**Ayat Seribu Dinar**

**Ayat Seribu Dinar**
Mafhumnya:

Barangsiapa yang bertakwa kepada Allah, nescaya Allah akan lepaskan ia dari masalah hidup Dan diberikannya rezeki dari sumber yang tidak diduga. Dan barangsiapa yang bertawakkal kepada Allah, nescaya Allah akan mencukupkan keperluannya. Sesungguhnya Allah melaksanakan urusan ( yang dikehendaki ) Nya. Sesungguhnya Allah telah mengadakan ketentuan bagi tiap-tiap sesuatu.

Showing posts with label Life History. Show all posts
Showing posts with label Life History. Show all posts

Friday, August 27, 2010

Memori Berbuka




sape punye lagi cantik (",)
Sekian lama mengidam untuk memiliki jam yg sama akhirnya terlaksana jua..
Mr Dot2 sila jaga ia dengan sebaik mungkin..

ini Mr Dot2 tanpa kaca mata :) Kali kedua berbuka bersama selepas Singgalang.
Berbuka di Yati Ayam Percik Bangi, salah satu cawangannye di Bangi. Syabas kepada Yati Ayam Percik kerana telah berjaya melebarkan cawangannya hingga ke Selangor. Moga satu hari nanti aku akan mengikut jejak langkah Yati Ayam Percik ni dalam meluaskan pasaran jualan. 

Thursday, May 6, 2010

Dugaan DAV



Motor ooo motor
hari pertama sampaije da bengkok2
lori membawamu terbabas di bentong..ke empat2 tayar lori naik ke atas
namun kau tetap gahkan diri
demi janjimu untuk berkhidmat
da lama xupdate blogni..cam da xreti nak menulis di sini...
ku ucapkan selamat sampai ke kota raya wahai motorku
di usia 4 tahun baru kau di bawa merantau
ku harap kau tabah hadapi liku-liku perjalanan hidup di kota
sebagaimana tabahnya tuanmu di sini (tabah ker hihi :)
...teruskan baktimu di sini...
walau kau dah agak berusia
namun baktimu amat kuperlukan
selamat harapnya kau di sisi...amin


Sunday, March 21, 2010

Bukit Jawa

kemengantukkan yg teramat mendengar 4 kumpulan band non-stop..edit blog ni lagi bagus..memekik je..huh nak pecah gegendang telingaku






Friday, March 12, 2010

Interview JAKSA

Salam...

Dah lama tidak mengupdate blog ini dek kerana masa yg terlalu menyemburuiku...
selali tulis2 je save as a draft...tak sempat nak habiskan tulisan pastu lupa nak update lagi...

malamni buat kali pertama menjadi interviewer JAKSA kolej. Tak sangka ye..suatu hari dulu kita hanya menghadiri temuduga dan ditemuduga tapi sekarang kita pula yg jadi penemuduga.. begitu pantas masa berlalu..sedar tak sedar sudah ramai rakan-rakan sebaya menamatkan zaman bujang tahunni. Musim cuti sekolah adaje undangan perkahwinan mahupun pertunangan. sudah tuakah diri ini? owh tidak masih muda~enjoy hihi..

berbalik kepada topik interview jaksa..seramai 22 org pelajar kuo yg memohon JAKSA akan diinterview malamni. Aku selalu hadir untuk interview kerja je..interview MT ni tak pernahla pulak.. tak sabar menanti gelagat pelajar-pelajar yg akan diinterview..tunggu soalan cepu emas dari kami ye...sekian dulu buat masa ini.. 


Wednesday, January 6, 2010

second offer letter

Offer letter kedua???

bukan kedua actually ketiga

offer letter ape ni?

offer letter yg telah banyak menyusahkan hidup aku!

dan aku tidak akan terpedaya lagi dengan tipu helah pihak yang tidak berkenaan!

offer letter pertama suruh lapor diri dalam masa sebulan dari tarikh surat dikeluarkan

sehingga aku melepaskan jawatan yang semua orang inginkan

tetapi sebaik sahaja pergi untuk lapor diri ditukarkan offer letter itu menjadi (lapor diri selepas dapat tawaran master)

dan banyak pula syarat-syarat yang menyusahkan!

ok fine dengan rela hati aku tarik diri

kini ia muncul kembali selepas setahun menyepi

offer letter ketiga berbunyi: lapor diri segera walaupun belum mendapat tempat master?

hey sape punye kerja yang banyak menyusahkan hidup orangni?

banyak menghabiskan masa menunggu,wang dan waktuku terbuang dek kerana terus menunggu

seperti yang dikendong tercicir,yang dikejar tak dapat!

walau apa pun surat yang korang offer kali ini, aku takkkan ke sana lagi

dan mohon jangan kacau hidup aku lagi!

aku bahagia dengan hidup bersusah payah sekarang

daripada hidup dalam pembaziran waktu

berhentilah mengganggu hidupku

wahai bayang-bayang gelap!



Saturday, January 2, 2010

Colourful life 2009, white cloth of 2010

2009 melabuhkan tirai, 2010 menjelma kini. Berganjaknya tahun ke tahun menandakan meningkatnya usiaku ke alam dewasa. Alam yang penuh cabaran. Tika saat kanak-kanak dahulu tidak perlu memikirkan sangat cara untuk berdikari dalam meneruskan arus kehidupan tapi kini ternyata usia dan pengalaman mematangkan segalanya. Begitu unik kejadian Ilahi, dijadikan kita sedari baby, kanak-kanak, remaja, dewasa dan tua mengikut acuan yang mampu kita tanggung dan tempuhi sesuai dengan usia kelahiran, seperti yang termaktub dalam Al-Quran Surah Al-Baqarah ayat 286 yang bermaksud:


"Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya"

Maka di seruNya juga dalam ayat tersebut supaya kita sentiasa berdoa dengan doa yang berbunyi:

"Ya Tuhan kami janganlah Engkau hukum kami jika kami lupa dan kami melakukan kesalahan. 

Ya Tuhan kami, janganlah Engkau bebani kami dengan beban yang berat sebagaimana engkau bebankan kepada orang-orang sebelum kami.

Ya Tuhan kami janganlah Engkau pikulkan kepada kami apa yang tidak sanggup kami memikulnya. 

Maafkanlah kami, ampunilah kami dan rahmatilah kami.

Engkaulah pelindung kami, maka lindungilah kami menghadapi orang-orang kafir"

Begitulah ayat yang diturunkan oleh Allah s.w.t dalam surah Al-Baqarah. Mengenangkan perjalanan hidupku sepanjang tahun 2009, pelbagai cabaran dan dugaan telah kuhadapi namun dugaan ini tidak mematahkan semangatku untuk terus memajukan diri.

Imbas kembali Diary 2009

Jan 2009       

1. Dapat massage dari HQ Mara berjaya dalam temuduga Mara, DG41 dan diminta lapor diri di Tiara Beach Resort, Port Dickson. 28.1.09 Lapor diri pensyarah matematik IKM Besut.
2. Tawaran Tutor UUM, DA41 sejurus selepas dapat offer leter Mara.
3. Perjalanan hidup membawaku ke Port Dickson tetapi pulang semula tanpa melaporkan diri atas dasar memilih tawaran UUM sebagai pilihan utama.

Februari 2009   

1. Takdir membawaku pulang ke tanah kelahiran selepas menolak tawaran Tutor UUM.
2. Meneruskan kerja sebagai kerani sambilan di kampung halaman.
3. Dalam dilema mencari arus perjalanan kehidupan.
4. Apply master UKM.

March 2009      

1.  Exam KPLI dan Konvo Degree 28 Mac 2009.

April 2009        

1. Isi borang budget mini master.
2. Exam IELTS.

Mei 2009        

1. 16.5.09 exam insurans.
2.  Interview UPNM.

Jun 2009         

1. Berkelah di Lata Tembakah.
2. 26.6 daftar master UKM.

Julai 2009        

1. 3.7.09 taklimat FST.
2. 5.7.09 register kolej Pendeta Zaaba F1.308.
3. 6.7.09 Bermula kuliah pertama semester 1 09/10.
4. 26.7.09 tukar bilik paras satu di Pendeta Zaaba F1.120.

Ogos 2009        

1. Bermula test mid-term.

September 2009  

1. 4.9.2009 daftar Felo.
2. Raya Aidilfitri.

Oktober 2009    

1. 4.10.2009 abg konvo.
2. 6.10.2009 2nd year anniversary.
3. 19.10.2009 final exam bermula.

November 2009   

1. 13.11.2009 berakhirnya final exam semester 1 09/10.
2. 20.4.2009 kursus KPO Melaka.
3. 23.11.2009 dapat lesen besar kete motor.
4. 26.11.2009 balik kg selama seminggu.

December 2009

1. 3.12.2009 Kak Zan Kawin.
2. 4.12.2009 balik UKM.
3. 18.12.2009 Bushro bertunang.
4. 19.12.2009 Ita kawin.
5. 28.12.2009 bermula pengajian semester 2 09/10.
6. 31.12.2009 penutup diary 2009

Inilah serba sedikit perjalanan kehidupanku sepanjang tahun 2009. Suka duka 2009 mengajarku banyak erti kesabaran, ketabahan, usaha tanpa putus asa, dan secara tidak langsung pengalaman ini banyak mematangkan diri ini untuk menjadi lebih kuat, tabah dalam mengharungi susah senang kehidupan. Sesungguhnya apa yang telah ditakdirkan adalah yang terbaik untuk diriku dan segala dugaanmu Ya Allah ku tempuh dengan rela hati kerana ku tahu Kaulah sebaik-baik pencipta dan setiap ketentuanMu adalah yang terbaik untuk hambaMu.

~Close Diary 2009~

*Open Diary 2010*

Kain Putih kini bakal dicorakkan
Secebis ukiran 2010 (Awal Muharam 1431 Hijriah):

1. Usaha adalah milikku.


2. Ketentuan adalah milik Allah.


3. Doa adalah milik hambaNya yang bertakwa.


4. Makbulkan doa itu urusan Allah.


5. Tidak putus asa itu milik setiap hambaNya

Moga 2010 membawa keceriaan dalam kehidupan ini dan moga ku terus tabah meniti hari-hari mendatang setabahnya aku meniti hari-hari yang sudah... berkatilah perjuanganku dan berikanlah daku kejayaan dunia akhirat...amin.




 

Saturday, December 26, 2009

Koleksi Pokok Peribadi








Ini adalah penemanku sebaik sahaja memulakan pengajian master di UKM. Pada hari pendaftaran pengajian, pokok ini hanya mempunyai tiga helai daun dan kini selepas satu semester pengajian ia mempunyai 10 helai daun. Pokok ini di ambil dari rumah mak cikku seksyen 3 tambahan, Bangi. Ia juga turut menemaniku semasa proses urbanisasi hidup berpindah randah dari Kolej Pendeta Zaaba ke Ungku Omar. Semoga pokok ini terus subur sehingga ke akhir pengajianku...amin (",)



 

Ini pula adalah pokok yang baru dibeliku 261209 dengan memesannya kepada Amir. Thanks Amir tolong belikan pokok ini. Pokok ini adalah sebagai peneman kepada pokok lamaku. Ia hidup bernafaskan jeli merah kuning di dalam botol peanut yang dikitar semula dan dijadikan pasu. Moga pokok ini terus mekar menemaniku hingga ke akhir pengajian dan ke anak cucu...





Inila kedua-dua pokokku. Pokok yang berbalut kertas ungu itu menandakan kehidupanku bermula dari semester satu (awal sem1, 3 daun, awal sem 2,10 daun) manakala pokok berjeli merah kuning itu adalah sebagai penanda semester dua pengajianku. Semoga kedua-dua pokok ini terus subur menandakan keceriaan kehidupanku di sini (",)



Wednesday, December 9, 2009

D.E.M.A.M

Kenapa aku demam setelah sekian lama tidak demam?

Baruku teringat rupanya saat keputusan exam untuk keluar sudah tak lama lagi

Kalau di bangku sekolah menengah dulu

tiap kali akan exam dan keputusan akan keluar

demam, selsema dan pelbagai penyakit akan datang...

semasa trial PMR..aku kene "lapar gare versi klate"

habis seluruh tubuhku gatal-gatal

dan setiap kali exam menjelma mahupun result akan keluar mesti diri ini tidak berapa sihat

kenapa perkara ini berlaku ye?

adakah kerana terlalu takut dengan senario exam dan keputusan exam ini?

Memang tidak dinafikan diri ini berdebar-debar

menanti keputusan

kerisauan dan kegelisahan tidak dapat dinafikan

baru sahajaku terbaca my friend wall post in FB

wargh mereka semua telah mengetahui result

kita hanya merancang dan hanya Allah yang menentukanNya

hanya Dia yang tahu di manakah tahap kelayakan kita untuk mencapai sesuatu keputusan

Namun naluri manusia tidak boleh lari daripada perasaan gelisah

dan risau kalau-kalau hajat yang diimpikan tidak tercapai..

tambahan lagi takut untuk memberitahu family tentang result yang diperolehi

Nasibku ku agak baik kerana arwah ayah dan bonda tidak pernah memaksaku mendapat kecemerlangan dalam pelajaran

mereka hanya menyokong dari belakang

apa jua keputusan yang aku bawa pulang mereka terima seadanya

namun atas dasar ingin untuk melihat mereka gembira

ku sentiasa berusaha untuk memberi yang terbaik untuk mereka

waima mereka telah tiada lagi di dunia fana ini

ku yakin mereka akan gembira andai kejayaan ku hadiahkan buat mereka...

Namun adakah nasib menyebelahiku kali ini???

Penantian yang amat menakutkan

adakah cita-cita untuk menamatkan pengajian secepat mungkin tercapai???

Hanya Allah yang tahu apa yang terbaik untuk diriku

Dia tidak menduga hambaNya melebihi kemampuan hambaNya

Ya Allah berilah yang terbaik untuk hambaMu ini

ku pasti apa jua yang Kau kurniakan untukku

Ia adalah yang terbaik untuk diri ini...

bantulah hambMu ini menerima takdir yang akan kau tentukan dengan hati terbuka

dan tidak tergolong dalam mereka yang mudah berputus asa

kuatkanla motivasi diriku untuk terus tabah dalam menhadapi liku-liku hidupku...amin

Aku hanya mampu berusaha dan berdoa..engkau jua penentuNya..






Monday, November 2, 2009

amanat yang belum selesai


tatkala membelek2 dompetku yang hampir hancur itu~terjumpa pula duit ini diselitkan dalam plastik yang masih cantik dan keras seperti baru dikeluarkan dari bank...teringatku suatu ketika dahulu duit ini dihadiahkan oleh seorang ibu tunggal yang berjiwa besar dan banyak mengajarku erti kehidupan dalam dunia yang serba mencabar...namun ibu ini tidak pernah berputus asa untuk terus berusaha memajukan diri dan mampu membela diri walaupun pelbagai halangan dihadapi..doaku agar dia akan terus cekal dan aku mampu mencontohi kecekalan dia...
duit ini adalah amanat dari seorang insan yang begitu ingin melihat diri ini menjejakkan kaki ke sana...dihadiahkan agar menjadi sumber aspirasi dan terus berusaha sedaya yang mungkin


apa yang ada pada duit ini???


20x2 dollar u.s = RM???



adakah ia amanat yang akan menjadi kenyataan atau hanya sekadar amanat yang harus ku pegang sampai ke akhir hayat? wallahualam~

Dedikasi khas buat:
Pn Rafidah Azlin Muhyiddin~





Wednesday, August 26, 2009

Ahlan Wasahlan Ramadhan



Ramadhan kelima datang lagi..

sengaja kutunggu hari kelima Ramadhan untuk mengisi kekosongan ruang di blog ini, memulakan bicara ramadhan, mencetus tarian jari jemari ini dan secara tidak langsung mengalu-alukan kedatangan bulan Ramadhan yang penuh makna...

Lima Ramadhan meninggalkan seribu kenangan buatku..saat perpisahan terakhir dengan arwah bonda tercinta dua tahun yang lepas detik 4pm hari isnin 5 Ramadhan bersamaan 17 October 2007 bersemadilah bonda di alam yang kekal..sewaktu di semester lima pengajian sarjana mudaku tatkala final exam bakal menjelma..Waktu itu aku sedang bertugas menjaga lab di Proton, dengan tidak semena-menanya pada detik itu lagu yang sedang ku mainkan di dalam lab tersebut berhenti sendirinya. Mungkin waktu dan ketika itu arwah bonda sedang bergelut dengan sakaratul maut menyahut seruan yang Esa untuk kembali ke alam kekal. Walaupun berada di dua tempat yang agak jauh jaraknya namun ia seolah-olah memberi peringatan buat semua anakanda agar menghormati pemergian ibunda dan menghentikan hiburan dunia sementara. Tidak semena-mena nyanyian itu berhenti sendirinya. Terasa juga diri ini kenapa tetiba sahaja lagu-lagu yang berkumandang berhenti sendirinya kerana lagu di komputer itu tidak pernah tertutup dengan sendirinya sebelum itu. Selang beberapa detik deringan telefon berbunyi panggilan daripada abangku menyatakan insan teristimewa dalam hidupku telah di jemput oleh penciptanya...terpaksala diri ini merelakan pemergiannya beriiringan dengan leningan air mata kerana memikirkan mungkin terpaksa menunggu jarak yang agak lama untuk bertemu kembali dengan insan yang telah melahirkan diri ini ke dunia. Tidak kusangka perbualan ringkas dengan arwah bonda pada 2 Ramadhan tahun itu adalah perbualan terakhir bersamanya. Dalam perbualan tersebut bonda hanya sempat memberitahu bahwa dirinya tidak dapat berpuasa pada Ramadhan tahun tersebut kerana keuzuran diri dan terpaksa menelan ubat-ubatan hospital. Atas permintaanku, jenazah terpaksa dikapankan ke esokkan harinya selasa 6 Ramadhan 2007 kerana aku ingin menatap sekujur tubuh itu buat kali terakhir sebelum dia dikebumikan. Perjalanan dari Sintok ke Kota Bharu hari itu agak lama disebabkan ada kayu balak tumbang di pertengahan perjalanan dan bus yang kunaiki terpaksa berhenti selama dua jam menunggu jalan itu di buka semula. Perjalanan yang dijangkakan akan tiba pada jam 6 pagi tetapi sampai lewat sejam iaitu detik tujuh pagi saat jenazah sedang dimandikan. Ku segerakan solat subuh dan membantu proses memandikan jenazah. Bersyukurku ke hadrat Ilahi kerana masih memberi aku peluang untuk memandikan ibu buat kali terakhir. Wajah bonda tersenyum manis saat diri dimandikan. Dia yang tidak pernah merungut dengan kesusahan hidup dan penderitaan penyakitnya...masih boleh tersenyum saat diri dikapankan. Begitu bangga diri ini memiliki ibu setabah dia. Bersemadilah bonda dengan aman di alam sana.

Begitu pantas masa berlalu..tidak terhitung masa berlari meninggalkan kita yang masih belum tentu hala tuju. Setiap kali Ramadhan menjelma, pengisian dan suasananya pasti berbeza. Cuma kita kadang-kadang alpa..adakah Ramadhan kali ini adalah lebih baik daripada Ramadhan yang lepas? Itulah yang di harapkan oleh setiap insan bergelar muslim... Pada tarikh yang sama lima Ramadhan 2008 waktu berbukaku adalah di hentian bus Jelatek.Menunggu Rapid untuk balik ke keramat daripada Mimos..ku teringat tika dan waktu ini tatkala mendapat deringan mesej dari kakanda tercinta mengingatkan diriku agar mendoakan Al-Fatihah buat yang telah tiada. Ramadhan tahun lepas sudah menjadi kebiasaanku sering berbuka atas bus kerana jarak perjalanan yang agak jauh dari Bukit Jalil ke Keramat tetapi alhamdulillah diri ini masih diberi kekuatan untuk menyempurnakan Puasa di bulan mubarak ini. Itu juga doa dariku dan pengharapanku untuk Ramadhan kali ini dan Ramadhan seterusnya agar di beri kekuatan untuk menyempurnakan ibadat sepanjang bulan ini dan semoga dipertemukan lagi pada Ramadhan seterusnya. Mungkin disebabkan ada memory disebalik 5 Ramadhan mengingatkan aku kembali nostalgia lama pabila saat dan ketika ini berulang kembali. Terima kasih Allah s.w.t kerana telah memberikan aku peluang untuk bertemu lagi dengan Ramadhan kali ini.

Datangnya Ramadhan disambut dengan wajah ceria...Perginya Ramadhan disambut dengan tangisan kerana apa mungkin diri ini masih berpeluang untuk menikmati bulan mulia ini lagi pada tahun berikutnya..wallahualam..

Thursday, August 20, 2009

Mission Possible @ Impossible (",))))))>

What is exactly meaning of mission?

Each person have their own mission

What is my mission? urm susah gak nk pk...

i have my friend who is final year medic student UM now~prinsip die adalah tidak akan berkahwin seumur hidup andai cita-cita die untuk menjadi seorang Dr tidak tercapai..Alhamdulillah mujurlah cita-cita die tercapai..kalau tak hurm tak xtawla saya cane ye..

saya pernah di cabar oleh seorang kawan, Tuan Arif time first register master aritu but my friend ni now da kuar jadi cikgu..hope he will be the best teacher forever..die cabar saya jangan balik bekerja di kg halaman if tak dapat title Dr...wah sungguh hebat cabaran itu..tidak terlintas hati ini to achieve the higher level of education~urm only Allah know what will happen to me in the future...can i achieve this? @ only just stop here~walallhualam~Allah the only one who know this!

masa kecik2 dulu impian nak masuk u pun xde..bknla xde tp xyakin dgn kebolehan diri ini alhamdulillah thanks Allah for give me this opportunity...really appreciate it...

Friday, August 14, 2009

coretan utk my xrumate


kakak yang dulunya my rumate selama dua tahun setengah kini telah menjadi ikon gadis melayu...kakak memang suka berlakon...pandai berkata-kata seperti real..teringat daku ketika membeli bakar-bakar kat cafe proton..kakak selalu menggayakan gaya sedang bercakap telefon marah-marah..bila di tanya kakak marah sape dalam telefon..die senyum tak dela tak de sape pun dalam telefon ni hihi..perkara ini di buat bagi menghilangkan rasa boring menunggu sementara "bakar-bakar" kami siap..bila makan pula kakak akan mengalihkan perhatian saya supaya memandang ke lain dan dia akan menambahkan makanannya ke dalam bekas makanan saya apabila saya berpaling ke arah lain..kakak sangat pandai menjaga badan..kakak sangat rajin mengemas bilik kami..terima kasih kakak kerana telah mengajar atie cara mengemas yang begitu rapi dan tersusun..pabila keseorangan di bilik teringat zaman-zaman persekolahan dulu..rindu pada semua my roomate yang begitu baik..dari matrix rofi,codot,zai dan uum-kakak...rindu suasana sama-sama strugle study..makan sama-sama, jog yang semangat kejap je..track blakang kolej proton..walaupun kini agak sukar untuk berjumpa mereka lagi tapi saya sentiasa doakan semua kawan-kawan saya semoga terus berjaya dunia akhirat..

Thursday, August 6, 2009

bilikku syurgaku


This is my new table yang agak berserabut...

sadisnya study atas lantai haha..ini adalah hobi saya yang tidak boleh study setempat kerana study setempat boleh membuatkan saya mengantuk tatkala keseorangan bertemankan pokok kesayangan.


ini adalah buku-buku yang sengaja disepah-sepahkan di katil kosong sebelah katilku
untuk menghilangkan rasa mengantuk yang sedang melanda..

ini adalah satu-satunya benda bernyawa selepas aku kat bilik ni...hanya aku dan pokok ni je benda hidup dalam bilik ini..kadang-kadang bila bercakap dengan pokok ni lebih baik dari bercakap dengan manusia kerana pokok tidak pernah bercakap dusta dan mengumpat orang..ia hidup dengan caranya sendiri...pokok ni di ambil dari rumah my uncle seksyen 3 Bangi. Semasa pendaftaran hari pertama pokok ini mempunyai tiga helai daun..sekarang selepas sebulan, daunnya telah bertambah satu menjadi empat. Ini adalah rumah pertama pokokku yang tidak dapat dikenal pasti spesiesnya hehe


di saat kebosanan melanda semalam, maka aku mengambil kesempatan untuk membuat rumah baru untuk pokok ini. Inilah new house hasil recreate dari botol air mineral yang di ambil dari bilik Fizah..semoga pokok ini dapat hidup dengan subur di rumah barunya.









Monday, July 20, 2009

new timetable

new place
with new schedule
i need to change my timetable
since the environment force me to struggle more than what i think!!!
owh god please bless my journey...
stay from 8 a.m -10 p.m at one place that i think more comfortable for my brain to come out
with something fresh without "stranger" who always make me feel crazy everyday...
~hope the "stranger" will not follow and disturb me again~

Thursday, June 18, 2009

my work space

Pertemuan singkat dengan AL-Ansar Consultancy banyak mengajar aku seribu pengalaman. Terima Kasih yang tidak terhingga kepada En Basri (abe yi), En Bakhtiar (Abe Ya), En Aziz (Abe Aziz) kerana sudi menerimaku untuk bekerja dengan syarikat ini walaupun mereka tahu aku hanya ingin bekerja sementara.Layanan mereka sungguh baik sekali. Proses interview amatla ringkas. Aku dengan slambernya pakai jeans g interview hehe..samapai KB pukul 7 pagi dari K.L dan sampai2 je terus ke wisma untutk cari kerja. Tanpa membuang masa, aku menelefon bos dan tanpa di jemput aku manawarkan diri untuk pergi interview secepat mungkin.Alhamdulillah esoknye terus start kerja dan kini aku meninggalkannya..sobsobsob..


Alamak pengganti saya takde lagi..sape2 nak kerja sini cepat bitaw..cian bos nak kene cari orang lak n sampai skang still takde orang nak isi lagi huex3

Mesin Fax tu digunakan untuk fax makanan kepada tuk hehe..sesape yang nak order makanan boleh tinggalkan no fax beserta pesanan yang dikehendaki kepada saya, nanti saya faxkan huex3