**Ayat Seribu Dinar**

**Ayat Seribu Dinar**
Mafhumnya:

Barangsiapa yang bertakwa kepada Allah, nescaya Allah akan lepaskan ia dari masalah hidup Dan diberikannya rezeki dari sumber yang tidak diduga. Dan barangsiapa yang bertawakkal kepada Allah, nescaya Allah akan mencukupkan keperluannya. Sesungguhnya Allah melaksanakan urusan ( yang dikehendaki ) Nya. Sesungguhnya Allah telah mengadakan ketentuan bagi tiap-tiap sesuatu.

Thursday, April 30, 2009

bIlA dIrI rAsA hEbAt

Bila diri rasa hebat,
Semua benda dia rasa nak wat,
Ciptaan Allah tak dihiraukan sangat,
Dunia ini di rasakan dia yang wat

Bila diri rasa hebat,
Orang bawah di rasakan lembab,
Masyarakat pula di anggap sampah sarap,
Bumi ini miliknya yang mutlak

Bila diri rasa hebat,
Jawatan di sandang tak mahu dilepas,
Pangkat dan darjat dipegang erat,
Macam dunia ni tiada penamat

Bila diri rasa hebat,
Kesusahan orang tak dihiraukan sangat,
Yang penting hidupnya tak melarat,
Apa dia kisah masyarakat setempat

Bila diri rasa hebat,
Ajal maut tak berapa nak ingat,
Berpoya sana sini selagi larat,
Bila terlantar baru sedar diri dah tenat...




Tuesday, April 28, 2009

different between old and new teacher

Apakah perbezaan antara guru zaman sekarang dan guru zaman dahulu?



Pada zaman dahulu, pelajar begitu menghormati guru dan tidak berani untuk melawan cakap guru. Guru adalah orang yang paling dihormati dan mereka sangat di sanjung tinggi oleh para pelajar. Setiap kata-kata guru diiakan dan pelajar tidak berani untuk mengingkari. Kalau pelajar membuat salah dan dihukum atau di denda, pelajar tidak berani untuk mengadu kepada ibu bapa kerana takut di denda atau di marah kali kedua di rumah oleh ibu bapa. Ibu bapa zaman dahulu menyerahkan bulat-bulat proses pengajaran di sekolah kepada guru-guru dan andai anak mereka dimarah, dipukul oleh guru-guru...mereka menyokong kerana mereka yakin tujuan guru berbuat begitu adalah demi kabaikan anaknya kelak tetapi berbeza di zaman sekarang di mana ibu bapa akan menunding jari mencari kesalahan guru sekiranya mendenda anak-anak mereka...

apa ke jadahnya?

sudah lama ayat ini tidak didengari..Wan Kamaruddin melaporkan untuk tv7...

kenapa kes-kes sebegini berlaku ye? adakah kerana ibu bapa yang berjawatan besar dan berasa lebih hebat daripada guru kampung yang hanya tahu mengajar ABC kepada anak-anak mereka? Memang kerjaya sebagai seorang guru tidakla sehebat kerja-kerja di syarikat besar tetapi ingat! tanpa guru kain yang putih tanpa corak tidak akan terbentuk dan tanpa guru juga mungkin kain putih tersebut akan menjadi kotor.. Adalah tidak wajar segelintir ibu bapa yang menunding jari mencari kesalahan guru-guru sekiranya anak mereka tidak menjadi orang yang berguna... Selidik dulu apakah punca anak-anak mereka bersikap demikian bukan hanya tahu melepaskan batuk ditangga dan mencari kesalahan pihak ketiga semata-mata...

Pengorbanan seorang guru tiadalah bandingan, mencurahkan bakti menerangi seluruh alam...

Guru sekarang dan guru zaman dahulu amatla berbeza di mana anak-anak generasi kini hidup dalam serba kemewahan dan dunia tanpa sempadan tanpa perlu menghadapi liku-liku kesusahan hidup di alam penjajah sebagaimana yang terpaksa ditempuhi oleh masyarakat zaman lampau..sedari kecil mereka sudah biasa dilimpahkan dengan segala kemudahan tanpa perlu berusaha keras untuk menggapainya. Mungkin konteks inilah yang menyebabkan anak-anak kini tidak tahu menghormati guru lagi. Di zaman dahulu, pelajar akan tunduk hormat apabila berselisih bahu dengan guru dan menghulurkan tangan untuk membantu membawa beg guru yang kelihatan berat di sandang, namun hari ini usahkan hendak tunduk hormat ada sesetengah yang berpaling muka pabila melihat guru lalu...

apa nak jadi pelajar zaman ini?

Saya pernah berbicara dengan beberapa orang guru di kala ini yang juga merupakan sahabat handai saya, pelbagai pengalaman teruk menjadi seorang guru diceritakan. Kalau saya di zaman sekolah dulu, berborak ketika guru mengajar adalah amat takut sekali (mek-mek tengok depe, nampak je yang tertidur terus dibalingkan dengan kapur, tiada mata yang berani memandang ke lain selain papan hitam ketika dia mengajar~my history teacher) namun tiada masalah bagi kami di sini (semenza), tiada pun komplen daripada ibubapa tentang kes ini sebaliknya guru sebegini di sanjung dan amat di gemari...tapi bolehkah perkara ini berlaku di hari ini? silap hari bulan naik court pun boleh jadi...dunia oohhh dunia

Ada juga kes anak-anak tak mahu ke sekolah ibubapa menyokong..kenapa ye,kenapa dan kenapa kes ini terjadi?



Gengsterisme semakin menjadi-jadi,
Pelajar kita tak tahu apa nak jadi,
Marahkan cikgu, murid-murid berani rosakkan sana-sini...
Dunia akhir zaman memang sebegini...







Monday, April 27, 2009

primary --> secondary --> thirtiary

what is the different between this three level? which level do you enjoy most?

primary : standard 1-6
secondary : form 1-6
thirtiary : higher level of education

yuppy...for me,i enjoy a lot during my secondary school, especially kat matrix best sangat-sangat time tu. Waktu dan saat alam pertukaran remaja ke alam dewasa. Matrik negeri sembilan yang kubanggai moga terus gah menjadi top ten matrix. Selamat maju jaya juga kepada semua institusi pendidikan tidak kira di pelosok dunia mana sekali pun... Tapi tak dinafikanla each education level have their own advantage kerana setitik ilmu yang diberikan mampu mencorak minda setiap individu...kalau dikenang sedari sekolah rendah, menengah, universiti, setiap tahap yang dilalui akan dirasai sangat sukar untuk dihadapi. First, masa nak ambik UPSR, rasa ya ALLAH susahnya UPSR tu kan...tapi bila da naik sekolah menengah, alah pejam mata pun boleh jawab setakat UPSR tu...macamtu juga setiap kali nak ambik exam besar, PMR, SPM, kat MATRIX, kat U...before ambik each subjek tu cam susahnya nak wat, tapi bila da lepas senangje sebenarnya. Itulah saya, setiap saat yang dihadapi terasa susah dan setelah alami terasa senang pula.

erm yang mana satu idaman kalbu... dari segi kerja pula cikgu di kategori mana yang paling di hormati? adakah di sekolah rendah, sekolah menengah atau di universiti?


BERBURU ke padang datar
Dapat rusa belang kaki
Berguru kepala ajar
Ibarat bunga kembang tak jadi
(dedikasi kepada Hari Guru dan guruku tercinta)

Dialah pemberi paling setia
Tiap akar ilmu miliknya
Pelita dan lampu segala
Untuk manusia sebelum jadi dewasa.

Dialah ibu dialah bapa juga sahabat
Alur kesetiaan mengalirkan nasihat
Pemimpin yang ditauliahkan segala umat
Seribu tahun katanya menjadi hikmat.

Jika hari ini seorang Perdana Menteri berkuasa
Jika hari ini seorang Raja menaiki takhta
Jika hari ini seorang Presiden sebuah negara
Jika hari ini seorang ulama yang mulia
Jika hari ini seorang peguam menang bicara
Jika hari ini seorang penulis terkemuka
Jika hari ini siapa sahaja menjadi dewasa;
Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa
Dengan lembut sabarnya mengajar tulis-baca.

Di mana-mana dia berdiri di muka muridnya
Di sebuah sekolah mewah di Ibu Kota
Di bangunan tua sekolah Hulu Terengganu
Dia adalah guru mewakili seribu buku;
Semakin terpencil duduknya di ceruk desa
Semakin bererti tugasnya kepada negara.
Jadilah apa pun pada akhir kehidupanmu, guruku
Budi yang diapungkan di dulangi ilmu
Panggilan keramat "cikgu" kekal terpahat
Menjadi kenangan ke akhir hayat.

USMAN AWANG
1979

sajak ini jelas menunjukkan penulis begitu mengagungkan gurunya begitu juga dengan saya. Terima kasih yang tidak terhingga buat semua guru-guruku yang tidak jemu mendidik dan mencurahkan bakti sedari kecil hingga dewasa. Jasa kalian tidak dapatku balas walau dengan wang bertimbun.

Jika kita lihat di sini, 'guru' kerana 'guru biasa', bukan pensyarah. Jadi siapa yang lebih dibanggakan di sini? Sebenarnya sama sahaja tugasnya cuma gelaran sahaja berbeza, tugas utama adalah mengajar anak bangsa, mencurahkan ilmu di dada untuk memajukan nusa, bangsa dan negara. So as conclusion, mereka semua telah banyak berjasa kepada kita tidak kira sehebat mana kita sekarang. Guru kaulah lilin penyuluh hidup kami...

Cerita sal guru ni, ada story cikit...

+60126729373: Tahniah, sila layari laman web www.mara.gov.my untuk tarikh LAPOR DIRI....(5.44 p.m 23.12.2008)

Kusangkakan number ini daripada kawan-kawan tetapi bila di call, tidak dapat dan ternyata ia telah dihantar secara online. Ini adalah berita gembira pertama yang aku terima setelah penat menghadiri interview. Tidak sabar untuk memulakan tugas selapas dua bulan menunggu keputusan interview.

Interview guru mara meninggalkan impak yang hebat buat aku kerana aku terpaksa meredah ibu kota sedari jam 4 pagi, berjalan terkontang-kanting seorang diri membawa diri di dini pagi tatkala sang suria masih berselimut sepi. Hanya kepada ALLAH aku berserah, allahuakbar sepanjang perjalanan dari stesen hentian putra ku berjalan menuju ke stesen lrt berhampiran (1km) di saat hujan renyai-renyai mulai turun membasahi badan. Tika berjalan, muncul mak cik saemah menghulurkan bantuan. Kegusaran untuk menumpang insan yang tidak dikenali mula menghantui fikiranku, namun dari riak wajah mak cik saemah terpancar seribu cahaya dengan hati yang tulus untuk membantu (jangan tiru adegan ini!) Lalu ku tumpang mak cik yang baik hati ini yang kini ku anggap sabagai mak angkat menuju ke UM. Ya ALLAH terima kasih kerana telah menyelamatkan aku dari musibah dan malapetaka...

Tatkala diriku sudah bersedia untuk menghadiri kursus guru mara, ku terima offer letter dari ... untuk jawatan ...
aduh buntu seketika kerana kedua-dua adalah tawaran yang hebat, dalam kebingungan aku memilih untuk menerima offer yang kedua. Ku tolak tawaran mara hanya kerana tawaran kedua. Tetapi setelah mara ku tolak, tawaran kedua pula tak tentu hala. Apa nak buat nasib badan telah ditakdirkan. BUat penggantiku di IKM sana, jadilah guru yang cemerlang. Buat mara yang pernah memberi tawaran sebagai guru IKM Besut kepada saya terima kasih banyak saya ucapkan, mungkin tiada jodoh saya untuk berkhidmat di sana dan buat sesebuah organisasi tak kira swasta atau kerajaan jangan memainkan insan yang baru bertatih di alam pekerjaan. Kejadian Ilahi ada hikmahnya. Qada' dan Qadar telah tercatit sejak azali namun kita insan harus berusaha...

seperti yang kita sedia maklum masalah graduan menganggur semakin bertambah, jadi di dalam kes ini siapakah yang harus dipersalahkan jika bertambahnya bilangan graduan menganggur? adakah kerana graduan itu malas berusaha? kalau malas isu utama takkan saya sanggup pergadaikan nyawa berjalan seorang diri di pagi buta.. adakah kerana graduan itu terlalu memilih? adakah kerana institusi itu sendiri yang tiada budi bicara? atau adakah mungkin organisasi tertentu memandang kolot pada graduan tempatan nun di sana (di sini ingin saya selitkan sedikit rasa tidak puas hati kenapa sesetengah individu memandang rendah terhadap sesebuah institusi hanya kerana namanya yang tidak se gah institusi terkemuka? kenapa harus kita menilai seseorang individu berdasarkan kesilapan keluaran-keluaran individu yang lepas, bukankah setiap individu itu mempunyai kelebihan dan kekurangan tersendiri? Tiada siapa yang meminta untuk berada di kelompok terendah mahupun orang gila sekalipun, dan kenapa kita tidak berbangga dengan produk keluaran kita?... apa tujuan kita tubuhkan atau cipta sesuatu andai kita berasa tidak yakin dengan produk keluaran kita...) ~wallahualam


"Kerana nila setitik rosak susu sebelanga, kerana permainan sedetik musnah hidup insan tak berdaya."




kanak-kanak riang ria dengan cartoon mereka

Abe~haikal yang mencuit hatiku

Kanak-kanak riang ria..adui sungguh penat melayan karenah kanak-kanak lelaki yang tidak boleh duduk diam...tambahan lagi apabila dua anak lelaki yang lahir selang setahun seorang, bagaimana ye mak ayah diorang jaga...namun kecomelan mereka menyejukkan hati tetapi tatkala hati tak tahan..ku cubit sahaja mereka ini hehe...awas ye jangan nakal-nakal!

teringat aku dua hari yang lepas pabila mereka berebut botol susu, botol susu si adik tertinggal di rumah, maka pabila si abang menghisap susu, si adik datang merebut, si abang pula marahla botol yang sedang dihisap dirampas si adik, namun hanya tangisan je mampu si abang lakukan, manakala si adik selamber je mengisap susu si abang...

inila cerita budak-budak namanya, time tu aku baru balik training kat PCB, penat pun tak hilang lagi, sampai rumah je...ada dua orang budak kecil sedang berlari-lari meriuhkan rumah yang sudah lama sunyi sepi, sudah 3 week dorang ni tak datang ke rumah kami, jadi bila dorang datang riuhla sekampung, habis kusyen atas kerusi dijadikan khemah dan kerusi pula dijadikan motor,melompat-lompat ke sana ke mari, berlari tanpa arah tujuan...dah namanya budak-budak hehe

Woderpet...wonderpet...
Kami datang membantu pohon kecil yang kesusahan,
Kami tak besar dan kami tak kuat,
bila bekerjasama, semua jadi mudah
yeah wonderpet
yeaaahhhhhh (laung si amar yang belum pandai bercakap tetapi setiap kali lagu ini dimainkan amar akan turut serta menyanyi yeaaahhhh...yeaaahhh saja yang dia tau cakap)

Bila tengok budak-budak ni kelakar je rasa, tapi masa penat tu, aku masuk tidur jer, tak kuasa nak layan huhu wonderpet yeaaahhh, kenapa ye kanak-kanak suka menonton cerita kartun? Adakah kerana watak kartun tu yang bersifat kebudak-budakan? tetapi tidak di nafikan kaum lelaki juga menggemari cerita kartun...adakah lelaki dan kanak-kanak ini mempunyai fitrah yang sama hehe...jangan marah ye..
tetapi daripada kajian dan pemerhatian saya based on my environment, there are almost man like cartoon including my brother and my honey...ish berebut dengan anak-anakla nanti...tak dapat saya nak bayangkan pabila anak dan ayah berebut untuk menonton cerita cartoon kegemaran masing-masing...funny right!


Senyum ria Haikal & Amar ~peneraju generasi baru,moga kau membesar menjadi tunjang penegak kebenaran nusa, bangsa dan agama tercinta duhai anak-anakku...


ni jumpa kat bawah katil...apa benda barang ni..aku nak kajila (",)


ye sila-sila ambik gambar saya...cepat cikit da lama control macho ni...


Jom ikut saya naik kereta sama-sama
hohoho balik kg...hohoho balik kg..hati girang



Haikal dan sunflowernya

~Amar yeaaahhh~


wuh penatnya berlari, berehat jap sambil bersantai...

Sunday, April 26, 2009

ESQ Leadership Training




Title: ESQ Leadership Training Kelantan 5

Venue: Perdana Resort, PCB Kelantan

Date: 23 April - 25 April 2009

Audience: Most of the audience are Dr, director, staf from hospital and government agency including individual registration.

My Task: tukang jual jer haha..bisa enggak..bisa ye dong! Trainer from indon sampai aku yang jual kat luar pun di tanya customer..adik ni orang malaysia @ indon haha..ade gaye indon ker aku ni.. bisa juga cakap indon gitu..nauzubillah wiri bisa cakap ya, jangan marah kamu haha..

asyah: subhanallah kamu bisa report same cewek kamu, aku momong sama cewek kamu, bisa record ya syah haha (ayat aisyah pada wiri pabila wiri mula menggatal~sesaje bergurau bagi hilangkan bosan di luar dewan )

Waktu Urusniaga: waktu audience break, waktu lain boleh termenung dan membaca buku-buku ESQ, berjalan-jalan di tepi pantai cahaya bulan sambil mengacau tuk membuat report ataupun boleh balik tidur kat bilik yang nyaman lagi mendamaikan.

Barang Jualan: Buku-buku ESQ, CD, key chain, cenderahati, baju dan peralatan yang berkaitan training.

Hasil Jualan selama 2 hari: RM5 732.20... 20 sen tu ntah sape sedekah atas meja aku jadi aku masukkan dalam akaun jualan dan bagi pada bos.

Kekalutan:

1. Apabila barangan jualan orang lain mahu dibayarnya sama aku. Jenuh nak suruh g bayar kat tuan punya barang..nak gak bayar kat aku haha... nak sedekah kat saya bolehla tapi kalau nak bayar bukan sama saya ye Dr-Dr sekelian.

2. Title of audience ni macam-macam dan kebanyakannya terdiri daripada Dr-Dr dari hospital sekitar daerah di Kelantan. Di saat aku di serbu oleh mereka, aku main panggil sesuke hati aku, kejap Dr, kejap kak, kejap puan, kejap mak cik haha... maaf ye Dr-Dr yang telah tersilap panggil gelaran anda..terima kasih kepada ATS yang datang membantu aku semasa proses jualan berlaku. Aku terkaku disaat diserbu beramai-ramai oleh geng-geng Dr ini. Macam-macam yang ditanya.

Dr: lagu lam CD ni sama ke dengan yang dimainkan kat dalam hall?

Aku: Saya enggak pernah masuk lagi training di dalam hall wahai customer yang di hormati, bagaimana bisa saya terangkan lagu-lagu dalam CD ini sama enggak dengan yang dinyanyikan di dalam dewan.

Kesilapan:
1. Mula-mula booth, harga tak letak lagi, customer pula datang serbu serentak, terima kasih kepada abg ya (my bos) yang turut menolong, enggak cukup tangan dong untuk aku sorang-sorang uruskan booth tu time customer beramai-ramai serbu serentak.

tapi yang paling best ia merupakan satu package percutian dan keselesaan bermalam di perdana resort..hehe promote pula. Mungkin ini adalah tempat low clase bagi dato'-dato' atau sesiapa yang biasa hidup mewah tapi bagi aku yang hidup dalam kesederhanaan, it is a nice place to visit di samping menikmati keindahan pemandangan pantai ciptaan ilahi yang menakjubkan. For those who are planning to find place to relax your mind from stress, you are welcome to visit Perdana Reosrt, Pantai Cahaya Bulan Beach..welcome2

pantainya tidakla secantik mana tapi boleh membuat kita mimikirkan semula kuasa kebesaran ilahi yang maha mencipta...

ALLAH mengilhamkan...................................................

Friday, April 24, 2009

nAsIhAt AsmAUl hUsnA

terdapat 100 nama-nama ALLAH yang mempunyai maksud dan azimat yang tersendiri, mari kita lihat sesetengah dari azimatnya:

Al-Mudzill :

Kadang-kadang setan berbisik untuk menyesatkan kita. Fikiran-fikiran buruk muncul menghentam dirimu, meruntuhkan keyakinan-keyakinanmu, menyesatkan hidupmu. Ingatlah, Al Mudzill Yang Maha Menyesatkan maka hancurkanlah godaan itu dengan sifat mudzill yang ada di hatimu. Hancurkan semua sifat angkuh dan iri dengki di dalam dirimu, lenyapkan sehingga semuanya hilang...
Semuanya tidaklah mudah tetapi engkau jangan menyerah kerana Al Mudzill akan sentiasa membantu hamba-hambaNya. Mohonlah selalu padaNya, kerana tanpa pertolonganNya usahamu sia-sia...

As-Saami' :

Begitu berat perjuangan ini namun engkau harus tetap berjuang. Meskipun engkau sibuk dan bekerja keras, maka tetap pasang telingamu. Ingatlah As-Saami' yang Maha Mendengar... Dia yang membuka telinga dan hatimu... Ingatlah selalu As-Saami' yang tak ada sesuatu pun yang luput dari jangkauan pendengarNya meskipun begitu lembut dan halusnya. Dia mendengar suara dan gema, sekalipun tersembunyi... Pendengarannya meliputi segala sesuatu. Dia mendengar permohonan-permohonan orang yang memohon...Dia menjawab munajat orang yang mempunyai hajat...dan membantu orang yang putus asa akan datang pertolongannya...

Al-Jabbar :

Jika engkau menjadi orang yang gagah, maka satu hari engkau akan menjadi pemimpin. Jadilah engkau pemimpin yang teguh, katakan yang benar adalah benar dan yang salah adalah salah. Jangan engkau membenarkan yang salah dan menyalahkan yang benar kerana balasan azab menunggu andai engkau melakukan penyelewengan! Al-Jabbar Sang Maha Perkasa, menjadi pemimpin sugguh tidak mudah, kerana engkau akan diminta dipertangungjawabkan! Teladanilah Al-Jabbar, maka engkau akan mencapai kedudukan yang tinggi di hadapan ALLAH yang ESA! Kerana itu, jangan abaikan bisikan di hatimu untuk berani mengatakan yang benar agar semua berada dalam garisan orbitnya. Itulah JabbarNya ALLAH. Kerananya, ikutilah bisikan dari Al-Jabbar..

Al-Baari' :

Perancangan atau perencanaan adalah amat penting dalam hidupmu. Ingatlah bahawa engkau adalah hamba Al-Baari' sang Maha Perencana. Kerana itu, rencanakan masa depanmu, rencanakan apa yang engkau perbuat sebaik mungkin. Engkau tidak akan pernah berhasil meraih kemenangan baik di dunia mahupun di akhirat tanpa merencanakannya. Kerana itu, buatlah perencanaan yang baik dan matang. Perencanaan sesungguhnya memerlukan pengetahuan. Kerana itu, mohonlah pada Al-Baari' agar engkau dianugerahi ilham sehingga mampu membuat perancangan dengan baik. Apabila kelak engkau berhasil merealisasikan apa yang direncanakan, ingatlah selalu Al-Baari'

Ar-Razaak :

Kekayaan yang engkau miliki, tidak hanya untuk dirimu sendiri. Apabila hanya kau nikmati sendiri kekayaanmu, hal itu tidak akan memberimu kebahagiaanmu. Kerana itu, berikan sebahagian rezekimu kepada yang memerlukan, kerana engkau diturunkan oleh Ar-Raazak Sang Maha Penabur Rezeki. Jangan engkau takut sengsara kerana memberi. Bukankah Ar-Raazak telah menjamin rezekimu? Dia menghamparkan bumi dan membentangkan langit dan segala isinya. Dia memberimu rezeki agar melengkapi tubuhmu. Namun, engkau sering tidak menyedari, engkau sering merasakan disempitkan, padahal tidak satu jenis makhluk pun yang lepas dari pemberiaanNya. Oleh itu, ingatlah selalu ALLAH pemberi rezeki. Jangan engkau takbur dengan rezeki yang diberikan, jangan engkau berkira-kira untuk melepaskan jawatan tinggi yang engkau sandang kepada orang bawahan kerana ingatlah suatu ketika nanti akan tiba saat dan detik waktu pencenmu dan engkau tetap akan kembali pada yang esa dan generasi baru yang akan meneruskan perjuanganmu. Oleh itu, latihlah mereka menjadi insan yang berwibawa, jangan engkau asyik mencari salah dan menunding jari mencari siapa yang salah siapa yang benar, mempertikaikan hasil kerja orang lain, angkuh serta berbangga-bangga dengan kedudukan yang engkau miliki tetapi muhasabah diri selalu dan bantulah insan yang memerlukan.


Janganlah engkau abdikan hidup dan bertuhan pada kedudukan,pangkat, harta, harga diri atau dunia. Semua itu akan sirna binasa, namun tetap kekal abadi ALLAH Al Ahad Yang Maha Satu...Jangan pernah merasa memiliki apapun di muka bumi ini, agar engkau tidak pernah merasa kehilangan. Pegang prinsip ini sesungguhnya engkau diciptakan untuk mengabdikan diri hanya pada Al-Ahad...

Melalui Asmaul Husna...engkau menyedari dan melihat Dialah Dzul Dzalali Wal Ikraam Sang Maha Memiliki Segala Kebesaran... Segala kebesaran yang engkau miliki, semua adalah milikNya SEDARLAH engkau BUKAN pemilik keAGUNGAN dan kebesaran, semuanya milik ALLAH. Kebesaran yang dimiliki oleh makhluknya sungguh tak beerti berbanding kebesaranNya...

ALLAH... Subhanallah...
ALLAH... Subhanallah...



Allah mengilhamkan sukma kefasikan dan ketaqwaan,
beruntung bagi yang mensucikannya,
merugi bagi yang mengotorinya...
~wallahualam~


demi matahari dan sinarnya di pagi hari, demi bulan apabila ia mengiringi, demi siang hari bila menampakkan dirinya, demi malam apabila ia menutupi, demi langit beserta seluruh binaannya, demi bumi serta yang ada dihamparannya, demi jiwa dan seluruh penyempurnaannya
(surah Asy-Syams)

Tuesday, April 14, 2009

The University Of Western Australia @ UWA









pandang-pandang jeling-jeling saje2 nak letak picture university ni hehe

Sunday, April 12, 2009

date of birth my sibling

I always forget their birthday date. Hence, I collect all of my sibling birthday and post here to ensure I not forget it letter...

1. Wan Hazizi
(1 November 1965)

2. Wan Hamizon
(9 April 1968)

3. Wan Mohd Zaidi (meninggal)
(12 July 1970)

4. Rossidah
(23 March 1972)

5. Wan Mohd Roslan
(28 October 1974)

6. Wan Mohd Wildan
(4 July 1977)

7. Wan Mohd Nazri
(10 February 1980)

8. Wan Noor Hayatie
(25 March 1986)

Thursday, April 9, 2009

stEp tO bEcOmE An EdUcAtIOnIst



this song give me spirit and motivation when i enter matriculation session 2004/2005 and push me to study hard, when I heard this song I always think what will happen to me if i fail in my matriculation.. 'andai ku terbuang tak diterima, andai aku disingkirkan, ke mana harus ku bawakan, ke mana harus ku semaikan cinta ini..'

my cousin: 'you must struggle since first semester if you want to go further '

..from the first day register, I study hard and stay up until Subuh..pray may Allah give me the best result ever..

my sister : 'try if you fail but never fail to try'

Here I want to share advice from my uncle (ayah cik, Bangi) when i went to his house for my interview session(UUM city campus K.L) last year. There are three level of education we need to achieve if we want to become an educationist but i forgot the midle step..

1. pedagogue (the lowest level)
2. Polity
3. philosophy (the highest level of education)

Pedagogue-->

schoolteacher; an educator, One who instructs in a pedantic or dogmatic manner.

My uncle said that this is a lower stage of education when we,as a teacher only know how to teach student based on book without experience and wide knowledge. This is a very poor basic in education. If we look back during our learning education, we only learn to ensure we pass examination with flying colours without know how to use it in the real word. Sometimes, I always ask my self why i learn each subject??? although.. i don't know how to applied it? MIRACLE! Basically, this situation occur in basic technical level only without high imagination how the process was built such as cleaner, lower level in organization where they didn't use their brain too much.

To overcome this problem my uncle suggest we need to know four basic thing which contain input and output

1. Reading
2. Listening
3. Writing
4. Speaking

input (reading and listening)

Process (writing your own journal), without this, you cannot get the idea how to produce your output (in kelantan version my uncle said: tok tau nok kara kok mano ideo klu tok ajin nulih gak, pendek kato mung tak yoh duk ngiga ideo nok mai cari mung klu mung tok ajin nulih!!!)

output (writing and speaking)

input--> most of process occur nowadays built from input. Without input, we always selected all of the quotations.

then, input will process to produce output (writing and speaking). Trust me??? That's why I try to write everyday in my blog although it is a stupid writing with various grammar mistake..who's care? haha.. i don't care as long as i can improve my self every day..

Middle stage: Polity-->

1. A particular form or system of government.
2. The condition of being constituted as a state or other authorized community or body.
3. Government or administrative regulation.
4. A state or other organized community or body.


this is the process occur at the middle stage and let us see what is the highest level of education:

Philosophy-->

1. Love and pursuit of wisdom by intellectual means and moral self-discipline.
2. Investigation of the nature, causes, or principles of reality, knowledge, or values, based on logical reasoning rather than empirical methods.
3. A system of thought based on or involving such inquiry: the philosophy of Hume.
4. The critical analysis of fundamental assumptions or beliefs.
5. The disciplines presented in university curriculums of science and the liberal arts, except medicine, law, and theology.
6. The discipline comprising logic, ethics, aesthetics, metaphysics, and epistemology.
7. A set of ideas or beliefs relating to a particular field or activity; an underlying theory: an original philosophy of advertising.
8. A system of values by which one lives: has an unusual philosophy of life.

when we achive this level, we were look around with open eyes and heart, it does not take to much to convince one that ALLAH is truly GREAT. We are blessed that we are given wisdom and a sound mind that could differentiate between right and wrong. This separate us (humans) from animals. Therefore, the knowledge that have been bestowed upon us should be used to guide us and enhanced our believe in HIM...

~may ALLAH bless me to approach philosophy of mathematics...AMIN~


Wednesday, April 8, 2009

FINANCIAL PLANNING


Adakah anda perasan kemanakah perginya perbelanjaan anda seharian??? Ini adalah pie chart menunjukkan peratus perbelanjaan kita..
Jika kita lihat di sini jumlah simpanan adalah lebih kecil berbanding perbelanjaan dan ada sesetengah daripada kita tidak menyimpan langsung.. Jika kita muhasabah balik kenapa perkara ini berlaku ye? Walau sebesar mana pun gaji kita, kita tetap tidak dapat menabung sekiranya terlalu boros malah boleh menambah hutang yang ada.. tetapi walau dengan gaji kecil, jika tahu seimbangkan kita tetap akan dapat menabung..

Beringatlah sebelum terkena, Menabunglah sebelum jadi papa kedana..


Tuesday, April 7, 2009

...sUmBeR iNsPiRaSiKu...


INNOVATION FOR LIFE - MIMOS

VERSE

Now Here Is The Time
A New Direction, Shining Right Thru Our lives
Bringing Changes That Last
A Better Future emerging ahead of us
Striving for the best
That is how we choose to be


CHORUS

Innovation For Life... IT'S MIMOS
Being Bold Every Step of The Way
Innovation For Life... IT'S MIMOS
Building Dreams Every Night and Day
Innovation For Life... IT'S MIMOS
Turning Visions to reality
Innovation For Life... IT'S MIMOS
Now and Forever...
Transforming Human Lives

VERSE

Now Here, Where We Stand
Creative minds and technology both combined
Bringing changes that last
A Better Future emerging ahead of us
Striving for the best
That is how we choose to be

CHORUS


Innovation For Life... IT'S MIMOS
Being Bold Every step of the Way
Innovation For Life... IT'S MIMOS
Building Dreams Every night and day
Innovation For Life... IT'S MIMOS
Turning Visions to reality
Innovation For Life... IT'S MIMOS
Now and Forever...
Transforming Human Lives


Puteri SEMENZA

Majulah Sekolah Menengah Zainab
Idaman putri yang bangsawan
Pelbagai bangsa menjadi pelajarnya
menimba ilmu pengetahuan...

Kami akan terus belajar
Sampai berjaya
Untuk berbakti pada negara
Nusa dan bangsa...

Di bawah pimpinan yang berdisiplin
Harmoni setiap lapisan
Rukun negara menjadi amalan
Membentuk pekerti yang mulia

Kami pohon kepada tuhan
cucuri rahmat
kepada guru serta pelajar
sekolah kami...

Lagu KMNS

Disini wajahmu nan megah
Lahir generasi berilmu
Berfikiran positif
Berkemahiran
Menjana Kejayaan
Tingkatkan nilai modal insan
Sahsiah mulia
Berketrampilan
Harmoni dan seiringan
Kita Menjana Nilai Dan Skor
Dunia penuh cabaran
Kami sasar wawasan
Maju...
KMNS...
Gemilang terus terbilang

Monday, April 6, 2009

collection picture of my niece and my nephew


owner of this blog..Dr Philosophy (",)



WAN MUHAMMAD AMAR HAFIZ WAN MOHD WILDAN
(2 tahun sudey ~ ni budak paling kecik in my family di zaman ini)


WAN MUHAMMAD HAIKAL HAZIM WAN MOHD WILDAN
(3 tahun sudey)

ABDUL RAUF HAZIM HARISI
(5 tahun sudey)


NUR SHABIRAH BINTI HARISI
(9 tahun sudey)


WAN MUHAMMAD HISYAMUDDIN WAN HAZIZI
(13 tahun sudey~yang paling tueee huhu)


WAN NUR HANA NAJWA WAN HAZIZI
(8 tahun sudey)


moral of the story~nape name mereka-mereka panjang sangat ye..tak cukup space nak tulis..ku tulis di sini takut satu hari nanti lupe..ramai sangat huhu..ni baru half..de lagi yang tak de gambar nak masukkan~abdul hakim hanif (12 tahun),abdul qhafur halim (10 tahun)~

kenapa nama mereka ini semua ada pangkal H ye..adakah mereka mengambil BERKAT sempena nama saya hahaha...

COMEYKAN GAMBAR MEREKA-MEREKA MASA KECIL HEHE

mereka ini sebenarnya sudah besar..saje ku letakkan gambar masa dorang kecil yang comeyyyy...

ikut turutan age: 13 years old~ise, 12 years old~pukim, 10 years old~qhopuk,9 years old~nor, 8 years old~wawa, 5 years old~rauf, 3 tears old~haikal, 2 years old~amar...


RAHSIA TARIKH LAHIR SAYA~Petikan dari blog En Shamzzz, En Shamz saye borrow dari blog awk ni yer.. hehe

Rahsia Tarikh Lahir:

25.3.1986
25 + 3 + 1986 = 2014
2 + 0 + 1 + 4 = 7

Nombor ideal saya adalah 7: Intelektual

1. Golongan ini adalah pencari. Selalu menyelesaikan sesuatu yang tersembunyi, dan mereka sukar untuk menerima sesuatu perkara dengan mudah

2. Perasaan mereka tidak mempengaruhi keputusan mereka.

3. Mereka suka mempersoalkan apa yang ada di sekeliling mereka tetapi mereka tidak suka di persoalkan.

4. Mereka kerap menjadi ahli falsafah yang sangat berpengetahuan tetapi kadang kala bersendirian.

5. Mereka gemarkan perkara teknikal dan berkebolehan menjadi penyelidik yang baik dalam menyelesaikan sesuatu perkara.

6. Mereka sangat suka berahsia.

7. Golongan ini hidup dalam dunia mereka tersendiri dan mereka perlu belajar menerima kenyataan dunia sebenar.

Golongan terkenal yang mempunyai nombor lahir 7: William Shakespeare, Lucille Ball, Micheal Jackson, Joan Baez, Princess Diana..and the fomous one is Wan Noor Hayatie hehe...

menurut upin & ipin ye betul betul betul...

manakala menurut Encik Aizuddin plak bintang-bintang ni kurafat...tiap kali cakap sal ni mesti ade aje hujah menyangkal dari Encik Aizuddin...terkenang daku waktu di MIMOS ~gaduh aje kerjenye..but it's quiet nice..masing-masing nak menang...kan belle hehe

tapi kalau di hitung-hitung balik ada benarnya tentang diriku seperti yang tercatat di atas..suka menyendiri ada gak..lebih baik bercakap dengan pc ni daripada mengumpat orang @ mendengar maki serampah orang hehe mungkin ini adalah secara kebetulan tiada kaitan samada yang hidup atau yang telah meninggal dunia (",)





sape konvo nie???

ni menurut abg aku die rasa gambar ni di ambil masa aku nak turun stage tapi tak bape pasti ye ke tak haha..yang penting time ni geng2 pink atas stage...


aku penat tak ingat langsung nak bergambar..bagi jela org lain bergambar..arini aku tak lena tido..pukul tiga pagi lagi da bangun 28.3.2009.. pagi-pagi g exam mtest kpli..pastu direct g konvo huh penat..sampai TSO orang da nak beratur ke Dewan MAS,aku plak jubah pun tak pakai lagi..baru lepas berlari dalam ujan..abis konvo terus balik..kene drive plak tu direct dari sintok ke pengkalan hulu..5 jam direct non-stop..nasib bek tak accident..drive dalam kepenatan + ngantok huh.. konvo yang memenatkan!!!

tuk..bob2 da ade kawan baru tedy bear konvo..satu2 nye hadiah konvo huhu..erm selendang dari nabila 1 lagi hadiah konvo..cane nak pakai ye..belle tolong pakaikan sayer..

ni la happy family nily(my own) + stawberry(su n rofi) + bob2(tuk) + star(sal,salwa,belle,din) + teddy konvo(mak yi)

Tq sume..insyaallah hapy family ini akan sentiasa bersatu selagi hayat dikandung badan hehe

cak! welcome to our family cik teddy


cik teddy berada dalam rumahnya


sun flower say congratulation


alalala sempoinya cik teddy beristirehat


ni gambar lame..time orang len konvo..pinjam jap..time my konvo tak sempat bergambar...

my brother engaged


En yazid and his daughter + my brother


ini rumah saye


my family


their family


7-7 hantaran


Wan Mohd Nazri Vs Nurul Hasyikimi


happy engaged to both of you