**Ayat Seribu Dinar**

**Ayat Seribu Dinar**
Mafhumnya:

Barangsiapa yang bertakwa kepada Allah, nescaya Allah akan lepaskan ia dari masalah hidup Dan diberikannya rezeki dari sumber yang tidak diduga. Dan barangsiapa yang bertawakkal kepada Allah, nescaya Allah akan mencukupkan keperluannya. Sesungguhnya Allah melaksanakan urusan ( yang dikehendaki ) Nya. Sesungguhnya Allah telah mengadakan ketentuan bagi tiap-tiap sesuatu.

Tuesday, November 23, 2010

Musim interview menjelma lagi

Tanggal November 2010 musim interview datang lagi di kala diri sibuk menyiapkan tesis terakhir.
Pelbagai universiti menjadi mangsa tempat ku melontarkan luahan permohonan kerja.
Perkara ini telah dilakukan 2 tahun yang lepas 2008 dan kini ianya datang lagi.
Interview November 2010 dimulakan dengan Uitm Sri Iskandar, Perak D.R.
interview tersebut berlangsung pada 18.11.2010
bersamaan hari raya haji ke-2
raya haji ini hanya kuluangkan masa bersama UKM tercinta
memandangkan tesisku memerlukan belaian yang lebih di saat-saat akhir penulisan
maka berayalah aku di perantauan bersama cik Raihana Nazira yang tidak balik dek kerana terlepas flight ke PC
mungkin Allah hantarkan dia ke sini untuk menemanku di hari raya..
kalau tak sorang2 la lam kolej ni..Pearl pula menghilangkan diri tak tahu ke mana
tetapi mujurla pak cik ku juga tidak balik beraya di kg kerana anaknya akan menghadapi SPM tanggal 23.11.2010
maka di pagi raya ku menumpang kasih buat yang sudi :)
bagiku ia tidak menjadi masalah..di mana beraya sudah tidak menjadi apa-apa makna sangat selepas permergian bonda tercinta.
sekiranya diri ditakdirkan beraya jauh di negara orang skali pun InsyaAllah ia bukanlah halangan untukku..

cuma yang menjadi persoalan tiap kali interview datang adalah
bagaimana untuk ku pergi ke tempat interview
seperti biasa, diriku yang sendirian terkebil2 mencari alternatif bagaimanakah mahu menghadiri
Alhamdulillah setiap yang ditakdirkan Allah sudah siap sediakan bantuan
Sesungguhnya Allah sangat mengetahui, sudah mengaturkan dan memberikan yang terbaik untuk setiap perkara yang ditetapkan
dalam mencari cara untuk pegi ke tempt interview, mujur ada kawan seperjuangan yg turut sama akan menghadiri interview tersebut..
thanks to YM Raja Huda atas kesudian menumpangkan diriku yang serba kekilafan ini.
ok tamat interview Perak
seterusnya interview UTHM bakal menyusul pada 25.11.2010 (Khamis)
pada hari yang sama Uitm Jengka turut menelefon untuk panggilan interview
kerana UTHM menghubungi lebih awal dan memang berniat dan betul2 berminat utk ke sana
maka terpaksala melepaskan peluang Uitm pahang..
mungkin tiada rezeki yang tercalit untukku di sana..
buat rakan2 Huda, Izzati, Imah all the best utk uitm pahang
moga rezeki kalian ada di sana :)
buat Suriana pula, terima kasih kerana sudi menumpangkan diri ini di rumahmu untuk interview UTHM nanti..


imbas kembali interview yang pernah dihadiri:

2008
1. Uitm Dungun
2. Mara @ mrsm,ikm (IKM Besut)
3. UUM (kampus K.l)
4. UPNM

2010
5. Uitm Sri Iskandar 
6. UTHM

 setiap interview yang dihadiri ini mempunyai sejarahnya yang tersendiri yang menjdikan diri lebih tabah menghadapi hari-hari mendatang. Moga Allah berikan diri ini dengan yang terbaik buat diriKU. Sesungguhnya hanya DIA yang mengetahui mana yang terbaik untuk setiap hambanya :)

serba sedikit pengalaman menghadiri interview:

1. Uitm Dungun
-menumpang di rumah kakak dan kakak hantar semasa interview

2. Mara @ mrsm,ikm (IKM Besut)
sampai jam 4 pagi di hentian Putra.. berjalan sendrian untuk ke stesen star..alhamdulillah ditemukan dengan insan sebaik mak cik saemah yg menghantarku ke UM, bilik cousin.

3. UUM (kampus K.l)
sampai hentian putra jam 8 malam. Sendirian naik star ke stesen UKM. Pak cik hantar ke tempat interview eskannya..bersama Bushro untuk interview ini.

4. UPNM
sampai hentian Putra ambil train ke bts..Alhamdulillah ditemukan dgn insan berhati mulia Pn Muslihah.. menjemputku di stesen bts ke upnm. Malamnya terus balik ke KB.

5. Uitm Sri Iskandar 
tumpang rumah Huda. naik train ke taman Melawati dan bersama2 Huda dan Imah ke Sri Iskandar. thanks gak buat mak Huda yang sudi menerima diri ini sebagai tetamu :)
6. UTHM
ambik train ke Kluang, umah Sue.. advance kredit to sue for their kindness  :)
Moga Allah mempermudahkan diri ini untuk menghadapi semua cabaran dan Ya Allah berikanla aku pekerjaan terbaik untukku membantu umat-umatMu yang memerlukan :)