**Ayat Seribu Dinar**

**Ayat Seribu Dinar**
Mafhumnya:

Barangsiapa yang bertakwa kepada Allah, nescaya Allah akan lepaskan ia dari masalah hidup Dan diberikannya rezeki dari sumber yang tidak diduga. Dan barangsiapa yang bertawakkal kepada Allah, nescaya Allah akan mencukupkan keperluannya. Sesungguhnya Allah melaksanakan urusan ( yang dikehendaki ) Nya. Sesungguhnya Allah telah mengadakan ketentuan bagi tiap-tiap sesuatu.

Thursday, May 14, 2009

ulasan cerita hari-hari terakhir seorang...

salam...

hurm suke aku baca blog En Jep bertarikh tuesday 12 mei 2009 sempena birthday En Jep yang ke 30..Happy Birthday buat En Jep, moga murah rezeki, dilimpahkan nikmat dan kurnia oleh ALLAH S.W.T sentiasa dan semoga dapat menyiapkan phD dengan jayanya dan semoga dapat terus berjuang pulang membawa ilmu di dada untuk dicurahkan kepada anak bangsa kita...Walaupun aku tidak pernah berpeluang belajar dengan En Jep tetapi daripada penulisan En Jep dapat aku gambarkan bahawa dia seorang pensyarah yang simple, baik hati dan semuala yang baik-baik tu hehe...macam En Izwan jugak, happy go lucky orangnye (",)


daripada kisah En Jep ni macam lebih kurang kisah aku je..masa kecil2 selalu terfikir nak itu nak ini... nape orang len boleh duduk rumah besar2 sedangkan aku tinggal rumah kecil je, duit poket sekolah plak cikitje dapat, kenela jimat-jimat untuk beli buku rujukan sebab takde peruntukan untuk beli buku rujukan dari mak ayah...klu nak kenela simpan duit sendiri..kadang-kadang tak makan langsung pun kat sekolah simpan duit untuk beli buku rujukan punya pasal..nak beli bekas pensel cantik2,nak beli bekas warna besar..simpanla duit sekolah sendiri..sebab ayah kerja biasa2je cukup untuk makan kami anak beranak je..erm aku plak suke betul beli buku rujukan, alat-alat sekolah..kadang-kadang gi kedai buku tu survey2 je tengok harga pastu kumpul duit sekolah dan bila dah cukup baru gi balik kedai tu beli... time rehat tu beli keropok je 20sen atau duduk dalam kelas je tak turun rehat sebab nak simpan duit hehe lucu pula bila ingatkan masa dulu-dulu...form 1 sampai form 2 tu g sekolah naik bus tapi form 3 pujuk mak nak g sekolah dengan basikal supaya duit upah bus tu boleh tambah dalam duit poket sekolah aku..erm aku lagi suka naik basikal tua tu daripada naik bus sebab tak yah nak kene wait bus lame-lame..walaupun terpaksa meredah panas terik dan hujan lebat, aku dari dulu sampai sekarang tak suka tunggu-tunggu...kalau g kelas kat u dulu pun aku tak suka g jalan ramai-ramai sebab nak kene tunggu-tunggu orang ni,ada yang make up lame,mandi lame ish rimas betul...baik aku g sorang-sorang huhu...
ingat lagi masa mula-mula nak masuk form 1,janji nak g same dengan jiran kat umah sebab kami tak de transport,anak jiran tu sebaya dengan aku dan sekolah sama,pastu bila sampai umah die,die dah g,tinggalkan aku dan mak,terpaksala kami berdua jalan kaki ke jalan besar sambil tahan teksi...masatu tengahari,matahari atas kepala pulak tu,panasnye Allah je yang tahu tapi azab neraka lagi panas...klu ingat sedih gak orang len g sekolah naik kete sendiri kami lak terpaksa jalan kaki berbatu-batu untuk g daftar hari pertama sekolah,tapi memang besar hikmah ni, memang aku terpaksa tempuh ni sume sendiri tapi last aku berjaya gak masuk u dan orang yang senang tu,nak apa-apa senang dapat, anak orang kaya result mereka tak pas pun, bukanla nak bangga dengan result tinggi tapi bila fikir-fikir balik inilah hikmah kehidupan yang Allah nak bagi..even da berjaya pun..nak g interview ada yang mak ayah teman sampai pintu tempat interview,aku lak pergi dari kg naik bus sorang-sorang je g tempat yg tak kenal..main redah aje,doa pada Allah moga selamat sampai dan alhamdulillah dilindungi sentiasa..
Bila kita tengok orang yang lebih atas dari kita,lebih mewah dari kita, nescaya kita akan sentiasa rase tidak puas hati dengan kurniaan yang ALLAH berikan tetapi pandangla kepada orang yang lebih bawah dari kita, orang hilang upaya, panca indera tak cukup,penyakit merbahaya,hidup dalam peperangan,hidup merempat pasti kita akan lihat betapa besarnya nikmat yang ALLAH kurniakan kepada kita, dilahirkan dengan cukup sifat dan dipelihara dari segala malapetaka maka kita akan sentiasa berada dalam nikmatNYA dan bersyukur yang tidak terhingga terhadap kurniaan Allah ini...
inila hikmah kebesaran takdir Ilahi, Dia bagi ulat bulu dulu pada awalnya, kita ni sedaya mungkin cari penawar untuk ubat rasa gatal akibat terkena ulat bulu ni dan dah tahan dah rasa menanggung derita kene ulat bulu ni, mula la rasa tidak puas hati dengan pemberian Allah ni tapi hari berlalu, minggu berganti minggu dan saat ulat bulu mula bertukar menjadi rama-rama cantik adalah saat yang paling bahagia... saat berada di puncak kejayaan, selangkah lebih dari kawan-kawan yang dulunya lebih dari kita...inila lumrah kehidupan manusia jarang bersyukur dengan pemberian Allah, bila di lihat rumah orang besar, kereta orang besar, orang kerja besar terdetik di hati hebatnya orang tu tetapi mereka tidak sedar dan tidak pula terasa hebatnya ALLAH yang mencipta bumi,mencipta alam dan seluruh isinya... tiada yang lebih hebat dari ALLAH dan ALLAH tidak akan memberi dugaan yang hebat kepada sesiapa yang di rasakan tidak mampu menanggungnya sebaliknya Dia hanya memberikan kepada sesiapa yang dirasakan layak dan ujianNya untuk membuktikan betapa kuatnya hamba-hambaNya yang sentiasa tidak putus bermunajat kepadaNya walau sekuat mana badai melanda...kesusahan tu mengajar kita menjadi lebih tabah berbanding dengan orang yang tidak pernah merasainya...dan kesusahan juga boleh membawa seseorang kepada tangga kejayaan seperti orang-orang tua zaman dulu walaupun kerja berkebun je tapi dapat melahirkan anak-anak yang berjaya tetapi anak-anak yang dilahirkan dalam kehidupan mewah, mak ayah kerja gaji besar belum tentu semuanya berjaya...ada juga yang terlibat dengan bermacam gejala sosial...inila lumrah kehidupan dan syabas buat adik Nik Nur Madihah yang telah berjaya mendapat 20A SPM 2008 walaupun hidup dalam serba kekurangan...moga kejayaan adik Nik Nur Madihah menjadi panduan dan pembakar semangat kepada sesiapa yang ingin berjaya,kesusahan tidak menghalang kejayaan seseorang dan kesusahan merupakan softskill yang amat berharga.

(macam Rofi cakap kerja jadi cleaner ke, orang suruhan ke, buruh kasar ke, dapat membantu kita membina softskill dan boleh isi banyak-banyak dalam resume phD nanti dimana orang lain takde softskill ni...bukan senang nak dapat softskill ni..hanya insan terpilih je yang dapat..ahahaha..)

2 comments:

Suhaila S. said...

betul2..
jgn tgk yg lg mudah krn itu akan bawa kpd x puas hati n ilang kesyukuran.. sebaliknya renunglah pd yg lg lemah supaya lebih bersyukur dan timbul keinginan utk membantu..

kalo x dapat apa yg kita suka, cuba suka apa yg kita dapat.. itu sudah lebih dr segalanya.. =)

hAYAtie said...

a'a hargai apa yang dapat dan sayangi apa yang ada, jangan memaksa benda yang tak dapat untuk menghargai kita...