Kubersyukur kerana menjadi khalifah dimuka bumi ini
Hidup ini akan kuteruskan dengan penuh semangat dan tabah
Walau apa jua badai yang datang
ingin kujulang impian, menegakkan cita-cita
Aku akan bangun dari segala kesusahan
Hari ini aku akan berlari dengan satu tujuan
Yang Jitu menggarap seluruh kejayaan
Biarpun sejarah silamku silap dan gagal
Dan itu adalah AKU
Kini kuhimpun segalanya
dan kuheret untuk merancang
satu kemenangan sebagai kemuncaknya
AKUlah singa itu
Hari ini aku berlatih dan bertatih
Biar sasaranku Tepat, Tegas, Cepat, Pantas dan Rasional
Sempadan pada cita-citaku adalah ALLAH dan Rasul-NYA
Banar pada segala matlamat, hakikat dan makrifat
Akulah singa itu
Santun pada segala adat alam dan fitrah kejadian
Biar kujadi insan yang merangkul setiap kejayaan
seperti saidina Umar Al-Khattab
Singa yang dikeluarkan oleh rasul dalam dirinya
Atau Umar Abdul Aziz
Menjadi singa kebenaran atau ketelusan
Kini aku sudah sedia memburu
untuk menggapai bebanan, sasaran dan tanggungjawab
Dan risiko untuk memaksa aku menjadi seperti seekor singa
Tafakur sebentar aku di sejadah peta duniaMembayangi kehebatan Ilahi
Menikmati anugerahnya
Menjalankan tugas sebagai khalifah
Ibarat singa yang gagah perkasa
Di Dunia belantara...
No comments:
Post a Comment