai bunuh diri sebelum sempat dikorbankan untuk Aidil Adha tahun depan, sekian (",)

Ini model lembu maut (wawa gedikz)



model lembu muncul lagi menambahkan kegedikannya


bergambar bersama lembu bunuh diri


Selepas berjaya diangkat oleh pasukan bomba



Usaha mengangkat lembu menggunakan train bomba da kayu oleh pasukan bomba


kaki diikat dan disambungkan ke train bomba






tali yang disambungkan dari train ke kaki lembu








Wajah lembu sebelum diangkat~saat muka terselam di dalam longkang.


Badan lembu ini muat-muat je dengan longkang dan edisi mengangkat lembu agar sukar kerana terlalu ketat. Oleh itu, bantuan menarik lembu ke atas dengan train bomba digunakan.



No comments: