**Ayat Seribu Dinar**

**Ayat Seribu Dinar**
Mafhumnya:

Barangsiapa yang bertakwa kepada Allah, nescaya Allah akan lepaskan ia dari masalah hidup Dan diberikannya rezeki dari sumber yang tidak diduga. Dan barangsiapa yang bertawakkal kepada Allah, nescaya Allah akan mencukupkan keperluannya. Sesungguhnya Allah melaksanakan urusan ( yang dikehendaki ) Nya. Sesungguhnya Allah telah mengadakan ketentuan bagi tiap-tiap sesuatu.

Showing posts with label pet. Show all posts
Showing posts with label pet. Show all posts

Saturday, July 17, 2010

Pearl Mutiara di Taman :)



inila Pearl atau name manjenye epel
Pearl suke kejutkan saya tido..die sentiasa teman saya baca journal
Pearl sangat manje dan suke menggeselkan mukanya ke kaki orang
Pearl suka tido di waktu siang dan bermain-main di waktu malam..cam baby plak
Pearl berusia 7 bulan..menjaga lucing seperti menjaga baby kerana perlu menjaga makan minum, berak, karenah dan ragamnya..tapi dia sangat comel dan manja :)

Friday, July 2, 2010

New life with Pearl

1 Julai 2010 adalah hari Pearl datang ke UKM. Pearl diletakkan di dalam beg galas dan dengan menaiki motosikal ia diseludup masuk ke kampus :) Pearl adalah kucing kesayanganku yang diambil dari rumah pak cik. Pearl berusia 7 bulan, sangat manja, berbulu putih pada keseluruhan badan dan mix parsi dan kucing kampung. Bulunya lebat sikit pada ekornya. Setibanya Pearl ke bilik, ia berasa sangat janggal dengan tempat baru dan berlari ke hulur ke hilir melihat suasana baru yang didiaminya. Pabila aku tiada di rumah, Pearl terpaksa dikurung dalam sangkar. Ketika dikurung, Pearl membuat muka sedih mengiau-ngiau minta simpati dilepaskan. Ia adalah teman rumahku buat masa ini. Sekian berita tentang Pearl :)

Tuesday, February 16, 2010

Kisah Si Putih

 

  


Buat pembaca yang selalu mengikuti blogku pasti tidak lupa dengan kisah Utih & Snow. Untuk pengetahuan semua, Utih telah pun mati ketika berusia 5 bulan. Semasa pak cik ku pulang beraya di kg pada hari raya tahun lepas 2009, Utih ditinggalkan sendirian bersama ibunya Snow. Keadaan Utih sebelum ditinggalkan memang nampak pelik lagaknya dan bermanja-manja berlebihan. Sebaik sahaja pulang dari beraya di kg, Utih ditemui mati di belakang rumah. Maka seisi rumah sedih dengan pemergian Utih. Namun, Allah telah menjanjikan ada balasan untuk setiap kejadian. Selang sebulan kemudian, Snow mengandung lagi dan melahirkan 3 ekor anak yang cantik dan diberi nama Cotton, Pearl n Tompok. Muka Pearl memang sebijik macam Utih, manakala Cotton pula adalah anak Snow yang paling cantik, berbulu lebat dan seluruh badan putih tanpa sebarang campuran warna lain, sebijik macam Snow. Di bawah adalah gambar keluarga Snow, Cotton, Pearl (Tompok tak masuk sebab tak cantik hihi)



  

  

  

  


 



Tuesday, January 26, 2010

Ikan owh Ikan



Ini ikan ketiga yang dipelihara.. Namanya ikan Lily. Sebelumni, pelihara ikan gapi. Ikan gapi pertama (3 ekor & 1 anak) mati kerana tidak letak anti klorin ketika menukar air.

Ikan Gapi kedua pula mati (2 ekor) kerana bergaduh sesama mereka (digigit ekor) oleh si pemunilasi. ekarang hanya tinggal sekor ikan gapi jahat.

Ikan ketiga adalah Lily...dibeli sebanyak 6 ekor..sekor mati kelemasan keesokan harinya dan sekarang ada 5 ekor Lily + 1 ekor Gapi. Lily ni agak besar saiznya jika dibandingkan dengan Gapi dan ia memerlukan makanan yang agak banyak. 

 

Gapi terpaksa diletakkan di dalam bekas kecil kerana dikhuatiri tidak dapat menyesuaikan diri dengan Lily



Saturday, January 2, 2010

Ikan Gapi


 Ikan Gapi baru dibeli pukul 6 pm 020110. Terdapat tiga ekor ikan Gapi yang terdiri daripada 2 Gapi betina dan seekor Gapi jantan. Gapi jantan berwarna oren dan sangat cantik. Balang ini dibeli di bintang

 

 

Akhirnya tercapai sudah hajat untuk memiliki anak ikan ini~moga anak-anak ikan ini cepat membiak dan terus bersamaku hingga ke akhir pengajian (",)



Wednesday, December 9, 2009

kejadian itu

Lately

dah dua hari terpaksa mengemop seluruh rumah disebabkan rumah digeledah beruk

hari first terlupa tutup pintu toilet

tingkap di toilet memang tak boleh ditutup

kerana tergesa-gesa dan semangat untuk joint bowling bersama permata pintar di metro kajang selepas diajak oleh Najah

sehingga terlupa tutup pintu toilet

sebelumni Ira selalu pesan pintu toilet kena selalu tutup

kerana beruk-beruk ini pantang nampak pintu dibuka

sebaik sahaja sampai di rumah

rumahku penuh dengan segerombolan nenek,datuk, anak cucu beruk...

warghhh!!!

habis peti sejuk dan almari dapurku digeledah!

dan stok makanan untuk sebulan

habis dimakan dek beruk-beruk ini...

pastu kene marah dengan abg sebab cuai!!!

maafkan saya

saya terlupa

pastu semalam

pergi jumpa Dr Liong

untuk berbincang pasal tesis

sampai je kat rumah

ada dua ekor anak beruk

sedang menjamu selera di rumah saya!!!

warghhh

skali lagi rumah saya digeledah oleh beruk-beruk ini

tapi kali ini saya terlupa nak kuncikan tingkap tepi peti ais

just tutup je tanpa kunci...


owh...skali lagi terpaksa mengemop rumah!!!

mungkin beruk-beruk ini sengaja memberi homework kepada saya supaya mengemas rumah

kalau "mereka" tak masuk takdela saya rajin nak ngemop rumah hari-hari

dan mungkin niat saya untuk berdiet

lantas beruk-beruk ini menghabiskan stok makanan saya

yang tinggal hanyala dapur kering

warghhh!

tapi yang saya nak share kat sini

situasi yang berbeza di kalangan beruk-beruk ini

kalau di Sintok..beruk-beruk ini lebih gemar mencuri wangi-wangian

seperti berus gigi, pencuci muka, sabun dan alat mandian

manakala di Bangi.. Beruk-beruk ini lebih tertarik mencuri makanan

nasib baikla laptop saya tak diapa-apakan oleh sang beruk ini

SYUKUR ALHAMDULILLAH (",)



Saturday, December 5, 2009

Tragedi LEMBU BUNUH DIRI Korban diAidil Adha

Tanggal 4 December 2009, sebelum saya berangkat ke ukm, terjadinya kes korban lembu di dalam longkang. Menurut saksi kejadian, lembu ini telah tergelincir ke dalam longkang berhampiran rumahku dan tidak dapat naik ke atas kerana longkang tersebut terlalu dalam. Jiran-jiran yang melihat kejadian tidak dapat membantu mengangkat lembu tersebut kerana terlalu berat. Semasa kejadian, ibu serta dua ekor adik beradik lembu ini menunggu di tepi jalan cuba menolong kaum kerabatnya yang tergelincir ke dalam longkang. Namun, hanya ngauman 'bouuuwh' mampu diucapkan oleh ibu dan adik beradik ini. Akibat daripada mukanya yang terselam di dalam air longkang dan hidungnya turut terselam. lembu ini dipercayai mati lemas selepas beberapa jam terselam di dalam air longkang tersebut. Beberapa jam selepas kematian lembu tersebut, sepasukan bomba telah datang untuk operasi mengangkat mayat lembu yang tidak sempat di korbankan ini. Operasi mengangkat lembu selesai selepas di naikkan oleh train bomba kira-kira jam 1 tengahari.

Lembu ini dipercayai bunuh diri sebelum sempat dikorbankan untuk Aidil Adha tahun depan, sekian (",)

Ini model lembu maut (wawa gedikz)



model lembu muncul lagi menambahkan kegedikannya


bergambar bersama lembu bunuh diri


Selepas berjaya diangkat oleh pasukan bomba



Usaha mengangkat lembu menggunakan train bomba da kayu oleh pasukan bomba


kaki diikat dan disambungkan ke train bomba






tali yang disambungkan dari train ke kaki lembu








Wajah lembu sebelum diangkat~saat muka terselam di dalam longkang.


Badan lembu ini muat-muat je dengan longkang dan edisi mengangkat lembu agar sukar kerana terlalu ketat. Oleh itu, bantuan menarik lembu ke atas dengan train bomba digunakan.