**Ayat Seribu Dinar**

**Ayat Seribu Dinar**
Mafhumnya:

Barangsiapa yang bertakwa kepada Allah, nescaya Allah akan lepaskan ia dari masalah hidup Dan diberikannya rezeki dari sumber yang tidak diduga. Dan barangsiapa yang bertawakkal kepada Allah, nescaya Allah akan mencukupkan keperluannya. Sesungguhnya Allah melaksanakan urusan ( yang dikehendaki ) Nya. Sesungguhnya Allah telah mengadakan ketentuan bagi tiap-tiap sesuatu.

Wednesday, December 9, 2009

.K.E.N.A.L.I. .W.A.N.I.T.A. .D.E.N.G.A.N. .L.E.B.I.H. .D.E.K.A.T.

Sebelum anta memulakan bicara kali ini, ingin anta jelaskan di sini, isu yang tercatat di sini  mahupun penulisan anta sebelum ini adalah dari luahan hati anta dan tidak mengambil kira perasaan ketika menulis. Kadang-kadang tengah bosan, kadang-kadang gatal tangan nak tulis, dan dalam keadaan perasaan yang tidak menentu samada moody, happy, geram dan ia sekadar luahan hati yang terpendam. Mohon maaf sekiranya terdapat pembaca yang terasa dengan fakta yang dikemukakan. Gelaran yang anta guna adalah panggilan untuk anta semata-mata samada membahasakan diri dengan gelaran anta, aku, saya, kawe, ambo, ana adalah hak milik anta waima bahasa itu tidak betul, suka hati antala nak bahasakan diri dengan gelaran apa pun kan (",). Sekarang ni emosi tengah demam dan banyak pula idea-idea untuk dicurahkan di sini sebelum tiba waktu kesibukan lebih baik anta luahkan apa yang terpendam selama ini.

Bercerita pasal perempuanni,anta memang tersangat ramai kawan perempuan kerana dari darjah satu sehingga tingkatan lima anta dididik di sekolah perempuan, di matrik baru mengenali insan bernama lelaki, tu pun tak close sebab anta tak tahu cana nak bergaul dengan lelaki ni,l ebih baik anta menjauhkan diri dari mereka-mereka (",).

Bercakap isu ini, tidak dapat dinafikan ramai kaum lelaki dan boleh dikatakan keseluruhanla hyang nekad memilih perempuan cantik untuk dijadikan teman hidup...Tanyala mana-mana lelaki pasti kecantikan diutamakan..Betul tak lelaki diluar sana??? tetapi di sini anta nak share la sedikit info untuk jejaka2 yang sedang mencari teman hidup, perempuanni ada banyak kategori, ini adalah berdasarkan pengalaman anta sendiri yang ramai kawan perempuan. Pada dasarnya, wanita cantik tidak semestinya cantik juga dari segi dari segi akhlak. Macam orang putih cakap "don't judge a book by it cover". Kecantikan pula dinilai dari banyak segi dan mungkin lelaki A mengatakan awek dia cantik tetapi lelaki B pula mengatakan awek Lelaki A tak cantik. Hanya kaum lelaki yang tahu menilai diri seseorang perempuan itu.

Teringat anta pada seorang kenalan anta semasa di suatu tempat. Wanita ini kalau dilihat dari luaran memangla cantik sangat rupa parasnya dan ayu lagaknya. Berstoking dan menutup aurat kalau keluar rumah. Anta tidak pernah mengenali wanita ini sebelum ini, biarla anta namakan Minah Y. Apabila berjalan di tepi Minah Y ini pasti akan ada mata-mata jejaka terpikau dengan keayuan dan kecantikan Minah Y ini. Anta ni tak cantik sangat jadi tak dela lelaki yang terpikau. Nak dijadikan cerita ,anta pernahla berkesempatan tinggal bersama Minah Y ni, tapi alhamdulillah tak lama tinggal bersama Minah Y ini, Allah telah selamatkan anta dari Minah Y ini. Kenapa anata berkata begini? Nak mudahkan cerita Minah Y ni rupanya anak manja dan tak pernah berenggang dengan family memang jauh berbeza dengan sikap anta yang boleh dicampakkan ke mana-mana sahaja melainkan kalau dicampakkan ke laut anta akan mati lemasla anta sebab anta tak tahu berenang (",). Berbalik kepada cerita Minah Y tadi, selain dari anak manja, Minah Y ini terlalula busy body dan akan memastikan setiap pergerakan anta. Rimas anta dibuat orang macamni, ke mana sahaja anta pergi pasti Minah Y nak tahu. Disebabkan terlalu rimas, anta secara diam-diam cuba menjauhkan diri dari Minah Y ini dan kerana tidak puas hati dengan tindakan anta yang selalu membiarkan dia berdikari, Minah Y pun mulala melaporkan cerita-cerita buruk tentang anta kepada family dia dan muka Minah Y pula sentiasa masam tiap detik dan ketika dek kerana tidak berpuas hati. Pada satu saat anta terdengarla perbualan Minah Y ini mengumpat anta dan memburuk-burukkan anta depan-depan dan terang lagi bersuluh. Anta tidak mahu komplok dengan kehidupan bersama Minah Y ini lantas Allah berikan anta tempat yang lebih istimewa. Alhamdulillah syukur anta ucapkan kehadrat Ilahi. Moral yang anta nak share kat sini bukanla untuk mendedahkan keburukan perangai Minah Y kepada umum tetapi sekadar untuk menyedarkan kaum lelaki bahawa memilih wanita bukanla hanya pada dasar rupa paras semata-mata.

Daripada seramai-ramai kawan perempuan yang anta ada, yang baik hati kebanyakan yang terdiri daripada wanita biasa-biasa sahaja, cukup pancaindera tetapi bukankah itu adalah lebih baik daripada berwajah cantik tetapi berhati hitam? Ada juga wanita cantik dan baik tetapi tak ramai. Buat kaum Adam, berhati-hatila memilih calon anta nasihatkan, jangan memilih wanita berdasarkan rupa paras semata-mata. Luahan ini sekadar sharing atas pengalaman yang ada. Mohon maaf sekali lagi anta minta buat yang terasa.


Sekian (",)



No comments: