**Ayat Seribu Dinar**

**Ayat Seribu Dinar**
Mafhumnya:

Barangsiapa yang bertakwa kepada Allah, nescaya Allah akan lepaskan ia dari masalah hidup Dan diberikannya rezeki dari sumber yang tidak diduga. Dan barangsiapa yang bertawakkal kepada Allah, nescaya Allah akan mencukupkan keperluannya. Sesungguhnya Allah melaksanakan urusan ( yang dikehendaki ) Nya. Sesungguhnya Allah telah mengadakan ketentuan bagi tiap-tiap sesuatu.

Sunday, May 17, 2009

trime kasih cikgu

16 MEI 2009

Hari istimewa dan penghargaan buat semua guru yang disayangi

sempena hari guru semalam sempat g melawat rumah cikgu khadijah (my geografi teacher form 2 merangkap guru kelas form 2 saya)

terima kasih cikgu kerana masih ingatkan saya...hanya masej yang mampu saya hantar kepada guru-guru sebagai tanda penghargaan hari guru..tu pun kepada cikgu marina (cikgu add math tersayang), cikgu khadijah dan cik ida je sebab ni je number telefon cikgu yang saya ada.. terima kasih cikgu khadijah yang menelefon saya kembali dan sudi menjemput saya datang ke rumah...setiap kata2 nasihat cikgu 9 tahun lepas masih tersemat di dalam hati ini dan insyaallah akan dijadikan pedoman selagi hayat dikandung badan...

KRING2 KRING2

cikgu kt : t dok mano loni...?
aq : sy dok k.b loni cikgu..
cikgu : ooo dok k.b maila jale umh cikgu...
aq: cikgu ado dumoh dok pete ni...kalu ado gak insyaAllah pete2 kare sy g umh cikgu
cikgu kt : cikgu ngaja tuisyen kul 2 sapa kul 4..pahtu gak adola dumh..
aq : ok dale kul 5.30 sy g umh cikgu deh

setelah lame tidak berjumpa amatla menyayat hatiku berborak2 selama 2jam bersama cikgu tersayang...bercerita kisah seorang cikgu yang dari dulu hingga kini masih giat berjuang mengajar anak bangsa...tahniah buat cikgu khadijah yang kini bergelar PK HEM Sk Gunung...

trima kasih juga buat cikgu Marina yang telah membalas mesej sy :Tq and good luck to u..

Jasamu guru tidak dapat kubalas..hanya Allah yang mampu membalasnya...gelaran guru tidak akan pudar walaupun ke akhir hayatmu...duhai guru yang aku sanjungi

deligasi istimewa buat semua guru-guru yang pernah mengajarku :

tadika Jalan Yaakubiah,
SK LAnggar,
SRK Zainab 2,
SMK Zainab 1,
Kolej Matrikulasi Negeri Sembilan
Universiti Utara Malaysia

...selamat hari guru...

selamat hari guru gak buat mak and abah abang

TEMA HARI GURU 2009:

"GURU PEMBINA NEGARA BANGSA"

Bersedia melangkah megah
Walaupun sukar baktiku curah
Demi mu ibu pertiwi
Sumpah ku lafaz janji kukota

Berikrar eratkan bangsa
Kukuhkan cinta kepada Negara
Berjasa terus berjasa
Menyebarkan ilmu tiada batasnya

Guru Pembina Negara Bangsa
Gagah perjuangkan visi Negara
Bangunkan jiwa yang pelbagai rupa
Demi agama dan nusa tercinta

Guru Pembina Negara Bangsa
Tetap Unggul senadakan suara
Sehaluan menggapai matlamatnya
Cemerlang dan gemilangkan Malaysia

.




Jasamu Ku Kenang,Tulus dari pelajarmu:
Wan Noor Hayatie Wan Abdul Aziz



No comments: