**Ayat Seribu Dinar**

**Ayat Seribu Dinar**
Mafhumnya:

Barangsiapa yang bertakwa kepada Allah, nescaya Allah akan lepaskan ia dari masalah hidup Dan diberikannya rezeki dari sumber yang tidak diduga. Dan barangsiapa yang bertawakkal kepada Allah, nescaya Allah akan mencukupkan keperluannya. Sesungguhnya Allah melaksanakan urusan ( yang dikehendaki ) Nya. Sesungguhnya Allah telah mengadakan ketentuan bagi tiap-tiap sesuatu.

Monday, April 27, 2009

primary --> secondary --> thirtiary

what is the different between this three level? which level do you enjoy most?

primary : standard 1-6
secondary : form 1-6
thirtiary : higher level of education

yuppy...for me,i enjoy a lot during my secondary school, especially kat matrix best sangat-sangat time tu. Waktu dan saat alam pertukaran remaja ke alam dewasa. Matrik negeri sembilan yang kubanggai moga terus gah menjadi top ten matrix. Selamat maju jaya juga kepada semua institusi pendidikan tidak kira di pelosok dunia mana sekali pun... Tapi tak dinafikanla each education level have their own advantage kerana setitik ilmu yang diberikan mampu mencorak minda setiap individu...kalau dikenang sedari sekolah rendah, menengah, universiti, setiap tahap yang dilalui akan dirasai sangat sukar untuk dihadapi. First, masa nak ambik UPSR, rasa ya ALLAH susahnya UPSR tu kan...tapi bila da naik sekolah menengah, alah pejam mata pun boleh jawab setakat UPSR tu...macamtu juga setiap kali nak ambik exam besar, PMR, SPM, kat MATRIX, kat U...before ambik each subjek tu cam susahnya nak wat, tapi bila da lepas senangje sebenarnya. Itulah saya, setiap saat yang dihadapi terasa susah dan setelah alami terasa senang pula.

erm yang mana satu idaman kalbu... dari segi kerja pula cikgu di kategori mana yang paling di hormati? adakah di sekolah rendah, sekolah menengah atau di universiti?


BERBURU ke padang datar
Dapat rusa belang kaki
Berguru kepala ajar
Ibarat bunga kembang tak jadi
(dedikasi kepada Hari Guru dan guruku tercinta)

Dialah pemberi paling setia
Tiap akar ilmu miliknya
Pelita dan lampu segala
Untuk manusia sebelum jadi dewasa.

Dialah ibu dialah bapa juga sahabat
Alur kesetiaan mengalirkan nasihat
Pemimpin yang ditauliahkan segala umat
Seribu tahun katanya menjadi hikmat.

Jika hari ini seorang Perdana Menteri berkuasa
Jika hari ini seorang Raja menaiki takhta
Jika hari ini seorang Presiden sebuah negara
Jika hari ini seorang ulama yang mulia
Jika hari ini seorang peguam menang bicara
Jika hari ini seorang penulis terkemuka
Jika hari ini siapa sahaja menjadi dewasa;
Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa
Dengan lembut sabarnya mengajar tulis-baca.

Di mana-mana dia berdiri di muka muridnya
Di sebuah sekolah mewah di Ibu Kota
Di bangunan tua sekolah Hulu Terengganu
Dia adalah guru mewakili seribu buku;
Semakin terpencil duduknya di ceruk desa
Semakin bererti tugasnya kepada negara.
Jadilah apa pun pada akhir kehidupanmu, guruku
Budi yang diapungkan di dulangi ilmu
Panggilan keramat "cikgu" kekal terpahat
Menjadi kenangan ke akhir hayat.

USMAN AWANG
1979

sajak ini jelas menunjukkan penulis begitu mengagungkan gurunya begitu juga dengan saya. Terima kasih yang tidak terhingga buat semua guru-guruku yang tidak jemu mendidik dan mencurahkan bakti sedari kecil hingga dewasa. Jasa kalian tidak dapatku balas walau dengan wang bertimbun.

Jika kita lihat di sini, 'guru' kerana 'guru biasa', bukan pensyarah. Jadi siapa yang lebih dibanggakan di sini? Sebenarnya sama sahaja tugasnya cuma gelaran sahaja berbeza, tugas utama adalah mengajar anak bangsa, mencurahkan ilmu di dada untuk memajukan nusa, bangsa dan negara. So as conclusion, mereka semua telah banyak berjasa kepada kita tidak kira sehebat mana kita sekarang. Guru kaulah lilin penyuluh hidup kami...

Cerita sal guru ni, ada story cikit...

+60126729373: Tahniah, sila layari laman web www.mara.gov.my untuk tarikh LAPOR DIRI....(5.44 p.m 23.12.2008)

Kusangkakan number ini daripada kawan-kawan tetapi bila di call, tidak dapat dan ternyata ia telah dihantar secara online. Ini adalah berita gembira pertama yang aku terima setelah penat menghadiri interview. Tidak sabar untuk memulakan tugas selapas dua bulan menunggu keputusan interview.

Interview guru mara meninggalkan impak yang hebat buat aku kerana aku terpaksa meredah ibu kota sedari jam 4 pagi, berjalan terkontang-kanting seorang diri membawa diri di dini pagi tatkala sang suria masih berselimut sepi. Hanya kepada ALLAH aku berserah, allahuakbar sepanjang perjalanan dari stesen hentian putra ku berjalan menuju ke stesen lrt berhampiran (1km) di saat hujan renyai-renyai mulai turun membasahi badan. Tika berjalan, muncul mak cik saemah menghulurkan bantuan. Kegusaran untuk menumpang insan yang tidak dikenali mula menghantui fikiranku, namun dari riak wajah mak cik saemah terpancar seribu cahaya dengan hati yang tulus untuk membantu (jangan tiru adegan ini!) Lalu ku tumpang mak cik yang baik hati ini yang kini ku anggap sabagai mak angkat menuju ke UM. Ya ALLAH terima kasih kerana telah menyelamatkan aku dari musibah dan malapetaka...

Tatkala diriku sudah bersedia untuk menghadiri kursus guru mara, ku terima offer letter dari ... untuk jawatan ...
aduh buntu seketika kerana kedua-dua adalah tawaran yang hebat, dalam kebingungan aku memilih untuk menerima offer yang kedua. Ku tolak tawaran mara hanya kerana tawaran kedua. Tetapi setelah mara ku tolak, tawaran kedua pula tak tentu hala. Apa nak buat nasib badan telah ditakdirkan. BUat penggantiku di IKM sana, jadilah guru yang cemerlang. Buat mara yang pernah memberi tawaran sebagai guru IKM Besut kepada saya terima kasih banyak saya ucapkan, mungkin tiada jodoh saya untuk berkhidmat di sana dan buat sesebuah organisasi tak kira swasta atau kerajaan jangan memainkan insan yang baru bertatih di alam pekerjaan. Kejadian Ilahi ada hikmahnya. Qada' dan Qadar telah tercatit sejak azali namun kita insan harus berusaha...

seperti yang kita sedia maklum masalah graduan menganggur semakin bertambah, jadi di dalam kes ini siapakah yang harus dipersalahkan jika bertambahnya bilangan graduan menganggur? adakah kerana graduan itu malas berusaha? kalau malas isu utama takkan saya sanggup pergadaikan nyawa berjalan seorang diri di pagi buta.. adakah kerana graduan itu terlalu memilih? adakah kerana institusi itu sendiri yang tiada budi bicara? atau adakah mungkin organisasi tertentu memandang kolot pada graduan tempatan nun di sana (di sini ingin saya selitkan sedikit rasa tidak puas hati kenapa sesetengah individu memandang rendah terhadap sesebuah institusi hanya kerana namanya yang tidak se gah institusi terkemuka? kenapa harus kita menilai seseorang individu berdasarkan kesilapan keluaran-keluaran individu yang lepas, bukankah setiap individu itu mempunyai kelebihan dan kekurangan tersendiri? Tiada siapa yang meminta untuk berada di kelompok terendah mahupun orang gila sekalipun, dan kenapa kita tidak berbangga dengan produk keluaran kita?... apa tujuan kita tubuhkan atau cipta sesuatu andai kita berasa tidak yakin dengan produk keluaran kita...) ~wallahualam


"Kerana nila setitik rosak susu sebelanga, kerana permainan sedetik musnah hidup insan tak berdaya."




2 comments:

Suhaila S. said...

salam..
for me, every level has its own happiness and memories..

primary.. best since it is our early stage of knowing new frens, making as many frens.. dunia pun still kanak2 ag..

secondary.. lagi best dek krn proses kematangan berlaku di sini.. no more childish, but ada jgk sbenarnya.. dan sgt byk mende yg dipelajari pd level ni..

tertiary.. hmmm pun kenangan tersendiri.. mula blajar tentag kehidupan menerusi kehidupan jugak.. hidup utk hidup.. dunia utk akhirat.. =) masa ni, even dh berada pd level ke3, tapi masing2 akan sedar bahawa education dan zaman yg dilalui sebelum ni sgt berharga sebenarnya..

winduuu!!

hAYAtie said...

terima kasih atas komen membina saudari suhaila...
memang setiap detik yang dilalui terasa sangat berharga dan mempunyai history tersendiri..
suka duka di alam persekolahan amatlah manis dirasakan walaupun terselit duka di dalamnya
namun duka yang dilalui tetap manis hehe

masa dan saat di samping teman-teman tanpa beban kerja bertimbun adalah emas yang tidak dapat dibeli di mana-mana kedai terkemuka...

kepada sesiapa yang masih bergelar pelajar hargailah masa belajar sebelum anda menempuh alam pekerjaan...