**Ayat Seribu Dinar**

**Ayat Seribu Dinar**
Mafhumnya:

Barangsiapa yang bertakwa kepada Allah, nescaya Allah akan lepaskan ia dari masalah hidup Dan diberikannya rezeki dari sumber yang tidak diduga. Dan barangsiapa yang bertawakkal kepada Allah, nescaya Allah akan mencukupkan keperluannya. Sesungguhnya Allah melaksanakan urusan ( yang dikehendaki ) Nya. Sesungguhnya Allah telah mengadakan ketentuan bagi tiap-tiap sesuatu.

Showing posts with label insaf. Show all posts
Showing posts with label insaf. Show all posts

Thursday, February 11, 2010

Saat diri di talkinkan

Terjemahan Bacaan
Talkin.....

Maksud (dalam RUMI) talkin yang selalu dibaca utk orang yg meninggal dunia.


Masa baca tu, sebut2lah
nama sendiri yer...., kalau tak terasa meremang,
sama2lah kita lebihkan amal ibadat. Bukanlah perkara yang mudah setelah
mambaca atau menghafalnya begitu sahaja sesungguhnya hanya amalan baik yg
kita lakukan selama hidup di dunia yg akan menjadi penyelamat, InsyaAllah..

WALLAHU
A'LAAMM.

Bismillah hir rah man nir rahim.

Mahasuci Tuhan
yang Engkau bersifat dengan Baqa' dan Qidam, Tuhan
yang berkuasa mematikan sekalian yang bernyawa,

Mahasuci Tuhan
yang menjadikan mati dan hidup untuk menguji siapa yang baik
dan siapa yang kecewa.

Mahasuci Tuhan
yang menjadikan lubang kubur sebesar-besar pengajaran
untuk menjadi iktibar kepada orang yang lalai, dan sebesar-besar amaran
kepada orang yang masih hidup.

Ingatlah!
Bahawa sekalian mahluk Allah akan jahanam dan
binasa,melainkan zat Allah Taala. Ialah Tuhan yang Mahabesar kuasa menghukum,
manakala kita sekalian akan kembali menghadap hadirat Allah Taala.

Wahai SAYA Bin IBU SAYA, wahai SAYA Bin IBU SAYA, wahai SAYA Bin IBU
SAYA, hendaklah kamu ingat akan janji-janji Allah yang mana kamu ada bawa
bersama-sama dari dunia ini.

Sekarang kamu telah menuju masuk ke negeri Akhirat..

Kamu telah mengaku bahawa tiada Tuhan yang disembah dengan
sebenar-benarnya melainkan Allah, dan bahawa senya Nabi Muhammad itu Pesuruh Allah.

Ingatlah wahai
SAYA Bin IBU SAYA, apabila datang kepada kamu 2 orang
malaikat yang serupa dengan kamu iaitu Mungkar dan Nakir, maka
janganlah berasa gentar dan takut, janganlah kamu berdukacita dan risau serta
janganlah kamu susah-hati dan terkejut.

Ketahuilah
wahai SAYA Bin IBU SAYA, bahawasanya Mungkar dan Nakir itu hamba Allah Taala,
sebagaimana kamu juga hamba Allah Taala.

Apabila mereka menyuruh kamu duduk, mereka juga akan menyoal kamu.

Mereka berkata:
Siapakah Tuhan kamu?

Siapakah Nabi kamu?

Apakah agama kamu?

Apakah kiblat kamu?

Siapakah saudara kamu?

Apakah pegangan iktikad kamu?

Dan apakah kalimah yang kamu bawa bersama-sama kamu?

Di masa itu hendaklah kamu menjawab soalan-soalan mereka dengan cermat dan sehabis-habis terang, tepat dan betul.

Janganlah berasa gementar, janganlah cuak dan janganlah bergopoh-gapah, biarlah tenang dan berhati-hati.

Hendaklah kamu jawab begini:

Allah Taala Tuhanku,
Muhammad nabiku,
Islam agamaku,
kitab suci Al-Quran ikutanku,

Baitullah itu qiblatku, malahan solah lima waktu, puasa di bulan
Ramadhan,mengeluarkan zakat dan mengerjakan haji diwajibkan ke atas
aku.Semua orang Islam dan orang yang beriman adalah saudara aku,
bahkan dari masa hidup hingga aku mati aku mengucap: 'La ila ha
illallah Muhammaddur rasulullah'.

Wahai SAYA Bin IBU SAYA tetapkanlah hatimu, inilah dia suatu dugaan yang paling besar. Ingatlah bahawa kamu sekarang sedang tinggal didalam alam Barzakh, sehingga sampai satu masa kelak, kamu akan dibangunkan semula untuk berkumpul di Padang Mahsyar.

Insaflah wahai
SAYA Bin IBU SAYA, bahawa senya mati ini adalah benar,
soalan malaikat Mungkar dan Nakir di dalam kubur ini adalah benar,
bangun dari kubur kemudian kita dihidupkan semula adalah benar,berkumpul
dan berhimpun di Padang Mahsyar adalah benar,
dihisab dan dikira segala amalan kamu adalah benar,
minum di kolam air nabi adalah benar,
ada syurga dan neraka adalah benar.

Bahawa senya hari Kiamat tetap akan adanya, begitu juga Tuhan yang
maha berkuasa akan membangkitkan semula orang-orang yang di dalam kubur.

Di akhirnya kami ucapkan selamat berpisah dan selamat tinggal kamu disisi Allah Taala.

Semoga Tuhan akan memberi sejahtera kepada kamu. Tuhan jua yang
menetapkan hati kamu. Kami sekalian berdoa mudah mudahan Allah Taala menjinakkan
hati kamu yang liar, dan Allah menaruh belas kasihan kepada kamu yang berdagang
seorang diri di dalam kubur ini.Mudah-mudahan Tuhan akan memberi keampunan
dan memaafkan kesalahan kamu serta menerima segala amal kebajikan kamu.
Ya Allah Ya Tuhan, kami merayu dan bermohon kepada Mu supaya tidak
disiksa mayat ini dengan kemegahan penghulu kami Muhammad SAW.

Subhana rabbika rabbil izati amma ya sifun wassallamu alalmursalinwalham dulillahi rabbil alamin.

Setiap yang bernafas, Pasti akan Mati - 'Kullu nafsin za iqatul maut'

Firman Allah swt, 'Demi masa, sesungguhnya manusia itu benar-benar berada di dalam kerugian, kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh, yang ingat-mengingati supaya mentaati kebenaran, dan yang ingat-mengingati dengan kesabaran.' Surah Al-A'sr .

Dari Abdullah bin 'Amr R..A, Rasulullah S.A.W bersabda:
'Sampaikanlah pesanku walaupun satu ayat...'

Disebutkan didalam satu riwayat, bahawasanya apabila para makhluk
dibangkitkan dari kubur, mereka semuanya berdiri tegak di kubur 'masing-masing
selama 44 tahun UMUR AKHIRAT dalam keadaan TIDAK MAKAN'
dan TIDAK MINUM, TIDAK DUDUK dan TIDAK BERCAKAP.

Bertanya orang kepada Rasulullah saw : 'Bagaimana kita dapat mengenali ORANG-ORANG
MUKMIN kelak di hari qiamat?'
Maka jawabnya
Rasulullah saw 'Umat dikenal kerana WAJAH mereka putih
disebabkan oleh WUDHU'.'

Bila qiamat datang maka malaikat datang ke kubur orang mukmin sambil membersihkan debu di badan mereka KECUALI pada tempat sujud. Bekas SUJUD tidak dihilangkan. Maka memanggillah dari zat yang memanggil. Bukanlah debu 'itu dari debu kubur mereka, akan tetapi debu itu ialah debu KEIMANAN'
mereka. Oleh itu tinggallah debu itu sehingga mereka melalui titian' Siratul Mustaqim dan memasuki alam syurga, sehingga setiap orang melihat para mukmin itu mengetahui bahawa mereka adalah pelayan Ku dan hamba-hamba Ku.Disebutkan oleh hadith Rasulullah saw bahawa sepuluh orang yang mayatnya

TIDAK BUSUK dan TIDAK REPUT dan akan bangkit dalam tubuh asal diwaktu mati

1. Para Nabi
2 Para Ahli Jihad
3.Para Alim Ulama
4.Para Syuhada
5.Para Penghafal Al Quran
6. Imam atau Pemimpin yang Adil
7.. Tukang Azan
8 . Wanita yang mati kelahiran/beranak
9. Orang mati dibunuh atau dianiaya
10. Orang yang mati di siang hari atau di malam Jumaat jika mereka itu dari kalangan orang yang beriman. Didalam satu riwayat yang lain dari Jabir bin Abdullah ra sabda Rasulullah saw: Apabila datang hari qiamat dan orang orang yang berada di dalam kubur dibangkitkan maka Allah swt memberi wahyu kepada Malaikat Ridhwan: ' Wahai Ridhwan , sesungguhnya Aku telah mengeluarkan hamba-hambaKu berpuasa (ahli puasa ) dari kubur mereka di dalam keadaan letih dan dahaga. Maka ambillah dan berikan mereka segala makanan yang digoreng dan buah-buahan syurga. 'Maka Malaikat Ridhwan menyeru, wahai sekelian kawan-kawan dan semua anak-anak yang belum baligh, lalu mereka semua datang dengan membawa dulang dari nur dan berhimpun dekat Malaikat Ridhwan bersama dulang yang penuh dengan buahan dan minuman yang lazat dari syurga dengan sangat banyak melebihi daun-daun kayu di bumi.

Jika Malaikat Ridhwan berjumpa mukmin maka dia memberi makanan itu kepada mereka sambil mengucap sebagaiman yang difirman oleh Allah swt di dalam Surah Al-Haqqah bermaksud 'Makan dan minumlah dengan sedap disebabkan AMAL yang telah kamu kerjakan pada HARI yang telah LALU itu.'

Thursday, August 13, 2009

Al-Fatihah Buat Arwah Ustaz Asri



Sesungguhnya yang hidup pastikan pergi

Tanpa mengenal usia, sihat atau sakit, kaya atau miskin setiap orang pastikan merasanya...hanya detik dan ketika yang bakal menetukannya...

Lagu ini menjadi amanat daripada beliau bahawa yang pergi takkan kembali lagi...

Saya amat meminati kumpulan nasyid ini

Al-Fatihah buat arwah ustaz Asri...Moga rohnya ditempatkan bersama-sama insan soleh dan dirahmati Allah selalu..amin

Pabila memikirkan kejadian dan kematian..wabak penyakit yang semakin menular dan telah menyebabkan banyak kematian teringat daku akan mimpiku...

Dua minggu yang lepas saya telah bermimpi berlakunya hari kiamat...kejadian itu seolah-olah hari tersebut adalah betul-betul kiamat..saat itu langit merah dengan kelakar yang kuat dan membelah dua mula bergulung-gulung, semua bangunan roboh dan ranap musnah..manusia berlari-lari untuk menyelamatkan diri...masing-masing sudah tidak mengenali antara satu sama lain...keluar ayat Al-Quran dilangit merah yang menyatakan bahawa dunia ini sudah sampai ke penghujung...saya tidak pasti saya berada di mana di waktu itu tetapi ia adalah satu kawasan lapang yang tiada bangunan..yang ada cuma saki baki kemusnahan bangunan yang telah ranap..saya fikir itu memang betul-betul khiamat tetapi syukur Alhamdulillah apabila tersedar pabila azan subuh berkumandang...syukur masih diberi nafas untuk memohon keampunan dari Ilahi..syukur masih diberi peluang untuk menebus kesilapan-kesilapan lalu yang mungkin tidak di kenal pasti.. Ya Allah kurniakanlah kami semua hamba-hambaMu hidayah dan petunjukMu
untuk meneruskan perjalanan di duniaMU yang singkat ini...amin...


Align Center

Sunday, May 31, 2009

ALLAH promise

Allah s.w.t always have three replies to our doa:

1. YES
2.YES, but not now
3. I have a better plan for you

There's never a 'no'...just have faith and keep prays...

The problems with many of us now is that we don't believe that Allah will open a window and pour in blessings that we won't have room to receive them. I dare anyone to try ALLAH. HE is true to HIS word. Allah cannot lie and his promise are sure..

Pray may we are awesome prayer...
Believe it and you shall be blessed...

Ustaz ... dalam ceramahnya di cerong radio kelantan f.m beberapa hari yang lepas ada mengatakan bahawa memang ALLAH telah mentakdirkan segala yang berlaku tetapi kita sebagai insan tidak harus menyalahkan takdir sebelum beusaha...

example: memang nasibku kais pagi makan pagi,kais petang makan petang..ini memang telah ditetapkan untukku sejak azali lagi dan tak perlula berusaha sebab dah memang ditakdirkan..

moral: salah prinsip ini sebab siapa kita yang mengatakan itu adalah takdir sedangkan kita sendiri tidak tahu apa yang telah ditakdirkan kepada kita sehingga kita melalui saat dan detik itu..maka tugas kita sebagai insan adalah berusaha sedaya mungkin tanpa memikirkan takdir buruk atau baik..yang penting kita usaha..bukan tugas kita menetukan itu adalah takdir atau tidak kerana hanya Allah yang mengetahuinya..tugas kita adalah mencuba yang terbaik selagi hayat dikandung badan...dan bertawakal kepada Allah selebihnya kerana:

~usaha tanpa tawakal itu sombong...
... tawakal tanpa usaha itu angan-angan kosong~




Monday, May 18, 2009

KISAH NABI YUNUS A.S

Semalam memandangkan tiada kelas kerana cikgu Zul demam
maka aku mengambil kesempatan untuk mengemas dapur yang udah sekian lame berhabuk seperti tiada penghuni hehe..maklumla tuan punye umah aku sorang je tukang kemasnye..tika rajin je ngemas..time malas tu wat2 tak nampak je huhu
lepas penat mengemas layanla IKIM.FM
stesen radio kegemaranku sejak dari bangku sekolah sehingga sekarang
peneman di kala kesunyian...sambil melakukan hobi yang telah lama aku tinggalkan kerana dilanda kesibukan dan kemalasan..
hobi ini membuatkan aku berasa tenang dan happy

best sangat hobi n
i
melukis sambil mendengar radio IKIM

IKIM semalam de cite sal kisah nabi YUNUS di dalam perut ikan paus
kalau dengar kisah nabi Yunus ni..dapat dijadikan ikhtibar betapa nabi ALLAH pun di uji dengan ujian sehebat ini apatah lagi kita manusia biasa...

kisahnya begini..nabi Yunus diutuskan sebagai rasul ALLAH untuk memimpin kaumnya menuju ke jalan Allah tetapi umatnya amatla degil dan tidak mahu mendengar nasihat nabi Yunus..nabi Yunus dicemuh, dimaki dan di seksa sehingga ada satu ketika sehingga melekat darah di selipar nabi kerana direjam kaumnya...maka nabi Yunus merajuk dengan kaumnya dan membawa diri ke perkampungan lain..dia berkata binasala semua kaumku kerana tidak mahu mengikut jalan Allah..setelah tiba di perkampungan lain,kg yang baru ditemui itu dilanda banjir yang amat dasyat,menumpangla nabi Yunus di atas sebuah kapal tetapi kapal tersebut tidak dapat menampung manusia yang terlalu ramai..maka mereka membuat undian sesiapa yang kalah terpaksa dicampakkan ke laut..nabi Yunus juga tergolong dalam golongan mereka yang membuat undian ini. Setelah mengundi nabi Yunus terkeluar dan terpaksa dicampakkan ke dasar laut..tapi mereka kasihankan nabi Yunus maka mereka membuat undian sebanyak tiga kali tetapi dalam ketiga-tiga undian itu nabi Yunus kalah dan terpaksala dia merelakan diri dicampakkan ke laut luas...
setelah dicampakkan ke laut,dia dimakan pula oleh ikan paus yang besar..maka tinggalla nabi Yunus di dalam perut ikan paus tersebut..dia menyangka dirinya telah meninggal tetapi Allah telah mengarahkan ikan paus tersebut supaya menelan sahaja tanpa mengapa-apakan nabi Yunus..
di dalam perut ikan paus itu, nabi Yunus mendengar semua hidupan laut bertasbih dan berdoa kepada ALLAH iaitu:


"LAA ILA HA ILLA ANTA SUBHANAKA INNI KUNTU MINAZ DZALIMIIN"


maka nabi Yunus turut bertasbih dan berzikir dengan doa ini di dalam keadaan gelap gelita perut ikan paus dia memohon agar Allah selamatkan dirinya..sesungguhnya doa ini mampu membantu kita ketika berada dalam kesempitan hidup..bayangkan kita masih diberi peluang untuk memohon berdoa kepada ALLAH dalam alam yang begitu luas tetapi nabi Yunus terpaksa berdoa dalam gelap gelita tanpa sekelumit sinaran cahaya..malaikat yang mengetahui perkara ini memohon kepada ALLAH agar menyelamatkan nabi Yunus kerana dia tidak pernah mengingkari perintah Allah, kesalahannya hanyala meninggalkan kaumnya yang tidak mahu mendengar kata,ALLAH berfirman nabi seharusnya terus berdakwah dan tidak jemu memimpin umatnya walaupun berbagai ancaman yang dia hadapi..begini sekali nabi di hukum kerana sikap umatnya..tetapi disebabkan dirinya yang tidak jemu bertasbih, berdoa, ALLAH memperkenankan doanya dan memerintahkan ikan paus itu memuntahkan nabi Yunus ke darat..maka keluarla nabi Yunus dari perut ikan dalam keadaan lemah longlai dan kembali berdakwah kepada kaumnya..alhamdulillah kaumnya insaf dan kembali ke jalan ALLAH

khasiat ayat ni kalau diamalkan segala kesulitan dpt diselesaikan dgn mudah sangat..
menjauhkan kita dari
terkena perbuatan sihir..
sesiapa yg susah hati..
terkena buatan atau apa
penyakit sekalipun..

amalkan ayatni insyaallah ALLAH bukakan jalan kemudahan..amin

cerita tentang ayat ini, suatu ketika dahulu ketika aku menaiki bus dari alor star ke kulim (rumah su), aku pernah duduk sebelah mak cik tua yang alhamdulillah nampak sihat lahiriahnya...mak cik ni umurnya dalam lingkungan 70 puluh an tetapi masih kuat dan masih mampu berjalan ke hulu ke hilir sorang2 naik bus...mak cik ni pernah beritahu aku bahawa dia mengamalkan ayat ini sejak dari muda hingga tua dan alhamdulillah dia dihindarkan dari penyakit dan musibah..satu lagi dia cakap amalkan minum air suam tiap-tiap pagi dan kalau boleh jangan minum ais untuk menjaga kesihatan..wallahualam..

nantikan kisah nabi musa pada ahad depan 24.5.2009 9 malam di IKIM.FM saluran informasi anda...

~Satu Tekad~

berikanku sebaris kata
'tuk ku susuri jalan gelita
mentera keramat kata pujangga
azimat yang bermakna
di depan simpang bercabang tiga
tak tahu mana satu arahnya
kanan kiri manusia berdusta
mungkir pada Yang Esa
mungkin ku bukan watak utama
dalam pentas lakonan dunia
bimbang jua ku turut sama
pastinya aku yang binasa
berikan aku pedoman
arah mana jalan kehidupan
'tuk ku teruskan pengembaraan
tak rebah dan tersalah langkah
tunjukkan aku kawan
simpang mana arah kejayaan
timur utara juga selatan
atau arah mentari terbenam
bersama menyusuri jalan
para Rasul Nabi junjungan
menuju ke puncak
gemilang terbilang
iman di dada mengiring langkah






Thursday, April 2, 2009

bila izrail datang memanggil




suasana di wad 3U HUSM sunyi sepi tatkala salah seorang daripada pesakit wad tersebut meninggal dunia. Pemergian seorang demi seorang bagai di jemput mengadap yang ESA mengikut urutan...

terkenangku di hari pertama aku berkenalan dengan wad 7S HUSM... beralaskan surat khabar berlantaikan simen berbantalkan lengan tidurku diulit nyamuk... continue soon..

Wednesday, March 25, 2009

Tuesday, March 17, 2009

Erti sebuah kehidupan


Sebaik-baik rujukan dan ilmu adalah Al-Quran, bukti Allah yang memberi nikmat, sedarlah duhai manusia yang lemah, tiada engkau berkuasa dengan kehendak Allah dan janganlah engkau bongkak dengan nikmat sebesar kuman yang Allah kurniakan kepada engkau. Insaflah kamu sebelum Allah menarik balik nikmat yang dikurniaNYA kepadaMU!!! Sedarlah sesungguhnya engkau tidak mampu berdiri walau sebelah kaki pun tanpa bantuan ALLAH dan pangkat darjah yang diberikan kepadaMU hanyala sebagai ujian dariNYA untuk meguji sejauh mana kamu bersyukur dengan nikmatNYA. Oleh itu janganla engkau memaki hamun dan mengherdik insan yang lebih rendah pangkatnya darimu kerana mereka juga hamba ALLAH yang tidak ada bezanya darimu serta bantulah mereka andai kamu diberi kesenangan oleh ALLAH.

pintu menuju ke jalan MU

hanya ALLAH yang maha ESA, tiada yang lagi berkuasa selain MU Ya ALLAH, berikanlah kesedaran kepada kami hamba-hamba mu yang terlalu taksub dengan nikmat kurniaan MU ya ALLAH..

Al-Quran Nur Karim ~ Allahhuakhbar!!!

Arini lelah la rasa,penat rasa tak cukup nafas, tersalah makan buah tembikai susu. Aku memang alah buah ni tapi aku suka sangat buah ni. Arini keje kene compile sume file 2008/2007. Sampai bila ye nak keje sini, hanya Allah yang tahu.
Dah dapat kerja elok tolak sebab janji-janji universiti yang suke permainkan insan lemah seperti aku, suka ambil kesempatan atas kecuaian aku. Kalau fikir balik nape ye perkara ni terjadi. Ape pun benda ni semua terjadi disebabkan insan yang tak bertanggungjawab, yang ego dengan pangkat yang di sandang, berlagak atas kurniaan sementara Allah. Kadang-kadang aku termenung merenungkan nikmat sementara kurniaan Allah, mengapa manusia terlalu taksub mengejar duniawi sehingga tidak mahu berkongsi walau sedikit pun nikmat hadiah yang Allah berikan dengan hamba Allah yang lain. Tidakkah mereka sedar bahawa sekelip mata sahaja Allah boleh menarik balik kurniaannya dan boleh menimpakan mala petaka yang dasyat kepada sesiapa sahaja yang DIA kehendaki..kun fayakun..maka jadilah apa yang dikejendakiNYA... Ya Allah tunjukkanla aku jalan redha mu. Sekiranya ujian mu ini untuk menjadikan aku lebih tabah, KAU kurniakanlah aku yang lebih baik daripada yang aku lepaskan dan kau tunjukkanlah jalan pulang ke pangkal jalan kepada hamba-hamba mu yang lalai..amin.