**Ayat Seribu Dinar**

**Ayat Seribu Dinar**
Mafhumnya:

Barangsiapa yang bertakwa kepada Allah, nescaya Allah akan lepaskan ia dari masalah hidup Dan diberikannya rezeki dari sumber yang tidak diduga. Dan barangsiapa yang bertawakkal kepada Allah, nescaya Allah akan mencukupkan keperluannya. Sesungguhnya Allah melaksanakan urusan ( yang dikehendaki ) Nya. Sesungguhnya Allah telah mengadakan ketentuan bagi tiap-tiap sesuatu.

Sunday, May 3, 2009

Matematik owh Matematik

What is the meaning of mathematics exactly?

1.The study of the measurement, properties, and relationships of quantities and sets, using numbers and symbols.

2.The science of numbers and their operations, interrelations, combinations, generalizations, and abstractions and of space configurations and their structure, measurement, transformations, and generalizations

Sedari kecil minat mendalam dalam bidang matematik tidak asing lagi dalam diriku. Walaupun tidak pandai membaca lagi, tetapi hobiku adalah mengisi nombor dalam setiap kotak kosong dalam buku kotak-kotak sehingga penuh kotak dalam buku kotak-kotak tersebut. Hendak bermain tak ada adik-adik, hendak di ikut bermain di luar abang-abang je yang ada atasku. Inilah rutin hidupku ketika di pra sekolah, ada juga kadang-kadang mengamuk hendak ikut abang-abang bermain, tapi permainan mereka biasala lelaki bola sepak, main padang, melepak..erm nasibla badan. Selepas rumahku dijilat api ketika berada di darjah satu, kami terpaksa menyewa rumah dan di kawasan rumah sewa kami terdapat ramai kawan-kawan yang sebaya denganku...(zana, iming, inin, asiah, mira, kak da, kak lina, faezah, kak lela, ime dan lain-lain). Kami semua sudah besar dan ada yang sudah menjadi isteri orang. Selamat maju jaya buat semua kawan-kawanku. Maka tugas aku selepas balik dari sekolah adalah bermain-main bersama kawan-kawan di padang. Macam-macam permainan kg kami main (dekcok, polis entry, besball (bola katok), susun tin, katok getoh, masak-masak) dan macam-macam lagi yang ku tak ingat nama permainannya.. Jika di dingatkan balik, seronoknya bermain sewaktu di alam kanak-kanak, kanak-kanak yang tidak pernah kenal erti penat, tiada istilah stress dan apa aku yang tahu bermain-main dan terus bermain sehinggga senja menjelang. Berbeza dengan kanak-kanak hari ini di mana mereka kebanyakannya tidak lagi mengenal permainan-permainan tradisional seperti ini. Perubahan tradisi berlaku, zaman beralih arah, kanak-kanak hari ini lebih leka dengan komputer riba di rumah, bermain games di kaca TV dan berbagai lagi permainan moden. Malah ada kanak-kanak hari ini yang hidup di ibu kota tidak pernah kenal dengan ayam, lembu, kambing, kerbau hidup tetapi mereka hanya tahu haiwan-haiwan yang telah mati dan berada di pasaran.

Semasa di bangku sekolah rendah, aku bukanlah seorang yang begitu bijak dalam bidang akademik, minat yang mendalam dalam matematik dipupuk ketika aku berganjak ke sekolah menengah di mana SEMENZA 1999 adalah batch pertama tersenarai dalam sekolah kawalan tetapi masih di peringkat pertama. Hanya pelajar yang mendapat 3A ke atas dipilih masuk. Menjadi pelajar di sekolah yang terdiri daripada semua puteri tidak asing lagi kepada diriku tatkala sudah biasa dengan girl school sedari standard one. 11 years at girl school from standard one until form five mengajarku erti berlumba-lumba dalam pelajaran. Tiada buruan dari kaum lelaki. Berkenalan dengan kawan-kawan yang hanya tahu belajar membuatkan diriku terpinga-pinga kerana aku bukanla seorang ulat buku. Namun diri ini mencuba sedaya upaya mengikut rentak persaingan di SEMENZA. Belajar bertatih supaya tidak terus rebah dan dipijak zaman walaupun begitu kerdil diri ini bebanding dengan kawan-kawan seperjuangan. Kami sekeluarga perpindah ke rumah baru setelah rumah kami siap dan di sini tiada lagi kawan-kawan seusia menjadikan diriku terperangkap di dalam rumah sendirian dengan meninggalkan terus kisah padang dan permainannya. Maka bermulala kisah pelajaran, buku dan sekolah. Itu sahaja teman karibku sewaktu di sekolah menengah. Walaupun sekolah kami ada menyediakan asrama tetapi aku berulang hari-hari kerana jarak rumah yang hanya 2 km dari sekolah. Merempuh panas terik dan bermandikan hujan lebat dengan bertemankan basikal tua adalah rutin hidupku sewaktu itu.

4 Gigih mengenalkan aku the fantastic of mathematics. Kesungguhan Cikgu Marina mangajarku menjadikan add math my favourite subject mangatasi subjek-subjek lain. Walaupun di hari pertama pengenalanku dengan add math, terasa agak sukar segala latihan yang di berikan dan aku dengan bangganya menjawab dengan salah semua soalan yang di kemukakan! Namun itu tidak mematahkan semangatku malah membuatkan aku semakin mendekati add math di saat ramai yang mula menyerah.. ku khatam buku latihan add math beberapa kali. Latihan yang di buat seperti keseronokan bermain games di PC. Location betarung: di saat iklan di TV sedang berlangsung. Kesinambungan diteruskan tatkala berada di 5 Bestari. Terima kasih buat madam Koid yang mengajar kami. Tidak hairanlah jika cikgu add math menjadi cikgu kegemaranku berbanding subjek-subjek lain.

Ermmmmmmmmmm aku begitu merinduimu dunia matematik..Takdir menentukan aku terjerumus ke kancah sains pemutusan walaupun diriku begitu meminati pure math... Nasihat dari kekanda tak mampu ku bantah walaupun diri ini begitu berminat untuk mengkaji apa itu mathematics,bagaimana sistem nombor dan formula di buat dan sedaya mungkin mencipta rumus sendiri...namun katanya pure math tak leh bawa ke mana, kerana ianya hanya terbatas kepada teoti semata-mata...maka kuturuti sahaja dari pengalaman yang atas walaupun result matrik tidakla seteruk mana untuk aku tercampak ke dunia ini, namun takdir yang Esa penentu segalanya...tatkala Kun Faya Kun bergema, maka beradala aku pada ketetapanNya. Tamat sudah sarjana muda dan tiada penyesalan yang mampu di kata walau saat pertama begitu kecewa pabila di tempatkan di hujung sana... Pasrahla hati menerima dengan hati terbuka walaupun sayu masih terasa...sikapku yang tidak gemar bertukar kos mengakhiri segalanya...kini timbul pula seribu persoalan dari Dr ... yang menginginkan aku melanjutkan sarjana dalam pure math @ applied math. Namun kekanda berkata: g ambik degree pure math balik if you want to continue master in pure math..aduih seribu persoalan bermain di minda, ramai yang nasihat jangan mengambil pure jika tiada basic pure...

tulonnnnnnnnnnnnnnnnnnnnng


Adakah aku harus ignore je ofer ini dengan memohon melalui cara lain. Adakah perjuanganku harus di tamatkan di sini setelah penat bergelumang dengan segala pahit maung? Ujian owh ujian, dugaan owh dugaan... Ya ALLAH please show me the truth way in my life... Show me what is the best for me and please guide me to that way!

7 comments:

Hamba ALLAH said...

Salam...Ingin mengulas sikit dengan menitip kata dr Dr Suzilah. Tak salah kiranya kita nak amik course yg bukan dr asalnya kita berada. Contoh cm Atie yg nak amik pure math tp Atie nak kena usaha berganda-ganda dr mereka yang memang sudah lahir dr course tu. Atie nak kena ikut kelas budak2 undergraduate (menumpang) sebab course yang kita semua amik kat cnie mmg jauh dr pure math or even statistic..Itu jer la yang Yt dpt cakap...

Math?? Hakikatnya Yt minat math gak but since Yt masuk Form 4 Yt tak ikhlas berada dalam kelas Pure Science, hidup kat hostel & cikgu yang sempoi. I'm forgot what I love. Tah la rs cm ssh jer add math. Tp math moden Yt belajar dgn penuh kesungguhan. Bukan nak menyalahkan cikgu yang mendidik tapi realitinya itu juga menjadi faktor pelajar kurang gemar or minat (sbb tu aknak jadi cikgu). Cikgu add math Yt ckp, skrg 15 dpt F tp nanti guarantee lulus punyer..Ngeh3...Dengan tiada kesungguhan Yt menghadapi peperiksaan...Tak gagal...Tp lulus...Terukkan? Ngehhehhe...Malunyerrrr....

hAYAtie said...

erm tula setiap orang di cipta berbeza even kembar sekalipun..atie xsuke baca..bce 1 page pun da blh tertidur..hehe inilah perbezaan antara org yg suka math n x...ni cube nk meminati membaca sedaya mungkin hikhikhik

Anwar said...

matematik susah..amik HRM jer...hehehe

hAYAtie said...

ish sesuke hati jer srh org beralih arah..pelah t..k ni hehe

Anwar said...

jom men www.travian.com

Hamba ALLAH said...

Yt tak suka membaca but sllu bernasib baik dlm subjek membaca...Sllu dpt A...hahahaha....

hAYAtie said...

bgsla suke bce..go on and byk faedah yg kt dpt dri membaca..membaca adalah ilmu yg tak dapat di beli dgn wang ringgit (",)