**Ayat Seribu Dinar**

**Ayat Seribu Dinar**
Mafhumnya:

Barangsiapa yang bertakwa kepada Allah, nescaya Allah akan lepaskan ia dari masalah hidup Dan diberikannya rezeki dari sumber yang tidak diduga. Dan barangsiapa yang bertawakkal kepada Allah, nescaya Allah akan mencukupkan keperluannya. Sesungguhnya Allah melaksanakan urusan ( yang dikehendaki ) Nya. Sesungguhnya Allah telah mengadakan ketentuan bagi tiap-tiap sesuatu.

Tuesday, August 11, 2009

Singkatnya Sebuah Perjalanan

Perjalanan di dunia fana adalah sebuah pementasan yang amat singkat cuma kita sebagai manusia kadang kala alpa dan tidak terasa hari berganti hari, malam bertukar siang, minggu bertukar bulan...bumi berputar mengelilingi paksi kejadian dengan begitu pantas. Kanak-kanak membesar menjadi remaja, remaja melonjak ke alam dewasa dan seterusnya ke akhir destinasi tua. Sedarkah kita bahawa semakin meningkat usia kita semakin melangkah ke dekad kematian..semakin menghampiri alam hakiki dunia akhirat di mana semua lakonan dunia akan dipamerkan di sana...manusia pertempiak berlari-lari tanpa arah tujuan cuba menyelamatkan diri..namun tiada lagi pertolongan di waktu itu melainkan amal dan bakti ketika di dunia..tiada lagi pengampunan selepas kematian..kenikmatan dunia melalaikan kita bahawa semua nikmat adalah pinjaman yang harus dipulangkan di saat seru yang Esa memanggil. Tiada lagi saudara mara, tiada lagi sahabat handai, tiada lagi emas permata yang menjadi rebutan tika di dunia. Teringat daku akan kata-kata dari corong radio IKIM yang menceritakan kejadian kita daripada mani di mana pabila jatuh ke lantai, ayam tak patuk, itik tak sudu... betapa tidak berharganya kita di waktu itu tetapi telah di angkat darjat oleh Ilahi menjadi insan agung di dunia ini. Di beri kuasa mentadbir alam, menerokai dunia fana yang terbentang luas tanpa sempadan. Bagaimana kita boleh lupakan pencipta yang telah mengangkat kita dalam darjat tertinggi. Pastikah kita bahawa segala kelakuan kita tika ini adalah mengikut landasan yang telah ditetapkan ilahi? Suatu ketika dahulu pernah saya terdengar perbualan arwah ibu dangan adiknya..."tidak sangka ya kita dapat merasai alam tua, ketika dewasa dulu pernah terfikir sempatkah kita merasai fasa tua." dan kini fasa itu telah berakhir. Ketika saya di wad tatkala menjaga arwah ibu dulu, setiap pesakit di dalam wad itu seperti saudara kerana mereka yang masuk akan tinggal lama di dalam wad itu dan sering keluar masuk. Setiap detik pasti ada yang menyahut seruan ilahi. Pabila seorang daripada pesakit meninggal maka wad tersebut akan diselubungi wajah-wajah sedih pesakit lain seolah-olah mereka juga akan merasai fasa yang sama tidak lama lagi. Wajah yang ceria akan bertukar hiba pabila saat dan detik kematian menjelma. Pemergian seseorang insan di dalam wad itu tidak mengenal usia daripada kanak-kanak, remaja, dewasa dan tua. Berada berbulan-bulan di dalam wad tersebut bagaikan menunggu saat ajal menjemput. Hanya doa mampu dipanjatkan agar setiap pesakit akan cepat sembuh tapi ajal pasti menjelma tanpa dipinta dan tidak akan berganjak sedetik pun dari waktu yang telah ditetapkan sejak azali. Namun kita yang sihat pada hari ini kadang kala terlalu taksub dengan kehebatan yang ada, lupa nikmat itu hanya pinjaman yang pasti di pulangkan...mungkin hari ini, esok, lusa atau pada bila-bila masa sahaja...

beramallah seolah-olah kamu akan mati esok hari..
bekerjalah seolah-olah kamu akan hidup seribu tahun..

No comments: