Salam 2011
Setiap tahun mempunyai memorinya yang tersendiri dan ianya tidak boleh diulang, yang telah berlalu hanya tinggal kenangan samaada ianya satu kenangan manis mahupun kenangan pahit.
Membuka lembaran baru sejarah 2011 dalam hidupku dimulai dengan pendaftaran kerja di Uitm Sri Iskandar, 3.1.2011. Panggilan dari Pn Arfah pada 31.12.2010 tatkala diri ini sedang diulit mimpi di siang hari menjadi sinar baru kehidupan 2011. Alhamdulillah selesai sudah kerja terakhir sebagai pelajar sarjana selepas berakhirnya viva (14.12.2010) dan proses menjilid tesis. Perit payah mengharungi siang dan malam sepanjang bergelar pelajar terbalas dengan terpapar LULUS DAN LAYAK MENERIMA IJAZAH pada transkrip keputusan peperiksaan. Alhamdulillah..terima kasih tidak terhingga kepada Maha Pencipta, Allah yg Esa dan semua yg terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam menyempurnakan pengajian ini. Tahun 2011 menjelma dipenuhi dengan ruang kosong untuk diisi samaada dengan kebaikan atau sebaliknya..hanya kita yang memilih untuk mencoraknya... PadaMu ya Allah ku bersyukur atas segala kurniaanMu..jadikan aku pendidik yang mampu memandu hamba-hambaMu menuju kejalanMu yang satu.. Kuatkan semangatku untuk menghadapi sebarang cabaran dan dugaan sepanjang hari-hari yang mendatang.
2 comments:
assalammualaikum, tahniah atie... :)
tahniah atie..semoge impian yang dikejar tercapai..didiklah anak bangsa dengan penuh dedikasi dan cemerlang...yakin boleh!
Post a Comment