Kenapa aku demam setelah sekian lama tidak demam?
Baruku teringat rupanya saat keputusan exam untuk keluar sudah tak lama lagi
Kalau di bangku sekolah menengah dulu
tiap kali akan exam dan keputusan akan keluar
demam, selsema dan pelbagai penyakit akan datang...
semasa trial PMR..aku kene "lapar gare versi klate"
habis seluruh tubuhku gatal-gatal
dan setiap kali exam menjelma mahupun result akan keluar mesti diri ini tidak berapa sihat
kenapa perkara ini berlaku ye?
adakah kerana terlalu takut dengan senario exam dan keputusan exam ini?
Memang tidak dinafikan diri ini berdebar-debar
menanti keputusan
kerisauan dan kegelisahan tidak dapat dinafikan
baru sahajaku terbaca my friend wall post in FB
wargh mereka semua telah mengetahui result
kita hanya merancang dan hanya Allah yang menentukanNya
hanya Dia yang tahu di manakah tahap kelayakan kita untuk mencapai sesuatu keputusan
Namun naluri manusia tidak boleh lari daripada perasaan gelisah
dan risau kalau-kalau hajat yang diimpikan tidak tercapai..
tambahan lagi takut untuk memberitahu family tentang result yang diperolehi
Nasibku ku agak baik kerana arwah ayah dan bonda tidak pernah memaksaku mendapat kecemerlangan dalam pelajaran
mereka hanya menyokong dari belakang
apa jua keputusan yang aku bawa pulang mereka terima seadanya
namun atas dasar ingin untuk melihat mereka gembira
ku sentiasa berusaha untuk memberi yang terbaik untuk mereka
waima mereka telah tiada lagi di dunia fana ini
ku yakin mereka akan gembira andai kejayaan ku hadiahkan buat mereka...
Namun adakah nasib menyebelahiku kali ini???
Penantian yang amat menakutkan
adakah cita-cita untuk menamatkan pengajian secepat mungkin tercapai???
Hanya Allah yang tahu apa yang terbaik untuk diriku
Dia tidak menduga hambaNya melebihi kemampuan hambaNya
Ya Allah berilah yang terbaik untuk hambaMu ini
ku pasti apa jua yang Kau kurniakan untukku
Ia adalah yang terbaik untuk diri ini...
bantulah hambMu ini menerima takdir yang akan kau tentukan dengan hati terbuka
dan tidak tergolong dalam mereka yang mudah berputus asa
kuatkanla motivasi diriku untuk terus tabah dalam menhadapi liku-liku hidupku...amin
Aku hanya mampu berusaha dan berdoa..engkau jua penentuNya..
No comments:
Post a Comment