**Ayat Seribu Dinar**

**Ayat Seribu Dinar**
Mafhumnya:

Barangsiapa yang bertakwa kepada Allah, nescaya Allah akan lepaskan ia dari masalah hidup Dan diberikannya rezeki dari sumber yang tidak diduga. Dan barangsiapa yang bertawakkal kepada Allah, nescaya Allah akan mencukupkan keperluannya. Sesungguhnya Allah melaksanakan urusan ( yang dikehendaki ) Nya. Sesungguhnya Allah telah mengadakan ketentuan bagi tiap-tiap sesuatu.

Sunday, March 14, 2010

hari bersejarah

GURU

kalimah guru amat mudah disebut tetapi tidak mudah untuk dilaksanakan...
begitu berat tugas seorang guru...
pengalaman mengajar segalanya..
suaraku dah hampir tiada dek kerana menjerit di dalam kelas mengajar sekumpulan pelajar "GERGASI"
wah patutkah kalimah ini diberikan...
hari ini dalam sejarah aku mengajar kombinasi campuran 3 tingkatan...pelajar tingkatan 1, 2, 3
sangat membingitkan keadaan apabila dorang tidak mendengar kata, berborak-borak, bermain hs dan keluar masuk kelas sesuke hati dorang.. memang jauh berbeza pelajar zaman dahulu dan sekarang
tiada lagi perasaan menghormatkan guru pada mereka...semakin dilarang semakin riuh kelas lebih riuh dari pasar...
naik pening kepalaku mengendalikan kelas yang tidak tersusun ini.. Pabila diajar subjek tingkatan 1...semua pelajar tingkatan 2 dan 3 tak nak dengar..berlagak terror tapi bila diajukan soalan tak tahu pun nak jawab..
beginila realiti pelajar sekanrang..kalau terlalu laju..pelajar yg lambat akan ketinggalan dan jika terlalu lambat..pelajar yg pandai akan bermain2 dan buat bising... seharian mengajar dari jam 9.30 hingga 5.30 ptg ku rasa macam nak pecah kepala..biasa mangajar pelajar asing kelas ok je..tapi bila dicampur sebegini..dah jadi bukan kelas lagi...

 begitu kuat dugaan sebagai seorang guru..beginila agaknya cabaran dan dugaan yg dihadapi oleh guru-guruku suatu ketika dahulu...

terima kasih guru..keranamu aku di sini..keranamu aku berada pada kedudukan ini..keranamu jua ku menjadi insan terpelajar..tiada balasan yg dapat membalas jasamu..



No comments: