Jun 2010 sudah hampir ke penghujung..ini menandakan datangnya Julai membuka bicara. Julai bulan penuh makna bagi setiap pelajar yang baru sahaja menerima tawaran kemasukan ke IPTA. Julai menunjukkan bermulalah pentadbiran jejaksa kolej di ukm. Ia membuka bicara kesibukan hidupku malam2 dengan meeting2 pada hari mendatang. Alhamdulillah website yang diinginkan kolej akhirnya berjaya dibina Kolej Ungku Omar UKM. Tugas pengedit website telah diamanahkan, semoga diberi kesempatan waktu untuk melakukan yang terbaik. Tesis pula mula menjengahkan diri merintih meminta dibelai. Ubat-ubatan yang ditempah untuk supliment kedua-dua bahan ini pula masih di dalam perjalanan. Moga perjalanan suppliment sampai ke destinasi dengan selamat dan berkualiti...amin
**Ayat Seribu Dinar**
Mafhumnya:
Barangsiapa yang bertakwa kepada Allah, nescaya Allah akan lepaskan ia dari masalah hidup Dan diberikannya rezeki dari sumber yang tidak diduga. Dan barangsiapa yang bertawakkal kepada Allah, nescaya Allah akan mencukupkan keperluannya. Sesungguhnya Allah melaksanakan urusan ( yang dikehendaki ) Nya. Sesungguhnya Allah telah mengadakan ketentuan bagi tiap-tiap sesuatu.
Barangsiapa yang bertakwa kepada Allah, nescaya Allah akan lepaskan ia dari masalah hidup Dan diberikannya rezeki dari sumber yang tidak diduga. Dan barangsiapa yang bertawakkal kepada Allah, nescaya Allah akan mencukupkan keperluannya. Sesungguhnya Allah melaksanakan urusan ( yang dikehendaki ) Nya. Sesungguhnya Allah telah mengadakan ketentuan bagi tiap-tiap sesuatu.
Monday, June 28, 2010
Tuesday, June 22, 2010
belajar owh belajar
Begitu pantas masa berlalu...tanpa disedari suatu ketika dulu diri ini yang pernah terkial-kial samada mahu melanjutkan pengajian diperingkat sarjana ataupun tidak kini telah pun berjaya menghabiskan 2 semester pengajian dan hanya tinggal 1 semester lagi untuk menyiapkan tesis..insyaAllah..syukur ke hadratMu ilahi dalam kesusahan ada kesenangan..itulah janjiMu buat hamba-hambaMu yg tidak pernah berputus asa... InsyaAllah akan ku kuatkan langkah untuk terus mara sehingga ke titisan terakhir keringatku menyahut seruanMu berjuang dijalanMu demi menegakkan agamaMu ya Rabbi...bantulah hambaMu menuju ke jalanMu
Sunday, June 20, 2010
Majlis Perkahwinan
Sekian lama menyepi menghabiskan sebulan every week menghadiri majlis perkahwinan..
Alhamdulillah selesai sudah semua majlis perkahwinan yang dirancangkan. Di atas ini adalah majlis perkahwinan sahabat baik saya Nur Suhana Zainuddin yang telah berlangsung pada 16.6.10 (akad nikah), 17.6.20 (kenduri). Sepanjang majis perkahwinan ini berlangsung saya telah diberi kepercayaan untuk menyiapkan semua hantaran yang dipamirkan di atas, berbekalkan minat yang mendalam dalam bidang gubahan ini saya sedaya upaya menyiap hantaran di atas walaupun tiada langsung pengalaman menyediakan gubahan perkahwinan. Kepercayaan yang diberi tidak diketepikan, ku berupaya menyiapkannya walaupun tidaklah berapa cantik hiasan ini.. :) Tahniah buat kedua-dua mempelai Nur Suhana dan Syafiq Ansari..moga kalian berbahagia sentiasa...amin
ni pula perkahwinan Wan Nur Izni & Irwan Shah yg telah berlangsung pada 12.6.10.
Ni perkahwinan kak yg berlangsung pada 4.6.10 (akad nikah-rumah kak Bandar Country Homes Rawang) 5.6.10 (kenduri- Majlis Perbandaran Sivik Petaling Jaya )..sangat bertuah diberi penghormatan untuk menjadi pengapit sempena perkahwinan kak...semoga kak bahgia sentiasa..terima kasih kak atas layanan istimewa yang diberikan :)
Penutup majlis perkahwinan Jun 2010 adalah perkahwinan Suhana Bt Dato' Suid & Sazali yg telah berlangsung di dewan sultan Mizan Putrajaya. Kehadiran kawan-kawan dari UUM (Atun, Syafa, Kak Faezah, Kak Syaz, Azani, Kak Akma ) Xkolej Proton ke sini memeriahkan lagi suasana...happy dapat jumpa korang sume :) Semoga berkekalan buat pasangan merpati dua sejoli ini :)
Saturday, May 22, 2010
event terdekat
thanks a lot my luv for fullfil my dream
ni baju yg kujahit manik sempena akad nikah kak..xclearla kan..manik nak same ngan warna baju..moga kenduri kak yg akan berlangsung 4 & 5 Jun ini akan berlangsung dengan jayanya..baju untuk sanding xsiap lg..wait for the next entry (",)
atas sekali tu pelamin yg aku ikut kak su g kenduri kawin akak kawan die kat raub last week 17.5.2009. cantik pelamin tu..
bawah tu bersama en bucuk ke mines..
xde keje g mines semate2 nek boat pastu balik...barang yg dicari xde..brg tu bantal luv kat ats tu~punyela malu Mr Dot2 nak beli bantal ni..merah muka die mase jurujual usik die~anyway thanks dear utk bantal luv ni (da lame tuntut ni..baru skang dapat =p )
last2 g metro kajang je beli barang
26-27 kursus pra induksi JAKSA d UO
28-30 Kursus induksi JAKSA di taman negara
selesai bulan 5..next aktiviti bulan6 every week sibuk ngan majlis org kawin jer..every week ada org kawin
4 & 5.6 - Kak kawin MPSPJ
5.6 - Zai Kawin n Kema tunang
12.6 - Izni kawin
17.6 - Suhana Kawin
org len kawin..aq yg sibuk jahit baju..siap jht manik sendiri smata2 utk knduri kawin org..uish first time ni..penat gak jd tukang jahit ni.dari pagi sampai pagi esoknye baju siap jahit manik 1 baju..tu pun mmg dok mengadap bende alah tu je
lepastu mmp dak first year lak..ni tgk2 je..
Ya Allah berikanku kekuatan untuk menyiapkan tesis terakhir sarjanaku..amin
Tuesday, May 11, 2010
Keluarkan Singa Daripada Diri Anda
Tersentuh hati membaca sebuah buku yang bertajuk keluarkan singa daripada diri anda oleh Haji Muhammad Zakaria..buku ini mengisahkan atau menggesa kita sebagai manusia untuk mengeluarkan singa yang ada dalam diri untuk mencapai kejayaan hakiki. Inilah sebenarnya kehidupan, hanya manusia yang berani, yakin dan berusaha akan mendapat mencapai apa yang diimpikan. Jangan mengharap bulan jatuh keriba. Seandainya anda dilahirkan daripada keluarga senang, mungkin itru adalah satu keistimewaan yang diperolehi tetapi sampai bilakah kekayaan harus diwarisi tanpa usaha dariapada anda sendiri? Renung-renungkan, fikir-fikirkan.
Kubersyukur kerana menjadi khalifah dimuka bumi ini
Hidup ini akan kuteruskan dengan penuh semangat dan tabah
Walau apa jua badai yang datang
ingin kujulang impian, menegakkan cita-cita
Aku akan bangun dari segala kesusahan
Hari ini aku akan berlari dengan satu tujuan
Yang Jitu menggarap seluruh kejayaan
Membayangi kehebatan Ilahi
Kubersyukur kerana menjadi khalifah dimuka bumi ini
Hidup ini akan kuteruskan dengan penuh semangat dan tabah
Walau apa jua badai yang datang
ingin kujulang impian, menegakkan cita-cita
Aku akan bangun dari segala kesusahan
Hari ini aku akan berlari dengan satu tujuan
Yang Jitu menggarap seluruh kejayaan
Biarpun sejarah silamku silap dan gagal
Dan itu adalah AKU
Kini kuhimpun segalanya
dan kuheret untuk merancang
satu kemenangan sebagai kemuncaknya
AKUlah singa itu
Hari ini aku berlatih dan bertatih
Biar sasaranku Tepat, Tegas, Cepat, Pantas dan Rasional
Sempadan pada cita-citaku adalah ALLAH dan Rasul-NYA
Banar pada segala matlamat, hakikat dan makrifat
Akulah singa itu
Santun pada segala adat alam dan fitrah kejadian
Biar kujadi insan yang merangkul setiap kejayaan
seperti saidina Umar Al-Khattab
Singa yang dikeluarkan oleh rasul dalam dirinya
Atau Umar Abdul Aziz
Menjadi singa kebenaran atau ketelusan
Kini aku sudah sedia memburu
untuk menggapai bebanan, sasaran dan tanggungjawab
Dan risiko untuk memaksa aku menjadi seperti seekor singa
Tafakur sebentar aku di sejadah peta duniaMembayangi kehebatan Ilahi
Menikmati anugerahnya
Menjalankan tugas sebagai khalifah
Ibarat singa yang gagah perkasa
Di Dunia belantara...
Thursday, May 6, 2010
Dugaan DAV
Motor ooo motor
hari pertama sampaije da bengkok2
lori membawamu terbabas di bentong..ke empat2 tayar lori naik ke atas
namun kau tetap gahkan diri
demi janjimu untuk berkhidmat
da lama xupdate blogni..cam da xreti nak menulis di sini...
ku ucapkan selamat sampai ke kota raya wahai motorku
di usia 4 tahun baru kau di bawa merantau
ku harap kau tabah hadapi liku-liku perjalanan hidup di kota
sebagaimana tabahnya tuanmu di sini (tabah ker hihi :)
...teruskan baktimu di sini...
walau kau dah agak berusia
namun baktimu amat kuperlukan
selamat harapnya kau di sisi...amin
Sunday, March 21, 2010
Bukit Jawa
kemengantukkan yg teramat mendengar 4 kumpulan band non-stop..edit blog ni lagi bagus..memekik je..huh nak pecah gegendang telingaku
Subscribe to:
Posts (Atom)























