**Ayat Seribu Dinar**

**Ayat Seribu Dinar**
Mafhumnya:

Barangsiapa yang bertakwa kepada Allah, nescaya Allah akan lepaskan ia dari masalah hidup Dan diberikannya rezeki dari sumber yang tidak diduga. Dan barangsiapa yang bertawakkal kepada Allah, nescaya Allah akan mencukupkan keperluannya. Sesungguhnya Allah melaksanakan urusan ( yang dikehendaki ) Nya. Sesungguhnya Allah telah mengadakan ketentuan bagi tiap-tiap sesuatu.

Monday, August 27, 2012

Nukilan buat anakanda di alam rahim

Assalamualaikum w.b.t

Alhamdulillah syukur ke hadrat Ilahi di saat ini diberi kekuatan dan kesihatan yang panjang untuk meneruskan perjuangan harian bersama si kecil di alam rahim. Mangikut perkiraan doc. anak ibu sekarang berada di trimester ke-3 kandungan 34 week. Papa dan ibu tak sabar menunggu saat kelahiran baby. Baby baik-baik sahaja sepanjang berada di dalam kandungan ibu. Alhamdulillah baby tak pernah meragam membuatkan ibu muntah dan sebagainya. Cuma sekarang baby dah besar dan baby nak cepat2 keluar agaknya. Baby suka main kat bawah perut ibu dan kejutkan ibu malam-malam. Itu tandanya baby sihatkan :) Lagi 6 minggu baby akan melihat dunia.. Tiap2 malam papa akan bacakan baby buku cerita. Balik kerja ja papa mesti tanya baby wat apa, tak tanya pun ibu wat apa, papa dan ibu sangat sayangkan baby. Moga baby lahir jadi anak soleh.


ni baby first time scan..masa ni usia baby 9 weeks 6 days..baby baru sebesar kacang hijau dan belum cukup sifat. Ibu ngan papa sangat excited nak tengok baby..betapa gembiranya kami melihat sebiji permata sedang membesar dalam perut ibu..moga baby terus membesar dengan sihat..



ni gambar kedua baby di scan di klinik yasmin, Manjung, Perak..masa ni usia baby 5 month (20 weeks). berat baby 1.3 kg lebih cikit dari berat gula :) baby dah semakin besar dan mula cukup sifat. Setiap kali hendak ambil gambar baby mesti bergerak dengan aktif..macam taw je nak g bergambar..lepastu posing sambil tunjukkan jantina die..pada usia ni baby dah tunjukkan jantina dia..see mumy and dady i'm a boy..kami xksh apa jantina baby asalkan baby selamat lahir ke dunia ini dengan sempurna dan sihat..menjadi anak soleh, meneruskan dakwah sebagai khalifah Allah di bumi ini.


haa ni baby pada usia 31 weeks 5 days approach 8 month..baby da sempurna alhamdulillah..hanya menunggu masa untuk melihat dunia..baby sangat aktif bila taw nak g bergambar. Gambar ni diambil pada bulan Ramadhan 1 week before raya Aildilfitri. baby tido sambil mengangkat kedua-dua tangan ke telinga. Bila diperhatikan betul seolah2 baby sedang mengangkat takbir untuk solat..Allahhuakhbar..moga anak ibu jadi anak soleh..amin..sejuk perut ibu mengandung..


ni gambar depan baby sedang menghayati suasana selesa di dalam perut ibu :)



scan ni di buat di klinik pakar Dr Mimin di hospital pantai, IPOH..ibu dan papa xsabar nak tengok wajah sebenar baby sebabtu kami g wat scan 3D. Scan 3D membolehkan kami melihat wajah baby yang real. 



ni pula tasbih yang baby gunakan semasa dalam perut ibu..tali pusat baby jadikan tasbih..bagus betul baby ibu ni mengangkat takbir sambil bertasbih..wahai anakku membesarla dikau sebagai anak soleh yang patuh pada ajaran agama 




No comments: