Salam Maal Hijrah
Tanggal tahun baru 1 Muharam 1432H (7.12.2010) diri ini masih terpinga-pinga tentang penentuan masa depan samada ingin menyambung pengajian lagi atau bekerja dahulu dan sambung kemudian. Tawaran kerajaan melalui MyBrain15 MyphD membuka mindaku bahawa kerajaan telah menawarkan satu tawaran baik kepada sesiapa yang ingin melanjutkan pelajar bagi mencapai target 60 000 pemegang PhD di kalangan rakyat Malaysia. Dengan menawarkan yuran pengajian sebanyak RM24K sepanjang pengajian dan perbelanjaan sara diri sebanyak RM2 300, ia adalah satu tawaran yang hebat di tambah dengan gaji RA RM1800 per month, rasanya itu sudah cukup untuk menampung hidup sepanjang pengajian. OMG what should i do? Orang kata belajar lagi best daripada kerja. Aku plak tak tahu mana lagi best sebab tak pernah kerja. Bila belajar rasa nak kerja, tapi bila kerja masa terikat dan kerja pula bertimbun, lagi2 kalau dapat bos yang tak sekepala memang hidup bagai dalam api membara. Di mana kita berada, tak semua orang suka akan karenah kita, walaupun kita berbuat baik pasti ada yang tak puas hati, buat jahat apatah lagi orang benci dan dilaknati Allah.
Sewaktu kecilku tidak pernah terlintas di hati ini untuk menyambung pengajian hingga ke peringkat tinggi. Apatah lagi asal usulku daripada keluarga susah. Masih terngiang-ngiang kata-kata abangku "Alah, belajar pandai-pandai pun bukan boleh masuk U pun, bukan ada duit nak belajar tinggi pun". Waktu tu aku baru darjah dua dan masih belum mengerti tentang kepentingan belajar tinggi-tinggi. Semasa di bangku sekolah rendah, aku bukanlah seorang yang begitu cemerlang. Masa kanak-kanakku banyak dihabiskan dengan bermain-main berkejaran di padang bersama kawan-kawan. Buku hanya dibuka berada di sekolah dan tiada langsung minat membaca. Apa yang aku tahu hanya bermain-main, menangkap rama-rama, main pondok-pondok, main masak-masak, main getah dan macam-macam lagi permainan kampung yang sudah jarang dimainkan oleh kanak-kanak zaman sekarang. Ma pla tak pernah marah, apatah lagi memukul. Memang sejak kecil aku tak pernah di pukul mahupun di marah. Apa yang aku buat, ma ikutje dan tak pernah menengking. Kalau makan pula mahu disuapkan, kalau tak disuap, tak mahu makan. Manja juga aku di waktu kecilkan :). Begitulah kisah hidupku semasa di alam kanak-kanak.
Namun, semasa darjah 5, keluargaku berpindah rumah ke rumah baru dan tiada lagi kanak-kanak sebayaku untuk bermain-main. Maka, hidupku mula terkurung dan terperap di dalam rumah sahaja. Waktu lapangku dihabiskan dengan mereka cipta barang-barang terbuang dan melukis. Itu adalah hobiku. Untuk membeli barang yang cantik seperti oang lain ku tidak mampu, jadi aku berusaha mencipta sendiri barang-barang mengikut kreativiti sendiri seperti file, nota dan macam-macam lagi. Semangatku untuk belajar bersungguh-sungguh selepas berjumpa Nur Suhana Zainuddin ketika ditingkatan 1. Pada awal permulaan tingkatan 1, aku masih terbawa-bawa sikap bermain-main dan tidak pernah serius belajar. Namun, selepas bertemu Nur Suhana aku berubah menjadi seorang yang rajin membaca. Beliau banyak mengubah hidupku menjadi pelajar yang rajin walaupun tidak secemerlang orang lain. Selepas tingkatan 3, beliau pindah ke MRSM manakala aku meneruskan pengajian di SMK Zainab 1. Allah itu maha adil lagi maha mengetahui. Walaupun aku tidak melanjutkan pengajian ke asrama penuh, namun alhamdulillah dipertemukan dengan kawan-kawan yang senantiasa bersemangat untuk belajar dan bertungkus lumus memberi yang terbaik untuk ibu bapa tercinta. Arwah ibu dan ayah tidak pernah memaksa diriku untuk menjadi pelajar cemerlang. Namunku yakin mereka sentiasa berdoa agar Allah memberi yang terbaik buat anak-anak tercinta. Ayah di seru Ilahi ketika usiaku 14 tahun dan ma mengambil alih tugas seorang ayah dan ibu. Namun beliau tidak pernah merungut membesarkan kami. Itulah sifat ibuku yang sentiasa cekal dalam membesarkan anak-anak. Ma pula menyahut seruan Ilahi pada usiaku 21 tahun. Pemergian ayah bonda di saat diri masih memerlukan banyak mematangkan diri ini. Belajar untuk hidup berdikari, berhati cekal dan tabah dalam mengharungi sebarang cabaran.
No comments:
Post a Comment