**Ayat Seribu Dinar**
Mafhumnya:
Barangsiapa yang bertakwa kepada Allah, nescaya Allah akan lepaskan ia dari masalah hidup Dan diberikannya rezeki dari sumber yang tidak diduga. Dan barangsiapa yang bertawakkal kepada Allah, nescaya Allah akan mencukupkan keperluannya. Sesungguhnya Allah melaksanakan urusan ( yang dikehendaki ) Nya. Sesungguhnya Allah telah mengadakan ketentuan bagi tiap-tiap sesuatu.

Sunday, March 22, 2009
Al-Fatihah buat arwah bonda dan ayahanda tercinte...
jasamu tiada bandingan buat arwah bonda tercinta..kekalla dirimu di akhirat hakiki, tiada sempat daku membalas jasamu bonda .. hanya pada ALLAh ku bermohon moga di rahmati arwah bonda dan ayahanda tercinta, diampunkan dosa mereka, di tempatkan bersama insan mulia..

tabah hadapi rintangan, cekal dengan dugaan sementara..bersemadila dikau arwah bonda tersayang bersama orang-orang beriman di alam sana..moga bertemu kita satu ketika..amin..

Thursday, March 19, 2009
Terkenangku Di Zaman Silam

Salam buat semua...
Hari ni kerja aku kemas-kemas store jap sebab office nak pindah ke pasir pekan akhir bulan ni..
Hari ni kerja aku kemas-kemas store jap sebab office nak pindah ke pasir pekan akhir bulan ni..
Pastu continue main internet hehe.. edit blog cikit-cikit maklumla baru blaja..huhu
Bila duduk saje-saje ni terkenang waktu lampau.. bestnye time blaja dulu..
paling suka waktu sekolah menengah dan matrik.. best sangat
Masa sekolah rendah aku banyak main-main, tak tahu apa itu belajar.. tahu nak main jer hehe
Jangan harap aku nak ulangkaji bila abis sekolah masa kecil-kecil dulu. Balik sekolah je mesti tak sabar tunggu waktu petang untuk main-main bersama rakan sebaya. Time Cikgu ajar pun boleh lagi duduk main-main. Aku masih ingat satu-satunya buku rujukan UPSR yang aku ada buku sains je, tu pun tak pernah baca. Kelakar pula bila ingatkan balik.
Sekolah Menengah alhamdulillah jumpa kawan yang rajin-rajin semua dan dari situ aku mendapat semangat untuk belajar. Nur Suhana kawan baik ku di waktu sekolah menengah. Dia cukup rajin belajar dan sentiasa membakar semangatku untuk belajar. Dari situ aku mula mengenal erti kepentingan ilmu. After PMR dia mendapat tawaran ke MRSM manakala aku setia bersama SEMENZA sebab aku tak apply pun untuk pergi boarding school, lebih selesa belajar di samping arwah bonda tercinta. Form 4 pula dapat sorang lagi member ni yang cukup rajin dan bercita-cita menjadi Dr, insyaallah will become a Dr next year. Dia juga banyak ajar aku untuk struggle for four flat at KMNS. Jasa guru-guru ku di SEMENZA dan mana-mana sahaja tak dapat aku lupakan..sayang semua cikgu..
aspecially SEMENZA~ cikgu Marina-add math, Madam Koid-add math, cikgu Mariam-math mod, Mr Eng-fizik,cikgu Nas-fizik, cikgu pa-kimia n semuala..ni subjek paling aku suka ingat sampai skang
KMNS ~ Cik Yat, En Faizal, Cik Fazilah, Pn suzyliana, Pn Normawati etc
UUM ~ En Izwan, Pn Rafidah, Cik Idariyana, Cik Adyda, Pn Norhafiza, Pn Hawa, Pn Faezah, Pn Muslihah, Pn Azura, Dr Engku,Pn Zurina etc
~banyak lagi yang tak tertulis di sini, ampun maaf ku pinta dari semua guru-guruku andai murid mu ini tersalah bicara, terkasar tutur bahasa. Tanpa cikgu siapala saya.
pada semua guru-guruku yang banyak megajar terima kasih banyak-banyak, moga Allah membalas jasa cikgu-cikgu semua dan moga cikgu diberkati Ilahi dunia akhirat hendaknya..amin
Kepada Semua kawan-kawanku ~ Suhana, Wani, Sue, Rofi, Bushro, Aileen, Cetul, Kakak, Adik, Pek, Nifah, Juhaini, Sal, Nabila, Din, Salwa, Kak Yang n semua la miss u all so much..

Wednesday, March 18, 2009
Fitrah Kehidupan

Ramai masyarakat kita hari ini yang tercicir pelajaran di sebabkan tidak mempunyai perbelanjaan yang mencukupi untuk melanjutkan pelajaran. Ilmu adalah penting untuk mengubah hidup seseorang, seperti pepatah ada menyatakan kita haruslah menuntut ilmu sehingga ke negeri china. Tanpa ilmu siapakah kita?
Ilmu mampu menjadikan kita seorang yang berkaliber, berhemah, berpandangan jauh dan secara tidak langsung dapat membantu meningkatkan taraf hidup dari segi agama, bangsa dan negara. Sanggupkah kita tercicir hanya kerana wang? Wang bukanlah segala-segalanya dalam kehidupan kita tetapi segala-galanya memerlukan wang. Adakah anda setuju dengan kata-kata saya? Oleh itu kita seharusnya merancang simpanan hari tua bermula dari sekarang samada kanak-kanak, remaja atau dewasa.
Penabungan adalah penting supaya kita tidak meminta-minta bantuan orang lain jika mengalami kesusahan. Sesungguhnya tangan yang memberi adalah lebih baik daripada tangan yang meminta. Mulakan simpanan anda hari ini di MCIS Zurich kerana banyak manfaat yang akan anda perolehi.

PTPTN semakin sukar untuk dipinjam kerana terlalu ramai pelajar yang memasuki IPTA @ IPTS. Jadi kita seharusnya mempunyai simpanan sendiri tanpa mengharapkan pinjaman ini lagi.
Adakah anda sanggup menggadaikan semua harta yang anda ada semata-mata untuk membiayai kos perubatan yang mahal? Mungkin hari ini kita berada dalam keadaan sihat walafiat, alhamdulillah tetapi bolehkah anda meramal tahap kesihatan anda 10 tahun akan datang? Sekiranya anda di sahkan menghidap penyakit-penyakit kronik 5 tahun akan datang, sudahkah anda mempunyai simpanan yang cukup untuk menampung segala kos perubatan? Atau anda terpaksa menggadaikan segala aset anda untuk membiayainya?Bayangkan anda terpaksa menjual kereta, rumah, barang-barang kemas anda semata-mata untuk menampung kos rawatan hospital. Dalam sekelip mata sahaja simpanan anda habis. Health Care MCIS Zurich boleh membantu anda membiayai segala kos rawatan dengan bayaran sekecil rm50 sebulan. Kita seharusnya bersedia sebelum ditimpa hujan. Perlindungan ini mampu mengubah hidup anda!
MCIS terlindung dari pelaburan yang mengharamkan
Pesanan daripada CEO MCIS Zurich ini menggambarkan fungsi utama syarikat ini adalah berkonsepkan koperasi dan kerjasama antara ahli kumpulan untuk melindungi sesama sendiri apabila berlaku musibah. Ia adalah seperti tabung akhirat kematian yang biasa dilakukan di kampung-kampung di mana apabila berlaku kematian kutipan wang akang diminta ke rumah-rumah untuk membantu saudara yang berlaku kematian keluarga. Dalam kes MCIS ini, kutipan akan di adakan setiap bulan atau boleh dibayar secara tahunan dan syarikat akan menanggung segala kemungkinan yang berlaku bergantung kepada polisi yang di ambil.
MCIS Zurich

PANEL SYARIAH MCIS Zurich
MCIS adalah syarikat insuran yang tidak asing lagi. Ditubuhkan atas konsep ta'wun atau kerjasama (sistem koperasi) yang berlandaskan islam. Dengan adanya penasihat daripada panel syariah sistem insuran yang di lakukan oleh MCIS Zurich adalah sahih dan berlandaskan kehendak islam. Syarikat ini dikelola di bawah koperasi Malaysia untuk membantu ahli kumpulan ketika berlaku kesulitan atau kecelakaan.
Ia terletak di bawah conventional dan mempunyai pelbagai produk yang menjamin keperluan pelanggannya. Produk asas yang paling diperlukan kita hari ini adalah health care dan 5G. Dengan menabung serendah Rm50 sebulan dibawah perlindungan health care, anda mampu mendapatkan rawatan di hospital pakar apabila berlaku musibah dengan jaminan sebanyak RM120 000. Dengan sistem 5G pula ia adalah berbentuk simpanan whole life dan anda perlu membayar selama 10 tahun sahaja, MCIS Zurich akan membayarkan percuma kepada anda selama 10 tahun berikutnya. Sepanjang tempoh simpanan, sebarang kemalangan, hilang upaya, kematian akan di jamin oleh MCIS.
Ia seperti anda menabung di dalam bank-bank lain tetapi jika anda menabung di dalam MCIS anda akan mendapat banyak faedahnya kerana pihak insuran akan menanggung sebarang risiko-risiko kecelakaan sepanjang tempoh tabungan dan anda boleh mengeluarkan duit anda pada bila-bila masa selepas cukup tempoh matang. Jadi kenapa lepaskan peluang baik ini? Dengan tabungan yang sedikit dan mampu menjamin hari tua anda, anda tidak perlu menghabiskan semua tabungan anda apabila berlaku kecelakaan. Untuk keterangan lanjut boleh hubungi saya atie di atie_bds@yahoo.com @ 017-9055025 @ 013-5853967. Mulakan simpanan hari tua anda bermula hari ini sebelum terlambat.
Tuesday, March 17, 2009
Erti sebuah kehidupan

Sebaik-baik rujukan dan ilmu adalah Al-Quran, bukti Allah yang memberi nikmat, sedarlah duhai manusia yang lemah, tiada engkau berkuasa dengan kehendak Allah dan janganlah engkau bongkak dengan nikmat sebesar kuman yang Allah kurniakan kepada engkau. Insaflah kamu sebelum Allah menarik balik nikmat yang dikurniaNYA kepadaMU!!! Sedarlah sesungguhnya engkau tidak mampu berdiri walau sebelah kaki pun tanpa bantuan ALLAH dan pangkat darjah yang diberikan kepadaMU hanyala sebagai ujian dariNYA untuk meguji sejauh mana kamu bersyukur dengan nikmatNYA. Oleh itu janganla engkau memaki hamun dan mengherdik insan yang lebih rendah pangkatnya darimu kerana mereka juga hamba ALLAH yang tidak ada bezanya darimu serta bantulah mereka andai kamu diberi kesenangan oleh ALLAH.
hanya ALLAH yang maha ESA, tiada yang lagi berkuasa selain MU Ya ALLAH, berikanlah kesedaran kepada kami hamba-hamba mu yang terlalu taksub dengan nikmat kurniaan MU ya ALLAH..
Arini lelah la rasa,penat rasa tak cukup nafas, tersalah makan buah tembikai susu. Aku memang alah buah ni tapi aku suka sangat buah ni. Arini keje kene compile sume file 2008/2007. Sampai bila ye nak keje sini, hanya Allah yang tahu.
Dah dapat kerja elok tolak sebab janji-janji universiti yang suke permainkan insan lemah seperti aku, suka ambil kesempatan atas kecuaian aku. Kalau fikir balik nape ye perkara ni terjadi. Ape pun benda ni semua terjadi disebabkan insan yang tak bertanggungjawab, yang ego dengan pangkat yang di sandang, berlagak atas kurniaan sementara Allah. Kadang-kadang aku termenung merenungkan nikmat sementara kurniaan Allah, mengapa manusia terlalu taksub mengejar duniawi sehingga tidak mahu berkongsi walau sedikit pun nikmat hadiah yang Allah berikan dengan hamba Allah yang lain. Tidakkah mereka sedar bahawa sekelip mata sahaja Allah boleh menarik balik kurniaannya dan boleh menimpakan mala petaka yang dasyat kepada sesiapa sahaja yang DIA kehendaki..kun fayakun..maka jadilah apa yang dikejendakiNYA... Ya Allah tunjukkanla aku jalan redha mu. Sekiranya ujian mu ini untuk menjadikan aku lebih tabah, KAU kurniakanlah aku yang lebih baik daripada yang aku lepaskan dan kau tunjukkanlah jalan pulang ke pangkal jalan kepada hamba-hamba mu yang lalai..amin.
Monday, March 16, 2009
Subscribe to:
Posts (Atom)