**Ayat Seribu Dinar**

**Ayat Seribu Dinar**
Mafhumnya:

Barangsiapa yang bertakwa kepada Allah, nescaya Allah akan lepaskan ia dari masalah hidup Dan diberikannya rezeki dari sumber yang tidak diduga. Dan barangsiapa yang bertawakkal kepada Allah, nescaya Allah akan mencukupkan keperluannya. Sesungguhnya Allah melaksanakan urusan ( yang dikehendaki ) Nya. Sesungguhnya Allah telah mengadakan ketentuan bagi tiap-tiap sesuatu.

Tuesday, December 8, 2009

Shoping bersama Si Comel

Semasa balik cuti Aidil Adha tempoh hari, aku sempat pergi shopping di Mydin dengan dua orang hero comel ini dan lagak mereka amat membingitkan keadaaan. Sebaik sahaja sampai mereka berdua dipaksa menaiki troli supaya tidak bermain dimerata-rata tempat. Troli diambil semata-mata untuk mengisi kedua-dua dak comel ini tetapi bakul lain terpaksa diambil untuk mengisi barang yang hendak dibeli kerana jika diisi bersama mereka..habis jahanam barang tersebut huhu..
sepanjang menolak troli, mereka akan menyentuh semua barang yang ada di sekeliling mereka dek kerana tidak boleh duduk diam.


Inila muka Si Haikal Hazim ketika dipaksa menaiki troli oleh ibunya, manakala Si Amar Hafiz pula cool setelah diletakkan di dalam troli.


Haikal dan Amar bersama pampers mereka


Buat muka buruk pabila disuruh senyum..huh cam lanun je wat muka cani hihi


Ni plak berlagak ayu dengan tudung sape ntah dipakai oleh Haikal..Juru solek: Mak Cik Ain dia

Ni Haikal dan ibunya..lagak jadi budak baik (",)


Ni adalah muka sebenarnya..yang atas tadi tu bergaya je lebih


Ni adalah Amar yang rambutnya bila mau tumbuh??? Nak tunggu adik lahir dulu yer???


Tengok dia da start mengambil barang-barang di sekeliling yang disangka barang mainannya


Alala cian plak bila tengok Si Haikal ni tido


Dia da nak panjat-panjat keluar da..masuk masuk balik..kang kene cubit hehe




Monday, December 7, 2009

Berubah Arah

Facebook???
Ramai kawan sekolah yang sudah lama ku tak ketemui
ditemui di facebook
tapi
yang paling mengejutkan
ramai yang da berubah arah
kawan yang dulu ku kenal begitu alim dan menutup aurat
kini tiada lagi urat-urat benang yang menutupnya
tudung entah ke mana
yang ada hanya hiasan mahkota di kepala

sewaktu di sekolah dahulu
tiada seorang pun yang free hair
tapi pabila da besar panjang semua tu dah tak dihiraukan lagi
adakah pemakaian tudung waktu itu
hanya sekadar mematuhi peraturan sekolah


tidak dinafikan
semenza mewajibkan semua pelajarnya memakai tudung
dan hujung tangan baju pula wajib dibutangkan
kalau tak butang nanti cikgu akan jahitkan terus hujung tangan baju supaya tak boleh buka terus
begitula kuatnya disiplin di sekolah menengahku
namun tiada pun ura-ura menyaman pihak sekolah atas tindakan ini
berbeza dangan hari ini andai perkara ini dibuat oleh pihak sekolah
pasti akan ada ibu bapa yang yang tak berpuas hati dan mebawa perkara ini ke tengah hatta ke mahkamah
dulu dan kini sungguh berbeza!
begitu juga dengan aroni pelajarnya yang suatu ketika dahulu guru sangat dihormati bahkan disanjung tinggi
tapi kini guru hanya sekadar mengajar dan kadangkala sering diherdik oleh pelajar sendiri
aku sangat bangga dibesarkan dalam kehidupan yang penuh berdisiplin sedari kecil sehingga besar
dan kehidupan yang penuh skema untuk mematuhi peraturan yang ditetapkan
walaupun semenza bukanla sekolah agama
mungkin lokasinya yang terletak di kelantan menyebabkan ia mewajibkan semua pelajar memakai tudung
memang tiada seorang pun pelajar yang tidak memakai tudung di sekolah ini
bahkan pelajar baru yang tidak memakai tudung
dikehendaki membeli scarf di koop dan memakainya sebelum memasuki kelas
adakah hanya kerana kewajiban ini mereka semua menutup aurat
kenapa perkara ini dipandang remeh oleh sesetengah orang ye?
diri ini naik hairan memikirkan hal ini

Pabila ku selidiki ramai juga kaum lelaki yang tidak kisah jika isteri mereka free hair
dan ada sesetengah yang sengaja memilih perempuan free hair untuk dijadikan teman hidup
mereka kata perempuan free hair senang nak bawa masuk majlis
lantaran itu mereka lebih dipilih berbanding perempuan bertudung
kanapa?
perempuan bertudung tak boleh masuk majlis ke???
ke mana hilangnya jati diri pegangan islam?
adakah sekadar islam hanya pada nama?
tidak takutkah mereka dengan terik mentari yang akan membakar ubur-ubur kepala di akhirat kelak
kolot sangat ke perempuan bertudung
sehingga kami dipandang remeh
oleh sesetengah insan yang tak tahu menilai harga diri

kekadang ku terfikir
kenapa perkara sebegini berlaku?
aku bukanla seorang yang alim sangat dalam agamani
tapi tak pernah terlintas di hati ini untuk mendedahkan aurat kepada umum
kenapa masih ramai yang tidak mahu mengikut
peraturan yang termaktub dalam Al-Quran
bukankah yang termaktub dalam Al-QUran itu adalah yang terbaik untuk umatnya
~wallahualam~






Saat dan Ketika INI

Saat dan ketika ini
Saya sangat malas untuk membuat apa-apa kerja
Hanya menenangkan jiwa dengan membaca majalah wanita
Website kolej tak siap2
Wat blog biasa bolehla..nak wat advance2 tu adoi malasnya nak explore

Saat dan ketika ini
terpaksa berdiet untuk menjadi pengapit majlis perkahwinan kawan
tolongla turunkan berat saya at least 5 kg
dengan ketinggian yang tak seberapa ini
berat 50++ pun da gemuk uwaaaaa
tolong kuatkan semangat saya untuk teruskan amalan sihat ini
tolong jangan pengaruhi saya untuk makan apa-apa sahaja

Saat dan ketika ini
bila mahu start wat tesis ni?
main-main je memanjang
masa kalau dihabiskan dengan membaca majalah atau fakta-fakta semasa
terasa amat segar sekali badan ini
tetapi bila hendak memulakan sesuatu kerja yang wajib dibuat
kemalasan melanda
sejam buat kerja terasa seperti sehari
tetapi kalau buat benda yang kita suka sehari pun tak cukup

Saat dan ketika ini
tolong istiqamah kalau buat sesuatu
fikirkan hari muka
tepiskan hati batu
sedarkan diri selalu


!@#$%^&*()_)+=






mak ai nape tetibe start awal plak registration..tak abis enjoy lagi..plik betul r..website plak tak leh bukak huh!






Saturday, December 5, 2009

Tragedi LEMBU BUNUH DIRI Korban diAidil Adha

Tanggal 4 December 2009, sebelum saya berangkat ke ukm, terjadinya kes korban lembu di dalam longkang. Menurut saksi kejadian, lembu ini telah tergelincir ke dalam longkang berhampiran rumahku dan tidak dapat naik ke atas kerana longkang tersebut terlalu dalam. Jiran-jiran yang melihat kejadian tidak dapat membantu mengangkat lembu tersebut kerana terlalu berat. Semasa kejadian, ibu serta dua ekor adik beradik lembu ini menunggu di tepi jalan cuba menolong kaum kerabatnya yang tergelincir ke dalam longkang. Namun, hanya ngauman 'bouuuwh' mampu diucapkan oleh ibu dan adik beradik ini. Akibat daripada mukanya yang terselam di dalam air longkang dan hidungnya turut terselam. lembu ini dipercayai mati lemas selepas beberapa jam terselam di dalam air longkang tersebut. Beberapa jam selepas kematian lembu tersebut, sepasukan bomba telah datang untuk operasi mengangkat mayat lembu yang tidak sempat di korbankan ini. Operasi mengangkat lembu selesai selepas di naikkan oleh train bomba kira-kira jam 1 tengahari.

Lembu ini dipercayai bunuh diri sebelum sempat dikorbankan untuk Aidil Adha tahun depan, sekian (",)

Ini model lembu maut (wawa gedikz)



model lembu muncul lagi menambahkan kegedikannya


bergambar bersama lembu bunuh diri


Selepas berjaya diangkat oleh pasukan bomba



Usaha mengangkat lembu menggunakan train bomba da kayu oleh pasukan bomba


kaki diikat dan disambungkan ke train bomba






tali yang disambungkan dari train ke kaki lembu








Wajah lembu sebelum diangkat~saat muka terselam di dalam longkang.


Badan lembu ini muat-muat je dengan longkang dan edisi mengangkat lembu agar sukar kerana terlalu ketat. Oleh itu, bantuan menarik lembu ke atas dengan train bomba digunakan.



Wednesday, November 25, 2009

Gelang Dari Sue





khas buat tatapan kakanda tersayang;
your love

Monday, November 23, 2009

En Konji

Lagu Konji dari En Konji

Konji Konji
Cha Cha
Jem Jem
Cha Cha
Tore Tore
Cha Cha
Bom Bom
Cha Cha

Konji Jem Tore Bom
Cha Cha

Cika Cika
Clap Clap
Pongga Pongga
Clap Clap

Cika Pongga
Clap Clap

Cikalaka Pior Pior
Cikalaka Pior Pior
Swepz

Lagu yang disampaikan oleh Mr Konji semasa kursus asas pengorganisasian projek

Apa yang penting

Kapten kata~mesti buat
Kapten tak kata~jangan buat!




Kekangan waktu



blog saya da macam bersarang dan ketinggalan zaman

dek kerana terpaksa mengorek idea untuk membuat website kolej...blog ini terpaksa dibiarkan seketika...

walaupun banyak peristiwa yang berlaku setiap hari namun ia tidak sempat untuk dicatatkan

namun ia akan terus menjadi memori yang akan tersemat di kalbu ini...

Just come back from Bayview Hotel,Malacca (Kursus Asas Pengorganisasian Projek)

Sweet Memory with all UKM's felo



insyaALLAH ada masa berjumpa lagi~

Thursday, November 19, 2009

barang2 saye


ini dapur gas yang tidak di gunakan di sebabkan tiada tong gas


ini adalah proses menggoreng bihun..mula2 kita tumiskan bawang putih yer ~



ini meja study yang dijadikan dapur ketika hendak memasak..lepas tu kemas semula yer


Nily sedang beristirehat sambil meneman saya membuat kerja sekolah. Nily la peneman saya setiap hari waktu senang dan susah (",)


aktiviti petang mengintai anak nyet ikut tingkap...waktu anak2 nyet beristirehat adalah jam 5 ptg-7ptg. Waktu ini semua pintu dan tingkap perlu di tutup bagi mengelakkan kes kecurian makanan berlaku!


Haa ini adalah periuk serba guna yang boleh memasak nasi, menggoreng nuget, ubi kentang, nasi goreng, bihun, masak agar2..ini la barangnya.. dek kerana malas untuk membeli tong gas "dapur gas je ada" maka segala aktiviti memasak dilakukan di dalam periuk nasi ini.


Tuesday, November 3, 2009

Monday, November 2, 2009

amanat yang belum selesai


tatkala membelek2 dompetku yang hampir hancur itu~terjumpa pula duit ini diselitkan dalam plastik yang masih cantik dan keras seperti baru dikeluarkan dari bank...teringatku suatu ketika dahulu duit ini dihadiahkan oleh seorang ibu tunggal yang berjiwa besar dan banyak mengajarku erti kehidupan dalam dunia yang serba mencabar...namun ibu ini tidak pernah berputus asa untuk terus berusaha memajukan diri dan mampu membela diri walaupun pelbagai halangan dihadapi..doaku agar dia akan terus cekal dan aku mampu mencontohi kecekalan dia...
duit ini adalah amanat dari seorang insan yang begitu ingin melihat diri ini menjejakkan kaki ke sana...dihadiahkan agar menjadi sumber aspirasi dan terus berusaha sedaya yang mungkin


apa yang ada pada duit ini???


20x2 dollar u.s = RM???



adakah ia amanat yang akan menjadi kenyataan atau hanya sekadar amanat yang harus ku pegang sampai ke akhir hayat? wallahualam~

Dedikasi khas buat:
Pn Rafidah Azlin Muhyiddin~