**Ayat Seribu Dinar**

**Ayat Seribu Dinar**
Mafhumnya:

Barangsiapa yang bertakwa kepada Allah, nescaya Allah akan lepaskan ia dari masalah hidup Dan diberikannya rezeki dari sumber yang tidak diduga. Dan barangsiapa yang bertawakkal kepada Allah, nescaya Allah akan mencukupkan keperluannya. Sesungguhnya Allah melaksanakan urusan ( yang dikehendaki ) Nya. Sesungguhnya Allah telah mengadakan ketentuan bagi tiap-tiap sesuatu.

Wednesday, December 9, 2009

Kategori Kawan

Pada Firasat Saya:

Kawan terbahagi kepada tiga kategori:

1. Kawan ketika senang dan susah
- Kawan sebegini tak ramai yang diketemui. Mungkin empat atau lima orang sepanjang hayat anda. Kawan ini akan sentiasa keep in touch dengan anda..Mengambil berat kesusahan anda bukan semasa senang sahaja dan kalau mereka berada jauh dari anda dia pasti datang berjumpa anda apabila berkesempatan. Sentiasa menanyakan khabar anda dan sentiasa risau apabila anda susah. Walaupun dah lama tak jumpa mereka ini akan sentiasa berhubung. Apabila anda dalam masalah seperti kesempitan wang, pergi melawat kg halamannya, kawan ini tidak teragak-agak untuk menolong anda dan sanggup berkorban masa dan tenaga untuk anda. Tapi amat sukar untuk mencari kawan sebegini.

2.Kawan ketika senang sahaja
Kawan ketika senang pula mungkin anda berjumpa dengan mereka di sesebuah tempat awam, sesebuah institusi atau di program-program yang pernah anda ikuti. Kawan seperti ini akan tiada selepas tamatnya sesebuah program atau pengajian anda. Mereka ini akan berkira-kira untuk menolong anda apabila anda dalam kesusahan dan memberikan pelbagai alasan untuk mengelak daripada membantu anda. Mereka ini terdorong menghubungi anda apabila mereka berada dalam kesusahan. Kawan ini jarang untuk berjumpa walaupun anda berada dekat dengannya apatah lagi kalau anda berada jauh dari mereka. Kawan seperti ini amat ramai dan tidak terbilang kerana saya percaya setiap hari anda akan bertemu dengan sekurang-kurangnya seorang rakan baru tidak kirala di tempat umum,program atau institusi. Selepas tamatnya program tersebut anda tidak akan bertemu dengannya lagi dan kalau bertemu pun mungkin secara kebetulan.

3.Kawan yang diberi madu dibalas hempedu
Kawan seperti ini pula adalah kawan yang tidak boleh diharap. Madu diberi hempedu pula dibalas. Maksudnya walaupun pelbagai cara anda telah menolongnya mereka tidak teragak-agak untuk menherdik, mengumpat dan menceritakan keburukan anda kepada umum. Bahkan sanggup sengaja menceritakan keaiban anda kepada umum waima anda tidak pernah berbuat demikian.

Begitula manusia, pelbagai ragam dan karenah walau mempunyai pancaindera yang sama. Tidak kirala kategori mana kawan anda tersebut, bagi saya kawan yang nombor satu dan nombor dua boleh lagi diterima tetapi kawan nombor tiga lebih baik anda berjaga-jaga sepanjang berkawan dengan mereka kerana dikhuatiri pergaduhan akan berlaku kerana kita hanya manusia, walau sebaik mana hati anada, anda mungkin akan terdetik rasa tidak puas hati dengan kawan nombor tiga. Sebaik-baiknya tidaklah terlalu rapat kalau anda masih mahu maneruskan berkawan dengan kawan nombor tiga.

Manakala kawan nombor satu memang sah-sahla anda memang kamcing dengan mereka. Mestila anda akan mengambil berat tentang mereka. Kawan nombor dua pula masih boleh ditolong andai mereka memerlukan pertolongan anda atas ihsan dan budi baik anda. Itu pada pendapat saya, walaupun kawan nombor dua tidak pernah mengambil berat dan tidak kisah tentang kesusahan anda tetapi saya percaya mereka bukanla mempunyai hati busuk seperti kawan nombor tiga. Walau di mana anda berada, hanya anda yang boleh menentukan kategori kawan-kawan anda.

Sekian (",)






No comments: