**Ayat Seribu Dinar**

**Ayat Seribu Dinar**
Mafhumnya:

Barangsiapa yang bertakwa kepada Allah, nescaya Allah akan lepaskan ia dari masalah hidup Dan diberikannya rezeki dari sumber yang tidak diduga. Dan barangsiapa yang bertawakkal kepada Allah, nescaya Allah akan mencukupkan keperluannya. Sesungguhnya Allah melaksanakan urusan ( yang dikehendaki ) Nya. Sesungguhnya Allah telah mengadakan ketentuan bagi tiap-tiap sesuatu.

Saturday, December 26, 2009

Koleksi Pokok Peribadi








Ini adalah penemanku sebaik sahaja memulakan pengajian master di UKM. Pada hari pendaftaran pengajian, pokok ini hanya mempunyai tiga helai daun dan kini selepas satu semester pengajian ia mempunyai 10 helai daun. Pokok ini di ambil dari rumah mak cikku seksyen 3 tambahan, Bangi. Ia juga turut menemaniku semasa proses urbanisasi hidup berpindah randah dari Kolej Pendeta Zaaba ke Ungku Omar. Semoga pokok ini terus subur sehingga ke akhir pengajianku...amin (",)



 

Ini pula adalah pokok yang baru dibeliku 261209 dengan memesannya kepada Amir. Thanks Amir tolong belikan pokok ini. Pokok ini adalah sebagai peneman kepada pokok lamaku. Ia hidup bernafaskan jeli merah kuning di dalam botol peanut yang dikitar semula dan dijadikan pasu. Moga pokok ini terus mekar menemaniku hingga ke akhir pengajian dan ke anak cucu...





Inila kedua-dua pokokku. Pokok yang berbalut kertas ungu itu menandakan kehidupanku bermula dari semester satu (awal sem1, 3 daun, awal sem 2,10 daun) manakala pokok berjeli merah kuning itu adalah sebagai penanda semester dua pengajianku. Semoga kedua-dua pokok ini terus subur menandakan keceriaan kehidupanku di sini (",)



2 comments:

Mari Bisnis Yuk said...

wah cantiknya...

DRosmieyatie said...

err...xleh letak mesej kat chatbox la..hew~~~dah wt entri ttg soalan tu..hehehe...sila jenguk~~~:p