**Ayat Seribu Dinar**

**Ayat Seribu Dinar**
Mafhumnya:

Barangsiapa yang bertakwa kepada Allah, nescaya Allah akan lepaskan ia dari masalah hidup Dan diberikannya rezeki dari sumber yang tidak diduga. Dan barangsiapa yang bertawakkal kepada Allah, nescaya Allah akan mencukupkan keperluannya. Sesungguhnya Allah melaksanakan urusan ( yang dikehendaki ) Nya. Sesungguhnya Allah telah mengadakan ketentuan bagi tiap-tiap sesuatu.

Friday, September 23, 2011

Pahit Manis Kehidupan

Alhamdulillah masih diberi kesempatan bernafas hingga ke saat ini. Syukur tidak terhingga kehadratMu ya Allah, keranaMu aku di sini dan kepadaMu aku akan kembali. 3 hari dari sekarang tanggal 26.9.2011 konvo masterku akan berlangsung.
Pejam celik tamat sudah proses pembelajaran diriku kini brgelar pendidik. Termenung sejenak teringat kisah lampau tatkala diri ini masih di awan awangan dan ke hulu ke hilir menghadiri temuduga, tercari-cari arah tuju sebuah kehidupan. Insan di luar yang tidak mengenali aku dengan lebih rapat mungkin beranggapan diriku amat bertuah kerana tiada halangan untuk menyambung pelajaran. Proses pembelajaran berjalan lancar sehingga ke tahap sarjana. Tamat SPM, terus ke matrikulasi, sarjana muda dan sarjana. Mulut senang menyebut, mata senang memandang, hanya pada Allah tempatku bermohon agar diri dilindungi dan dipermudahkan dalam segala urusan. Tiada yang lain selain dia yag mampu memberi mahupun menarik balik setiap pemberian.Setiap insan dilahirkan dengan ilmu yang kosong, namun kita yang memilih hala tuju sama ada mahu ke hadapan ataupun ke belakang. Dilahirkan sebagai anak bongsu mungkin sedikit sebanyak membantuku untuk lebih berdikari kerna tiada lagi adik2 yang berada di bawah tanggunganku. Bergelar anak yatim tatkala berusia 14 tahun setelah kembalinya ayahanda ke rahmatullah menjadikan diri lebih tabah menghadapi hari muka untuk memberikan yang terbaik buat arwah bonda. Kehidupan sederhana yang hanya bergantung sepenuhnya pada hasil jualan nasi lemak arwah ibu membuatkan diri ini lebih kental untuk memberi yang terbaik buat beliau. Betapa bangga ibu tatkala dipanggil pihak sekolah untuk mewakili ku naik ke pentas menerima saguhati pelajar cemerlang SPM 2003. Hadiah ini untuk ibu, untuk jasad tua yang tidak pernah mengenal erti penat mencari nafkah suapan kami sekeluarga. Namun itu semua cerita lama, cerita semasa usiaku masih di awal remaja. Ajal maut di tangan Allah dan ianya telah ditetapkan sejak kita dilahirkan. Belum sempat menamatkan sarjana muda, semasa di semester 5 pengajian, ibu pergi ke menemui penciptanya. Hanya sempat menghantarku semasa memulakan pengajian sarjana muda dan diri ini terpaksa pulang sendirian tanpa ada lagi jasad tua yang menanti dengan wajah berseri di perhentian bus tatkala diriku pulang semasa cuti semester. Bergelar yatim piatu ketika berusia 21 tahun banyak mengajarku erti sebenar sebuah keidupan. Namun ku bersyukur kerna masih diberi peluang merasai nikmat kasih sayang seorang ibu sehingga ke usia 21 tahun sedang ramai lagi insan di luar sana yang tidak pernah merasai nikmat ini sejak dilahirkan ke dunia. Atas rasa ini ku bangkit meneruskan kehidupan dan melanjutkan pelajaran ke peringkat sarjana keran ku tahu andai arwah ibu dan ayah masih ada mereka mesti gembira dengan tindakanku ini. Masih terngiang-ngiang bisikan ke telingaku saat memandikan jasad arwah ibu sebelum dikafankan. " Ma tahu anak ma tabah, jangan nangis, teruskan kehidupanMu, jadi anak solehah dan berjaya dunia akhirat". Inilah bisikan yang membangkitkan semangatku. Ku tak tahu mana datangnya bisikan ini, tetapi wajah ibu bersih dan suci seolah-olah gembira untuk menemui penciptanya saat dirinya dikafankan. Ku redha atas pemergianMu, bertemu kita pada hari pembangkitan. Ma, anakmu ini sentiasa mendoakan agar dirimu dan pasanganmu sentiasa dipelihara Ilahi di sana. Tanpamu aku luntur, tanpamu aku sendirian, namun qada' dan qadar mengajarku untuk yakin pada setiap ketentuan Ilahi. Ma, anakmu kini sudah bekerja sebagaimana yang kau impikan suatu ketika dulu. InsyaAllah berkat didikanmu, ku akan lakukan yang terbaik, mendidik anak bangsa menjadi insan berguna. Sudah dulu coretanku di sini...Wassalam..  










No comments: