Sedar ataupun tidak kita sekarang sudah berada di penghujung tahun 2010, bulan 9 dah tinggal beberapa hari lagi, pelajar-pelajar yang mengambil paper sibuk menelaah pelajaran untuk exam dan menyiapkan assignment yang semakin bertimbun. Percaya atau tidak hanya tinggal sebulan lebih sahaja lagi untuk aku menyiapkan tesis ini sebelum viva. Adakah masa akan sentiasa menyebelahi diri ini...? Ya Allah bantulah hambuMu ini dalam menghabiskan sisa-sisa terakhir pengajian. Permudahkan segala urusanku dan berilah kekuatan kepadaku untuk terus bersemangat dan berusaha sedaya upaya bagi merealisasikan impianku ini..sesungguhnya hanya engkau yang layak menganugerahkan setiap hambaMu dengan apa jua yang Engkau hendaki..amin.. :)
**Ayat Seribu Dinar**
Mafhumnya:
Barangsiapa yang bertakwa kepada Allah, nescaya Allah akan lepaskan ia dari masalah hidup Dan diberikannya rezeki dari sumber yang tidak diduga. Dan barangsiapa yang bertawakkal kepada Allah, nescaya Allah akan mencukupkan keperluannya. Sesungguhnya Allah melaksanakan urusan ( yang dikehendaki ) Nya. Sesungguhnya Allah telah mengadakan ketentuan bagi tiap-tiap sesuatu.
Barangsiapa yang bertakwa kepada Allah, nescaya Allah akan lepaskan ia dari masalah hidup Dan diberikannya rezeki dari sumber yang tidak diduga. Dan barangsiapa yang bertawakkal kepada Allah, nescaya Allah akan mencukupkan keperluannya. Sesungguhnya Allah melaksanakan urusan ( yang dikehendaki ) Nya. Sesungguhnya Allah telah mengadakan ketentuan bagi tiap-tiap sesuatu.
Monday, September 20, 2010
Friday, August 27, 2010
Memori Berbuka
sape punye lagi cantik (",)
Sekian lama mengidam untuk memiliki jam yg sama akhirnya terlaksana jua..
Mr Dot2 sila jaga ia dengan sebaik mungkin..
ini Mr Dot2 tanpa kaca mata :) Kali kedua berbuka bersama selepas Singgalang.
Berbuka di Yati Ayam Percik Bangi, salah satu cawangannye di Bangi. Syabas kepada Yati Ayam Percik kerana telah berjaya melebarkan cawangannya hingga ke Selangor. Moga satu hari nanti aku akan mengikut jejak langkah Yati Ayam Percik ni dalam meluaskan pasaran jualan.
Monday, August 2, 2010
cerita tentang die
Saturday, July 31, 2010
S.E.M.A.N.G.A.T~
Saturday, July 17, 2010
Pearl Mutiara di Taman :)
inila Pearl atau name manjenye epel
Pearl suke kejutkan saya tido..die sentiasa teman saya baca journal
Pearl sangat manje dan suke menggeselkan mukanya ke kaki orang
Pearl suka tido di waktu siang dan bermain-main di waktu malam..cam baby plak
Pearl berusia 7 bulan..menjaga lucing seperti menjaga baby kerana perlu menjaga makan minum, berak, karenah dan ragamnya..tapi dia sangat comel dan manja :)
Tuesday, July 6, 2010
MMP bertandang lagi
Minggu Mesra Pelajar atau MMP tahun 2010 muncul lagi pada 4.7.2010. Pada pukul 1 pagi 4.4.2010 geng fefelo telah memecahkan ketenangan pagi dengan bermain lempar tepung telur (celebrate bday din-felo kanan). Maka meja pendaftaran MMP menjadi mangsa. Bday boy telah dicurahkan dengan tepung disalut telur dan diuli sehingga pekat. Masing2 telah di tampal dengan bedak kek dan tepung, berusaha sedaya upaya melarikan diri tetapi sang pengacau tetap datang mencalitkan muka ini. Di bawah adalah antara gambar yang sempat dirakamkan:
Pendaftaran bermula jam 8.30 pagi sehingga jam 5 ptg. Pada Julai tahun lepas 2009, aku bergelar pelajar baru yang diberi kesempatan untuk mendaftar, tapi pada 2010 corak kehidupan berubah di mana kali ini aku diberi peluang untuk menjadi penjaga pendaftaran. Begitu pantas masa berlalu meniggalkan kita, pengalaman menjaga pendaftaran merupakan kenangan yang sangat indah. Seramai 291 pelajar telah dipilih untuk mendaftar di UO (200 girl & 91 boy). Begitu tinggi perbezaan antara lelaki n pempuan kan...tapi yang palaing menarik untuk sesi ini dikurniakan papa n mama baru (sv n co-sv), Prof Madya Dr Zaidi Isa n Dr Mariani. Terima kasih ya Allah kerana temukan aku dengan insan-insan yg byk membantu. Semester baru bagi pelajar lama belum lagi bermula tetapi tugasan membaca artikel n journal sudah bertimbun menanti. Bertuah diri ini merasakan dikurniakan dgn sv n co-sv yg baik memberi article yg sgt byk untuk di dalami... huhu iklan dah abis..cepat teruskan kembali ke alam realiti...Shyyyyyyy :)
Monday, July 5, 2010
Doa mohon lembutkan hati
Doa Melembutkan Hati
(1) Melembutkan hati anak yang degil dan keras
Hendaklah membaca surah Taa'haa dari ayat satu hingga enam dan juga surah Al-Hajj ayat dua puluh satu dibaca di atas permukaan air dalam gelas putih dan diminum oleh anak yang dimaksudkan
[1] Taa' Haa [2] Kami tidak menurunkan Al-Quran kepadamu (wahai
Muhammad) supaya engkau menanggung kesusahan [3] Hanya untuk
menjadi peringatan bagi orang-orang yang takut melanggar perintah
Allah [4] (Al-Quran) diturunkan dari (Tuhan) yang menciptakan bumi
dan langit yang tinggi [5] Iaitu (Allah) Ar-Rahman, yang bersemayam di
atas Arasy [6] Dia lah jua yang memiliki segala yang ada di langit dan
yang ada di bumi serta yang ada di antara keduanya dan juga yang ada
di bawah tanah basah di perut bumi
[21]Dan mereka pula disediakan batang-batang besi untuk menyeksa
mereka
Friday, July 2, 2010
New life with Pearl
1 Julai 2010 adalah hari Pearl datang ke UKM. Pearl diletakkan di dalam beg galas dan dengan menaiki motosikal ia diseludup masuk ke kampus :) Pearl adalah kucing kesayanganku yang diambil dari rumah pak cik. Pearl berusia 7 bulan, sangat manja, berbulu putih pada keseluruhan badan dan mix parsi dan kucing kampung. Bulunya lebat sikit pada ekornya. Setibanya Pearl ke bilik, ia berasa sangat janggal dengan tempat baru dan berlari ke hulur ke hilir melihat suasana baru yang didiaminya. Pabila aku tiada di rumah, Pearl terpaksa dikurung dalam sangkar. Ketika dikurung, Pearl membuat muka sedih mengiau-ngiau minta simpati dilepaskan. Ia adalah teman rumahku buat masa ini. Sekian berita tentang Pearl :)
Monday, June 28, 2010
Website + Tesis
Jun 2010 sudah hampir ke penghujung..ini menandakan datangnya Julai membuka bicara. Julai bulan penuh makna bagi setiap pelajar yang baru sahaja menerima tawaran kemasukan ke IPTA. Julai menunjukkan bermulalah pentadbiran jejaksa kolej di ukm. Ia membuka bicara kesibukan hidupku malam2 dengan meeting2 pada hari mendatang. Alhamdulillah website yang diinginkan kolej akhirnya berjaya dibina Kolej Ungku Omar UKM. Tugas pengedit website telah diamanahkan, semoga diberi kesempatan waktu untuk melakukan yang terbaik. Tesis pula mula menjengahkan diri merintih meminta dibelai. Ubat-ubatan yang ditempah untuk supliment kedua-dua bahan ini pula masih di dalam perjalanan. Moga perjalanan suppliment sampai ke destinasi dengan selamat dan berkualiti...amin
Tuesday, June 22, 2010
belajar owh belajar
Begitu pantas masa berlalu...tanpa disedari suatu ketika dulu diri ini yang pernah terkial-kial samada mahu melanjutkan pengajian diperingkat sarjana ataupun tidak kini telah pun berjaya menghabiskan 2 semester pengajian dan hanya tinggal 1 semester lagi untuk menyiapkan tesis..insyaAllah..syukur ke hadratMu ilahi dalam kesusahan ada kesenangan..itulah janjiMu buat hamba-hambaMu yg tidak pernah berputus asa... InsyaAllah akan ku kuatkan langkah untuk terus mara sehingga ke titisan terakhir keringatku menyahut seruanMu berjuang dijalanMu demi menegakkan agamaMu ya Rabbi...bantulah hambaMu menuju ke jalanMu
Subscribe to:
Posts (Atom)


















