**Ayat Seribu Dinar**

**Ayat Seribu Dinar**
Mafhumnya:

Barangsiapa yang bertakwa kepada Allah, nescaya Allah akan lepaskan ia dari masalah hidup Dan diberikannya rezeki dari sumber yang tidak diduga. Dan barangsiapa yang bertawakkal kepada Allah, nescaya Allah akan mencukupkan keperluannya. Sesungguhnya Allah melaksanakan urusan ( yang dikehendaki ) Nya. Sesungguhnya Allah telah mengadakan ketentuan bagi tiap-tiap sesuatu.

Tuesday, February 16, 2010

Kisah Si Putih

 

  


Buat pembaca yang selalu mengikuti blogku pasti tidak lupa dengan kisah Utih & Snow. Untuk pengetahuan semua, Utih telah pun mati ketika berusia 5 bulan. Semasa pak cik ku pulang beraya di kg pada hari raya tahun lepas 2009, Utih ditinggalkan sendirian bersama ibunya Snow. Keadaan Utih sebelum ditinggalkan memang nampak pelik lagaknya dan bermanja-manja berlebihan. Sebaik sahaja pulang dari beraya di kg, Utih ditemui mati di belakang rumah. Maka seisi rumah sedih dengan pemergian Utih. Namun, Allah telah menjanjikan ada balasan untuk setiap kejadian. Selang sebulan kemudian, Snow mengandung lagi dan melahirkan 3 ekor anak yang cantik dan diberi nama Cotton, Pearl n Tompok. Muka Pearl memang sebijik macam Utih, manakala Cotton pula adalah anak Snow yang paling cantik, berbulu lebat dan seluruh badan putih tanpa sebarang campuran warna lain, sebijik macam Snow. Di bawah adalah gambar keluarga Snow, Cotton, Pearl (Tompok tak masuk sebab tak cantik hihi)



  

  

  

  


 



No comments: