**Ayat Seribu Dinar**

**Ayat Seribu Dinar**
Mafhumnya:

Barangsiapa yang bertakwa kepada Allah, nescaya Allah akan lepaskan ia dari masalah hidup Dan diberikannya rezeki dari sumber yang tidak diduga. Dan barangsiapa yang bertawakkal kepada Allah, nescaya Allah akan mencukupkan keperluannya. Sesungguhnya Allah melaksanakan urusan ( yang dikehendaki ) Nya. Sesungguhnya Allah telah mengadakan ketentuan bagi tiap-tiap sesuatu.

Wednesday, August 26, 2009

Ahlan Wasahlan Ramadhan



Ramadhan kelima datang lagi..

sengaja kutunggu hari kelima Ramadhan untuk mengisi kekosongan ruang di blog ini, memulakan bicara ramadhan, mencetus tarian jari jemari ini dan secara tidak langsung mengalu-alukan kedatangan bulan Ramadhan yang penuh makna...

Lima Ramadhan meninggalkan seribu kenangan buatku..saat perpisahan terakhir dengan arwah bonda tercinta dua tahun yang lepas detik 4pm hari isnin 5 Ramadhan bersamaan 17 October 2007 bersemadilah bonda di alam yang kekal..sewaktu di semester lima pengajian sarjana mudaku tatkala final exam bakal menjelma..Waktu itu aku sedang bertugas menjaga lab di Proton, dengan tidak semena-menanya pada detik itu lagu yang sedang ku mainkan di dalam lab tersebut berhenti sendirinya. Mungkin waktu dan ketika itu arwah bonda sedang bergelut dengan sakaratul maut menyahut seruan yang Esa untuk kembali ke alam kekal. Walaupun berada di dua tempat yang agak jauh jaraknya namun ia seolah-olah memberi peringatan buat semua anakanda agar menghormati pemergian ibunda dan menghentikan hiburan dunia sementara. Tidak semena-mena nyanyian itu berhenti sendirinya. Terasa juga diri ini kenapa tetiba sahaja lagu-lagu yang berkumandang berhenti sendirinya kerana lagu di komputer itu tidak pernah tertutup dengan sendirinya sebelum itu. Selang beberapa detik deringan telefon berbunyi panggilan daripada abangku menyatakan insan teristimewa dalam hidupku telah di jemput oleh penciptanya...terpaksala diri ini merelakan pemergiannya beriiringan dengan leningan air mata kerana memikirkan mungkin terpaksa menunggu jarak yang agak lama untuk bertemu kembali dengan insan yang telah melahirkan diri ini ke dunia. Tidak kusangka perbualan ringkas dengan arwah bonda pada 2 Ramadhan tahun itu adalah perbualan terakhir bersamanya. Dalam perbualan tersebut bonda hanya sempat memberitahu bahwa dirinya tidak dapat berpuasa pada Ramadhan tahun tersebut kerana keuzuran diri dan terpaksa menelan ubat-ubatan hospital. Atas permintaanku, jenazah terpaksa dikapankan ke esokkan harinya selasa 6 Ramadhan 2007 kerana aku ingin menatap sekujur tubuh itu buat kali terakhir sebelum dia dikebumikan. Perjalanan dari Sintok ke Kota Bharu hari itu agak lama disebabkan ada kayu balak tumbang di pertengahan perjalanan dan bus yang kunaiki terpaksa berhenti selama dua jam menunggu jalan itu di buka semula. Perjalanan yang dijangkakan akan tiba pada jam 6 pagi tetapi sampai lewat sejam iaitu detik tujuh pagi saat jenazah sedang dimandikan. Ku segerakan solat subuh dan membantu proses memandikan jenazah. Bersyukurku ke hadrat Ilahi kerana masih memberi aku peluang untuk memandikan ibu buat kali terakhir. Wajah bonda tersenyum manis saat diri dimandikan. Dia yang tidak pernah merungut dengan kesusahan hidup dan penderitaan penyakitnya...masih boleh tersenyum saat diri dikapankan. Begitu bangga diri ini memiliki ibu setabah dia. Bersemadilah bonda dengan aman di alam sana.

Begitu pantas masa berlalu..tidak terhitung masa berlari meninggalkan kita yang masih belum tentu hala tuju. Setiap kali Ramadhan menjelma, pengisian dan suasananya pasti berbeza. Cuma kita kadang-kadang alpa..adakah Ramadhan kali ini adalah lebih baik daripada Ramadhan yang lepas? Itulah yang di harapkan oleh setiap insan bergelar muslim... Pada tarikh yang sama lima Ramadhan 2008 waktu berbukaku adalah di hentian bus Jelatek.Menunggu Rapid untuk balik ke keramat daripada Mimos..ku teringat tika dan waktu ini tatkala mendapat deringan mesej dari kakanda tercinta mengingatkan diriku agar mendoakan Al-Fatihah buat yang telah tiada. Ramadhan tahun lepas sudah menjadi kebiasaanku sering berbuka atas bus kerana jarak perjalanan yang agak jauh dari Bukit Jalil ke Keramat tetapi alhamdulillah diri ini masih diberi kekuatan untuk menyempurnakan Puasa di bulan mubarak ini. Itu juga doa dariku dan pengharapanku untuk Ramadhan kali ini dan Ramadhan seterusnya agar di beri kekuatan untuk menyempurnakan ibadat sepanjang bulan ini dan semoga dipertemukan lagi pada Ramadhan seterusnya. Mungkin disebabkan ada memory disebalik 5 Ramadhan mengingatkan aku kembali nostalgia lama pabila saat dan ketika ini berulang kembali. Terima kasih Allah s.w.t kerana telah memberikan aku peluang untuk bertemu lagi dengan Ramadhan kali ini.

Datangnya Ramadhan disambut dengan wajah ceria...Perginya Ramadhan disambut dengan tangisan kerana apa mungkin diri ini masih berpeluang untuk menikmati bulan mulia ini lagi pada tahun berikutnya..wallahualam..

4 comments:

isabelle said...

selamat berpuasa atie..moga atie semakin tabah menempuhi semua dugaan hidup..teringat masa kita di mimos dulu2 kan...rindu sangat..

hAYAtie said...

a'ah windu nak makan same kome2..belle bila mau blanja saya makan? t'ingtakan mkn kt allamanda same2 dulu..din blanje aiskrim mc d satu sorg hihi...eh

Hamba ALLAH said...

Allah menguji hamba2Nya dengan cara yang berbeza antara satu sama lain. Semoga Atie terus tabah..

hAYAtie said...

insyaAllah..tq for your support (",)