**Ayat Seribu Dinar**

**Ayat Seribu Dinar**
Mafhumnya:

Barangsiapa yang bertakwa kepada Allah, nescaya Allah akan lepaskan ia dari masalah hidup Dan diberikannya rezeki dari sumber yang tidak diduga. Dan barangsiapa yang bertawakkal kepada Allah, nescaya Allah akan mencukupkan keperluannya. Sesungguhnya Allah melaksanakan urusan ( yang dikehendaki ) Nya. Sesungguhnya Allah telah mengadakan ketentuan bagi tiap-tiap sesuatu.

Thursday, August 6, 2009

bilikku syurgaku


This is my new table yang agak berserabut...

sadisnya study atas lantai haha..ini adalah hobi saya yang tidak boleh study setempat kerana study setempat boleh membuatkan saya mengantuk tatkala keseorangan bertemankan pokok kesayangan.


ini adalah buku-buku yang sengaja disepah-sepahkan di katil kosong sebelah katilku
untuk menghilangkan rasa mengantuk yang sedang melanda..

ini adalah satu-satunya benda bernyawa selepas aku kat bilik ni...hanya aku dan pokok ni je benda hidup dalam bilik ini..kadang-kadang bila bercakap dengan pokok ni lebih baik dari bercakap dengan manusia kerana pokok tidak pernah bercakap dusta dan mengumpat orang..ia hidup dengan caranya sendiri...pokok ni di ambil dari rumah my uncle seksyen 3 Bangi. Semasa pendaftaran hari pertama pokok ini mempunyai tiga helai daun..sekarang selepas sebulan, daunnya telah bertambah satu menjadi empat. Ini adalah rumah pertama pokokku yang tidak dapat dikenal pasti spesiesnya hehe


di saat kebosanan melanda semalam, maka aku mengambil kesempatan untuk membuat rumah baru untuk pokok ini. Inilah new house hasil recreate dari botol air mineral yang di ambil dari bilik Fizah..semoga pokok ini dapat hidup dengan subur di rumah barunya.









No comments: