**Ayat Seribu Dinar**

**Ayat Seribu Dinar**
Mafhumnya:

Barangsiapa yang bertakwa kepada Allah, nescaya Allah akan lepaskan ia dari masalah hidup Dan diberikannya rezeki dari sumber yang tidak diduga. Dan barangsiapa yang bertawakkal kepada Allah, nescaya Allah akan mencukupkan keperluannya. Sesungguhnya Allah melaksanakan urusan ( yang dikehendaki ) Nya. Sesungguhnya Allah telah mengadakan ketentuan bagi tiap-tiap sesuatu.

Showing posts with label friends. Show all posts
Showing posts with label friends. Show all posts

Sunday, June 20, 2010

Majlis Perkahwinan



Sekian lama menyepi menghabiskan sebulan every week menghadiri majlis perkahwinan..
Alhamdulillah selesai sudah semua majlis perkahwinan yang dirancangkan. Di atas ini adalah majlis perkahwinan sahabat baik saya Nur Suhana Zainuddin yang telah berlangsung pada 16.6.10 (akad nikah), 17.6.20 (kenduri). Sepanjang majis perkahwinan ini berlangsung saya telah diberi kepercayaan untuk menyiapkan semua hantaran yang dipamirkan di atas, berbekalkan minat yang mendalam dalam bidang gubahan ini saya sedaya upaya menyiap hantaran di atas walaupun tiada langsung pengalaman menyediakan gubahan perkahwinan. Kepercayaan yang diberi tidak diketepikan, ku berupaya menyiapkannya walaupun tidaklah berapa cantik hiasan ini..  :) Tahniah buat kedua-dua mempelai Nur Suhana dan Syafiq Ansari..moga kalian berbahagia sentiasa...amin



  ni pula perkahwinan Wan Nur Izni & Irwan Shah yg telah berlangsung pada 12.6.10.










Ni perkahwinan kak yg berlangsung pada 4.6.10 (akad nikah-rumah kak Bandar Country Homes Rawang) 5.6.10 (kenduri- Majlis Perbandaran Sivik Petaling Jaya )..sangat bertuah diberi penghormatan untuk menjadi pengapit sempena perkahwinan kak...semoga kak bahgia sentiasa..terima kasih kak atas layanan istimewa yang diberikan :)



Penutup majlis perkahwinan Jun 2010 adalah perkahwinan Suhana Bt Dato' Suid & Sazali yg telah berlangsung di dewan sultan Mizan Putrajaya. Kehadiran kawan-kawan dari UUM (Atun, Syafa, Kak Faezah, Kak Syaz, Azani, Kak Akma ) Xkolej Proton ke sini memeriahkan lagi suasana...happy dapat jumpa korang sume :) Semoga berkekalan buat pasangan merpati dua sejoli ini :)




Tuesday, March 16, 2010

koleksi bekas hantaran gubahan ....

ramai kekawan kawin tahunni..3 org kenalan rapat yg kawin tahunni..di bawahni adalah gubahan yg kubuat khas buat rakan karib Nur Suhana Zainuddin yg bakal melangsungkan majlis perkahwinannya pada bulan 6 ini..semoga majlis berjalan dengan lanca..amin















ini encik bucuk naik bus UKM :D



Thursday, December 24, 2009

Salam Perkahwinan buat ROZITA & AZUAN

       Pada 17.12.2009 bermula destinasi dari UKM ke Simpang, Taiping. Menaiki bus Perak Road Way yang sangat menyusahkan orang. Dinasihatkan anda di luar sana agar tidak menaiki bus ini kerana service yang sangat teruk. Bus yang sepatutnya bergerak pada jam 10.20 a.m tetapi pukul 11 a.m baru sampai. Lepas tu bus ini berhenti di Pudu untuk ambik penumpang dan menunggu sehingga satu bus penuh baru jalan, terasa seperti menaiki bus lompat-lompat sedangkan tiket yang di beli atas nama bus express. Proses menunggu di Pudu memakan masa sejam lebih dan selepas semua tiket laku dijual di Pudu barula bus ini menyambungkan perjalanan ke Taiping. Dalam perjalanan, bus ini telah berhenti banyak kali dan di Bidok kami (tiga orang) dipaksa menaiki bus di sebelah kerana bus yang kami naiki hanya berhenti sehingga Ipoh. Malangnya apabila memasuki bus sebelah, bus tersebut sarat dengan penumpang dan tiada seat untuk duduk (very the menyusahkan orang ini bus!). Drivernye adalah India dan bercakap-cakap sesama dorang dalam bahasa yang aku tidak fahami. Hanya aku seorang yang tiada seat dan berdiri terkontang kanting di dalam bus tersebut. Mereka menyuruh aku duduk di depan tempat letak kaki driver (ada ke patut! aku bayar rrrr! bukannya dekat 3 jam lagi perjalanan). Akhirnya mereka bercakap-cakap lagi dan menyuruh kami bertiga menaiki bus asal yang kami naiki. Apa punya orang ini??? mahu bikin gua penat memunggah barang ke hulu ke hilir!!! The service of this bus very teruk! huh. Bus ini sepatutnya stop di Simpang kalau ikutkan destinasi akhir dalam tiket, tapi dia berhenti di Kemunting plak...Ini bus lagi bikin gua sakit hati. Kasihan kak ipar Ita terpaksa menjemput aku hingga ke Kemunting yang agak jauh dari rumah dorang. Akhirnya perjalanan selamat sampai pada jam 6 petang. Bus ini sepatutnya sampai jam 3 petang, tetapi disebabkan service yang terlalu teruk dan menyusahkan orang, ia sudah bikin perjalanan delay 3 jam!
      Alhamdulillah aku selamat sampai di Rumah pengantin jam 6.40 petang. Pengantin tengah bergambar dengan berbagai-bagai fesyen pakaian (Mexico, Punjabi dan beberapa lagi pakaian). Ku segerakan solat jamak zohor dan asar setibanya di rumah pengantin. Ini adalah kali pertama aku merasai suasana menyambut perkahwinan di negeri selain Kelantan dan berbangsa lain. Aku sangat kagum dengan kemeriahan suasana sepanjang majlis perlangsung. Di Kelantan, kebanyakan majlis disambut secara sederhana dan ala kadar sahaja berbeza dengan majlis yang kuhadiri pada kali ini di mana terdapat beberapa majlis berlangsung sebelum berlakunya majlis akad nikah. Sehari sebelum akad nikah, majlis khatam Al-Quran telah berlangsung di sebelah pagi, petangnya adalah majlis berinai dari keluarga terdekat pengantin perempuan. Ini adalah kali pertama aku menyaksikan majlis berinai yang sangat unik. Aku ditugaskan sebagai pengapit pengantin. Sireh diletakkan di atas tapak tangan pengantin perempuan dan ibu bapa serta saurdara terdekat pengantin datang ke pelamin persandingan dengan menabur bunga rampai, air mawar dan meletakkan inai di atas daun sireh yang terdapat atas tapak tangan pengantin perempuan. Selepas selesai, upacara menabur ini, pengantin akan bersalam dengan tetamu yang menaburkan bahan-bahan tadi sementara tugasku sebagai pengapit adalah mengambil daun sireh ditapak tangan pengantin perempuan dan meletakkan kembali selepas pengantin selesai bersalam.  Manakala malamnya pula ada majlis ceramah menempuh alam perkahwinan sempena majlis perkahwinan yang bakal berlangsung. Penceramah diundang khas dari Pulau Pinang. Perkara yang paling menyentuh hatiku saat penceramah memberi ceramah adalah apabila penceramah menyatakan kegelisahan ibu bapa membiarkan anaknya berdiri sendiri setelah 24 tahun dijaga, dibelai dan ditatang bagai minyak yang penuh tetapi dengan sekali lafaz anak yang ditatang itu kini terpaksa dilepaskan ke tangan suami. Sedihnya perasaan ibubapa saat melepaskan anak kesayangan terutamanya keluarga pengantin perempuan dan perkara ini jelas apabila bapa pengantin perempuan sendiri mengalirkan air mata saat meninggalkan anak tersayang di rumah pengantin lelaki. Aku tidak pernah menangis saat berpisah dengan family semasa mereka meninggalkan ku sebaik sahaja menjejakkan kaki ke universiti tetapi siap melambai-lambai kegembiraan saat diri ditinggalkan. Tetapi hatiku begitu tersentuh disaat seorang bapa mengalirkan air mata ketika detik melepaskan anaknya ke tangan seorang lelaki bergelar suami sehingga aku turut mengalirkan air mata. (pantang tengok orang nangis..mulala nak nangis sama huuu) Namun ini adalah lumrah kehidupan dan setiap insan pasti akan merasai. Menurut Ustaz dalam ceramahnya malam tersebut, apa yang penting dalam institusi perkahwinan adalah niat pengantin itu sendiri dan yang paling penting niat atau doa itu akan dimakbulkan Allah. Jika baik niat kita maka baikla rumah tangga tersebut sebaliknya jika niat perkahwinan hanya sekadar suka-suka maka hanya suka-suka sahaja yang akan diperolehi. Seorang lelaki akan merasai kesusahan menjadi bapa di saat dia memikul tanggungjawab untuk mencari rezeki halal untuk keluarga yang dibina. Di situ akan diketahui kesusahan yang dilalui oleh seorang yang bergelar bapa dan ketua keluarga. Diri yang dulu "single" dan boleh berbuat sesuka hati tetapi kini mempunyai sebuah tanggungjawab yang besar dalam membina keluarga bahagia berlandaskan ajaran agama. Seorang wanita pula akan merasai kesusahan seorang ibu di saat dia melahirkan seorang anak tatkala betapa gembiranya diri apabila anak tersebut lahir ke dunia dan ia ditatang dengan penuh kasih sayang dan rela hidup dalam kesusahan hanya untuk melihat anaknya bahagia dan senang. Di situ akan muncul bahawa jasa ibu tiada tandingan dalam diri seorang yang bergelar wanita. 
     Majlis akad nikah berlangsung dengan jayanya pada 19 Disember 2009 di Masjid Simpang. Pengantin tidak berapa sihat pada pagi perkahwinan kerana berdebar-debar untuk majlis akad yang akan berlangsung. Alhamdulillah, dengan sekali akad status cik bertukar puan, single change to married, tanggungjawab dari seorang bapa beralih kepada seorang suami, anak yang dulu dibelai manja oleh ibubapa dengan sekali lafaz menjadi milik orang lain. Bermulala kehidupan baru bagi pasangan Rozita & Azuan. Moga mereka bahagia hingga ke syurga. Selepas selesai akad nikah, kedua-dua mempelai berkunjung ke rumah pangantin perempuan untuk majlis batal air sembahyang. Berbagai gaya gambar telah di ambil oleh jurufoto yang diundang khas sempena majlis perkahwinan. Kemudian, pengantin bersiap-siap memakai pakaian pengantin untuk bersanding pada tengaharinya. Lebih kurang jam 1 tengahari, rombongan pengantin lelaki tiba di rumah pengantin perempuan dan disambut oleh flower girl dan paluan kompang. Sekali lagi diri ini diberi mandat untuk menjadi pengapit. Terima kasih kepada pasangan mempelai kerana memberi kepercayaan kepada aku untuk menjadi pengapit sempena hari bersejarah kamu! Beberapa lagu telah dinyanyikan oleh pasukan kompang yang dituju khas kepada kedua-dua mempelai bagi memeriahkan lagi majlis perkahwinan. Lampu yang ber watt 100 dan bunyi paluan kompang membuatkan aku terasa hendak pitam tetapi tak de r pitam ;)=p Sejurus selepas itu, pengantin menjamu selera di meja yang dihias khas. Aku pun turut makan dimeja pengantin. Keesokan harinya, majlis berarak ke rumah pengantin lelaki kira-kira jam 12.30 tengahari dan aku pulang ke universiti pada jam 4 p.m
       Apa yang paling mengembirakan dan pengalaman yang tidak dilupakan sepanjang majlis berlangsung adalah diberi peluang tidur di atas katil pengantin bersama pengantin (perempuan sahaja yer) sepangjang aku di sana-3 hari,walaupun selepas akad nikah berlangsung kerana pengantin lelaki balik ke rumah pada malam akad nikah untuk persediaan di rumahnya keesokan harinya. Aku tidak pernah merasai layanan seistimewa ini walaupun keluarga sendiri yang berkahwin. Terima kasih Ita atas layanan isimewa yang diberikan. Ia akan terus tersemat disanubariku hingga ke akhir hayat. Moga kalian berdua berbahagia sepanjang hayat hendaknya...amin.





Wednesday, December 9, 2009

Kategori Kawan

Pada Firasat Saya:

Kawan terbahagi kepada tiga kategori:

1. Kawan ketika senang dan susah
- Kawan sebegini tak ramai yang diketemui. Mungkin empat atau lima orang sepanjang hayat anda. Kawan ini akan sentiasa keep in touch dengan anda..Mengambil berat kesusahan anda bukan semasa senang sahaja dan kalau mereka berada jauh dari anda dia pasti datang berjumpa anda apabila berkesempatan. Sentiasa menanyakan khabar anda dan sentiasa risau apabila anda susah. Walaupun dah lama tak jumpa mereka ini akan sentiasa berhubung. Apabila anda dalam masalah seperti kesempitan wang, pergi melawat kg halamannya, kawan ini tidak teragak-agak untuk menolong anda dan sanggup berkorban masa dan tenaga untuk anda. Tapi amat sukar untuk mencari kawan sebegini.

2.Kawan ketika senang sahaja
Kawan ketika senang pula mungkin anda berjumpa dengan mereka di sesebuah tempat awam, sesebuah institusi atau di program-program yang pernah anda ikuti. Kawan seperti ini akan tiada selepas tamatnya sesebuah program atau pengajian anda. Mereka ini akan berkira-kira untuk menolong anda apabila anda dalam kesusahan dan memberikan pelbagai alasan untuk mengelak daripada membantu anda. Mereka ini terdorong menghubungi anda apabila mereka berada dalam kesusahan. Kawan ini jarang untuk berjumpa walaupun anda berada dekat dengannya apatah lagi kalau anda berada jauh dari mereka. Kawan seperti ini amat ramai dan tidak terbilang kerana saya percaya setiap hari anda akan bertemu dengan sekurang-kurangnya seorang rakan baru tidak kirala di tempat umum,program atau institusi. Selepas tamatnya program tersebut anda tidak akan bertemu dengannya lagi dan kalau bertemu pun mungkin secara kebetulan.

3.Kawan yang diberi madu dibalas hempedu
Kawan seperti ini pula adalah kawan yang tidak boleh diharap. Madu diberi hempedu pula dibalas. Maksudnya walaupun pelbagai cara anda telah menolongnya mereka tidak teragak-agak untuk menherdik, mengumpat dan menceritakan keburukan anda kepada umum. Bahkan sanggup sengaja menceritakan keaiban anda kepada umum waima anda tidak pernah berbuat demikian.

Begitula manusia, pelbagai ragam dan karenah walau mempunyai pancaindera yang sama. Tidak kirala kategori mana kawan anda tersebut, bagi saya kawan yang nombor satu dan nombor dua boleh lagi diterima tetapi kawan nombor tiga lebih baik anda berjaga-jaga sepanjang berkawan dengan mereka kerana dikhuatiri pergaduhan akan berlaku kerana kita hanya manusia, walau sebaik mana hati anada, anda mungkin akan terdetik rasa tidak puas hati dengan kawan nombor tiga. Sebaik-baiknya tidaklah terlalu rapat kalau anda masih mahu maneruskan berkawan dengan kawan nombor tiga.

Manakala kawan nombor satu memang sah-sahla anda memang kamcing dengan mereka. Mestila anda akan mengambil berat tentang mereka. Kawan nombor dua pula masih boleh ditolong andai mereka memerlukan pertolongan anda atas ihsan dan budi baik anda. Itu pada pendapat saya, walaupun kawan nombor dua tidak pernah mengambil berat dan tidak kisah tentang kesusahan anda tetapi saya percaya mereka bukanla mempunyai hati busuk seperti kawan nombor tiga. Walau di mana anda berada, hanya anda yang boleh menentukan kategori kawan-kawan anda.

Sekian (",)






Monday, December 7, 2009

Berubah Arah

Facebook???
Ramai kawan sekolah yang sudah lama ku tak ketemui
ditemui di facebook
tapi
yang paling mengejutkan
ramai yang da berubah arah
kawan yang dulu ku kenal begitu alim dan menutup aurat
kini tiada lagi urat-urat benang yang menutupnya
tudung entah ke mana
yang ada hanya hiasan mahkota di kepala

sewaktu di sekolah dahulu
tiada seorang pun yang free hair
tapi pabila da besar panjang semua tu dah tak dihiraukan lagi
adakah pemakaian tudung waktu itu
hanya sekadar mematuhi peraturan sekolah


tidak dinafikan
semenza mewajibkan semua pelajarnya memakai tudung
dan hujung tangan baju pula wajib dibutangkan
kalau tak butang nanti cikgu akan jahitkan terus hujung tangan baju supaya tak boleh buka terus
begitula kuatnya disiplin di sekolah menengahku
namun tiada pun ura-ura menyaman pihak sekolah atas tindakan ini
berbeza dangan hari ini andai perkara ini dibuat oleh pihak sekolah
pasti akan ada ibu bapa yang yang tak berpuas hati dan mebawa perkara ini ke tengah hatta ke mahkamah
dulu dan kini sungguh berbeza!
begitu juga dengan aroni pelajarnya yang suatu ketika dahulu guru sangat dihormati bahkan disanjung tinggi
tapi kini guru hanya sekadar mengajar dan kadangkala sering diherdik oleh pelajar sendiri
aku sangat bangga dibesarkan dalam kehidupan yang penuh berdisiplin sedari kecil sehingga besar
dan kehidupan yang penuh skema untuk mematuhi peraturan yang ditetapkan
walaupun semenza bukanla sekolah agama
mungkin lokasinya yang terletak di kelantan menyebabkan ia mewajibkan semua pelajar memakai tudung
memang tiada seorang pun pelajar yang tidak memakai tudung di sekolah ini
bahkan pelajar baru yang tidak memakai tudung
dikehendaki membeli scarf di koop dan memakainya sebelum memasuki kelas
adakah hanya kerana kewajiban ini mereka semua menutup aurat
kenapa perkara ini dipandang remeh oleh sesetengah orang ye?
diri ini naik hairan memikirkan hal ini

Pabila ku selidiki ramai juga kaum lelaki yang tidak kisah jika isteri mereka free hair
dan ada sesetengah yang sengaja memilih perempuan free hair untuk dijadikan teman hidup
mereka kata perempuan free hair senang nak bawa masuk majlis
lantaran itu mereka lebih dipilih berbanding perempuan bertudung
kanapa?
perempuan bertudung tak boleh masuk majlis ke???
ke mana hilangnya jati diri pegangan islam?
adakah sekadar islam hanya pada nama?
tidak takutkah mereka dengan terik mentari yang akan membakar ubur-ubur kepala di akhirat kelak
kolot sangat ke perempuan bertudung
sehingga kami dipandang remeh
oleh sesetengah insan yang tak tahu menilai harga diri

kekadang ku terfikir
kenapa perkara sebegini berlaku?
aku bukanla seorang yang alim sangat dalam agamani
tapi tak pernah terlintas di hati ini untuk mendedahkan aurat kepada umum
kenapa masih ramai yang tidak mahu mengikut
peraturan yang termaktub dalam Al-Quran
bukankah yang termaktub dalam Al-QUran itu adalah yang terbaik untuk umatnya
~wallahualam~






Wednesday, November 25, 2009

Gelang Dari Sue





khas buat tatapan kakanda tersayang;
your love

Monday, June 1, 2009

selamat menempuh alam perkahwinan buat kekawan yang bakal bergelar raja sehari


kak Fina (kiri), kami sepasukan sekretariat kerjaya kini telah tamat pengajian dan membawa haluan masing-masing... Tahniah buat shamsul dan kak fina yang bakal bergelar raja sehari pada 7 Jun 2009. Shamsul sebagai ketua kumpulan kami dan kak fina ahli jawatankuasa dalam group Topaz. Cinta IPTA ini bakal ditamatkan dengan ikatan perkahwinan seminggu dari sekarang... Maaf di pohon kerana tidak dapat hadir ke majlis kenduri kalian kerana jarak yang memisahkan...

bulan ini tersangat ramai kawan-kawan yang melangsungkan majlis perkahwinan mereka... tahniah juga buat Salwa yang melangsungkan perkahwinannya pada hari ini 1.6.2009..Insyaallah saya akan hadir lepas kerja petang nanti.

Undangan perkahwinan dan kenduri minggu ini sangat padat dan dapat menjimatkan duit makan saya..hehe..Terima kasih kepada yang sudi menjemput dan harap maaf kepada sesiapa yang saya tak dapat pergi.. Moga semua kekawan berbahagia hingga ke syurga..amin





























team career sekretariat!