Pada 17.12.2009 bermula destinasi dari UKM ke Simpang, Taiping. Menaiki bus Perak Road Way yang sangat menyusahkan orang. Dinasihatkan anda di luar sana agar tidak menaiki bus ini kerana service yang sangat teruk. Bus yang sepatutnya bergerak pada jam 10.20 a.m tetapi pukul 11 a.m baru sampai. Lepas tu bus ini berhenti di Pudu untuk ambik penumpang dan menunggu sehingga satu bus penuh baru jalan, terasa seperti menaiki bus lompat-lompat sedangkan tiket yang di beli atas nama bus express. Proses menunggu di Pudu memakan masa sejam lebih dan selepas semua tiket laku dijual di Pudu barula bus ini menyambungkan perjalanan ke Taiping. Dalam perjalanan, bus ini telah berhenti banyak kali dan di Bidok kami (tiga orang) dipaksa menaiki bus di sebelah kerana bus yang kami naiki hanya berhenti sehingga Ipoh. Malangnya apabila memasuki bus sebelah, bus tersebut sarat dengan penumpang dan tiada seat untuk duduk (very the menyusahkan orang ini bus!). Drivernye adalah India dan bercakap-cakap sesama dorang dalam bahasa yang aku tidak fahami. Hanya aku seorang yang tiada seat dan berdiri terkontang kanting di dalam bus tersebut. Mereka menyuruh aku duduk di depan tempat letak kaki driver (ada ke patut! aku bayar rrrr! bukannya dekat 3 jam lagi perjalanan). Akhirnya mereka bercakap-cakap lagi dan menyuruh kami bertiga menaiki bus asal yang kami naiki. Apa punya orang ini??? mahu bikin gua penat memunggah barang ke hulu ke hilir!!! The service of this bus very teruk! huh. Bus ini sepatutnya stop di Simpang kalau ikutkan destinasi akhir dalam tiket, tapi dia berhenti di Kemunting plak...Ini bus lagi bikin gua sakit hati. Kasihan kak ipar Ita terpaksa menjemput aku hingga ke Kemunting yang agak jauh dari rumah dorang. Akhirnya perjalanan selamat sampai pada jam 6 petang. Bus ini sepatutnya sampai jam 3 petang, tetapi disebabkan service yang terlalu teruk dan menyusahkan orang, ia sudah bikin perjalanan delay 3 jam!
Alhamdulillah aku selamat sampai di Rumah pengantin jam 6.40 petang. Pengantin tengah bergambar dengan berbagai-bagai fesyen pakaian (Mexico, Punjabi dan beberapa lagi pakaian). Ku segerakan solat jamak zohor dan asar setibanya di rumah pengantin. Ini adalah kali pertama aku merasai suasana menyambut perkahwinan di negeri selain Kelantan dan berbangsa lain. Aku sangat kagum dengan kemeriahan suasana sepanjang majlis perlangsung. Di Kelantan, kebanyakan majlis disambut secara sederhana dan ala kadar sahaja berbeza dengan majlis yang kuhadiri pada kali ini di mana terdapat beberapa majlis berlangsung sebelum berlakunya majlis akad nikah. Sehari sebelum akad nikah, majlis khatam Al-Quran telah berlangsung di sebelah pagi, petangnya adalah majlis berinai dari keluarga terdekat pengantin perempuan. Ini adalah kali pertama aku menyaksikan majlis berinai yang sangat unik. Aku ditugaskan sebagai pengapit pengantin. Sireh diletakkan di atas tapak tangan pengantin perempuan dan ibu bapa serta saurdara terdekat pengantin datang ke pelamin persandingan dengan menabur bunga rampai, air mawar dan meletakkan inai di atas daun sireh yang terdapat atas tapak tangan pengantin perempuan. Selepas selesai, upacara menabur ini, pengantin akan bersalam dengan tetamu yang menaburkan bahan-bahan tadi sementara tugasku sebagai pengapit adalah mengambil daun sireh ditapak tangan pengantin perempuan dan meletakkan kembali selepas pengantin selesai bersalam. Manakala malamnya pula ada majlis ceramah menempuh alam perkahwinan sempena majlis perkahwinan yang bakal berlangsung. Penceramah diundang khas dari Pulau Pinang. Perkara yang paling menyentuh hatiku saat penceramah memberi ceramah adalah apabila penceramah menyatakan kegelisahan ibu bapa membiarkan anaknya berdiri sendiri setelah 24 tahun dijaga, dibelai dan ditatang bagai minyak yang penuh tetapi dengan sekali lafaz anak yang ditatang itu kini terpaksa dilepaskan ke tangan suami. Sedihnya perasaan ibubapa saat melepaskan anak kesayangan terutamanya keluarga pengantin perempuan dan perkara ini jelas apabila bapa pengantin perempuan sendiri mengalirkan air mata saat meninggalkan anak tersayang di rumah pengantin lelaki. Aku tidak pernah menangis saat berpisah dengan family semasa mereka meninggalkan ku sebaik sahaja menjejakkan kaki ke universiti tetapi siap melambai-lambai kegembiraan saat diri ditinggalkan. Tetapi hatiku begitu tersentuh disaat seorang bapa mengalirkan air mata ketika detik melepaskan anaknya ke tangan seorang lelaki bergelar suami sehingga aku turut mengalirkan air mata. (pantang tengok orang nangis..mulala nak nangis sama huuu) Namun ini adalah lumrah kehidupan dan setiap insan pasti akan merasai. Menurut Ustaz dalam ceramahnya malam tersebut, apa yang penting dalam institusi perkahwinan adalah niat pengantin itu sendiri dan yang paling penting niat atau doa itu akan dimakbulkan Allah. Jika baik niat kita maka baikla rumah tangga tersebut sebaliknya jika niat perkahwinan hanya sekadar suka-suka maka hanya suka-suka sahaja yang akan diperolehi. Seorang lelaki akan merasai kesusahan menjadi bapa di saat dia memikul tanggungjawab untuk mencari rezeki halal untuk keluarga yang dibina. Di situ akan diketahui kesusahan yang dilalui oleh seorang yang bergelar bapa dan ketua keluarga. Diri yang dulu "single" dan boleh berbuat sesuka hati tetapi kini mempunyai sebuah tanggungjawab yang besar dalam membina keluarga bahagia berlandaskan ajaran agama. Seorang wanita pula akan merasai kesusahan seorang ibu di saat dia melahirkan seorang anak tatkala betapa gembiranya diri apabila anak tersebut lahir ke dunia dan ia ditatang dengan penuh kasih sayang dan rela hidup dalam kesusahan hanya untuk melihat anaknya bahagia dan senang. Di situ akan muncul bahawa jasa ibu tiada tandingan dalam diri seorang yang bergelar wanita.
Majlis akad nikah berlangsung dengan jayanya pada 19 Disember 2009 di Masjid Simpang. Pengantin tidak berapa sihat pada pagi perkahwinan kerana berdebar-debar untuk majlis akad yang akan berlangsung. Alhamdulillah, dengan sekali akad status cik bertukar puan, single change to married, tanggungjawab dari seorang bapa beralih kepada seorang suami, anak yang dulu dibelai manja oleh ibubapa dengan sekali lafaz menjadi milik orang lain. Bermulala kehidupan baru bagi pasangan Rozita & Azuan. Moga mereka bahagia hingga ke syurga. Selepas selesai akad nikah, kedua-dua mempelai berkunjung ke rumah pangantin perempuan untuk majlis batal air sembahyang. Berbagai gaya gambar telah di ambil oleh jurufoto yang diundang khas sempena majlis perkahwinan. Kemudian, pengantin bersiap-siap memakai pakaian pengantin untuk bersanding pada tengaharinya. Lebih kurang jam 1 tengahari, rombongan pengantin lelaki tiba di rumah pengantin perempuan dan disambut oleh flower girl dan paluan kompang. Sekali lagi diri ini diberi mandat untuk menjadi pengapit. Terima kasih kepada pasangan mempelai kerana memberi kepercayaan kepada aku untuk menjadi pengapit sempena hari bersejarah kamu! Beberapa lagu telah dinyanyikan oleh pasukan kompang yang dituju khas kepada kedua-dua mempelai bagi memeriahkan lagi majlis perkahwinan. Lampu yang ber watt 100 dan bunyi paluan kompang membuatkan aku terasa hendak pitam tetapi tak de r pitam ;)=p Sejurus selepas itu, pengantin menjamu selera di meja yang dihias khas. Aku pun turut makan dimeja pengantin. Keesokan harinya, majlis berarak ke rumah pengantin lelaki kira-kira jam 12.30 tengahari dan aku pulang ke universiti pada jam 4 p.m
Apa yang paling mengembirakan dan pengalaman yang tidak dilupakan sepanjang majlis berlangsung adalah diberi peluang tidur di atas katil pengantin bersama pengantin (perempuan sahaja yer) sepangjang aku di sana-3 hari,walaupun selepas akad nikah berlangsung kerana pengantin lelaki balik ke rumah pada malam akad nikah untuk persediaan di rumahnya keesokan harinya. Aku tidak pernah merasai layanan seistimewa ini walaupun keluarga sendiri yang berkahwin. Terima kasih Ita atas layanan isimewa yang diberikan. Ia akan terus tersemat disanubariku hingga ke akhir hayat. Moga kalian berdua berbahagia sepanjang hayat hendaknya...amin.
No comments:
Post a Comment