**Ayat Seribu Dinar**

**Ayat Seribu Dinar**
Mafhumnya:

Barangsiapa yang bertakwa kepada Allah, nescaya Allah akan lepaskan ia dari masalah hidup Dan diberikannya rezeki dari sumber yang tidak diduga. Dan barangsiapa yang bertawakkal kepada Allah, nescaya Allah akan mencukupkan keperluannya. Sesungguhnya Allah melaksanakan urusan ( yang dikehendaki ) Nya. Sesungguhnya Allah telah mengadakan ketentuan bagi tiap-tiap sesuatu.

Sunday, May 31, 2009

Kita Adalah Insan

Rabbani

Insan

Kita adalah insan penumpang atas dunia
Aku dengan caraku yang sederhana

Kita adalah hamba berbakti Pada Yang Esa
Aku mencari sinar keredhaannya
Kita sama sahaja bezanya cuma amalan kita
Engkau dan juga aku saling perlukan

Oh... cinta yang murni sebagai ikatan
Yang kukuh di hati demi masa depan
Jangan dihancurkan hidup yang indah ini
Akibatnya merana

Jangan hancurkan hidup yang indah
Kita adalah hamba Yang Esa

Iqrar


Ku bersaksi tiada Tuhan melainkan Allah
Ku bersaksikan Muhammad lah pesuruh Allah

Ku berjanji
Malam siangku redha untukmu
Ku berjanji
Hidup ini amal ibadah untukmu

Ku berselawat atas-Nya
Memohon sinar syafaat
Tiap titis
Kasih sayangnya
Tiap saat ku merindu
Tiap detik ku ingat
Semoga diri disayangi
Menikmati hebat cinta suci

Ku bersaksi tiada Tuhan melainkan Allah
Ku bersaksikan Muhammad lah pesuruh Allah

Ku berjanji
Malam siangku redha untukmu
Ku berjanji
Hidup ini amal ibadah untukmu

Hadirmu bagai purnama
Menerangi malam gelita
Aku menumpang kehangatannya
Dari kedinginan jiwa

Tiap saat ku merindu
Tiap detik ku ingati
Semoga diri disayangi
Menikmati hebat cinta suci

Ku bersaksi tiada Tuhan melainkan Allah
Ku bersaksikan Muhammad lah pesuruh Allah

Ku berjanji
Malam siangku redha untukmu
Ku berjanji
Hidup ini amal ibadah untukmu









ALLAH promise

Allah s.w.t always have three replies to our doa:

1. YES
2.YES, but not now
3. I have a better plan for you

There's never a 'no'...just have faith and keep prays...

The problems with many of us now is that we don't believe that Allah will open a window and pour in blessings that we won't have room to receive them. I dare anyone to try ALLAH. HE is true to HIS word. Allah cannot lie and his promise are sure..

Pray may we are awesome prayer...
Believe it and you shall be blessed...

Ustaz ... dalam ceramahnya di cerong radio kelantan f.m beberapa hari yang lepas ada mengatakan bahawa memang ALLAH telah mentakdirkan segala yang berlaku tetapi kita sebagai insan tidak harus menyalahkan takdir sebelum beusaha...

example: memang nasibku kais pagi makan pagi,kais petang makan petang..ini memang telah ditetapkan untukku sejak azali lagi dan tak perlula berusaha sebab dah memang ditakdirkan..

moral: salah prinsip ini sebab siapa kita yang mengatakan itu adalah takdir sedangkan kita sendiri tidak tahu apa yang telah ditakdirkan kepada kita sehingga kita melalui saat dan detik itu..maka tugas kita sebagai insan adalah berusaha sedaya mungkin tanpa memikirkan takdir buruk atau baik..yang penting kita usaha..bukan tugas kita menetukan itu adalah takdir atau tidak kerana hanya Allah yang mengetahuinya..tugas kita adalah mencuba yang terbaik selagi hayat dikandung badan...dan bertawakal kepada Allah selebihnya kerana:

~usaha tanpa tawakal itu sombong...
... tawakal tanpa usaha itu angan-angan kosong~




Sunday, May 24, 2009

bila wonderpet datang ke rumah




eh ini papa wonderpet ker...hahaha


siapakah wonderpet ini?

wonderpet ini adalah dua orang budak nakal yang sedang membesar...

name dier...sape tau? hehe

semalam wonderpet datang lagi menyepahkan rumah yang baru ku kemas...
menunggang terbalikkan kusyen di ruang tamu...

wonderpet sulung pergi sekolah aritu..wonderpet ni umur die 3 tahun..die belajar kejapje pastu die kacau orang yang sedang belajar...orang ajar nombor dua..dia kata tu nombor empat..dia cakap kita plak yang salah.. (2<-- ni nombor empat wonderpet cakap hehe) meh kita blaja dunia wonderpet... bila wonderpet buka beg sekolah dia...penuh dengan mainan logo berterabur... tetapi bila wonderpet takde sunyi betul rumah tu... erm wonderpet sekarang datang kejap2 jer... lepas sepahkan rumah kami maka dorang pun balik menolong haiwan yang dalam kesusahan... inila wonderpet saya... bila dia takde windu pula..bila dia datang memekak aje hehe samapaije kat luar umah da bunyi bising2 wonderpet...kami datang membantu...sape tahu nyanyi cepat sambung... diela buah hati saya... wonderpet bila mahu datang lagi? wonderpet no.2 panggil saya tu...sebab dia xpandai cakap lagi wonderpet owh wonderpet pengarang jantungku...



Thursday, May 21, 2009

fuzzy mathematics @ matematik kabur

apakah itu matematik kabur?

adakah matematik memang kabur?

sejak kecil saya belajar matematik dengan menggantikan nilai melalui formula2 yang ada..dan secara simboliknya saya masih tidak tahu kenapa rumus matematik ini direka..

kadang-kadang terdetik di hati untuk mencipta formula sendiri..

tapi bagaimana dan untuk apa..

ntah sesaje nak cinpta rumus..huhu

cikgu saya pernah berkata..semasa dia belajar di luar negara..cikgu dia bertanya kenapa rumus mengatakan 1+1=2

memang kalau kita tambahkan benda dalam situasi sebenar 1+1=2 tetapi hakikatnya mengapa 1+1=2 ? anyone out there can explain to me?

matematik sangatla senang..cuma perlu mengingat rumus2 yg ada..

dan gantikan nilai-nilai yang diberi berdasarkan rumus yang dihafal..kan senang tu

tapi hakikatnya saya masih tercari-cari kenapa matematik itu kabur?

semoga saya dapat memahami fakta sebenar matematik kabur dalam pengajian yang akan datang..

sesiapa yang pernah belajar subjek matematik kabur ini harap dapat share sedikit apa itu matematik kabur???

~ADIOS~





Wednesday, May 20, 2009

Untuk Renungan Bersama


Hampir setiap hari kita dipaparkan dengan berita sedemikian.
Sedangkan kos perubatan semakin meningkat.

Sesiapapun sanggup berkorban apa sahaja apabila berlakunya musibah (sakit/kemalangan) terhadap orang yang disayangi.

Wang simpanan kita PASTI tidak mencukupi untuk pembiayaan kos rawatan.

Jika majikan anda (kerajaan/swasta) menyediakan rawatan hospital yang cukup untuk pekerjanya, maka artikel di atas tidak akan wujud.

DERMA dan SIMPATI bukan jalan penyelesaiaan.

BERTINDAK SEBELUM TERLAMBAT!!!

Bagaimana?

Dengan serendah RM50 sebulan, anda diberi jaminan untuk rawatan hospital pakar bernilai ratusan ribu ringgit di Malaysia.

Hubungi saya untuk keterangan lanjut

Perbezaan Ketara dengan satu kad


Manfaat Umum


Menanggung kos rawatan sehingga RM 540 000

Elaun harian hospital sehingga RM 450.00

Khairat kematian


Manfaat Penghospitalan dan Pembedahan


Bilik Hospital dan makan yang selesa

Unit rawatan rapi

Kos pembedahan

Perbelanjaan Pelbagai Hospital

Rawatan sebelum dan selepas penghospitalan

Bayaran kemasukan hospital dan perbelanjaan laporan perubatan untuk setiap kemasukan hospital.

Elaun tunai harian di hospital kerajaan


Manfaat Pesakit Luar


Rawatan pesakitluar untuk kemalangan dan kecemasan

Rawatan Kanser dan dialysis buah pinggang bagi pesakit luar

Pembedahan harian


** Risalah ini hanyalah memberi penerangan ringkas, untuk makluman lanjut mengenai terma dan syarat sila rujuk perunding kami.

KE BAWAH DULI YANG AMAT MULIA AL-SULTAN KELANTAN



ucapan khas buat Kebawah Duli Yang Maha Mulia Al-Sultan Tuanku Ismail Petra Ibni Al-Marhum Sultan Yahya Petra yang kini dalam keadaan gering..moga tuanku cepat sembuh dan dapat mentadbir negeri seperti sedia kala..


putera-puteri tuanku Al-Sultan

Tengku Muhammad Faris Petra ( Tengku Mahkota Kelantan)
Tengku Muhammad Fa-iz Petra ( Tengku Bendahara )
Tengku Muhammad Fakhry Petra (Tengku Temenggong )
dan seorang puteri, Tengku Amalin A'ishah Putri.




istana negeri kelantan

dunia glamour???


(Sal bila nak datang K.B--->windu bangat sama kamu!)




Siapa nak jadi glamour???

cepat angkat tangan

saya boleh tolong promotekan kat sini..hehe

napela sejak dua tiga hari ini buhsan sangat2..

siapa yang glamour?

hebat sangat ke diri bila dah glamour?

kenal lagi tak kawan-kawan permainan zaman kecil-kecil bila dah glamour?

best sangat ke hidup dalam dunia glamour ni?

tak rasa rimas ke bila semua orang asyik bercerita tentang kita?

gosip pula di mana-mana...

ada yang buruk,ada yang baik...

bila g shoping pun mesti semua mata memandang...

setiap pergerakan diperhatikan...

hidup pun rasa tak tenang...

tengah jalan-jalan datang wartawan ambik gambar...

peminat pula tak terlayan...





Tuesday, May 19, 2009

kebosanan melanda

nabila, saya, salmiah, ape ek name angkasawan kita ni ..en faiz ker...lupe suda hehe and salwa
happy wedding day buat salwa yang akan melangsungkan perkahwinannya hujung bulan ni sekali gus menamatkan zaman bujangnya...moga berbahagia ke anak cucu..

huh memang bosan betul arini..nak membaca malas pula..inila kerja saya!

ni koleksi patung kak..katak hijau tu namenye ding2..bob g jalan2 la plak time ni..tu yg xde..ni la katil kak yg sentiasa kemas rapi..kain cadar yg sentiasa di iron tiap kali bangun tido..seorang gadis melayu yg sangat rajin mengemas bilik..diala juara!

ni koleksi kasut kakak a.k.a aida gadis melayu kita..tapi time ni kak tak femes g..tapi die suke sgt beli kasut..tiap kali kuar tu mesti shoping kasut dan muziumnye kat bawah katil..ni baru sebahagian banyak lagi yg tersusun rapi ka tluar bilik kami..

jurugambar profesional: Salmiah..takde keje betol la time ni..bilik ini memang sejuk tahap cipan dan boleh membekukan sesiapa yang tak tahan..tak leh nak control lak tu aircond nye..sebabtu kene pakai swtr sentiasa..mula-mula datang sini tu selsema, demam di buatnya..langkah pemanasan g toilet letak tangan kat tempat pengering tangan tu lama2..hehe

windunye nak pakai kad gantung2 ni..sungguh skema..tetapi terpaksa pakai kerana bilik ini menggunakan card touch dan tidak boleh access masuk tanpa melalukan kad ini..maklumla security nye bilik..hanya staf lam ni je boleh masuk..teringat pula nabila yang selalu datang kene wait kat luar tunggu aku datang buka baru dia leh masuk hehe..satu lagi tu kad LRT untuk sebulan..aku yg sungguh skema akan memakai kad ini walaupun di luar pejabat..udah biasa hehe..kadang-kadang g lunch kad mines punh pakai kad ni..kelako je rase..

memandangkan tak de keje dan bosan sangat2 arini..nak post gambar2 yg ada..tu je hikhikhik

Monday, May 18, 2009

KISAH NABI YUNUS A.S

Semalam memandangkan tiada kelas kerana cikgu Zul demam
maka aku mengambil kesempatan untuk mengemas dapur yang udah sekian lame berhabuk seperti tiada penghuni hehe..maklumla tuan punye umah aku sorang je tukang kemasnye..tika rajin je ngemas..time malas tu wat2 tak nampak je huhu
lepas penat mengemas layanla IKIM.FM
stesen radio kegemaranku sejak dari bangku sekolah sehingga sekarang
peneman di kala kesunyian...sambil melakukan hobi yang telah lama aku tinggalkan kerana dilanda kesibukan dan kemalasan..
hobi ini membuatkan aku berasa tenang dan happy

best sangat hobi n
i
melukis sambil mendengar radio IKIM

IKIM semalam de cite sal kisah nabi YUNUS di dalam perut ikan paus
kalau dengar kisah nabi Yunus ni..dapat dijadikan ikhtibar betapa nabi ALLAH pun di uji dengan ujian sehebat ini apatah lagi kita manusia biasa...

kisahnya begini..nabi Yunus diutuskan sebagai rasul ALLAH untuk memimpin kaumnya menuju ke jalan Allah tetapi umatnya amatla degil dan tidak mahu mendengar nasihat nabi Yunus..nabi Yunus dicemuh, dimaki dan di seksa sehingga ada satu ketika sehingga melekat darah di selipar nabi kerana direjam kaumnya...maka nabi Yunus merajuk dengan kaumnya dan membawa diri ke perkampungan lain..dia berkata binasala semua kaumku kerana tidak mahu mengikut jalan Allah..setelah tiba di perkampungan lain,kg yang baru ditemui itu dilanda banjir yang amat dasyat,menumpangla nabi Yunus di atas sebuah kapal tetapi kapal tersebut tidak dapat menampung manusia yang terlalu ramai..maka mereka membuat undian sesiapa yang kalah terpaksa dicampakkan ke laut..nabi Yunus juga tergolong dalam golongan mereka yang membuat undian ini. Setelah mengundi nabi Yunus terkeluar dan terpaksa dicampakkan ke dasar laut..tapi mereka kasihankan nabi Yunus maka mereka membuat undian sebanyak tiga kali tetapi dalam ketiga-tiga undian itu nabi Yunus kalah dan terpaksala dia merelakan diri dicampakkan ke laut luas...
setelah dicampakkan ke laut,dia dimakan pula oleh ikan paus yang besar..maka tinggalla nabi Yunus di dalam perut ikan paus tersebut..dia menyangka dirinya telah meninggal tetapi Allah telah mengarahkan ikan paus tersebut supaya menelan sahaja tanpa mengapa-apakan nabi Yunus..
di dalam perut ikan paus itu, nabi Yunus mendengar semua hidupan laut bertasbih dan berdoa kepada ALLAH iaitu:


"LAA ILA HA ILLA ANTA SUBHANAKA INNI KUNTU MINAZ DZALIMIIN"


maka nabi Yunus turut bertasbih dan berzikir dengan doa ini di dalam keadaan gelap gelita perut ikan paus dia memohon agar Allah selamatkan dirinya..sesungguhnya doa ini mampu membantu kita ketika berada dalam kesempitan hidup..bayangkan kita masih diberi peluang untuk memohon berdoa kepada ALLAH dalam alam yang begitu luas tetapi nabi Yunus terpaksa berdoa dalam gelap gelita tanpa sekelumit sinaran cahaya..malaikat yang mengetahui perkara ini memohon kepada ALLAH agar menyelamatkan nabi Yunus kerana dia tidak pernah mengingkari perintah Allah, kesalahannya hanyala meninggalkan kaumnya yang tidak mahu mendengar kata,ALLAH berfirman nabi seharusnya terus berdakwah dan tidak jemu memimpin umatnya walaupun berbagai ancaman yang dia hadapi..begini sekali nabi di hukum kerana sikap umatnya..tetapi disebabkan dirinya yang tidak jemu bertasbih, berdoa, ALLAH memperkenankan doanya dan memerintahkan ikan paus itu memuntahkan nabi Yunus ke darat..maka keluarla nabi Yunus dari perut ikan dalam keadaan lemah longlai dan kembali berdakwah kepada kaumnya..alhamdulillah kaumnya insaf dan kembali ke jalan ALLAH

khasiat ayat ni kalau diamalkan segala kesulitan dpt diselesaikan dgn mudah sangat..
menjauhkan kita dari
terkena perbuatan sihir..
sesiapa yg susah hati..
terkena buatan atau apa
penyakit sekalipun..

amalkan ayatni insyaallah ALLAH bukakan jalan kemudahan..amin

cerita tentang ayat ini, suatu ketika dahulu ketika aku menaiki bus dari alor star ke kulim (rumah su), aku pernah duduk sebelah mak cik tua yang alhamdulillah nampak sihat lahiriahnya...mak cik ni umurnya dalam lingkungan 70 puluh an tetapi masih kuat dan masih mampu berjalan ke hulu ke hilir sorang2 naik bus...mak cik ni pernah beritahu aku bahawa dia mengamalkan ayat ini sejak dari muda hingga tua dan alhamdulillah dia dihindarkan dari penyakit dan musibah..satu lagi dia cakap amalkan minum air suam tiap-tiap pagi dan kalau boleh jangan minum ais untuk menjaga kesihatan..wallahualam..

nantikan kisah nabi musa pada ahad depan 24.5.2009 9 malam di IKIM.FM saluran informasi anda...

~Satu Tekad~

berikanku sebaris kata
'tuk ku susuri jalan gelita
mentera keramat kata pujangga
azimat yang bermakna
di depan simpang bercabang tiga
tak tahu mana satu arahnya
kanan kiri manusia berdusta
mungkir pada Yang Esa
mungkin ku bukan watak utama
dalam pentas lakonan dunia
bimbang jua ku turut sama
pastinya aku yang binasa
berikan aku pedoman
arah mana jalan kehidupan
'tuk ku teruskan pengembaraan
tak rebah dan tersalah langkah
tunjukkan aku kawan
simpang mana arah kejayaan
timur utara juga selatan
atau arah mentari terbenam
bersama menyusuri jalan
para Rasul Nabi junjungan
menuju ke puncak
gemilang terbilang
iman di dada mengiring langkah






Sunday, May 17, 2009

Pengajaran Berharga

1. Jangan membuat keputusan terburu-buru.

2. Pilih status yang tidak membebankan anda di hari muka.

3. Jangan terlalu taksub dengan ofer yang di beri.

4. Belajar dari kesilapan lalu.

5. Pertimbangan sewajar-wajar-wajar-wajar-wajarnya harus di buat apabila mendapat banyak ofer.

6. Jangan ingat perkara zaman sekarang semudah perkara zaman dahulu.

7. Jika di beri pilihan tetap atau sementara,usah berfikir panjang..pilih aje yang tetap supaya tidak pening kepala di hari muka.

trime kasih cikgu

16 MEI 2009

Hari istimewa dan penghargaan buat semua guru yang disayangi

sempena hari guru semalam sempat g melawat rumah cikgu khadijah (my geografi teacher form 2 merangkap guru kelas form 2 saya)

terima kasih cikgu kerana masih ingatkan saya...hanya masej yang mampu saya hantar kepada guru-guru sebagai tanda penghargaan hari guru..tu pun kepada cikgu marina (cikgu add math tersayang), cikgu khadijah dan cik ida je sebab ni je number telefon cikgu yang saya ada.. terima kasih cikgu khadijah yang menelefon saya kembali dan sudi menjemput saya datang ke rumah...setiap kata2 nasihat cikgu 9 tahun lepas masih tersemat di dalam hati ini dan insyaallah akan dijadikan pedoman selagi hayat dikandung badan...

KRING2 KRING2

cikgu kt : t dok mano loni...?
aq : sy dok k.b loni cikgu..
cikgu : ooo dok k.b maila jale umh cikgu...
aq: cikgu ado dumoh dok pete ni...kalu ado gak insyaAllah pete2 kare sy g umh cikgu
cikgu kt : cikgu ngaja tuisyen kul 2 sapa kul 4..pahtu gak adola dumh..
aq : ok dale kul 5.30 sy g umh cikgu deh

setelah lame tidak berjumpa amatla menyayat hatiku berborak2 selama 2jam bersama cikgu tersayang...bercerita kisah seorang cikgu yang dari dulu hingga kini masih giat berjuang mengajar anak bangsa...tahniah buat cikgu khadijah yang kini bergelar PK HEM Sk Gunung...

trima kasih juga buat cikgu Marina yang telah membalas mesej sy :Tq and good luck to u..

Jasamu guru tidak dapat kubalas..hanya Allah yang mampu membalasnya...gelaran guru tidak akan pudar walaupun ke akhir hayatmu...duhai guru yang aku sanjungi

deligasi istimewa buat semua guru-guru yang pernah mengajarku :

tadika Jalan Yaakubiah,
SK LAnggar,
SRK Zainab 2,
SMK Zainab 1,
Kolej Matrikulasi Negeri Sembilan
Universiti Utara Malaysia

...selamat hari guru...

selamat hari guru gak buat mak and abah abang

TEMA HARI GURU 2009:

"GURU PEMBINA NEGARA BANGSA"

Bersedia melangkah megah
Walaupun sukar baktiku curah
Demi mu ibu pertiwi
Sumpah ku lafaz janji kukota

Berikrar eratkan bangsa
Kukuhkan cinta kepada Negara
Berjasa terus berjasa
Menyebarkan ilmu tiada batasnya

Guru Pembina Negara Bangsa
Gagah perjuangkan visi Negara
Bangunkan jiwa yang pelbagai rupa
Demi agama dan nusa tercinta

Guru Pembina Negara Bangsa
Tetap Unggul senadakan suara
Sehaluan menggapai matlamatnya
Cemerlang dan gemilangkan Malaysia

.




Jasamu Ku Kenang,Tulus dari pelajarmu:
Wan Noor Hayatie Wan Abdul Aziz



Thursday, May 14, 2009

ulasan cerita hari-hari terakhir seorang...

salam...

hurm suke aku baca blog En Jep bertarikh tuesday 12 mei 2009 sempena birthday En Jep yang ke 30..Happy Birthday buat En Jep, moga murah rezeki, dilimpahkan nikmat dan kurnia oleh ALLAH S.W.T sentiasa dan semoga dapat menyiapkan phD dengan jayanya dan semoga dapat terus berjuang pulang membawa ilmu di dada untuk dicurahkan kepada anak bangsa kita...Walaupun aku tidak pernah berpeluang belajar dengan En Jep tetapi daripada penulisan En Jep dapat aku gambarkan bahawa dia seorang pensyarah yang simple, baik hati dan semuala yang baik-baik tu hehe...macam En Izwan jugak, happy go lucky orangnye (",)


daripada kisah En Jep ni macam lebih kurang kisah aku je..masa kecil2 selalu terfikir nak itu nak ini... nape orang len boleh duduk rumah besar2 sedangkan aku tinggal rumah kecil je, duit poket sekolah plak cikitje dapat, kenela jimat-jimat untuk beli buku rujukan sebab takde peruntukan untuk beli buku rujukan dari mak ayah...klu nak kenela simpan duit sendiri..kadang-kadang tak makan langsung pun kat sekolah simpan duit untuk beli buku rujukan punya pasal..nak beli bekas pensel cantik2,nak beli bekas warna besar..simpanla duit sekolah sendiri..sebab ayah kerja biasa2je cukup untuk makan kami anak beranak je..erm aku plak suke betul beli buku rujukan, alat-alat sekolah..kadang-kadang gi kedai buku tu survey2 je tengok harga pastu kumpul duit sekolah dan bila dah cukup baru gi balik kedai tu beli... time rehat tu beli keropok je 20sen atau duduk dalam kelas je tak turun rehat sebab nak simpan duit hehe lucu pula bila ingatkan masa dulu-dulu...form 1 sampai form 2 tu g sekolah naik bus tapi form 3 pujuk mak nak g sekolah dengan basikal supaya duit upah bus tu boleh tambah dalam duit poket sekolah aku..erm aku lagi suka naik basikal tua tu daripada naik bus sebab tak yah nak kene wait bus lame-lame..walaupun terpaksa meredah panas terik dan hujan lebat, aku dari dulu sampai sekarang tak suka tunggu-tunggu...kalau g kelas kat u dulu pun aku tak suka g jalan ramai-ramai sebab nak kene tunggu-tunggu orang ni,ada yang make up lame,mandi lame ish rimas betul...baik aku g sorang-sorang huhu...
ingat lagi masa mula-mula nak masuk form 1,janji nak g same dengan jiran kat umah sebab kami tak de transport,anak jiran tu sebaya dengan aku dan sekolah sama,pastu bila sampai umah die,die dah g,tinggalkan aku dan mak,terpaksala kami berdua jalan kaki ke jalan besar sambil tahan teksi...masatu tengahari,matahari atas kepala pulak tu,panasnye Allah je yang tahu tapi azab neraka lagi panas...klu ingat sedih gak orang len g sekolah naik kete sendiri kami lak terpaksa jalan kaki berbatu-batu untuk g daftar hari pertama sekolah,tapi memang besar hikmah ni, memang aku terpaksa tempuh ni sume sendiri tapi last aku berjaya gak masuk u dan orang yang senang tu,nak apa-apa senang dapat, anak orang kaya result mereka tak pas pun, bukanla nak bangga dengan result tinggi tapi bila fikir-fikir balik inilah hikmah kehidupan yang Allah nak bagi..even da berjaya pun..nak g interview ada yang mak ayah teman sampai pintu tempat interview,aku lak pergi dari kg naik bus sorang-sorang je g tempat yg tak kenal..main redah aje,doa pada Allah moga selamat sampai dan alhamdulillah dilindungi sentiasa..
Bila kita tengok orang yang lebih atas dari kita,lebih mewah dari kita, nescaya kita akan sentiasa rase tidak puas hati dengan kurniaan yang ALLAH berikan tetapi pandangla kepada orang yang lebih bawah dari kita, orang hilang upaya, panca indera tak cukup,penyakit merbahaya,hidup dalam peperangan,hidup merempat pasti kita akan lihat betapa besarnya nikmat yang ALLAH kurniakan kepada kita, dilahirkan dengan cukup sifat dan dipelihara dari segala malapetaka maka kita akan sentiasa berada dalam nikmatNYA dan bersyukur yang tidak terhingga terhadap kurniaan Allah ini...
inila hikmah kebesaran takdir Ilahi, Dia bagi ulat bulu dulu pada awalnya, kita ni sedaya mungkin cari penawar untuk ubat rasa gatal akibat terkena ulat bulu ni dan dah tahan dah rasa menanggung derita kene ulat bulu ni, mula la rasa tidak puas hati dengan pemberian Allah ni tapi hari berlalu, minggu berganti minggu dan saat ulat bulu mula bertukar menjadi rama-rama cantik adalah saat yang paling bahagia... saat berada di puncak kejayaan, selangkah lebih dari kawan-kawan yang dulunya lebih dari kita...inila lumrah kehidupan manusia jarang bersyukur dengan pemberian Allah, bila di lihat rumah orang besar, kereta orang besar, orang kerja besar terdetik di hati hebatnya orang tu tetapi mereka tidak sedar dan tidak pula terasa hebatnya ALLAH yang mencipta bumi,mencipta alam dan seluruh isinya... tiada yang lebih hebat dari ALLAH dan ALLAH tidak akan memberi dugaan yang hebat kepada sesiapa yang di rasakan tidak mampu menanggungnya sebaliknya Dia hanya memberikan kepada sesiapa yang dirasakan layak dan ujianNya untuk membuktikan betapa kuatnya hamba-hambaNya yang sentiasa tidak putus bermunajat kepadaNya walau sekuat mana badai melanda...kesusahan tu mengajar kita menjadi lebih tabah berbanding dengan orang yang tidak pernah merasainya...dan kesusahan juga boleh membawa seseorang kepada tangga kejayaan seperti orang-orang tua zaman dulu walaupun kerja berkebun je tapi dapat melahirkan anak-anak yang berjaya tetapi anak-anak yang dilahirkan dalam kehidupan mewah, mak ayah kerja gaji besar belum tentu semuanya berjaya...ada juga yang terlibat dengan bermacam gejala sosial...inila lumrah kehidupan dan syabas buat adik Nik Nur Madihah yang telah berjaya mendapat 20A SPM 2008 walaupun hidup dalam serba kekurangan...moga kejayaan adik Nik Nur Madihah menjadi panduan dan pembakar semangat kepada sesiapa yang ingin berjaya,kesusahan tidak menghalang kejayaan seseorang dan kesusahan merupakan softskill yang amat berharga.

(macam Rofi cakap kerja jadi cleaner ke, orang suruhan ke, buruh kasar ke, dapat membantu kita membina softskill dan boleh isi banyak-banyak dalam resume phD nanti dimana orang lain takde softskill ni...bukan senang nak dapat softskill ni..hanya insan terpilih je yang dapat..ahahaha..)

Tuesday, May 12, 2009

windu mase mude-mude~skang da tue hehe


Ni nomey-nomey masa baby tak tau tahun bila 1985 kot hehe


2005


kakak,kak ina,me,kak eja n kak alia~PROTON grand dinner 2006

KMNS_F5P4_A44_PHYSICS IS THE BEST!!! ~2004/2005

sekretariat kerjaya dalam kenangan~2006

Monday, May 11, 2009

hari keramat buat insan bergelar ibu

sElAmAt hArI IbU bUAt semua yang bergelar IbU



hari ibu yang di sambut semalam 10.5.2009 merupakan hari keramat yang amat dihargai oleh semua warga ibu.

Rasulullah pernah bersabda siapakah yang harus di taati selepas Allah dan rasulmu: ibumu, ibumu, ibumu dan yang keempat barula bapamu.

Begitu besar jasa dan pengorbanan seorang ibu yang tiada tolak bandingnya melahir, menyusu, mengasuh dan membesarkan kita. Kasihnya ibu tidak bertepi walau sebaik atau sejahat mana anak yang dilahirkan, naluri ibu tetap menerima anaknya dengan penuh kasih sayang. Syurga di bawah tapak kaki ibu. Pabila seorang anak dilahirkan, terhapusla segala dosa si ibu menunjukkan betapa sukarnya melahirkan seorang anak, bergadai nyawa hanya untuk anak tercinta. Tahniah buat arwah ibuku yang telah bergelar ibu sejak kelahiran anak pertama 1 November 1965 sehingga kelahiran anak bongsu 25 March 1986. Membesarkan kami tujuh beradik seorang diri setelah ayahanda pergi menyahut seruan Ilahi. Kau seorang wanita yang cekal bonda yang amat kukasihi. Berbagai dugaan kau hadapi dengan tenang, tidak hairanla wajahmu ternyum bersih di saat jenazah di kafankan. Meninggal tanggal 5 Ramadhan Al-Mubarak pada hari isnin mungkin adalah balasan terbaik untukmu dari yang ESA. Walaupun kini kau sudah tiada di dunia nyata..namun gelaran keramat 'ma' masih tersemat di kalbu anakmu ini... Teringat daku tika di bangku sekolah, bonda tersayang sanggup menemanku hingga ke detik 2 hingga 3 pagi..menemani anaknya belajar..tidur di sisi membuatkan mata ku gagah di tenggelam malam sepi. Bangun di tengah malam bermunajat untuk solat sunat tatkala exam ku menjelma...tapi kini tiada lagi doa tulus darimu bonda menjadikan diriku seorang yang cekal menghadapi dugaan hidup ini. Jasa dan pengorbananmu tak dapat ku balas duhai ibu tercinta...hanya doa ku panjatkan moga kau kekal bahagia di akhirat abadi dan moga ditempatkan bersama insan-insan solehah...

Monday, May 4, 2009

fAILUrE

Failure doesn't mean you are a failure...
It means you have not succeed...

Failure doesn't mean you accomplied nothing...
It means you you have learn something...

Failure doesn't mean you are inferior it...
It means you are not perfect...

Failure doesn't mean you are wasted your time...
It means you have a reason to start a fresh...

Failure doesn't mean you should give up...
It means it will take a little longer...

Failure doesn't mean god has abondened you...
It means god has a better used for you...

Sunday, May 3, 2009

Matematik owh Matematik

What is the meaning of mathematics exactly?

1.The study of the measurement, properties, and relationships of quantities and sets, using numbers and symbols.

2.The science of numbers and their operations, interrelations, combinations, generalizations, and abstractions and of space configurations and their structure, measurement, transformations, and generalizations

Sedari kecil minat mendalam dalam bidang matematik tidak asing lagi dalam diriku. Walaupun tidak pandai membaca lagi, tetapi hobiku adalah mengisi nombor dalam setiap kotak kosong dalam buku kotak-kotak sehingga penuh kotak dalam buku kotak-kotak tersebut. Hendak bermain tak ada adik-adik, hendak di ikut bermain di luar abang-abang je yang ada atasku. Inilah rutin hidupku ketika di pra sekolah, ada juga kadang-kadang mengamuk hendak ikut abang-abang bermain, tapi permainan mereka biasala lelaki bola sepak, main padang, melepak..erm nasibla badan. Selepas rumahku dijilat api ketika berada di darjah satu, kami terpaksa menyewa rumah dan di kawasan rumah sewa kami terdapat ramai kawan-kawan yang sebaya denganku...(zana, iming, inin, asiah, mira, kak da, kak lina, faezah, kak lela, ime dan lain-lain). Kami semua sudah besar dan ada yang sudah menjadi isteri orang. Selamat maju jaya buat semua kawan-kawanku. Maka tugas aku selepas balik dari sekolah adalah bermain-main bersama kawan-kawan di padang. Macam-macam permainan kg kami main (dekcok, polis entry, besball (bola katok), susun tin, katok getoh, masak-masak) dan macam-macam lagi yang ku tak ingat nama permainannya.. Jika di dingatkan balik, seronoknya bermain sewaktu di alam kanak-kanak, kanak-kanak yang tidak pernah kenal erti penat, tiada istilah stress dan apa aku yang tahu bermain-main dan terus bermain sehinggga senja menjelang. Berbeza dengan kanak-kanak hari ini di mana mereka kebanyakannya tidak lagi mengenal permainan-permainan tradisional seperti ini. Perubahan tradisi berlaku, zaman beralih arah, kanak-kanak hari ini lebih leka dengan komputer riba di rumah, bermain games di kaca TV dan berbagai lagi permainan moden. Malah ada kanak-kanak hari ini yang hidup di ibu kota tidak pernah kenal dengan ayam, lembu, kambing, kerbau hidup tetapi mereka hanya tahu haiwan-haiwan yang telah mati dan berada di pasaran.

Semasa di bangku sekolah rendah, aku bukanlah seorang yang begitu bijak dalam bidang akademik, minat yang mendalam dalam matematik dipupuk ketika aku berganjak ke sekolah menengah di mana SEMENZA 1999 adalah batch pertama tersenarai dalam sekolah kawalan tetapi masih di peringkat pertama. Hanya pelajar yang mendapat 3A ke atas dipilih masuk. Menjadi pelajar di sekolah yang terdiri daripada semua puteri tidak asing lagi kepada diriku tatkala sudah biasa dengan girl school sedari standard one. 11 years at girl school from standard one until form five mengajarku erti berlumba-lumba dalam pelajaran. Tiada buruan dari kaum lelaki. Berkenalan dengan kawan-kawan yang hanya tahu belajar membuatkan diriku terpinga-pinga kerana aku bukanla seorang ulat buku. Namun diri ini mencuba sedaya upaya mengikut rentak persaingan di SEMENZA. Belajar bertatih supaya tidak terus rebah dan dipijak zaman walaupun begitu kerdil diri ini bebanding dengan kawan-kawan seperjuangan. Kami sekeluarga perpindah ke rumah baru setelah rumah kami siap dan di sini tiada lagi kawan-kawan seusia menjadikan diriku terperangkap di dalam rumah sendirian dengan meninggalkan terus kisah padang dan permainannya. Maka bermulala kisah pelajaran, buku dan sekolah. Itu sahaja teman karibku sewaktu di sekolah menengah. Walaupun sekolah kami ada menyediakan asrama tetapi aku berulang hari-hari kerana jarak rumah yang hanya 2 km dari sekolah. Merempuh panas terik dan bermandikan hujan lebat dengan bertemankan basikal tua adalah rutin hidupku sewaktu itu.

4 Gigih mengenalkan aku the fantastic of mathematics. Kesungguhan Cikgu Marina mangajarku menjadikan add math my favourite subject mangatasi subjek-subjek lain. Walaupun di hari pertama pengenalanku dengan add math, terasa agak sukar segala latihan yang di berikan dan aku dengan bangganya menjawab dengan salah semua soalan yang di kemukakan! Namun itu tidak mematahkan semangatku malah membuatkan aku semakin mendekati add math di saat ramai yang mula menyerah.. ku khatam buku latihan add math beberapa kali. Latihan yang di buat seperti keseronokan bermain games di PC. Location betarung: di saat iklan di TV sedang berlangsung. Kesinambungan diteruskan tatkala berada di 5 Bestari. Terima kasih buat madam Koid yang mengajar kami. Tidak hairanlah jika cikgu add math menjadi cikgu kegemaranku berbanding subjek-subjek lain.

Ermmmmmmmmmm aku begitu merinduimu dunia matematik..Takdir menentukan aku terjerumus ke kancah sains pemutusan walaupun diriku begitu meminati pure math... Nasihat dari kekanda tak mampu ku bantah walaupun diri ini begitu berminat untuk mengkaji apa itu mathematics,bagaimana sistem nombor dan formula di buat dan sedaya mungkin mencipta rumus sendiri...namun katanya pure math tak leh bawa ke mana, kerana ianya hanya terbatas kepada teoti semata-mata...maka kuturuti sahaja dari pengalaman yang atas walaupun result matrik tidakla seteruk mana untuk aku tercampak ke dunia ini, namun takdir yang Esa penentu segalanya...tatkala Kun Faya Kun bergema, maka beradala aku pada ketetapanNya. Tamat sudah sarjana muda dan tiada penyesalan yang mampu di kata walau saat pertama begitu kecewa pabila di tempatkan di hujung sana... Pasrahla hati menerima dengan hati terbuka walaupun sayu masih terasa...sikapku yang tidak gemar bertukar kos mengakhiri segalanya...kini timbul pula seribu persoalan dari Dr ... yang menginginkan aku melanjutkan sarjana dalam pure math @ applied math. Namun kekanda berkata: g ambik degree pure math balik if you want to continue master in pure math..aduih seribu persoalan bermain di minda, ramai yang nasihat jangan mengambil pure jika tiada basic pure...

tulonnnnnnnnnnnnnnnnnnnnng


Adakah aku harus ignore je ofer ini dengan memohon melalui cara lain. Adakah perjuanganku harus di tamatkan di sini setelah penat bergelumang dengan segala pahit maung? Ujian owh ujian, dugaan owh dugaan... Ya ALLAH please show me the truth way in my life... Show me what is the best for me and please guide me to that way!