**Ayat Seribu Dinar**

**Ayat Seribu Dinar**
Mafhumnya:

Barangsiapa yang bertakwa kepada Allah, nescaya Allah akan lepaskan ia dari masalah hidup Dan diberikannya rezeki dari sumber yang tidak diduga. Dan barangsiapa yang bertawakkal kepada Allah, nescaya Allah akan mencukupkan keperluannya. Sesungguhnya Allah melaksanakan urusan ( yang dikehendaki ) Nya. Sesungguhnya Allah telah mengadakan ketentuan bagi tiap-tiap sesuatu.

Wednesday, May 11, 2011

Mood: Baru habis mark paper

Tamat sudah 1 sem kat Sri Iskandar.. student pun dah abis exam, paper dah abis marking. OBE dah siap isi dn g kerja men tnet je skang. Banyak betol surat cinta dapat sepanjang mark paper, antaranya:

miss tolongla bagi saya lulus, saya taknak repeat lagi, dapat C pun jadila

 miss saya berharap sangat dapat lulus subjekni

miss ni je yang saya mampu jawab, tolongla luluskan saya

sekali fikirkan kesian betul budak2 ni..bukannya kuasa aku untuk luluskan dorang tanpa sebab, kalau jawab exam betul2, test elok, kuiz tinggi, attendence full dapatla nak tolong cikitkan. Tapi kalau final teruk cane nak tolong..urm. Ramai tol fail semni. Siapa yang salah kalau mereka fail ye. Kalau ikut standard kami lecturer baru dapat kelas hujung2 n repeaters...ramaila fail. tapi kalau ikut logik bagaimana untuk mendidik mereka supaya menjadi seorang yang pandai. Bukan senang untuk membentuk seorang anak apatah lagi mendidik mereka. Jadi salah siapa jika mereka gagal? Sakit kepala lepas abis marking. Kalau dulu masa belajar setiap kali nak exam mesti demam. Sekarang pas habis tanda paper sakit kepala plak. Ramai orang kata kerja mengajar ni senang. Memang nampak senang duk dalam aircond, masa pun flexible, tapi nak didik jadikan pelajar-pelajar orang yang terpelajar bukanla senang. Ia memerlukan usaha yang gigih dan tidak kenal erti putus asa. Cara bagaimana yang paling bagus ye untuk mendidik...lembut @ kasar? Masalahnya aku ni jenis xreti nak marah orang. Bila tak marah mulala dorang naik kepala..


Semoga hari2 seterusnya adalah lebih baik dari semalam..amin :)
 

Monday, April 18, 2011

satu sem sudah!!!

sudah lama blogg ku berhabuk dan tak sempat menulis gara-gara jadual kelas yang terlalu pack.. sedar tak sedar dah satu sem diri bergelar pendidik, tanggal 20..2011 anak2 sulungku akan menjejakkan kaki ke dewan exam (Pra Accounting MAT055) student ku semni seramai 94 orang pradiploma dan 75 orang diploma OM (business mathematics) (total=169). Berbagai pengalaman yang diperolehi sepanjang bergelar pendidik. Semoga semua pelajarku berjaya dalam apa jua bidang yang mereka ceburi dan dapat score paper math final t..InsyaAllah..


Tuesday, February 1, 2011

Februari 2011

Begitu pantas masa berlalu..sudah sebulan diri dilontarkan ke Seri Iskandar..pahit manis bergelar

Sunday, January 9, 2011

Alam Kerjaya

Salam 2011

Setiap tahun mempunyai memorinya yang tersendiri dan ianya tidak boleh diulang, yang telah berlalu hanya tinggal kenangan samaada ianya satu kenangan manis mahupun kenangan pahit.

Tuesday, November 23, 2010

Musim interview menjelma lagi

Tanggal November 2010 musim interview datang lagi di kala diri sibuk menyiapkan tesis terakhir.
Pelbagai universiti menjadi mangsa tempat ku melontarkan luahan permohonan kerja.
Perkara ini telah dilakukan 2 tahun yang lepas 2008 dan kini ianya datang lagi.
Interview November 2010 dimulakan dengan Uitm Sri Iskandar, Perak D.R.
interview tersebut berlangsung pada 18.11.2010
bersamaan hari raya haji ke-2
raya haji ini hanya kuluangkan masa bersama UKM tercinta
memandangkan tesisku memerlukan belaian yang lebih di saat-saat akhir penulisan
maka berayalah aku di perantauan bersama cik Raihana Nazira yang tidak balik dek kerana terlepas flight ke PC
mungkin Allah hantarkan dia ke sini untuk menemanku di hari raya..
kalau tak sorang2 la lam kolej ni..Pearl pula menghilangkan diri tak tahu ke mana
tetapi mujurla pak cik ku juga tidak balik beraya di kg kerana anaknya akan menghadapi SPM tanggal 23.11.2010
maka di pagi raya ku menumpang kasih buat yang sudi :)
bagiku ia tidak menjadi masalah..di mana beraya sudah tidak menjadi apa-apa makna sangat selepas permergian bonda tercinta.
sekiranya diri ditakdirkan beraya jauh di negara orang skali pun InsyaAllah ia bukanlah halangan untukku..

cuma yang menjadi persoalan tiap kali interview datang adalah
bagaimana untuk ku pergi ke tempat interview
seperti biasa, diriku yang sendirian terkebil2 mencari alternatif bagaimanakah mahu menghadiri
Alhamdulillah setiap yang ditakdirkan Allah sudah siap sediakan bantuan
Sesungguhnya Allah sangat mengetahui, sudah mengaturkan dan memberikan yang terbaik untuk setiap perkara yang ditetapkan
dalam mencari cara untuk pegi ke tempt interview, mujur ada kawan seperjuangan yg turut sama akan menghadiri interview tersebut..
thanks to YM Raja Huda atas kesudian menumpangkan diriku yang serba kekilafan ini.
ok tamat interview Perak
seterusnya interview UTHM bakal menyusul pada 25.11.2010 (Khamis)
pada hari yang sama Uitm Jengka turut menelefon untuk panggilan interview
kerana UTHM menghubungi lebih awal dan memang berniat dan betul2 berminat utk ke sana
maka terpaksala melepaskan peluang Uitm pahang..
mungkin tiada rezeki yang tercalit untukku di sana..
buat rakan2 Huda, Izzati, Imah all the best utk uitm pahang
moga rezeki kalian ada di sana :)
buat Suriana pula, terima kasih kerana sudi menumpangkan diri ini di rumahmu untuk interview UTHM nanti..


imbas kembali interview yang pernah dihadiri:

2008
1. Uitm Dungun
2. Mara @ mrsm,ikm (IKM Besut)
3. UUM (kampus K.l)
4. UPNM

2010
5. Uitm Sri Iskandar 
6. UTHM

 setiap interview yang dihadiri ini mempunyai sejarahnya yang tersendiri yang menjdikan diri lebih tabah menghadapi hari-hari mendatang. Moga Allah berikan diri ini dengan yang terbaik buat diriKU. Sesungguhnya hanya DIA yang mengetahui mana yang terbaik untuk setiap hambanya :)

serba sedikit pengalaman menghadiri interview:

1. Uitm Dungun
-menumpang di rumah kakak dan kakak hantar semasa interview

2. Mara @ mrsm,ikm (IKM Besut)
sampai jam 4 pagi di hentian Putra.. berjalan sendrian untuk ke stesen star..alhamdulillah ditemukan dengan insan sebaik mak cik saemah yg menghantarku ke UM, bilik cousin.

3. UUM (kampus K.l)
sampai hentian putra jam 8 malam. Sendirian naik star ke stesen UKM. Pak cik hantar ke tempat interview eskannya..bersama Bushro untuk interview ini.

4. UPNM
sampai hentian Putra ambil train ke bts..Alhamdulillah ditemukan dgn insan berhati mulia Pn Muslihah.. menjemputku di stesen bts ke upnm. Malamnya terus balik ke KB.

5. Uitm Sri Iskandar 
tumpang rumah Huda. naik train ke taman Melawati dan bersama2 Huda dan Imah ke Sri Iskandar. thanks gak buat mak Huda yang sudi menerima diri ini sebagai tetamu :)
6. UTHM
ambik train ke Kluang, umah Sue.. advance kredit to sue for their kindness  :)
Moga Allah mempermudahkan diri ini untuk menghadapi semua cabaran dan Ya Allah berikanla aku pekerjaan terbaik untukku membantu umat-umatMu yang memerlukan :)

Saturday, October 30, 2010

Tiap insan dilahirkan pada tahap ilmu yang sama (",)

Kini aku sedang mengikuti kelas berenang..bukanlah kelas tetapi belajar secara tidak formal dengan kak Mardhiah, thanks a lot kak sudi ajarkan Atie yang langsung tidak ada basic berenang ni. Pada awal proses pembelajaran aku duduk kat tepi dinding kolam je. Memang lansung tak berani untuk berenang ke tengah maklumlah aku memang tak tahu berenang langsung! Hari first kak Mar ajar cara warming up hembus nafas dalam air pastu terapungkan badan kak tepi kolam. Alhamdulillah aku berjaya mengikuti 2 proses ini dengan jayanya pada hari pertama. Hari seterusnya mula beranikan diri untuk terapungkan badan ke tengah dengan menahan nafas. Ia mengambil masa hampir 3 minggu untuk membolehkan aku sampai ke hujung kolam pada jarak terpendek. Alhamdulillah, hari makin hari, diri ini berasa semakin yakin untuk bergerak ke langkah seterusnya. Teknik yang seterusnya di ajar adalah berenang katak. Agak susah untuk mengambil nafas menggunakan kaedah ini. Beberapa kali diriku tewas di tengah kolam dan tidak dapat sampai ke penghujung. Namun latihan hari ini menunjukkan perubahan di mana aku berjaya berenang ke hujung pada jarak yang paling jauh.

Simbolik disebalik cerita ini adalah setiap kerja yang disertakan dengan kesungguhan dan keyakinan pasti akan membuahkan kejayaan. Jika kita lihat saat diri pertama kali bertatih belajan, beberapa kali kita akan terjatuh tersungkur menyembah bumi, namun tetap berusaha bangun untuk terus mencuba dan tidak pernah mengenal erti putus asa, tetapi saat itu kita belum kenal erti sebenar berusaha dan belum kenal apa itu kesusahan. Semangat yang tidak pernah mengenal erti perit dalam berusaha akhirnya membolehkan kita bangkit berjalan. Begitu juga dengan kes berenang kita akan dapat berenang dengan jayanya berbekalkan usaha,usaha dan terus berusaha! Berenang memerlukan fikiran tenang dan tidak gopoh dalam pergerakan bagi menyeimbangkan badan. Dari sini aku belajar setiap perkara jika kita hadapi dengan tenang, bersifat terbuka, yakin, terus berusaha, hasilnya pasti memuaskan dan berjaya ke penghujung.  

Jadi kesimpulannya, hadapi hidup anda dengan TENANG, TERUS BERUSAHA, YAKIN pada kebolehan diri!!!

All the BEST (",)

Saturday, October 16, 2010

October

Salam sume
dah lama tak update blog ni..bukan tak nak update tapi tak dapat log in my blog..
tak tau kenapa mungkin sarang lelabah terlalu banyak dan tak boleh masuk
2010 dah hampir ke penghujung tahun..
tinggal beberapa minggu lagi untuk viva
namun result final masih belum diketahui
saat rakan-rakan seperjuangan dah sampai ke penghujung 
penulisan...
aku pula masih tercari-cari
namun diri ini berasa amat bersyukur 
dikurniakan supervisor yang amat tenang
dan tidak mendesak apalagi memarahi
dikurniakan 2 sv merangkap mamy n dady 
yang sangat
baik hati...
dalam kehidupan pastikan berjumpa dengan orang yang baik dan juga yang tidak baik
setakatni sentiasa mendapat sv yang baik hati 
sedari degree
walaupun diri ini tidak sehebat mana
masih ada insan-insan soleh solehah yg banyak membantu
sesutu dugaan yg menimpa pastikan ditemukan dengan penyelesaian yg di luar jangkaan kita
pada saat dan detik ini
diri ini masih mengharapkan 
sesuatu azimatkan muncul sebagai result kepada penulisanku
Ya Allah kepadamu aku berseru
Kau bukakanlah pintu hatiku
temukanlah daku jalan penyelesaian kepada segala kesulitan yang timbul
sudahkanlah pengajianku dengan sempurna
lindungilah mereka yg telah banyak membantuku
tidak dapat kusebut nama mereka di sini
terlalu ramai untukku ukirkan
jasa mereka tidak dapat ku balas 
rahmatila mereka walau di mana mereka berada
jadikanlah aku seorang yang tabah menghadapi hari-hari mendatang
andai masih terbuka jalan mencari ilmuMu yang luas, tunjukkan aku di mana dan yang mana terbaik untukku
amin...





Monday, September 20, 2010

Saat Terakhir

Sedar ataupun tidak kita sekarang sudah berada di penghujung tahun 2010, bulan 9 dah tinggal beberapa hari lagi, pelajar-pelajar yang mengambil paper sibuk menelaah pelajaran untuk exam dan menyiapkan assignment yang semakin bertimbun. Percaya atau tidak hanya tinggal sebulan lebih sahaja lagi untuk aku menyiapkan tesis ini sebelum viva. Adakah masa akan sentiasa menyebelahi diri ini...? Ya Allah bantulah hambuMu ini dalam menghabiskan sisa-sisa terakhir pengajian. Permudahkan segala urusanku dan berilah kekuatan kepadaku untuk terus bersemangat dan berusaha sedaya upaya bagi merealisasikan impianku ini..sesungguhnya hanya engkau yang layak menganugerahkan setiap hambaMu dengan apa jua yang Engkau hendaki..amin.. :)

Friday, August 27, 2010

Memori Berbuka




sape punye lagi cantik (",)
Sekian lama mengidam untuk memiliki jam yg sama akhirnya terlaksana jua..
Mr Dot2 sila jaga ia dengan sebaik mungkin..

ini Mr Dot2 tanpa kaca mata :) Kali kedua berbuka bersama selepas Singgalang.
Berbuka di Yati Ayam Percik Bangi, salah satu cawangannye di Bangi. Syabas kepada Yati Ayam Percik kerana telah berjaya melebarkan cawangannya hingga ke Selangor. Moga satu hari nanti aku akan mengikut jejak langkah Yati Ayam Percik ni dalam meluaskan pasaran jualan. 

Monday, August 2, 2010

cerita tentang die

En Anwaruddin Ab Samad moga hidupmu sentiasa diberkati Ilahi, dimurahkan rezeki, dekat disisi Allah selalu, dilindungi setiap masa. Moga hari-hari mendatang bertambah ceria untuk kita bersama...amin :)