2009 melabuhkan tirai, 2010 menjelma kini. Berganjaknya tahun ke tahun menandakan meningkatnya usiaku ke alam dewasa. Alam yang penuh cabaran. Tika saat kanak-kanak dahulu tidak perlu memikirkan sangat cara untuk berdikari dalam meneruskan arus kehidupan tapi kini ternyata usia dan pengalaman mematangkan segalanya. Begitu unik kejadian Ilahi, dijadikan kita sedari baby, kanak-kanak, remaja, dewasa dan tua mengikut acuan yang mampu kita tanggung dan tempuhi sesuai dengan usia kelahiran, seperti yang termaktub dalam Al-Quran Surah Al-Baqarah ayat 286 yang bermaksud:
"Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya"
Maka di seruNya juga dalam ayat tersebut supaya kita sentiasa berdoa dengan doa yang berbunyi:
"Ya Tuhan kami janganlah Engkau hukum kami jika kami lupa dan kami melakukan kesalahan.
Ya Tuhan kami, janganlah Engkau bebani kami dengan beban yang berat sebagaimana engkau bebankan kepada orang-orang sebelum kami.
Ya Tuhan kami janganlah Engkau pikulkan kepada kami apa yang tidak sanggup kami memikulnya.
Maafkanlah kami, ampunilah kami dan rahmatilah kami.
Engkaulah pelindung kami, maka lindungilah kami menghadapi orang-orang kafir"
Begitulah ayat yang diturunkan oleh Allah s.w.t dalam surah Al-Baqarah. Mengenangkan perjalanan hidupku sepanjang tahun 2009, pelbagai cabaran dan dugaan telah kuhadapi namun dugaan ini tidak mematahkan semangatku untuk terus memajukan diri.
Imbas kembali Diary 2009
1. Dapat massage dari HQ Mara berjaya dalam temuduga Mara, DG41 dan diminta lapor diri di Tiara Beach Resort, Port Dickson. 28.1.09 Lapor diri pensyarah matematik IKM Besut.
2. Tawaran Tutor UUM, DA41 sejurus selepas dapat offer leter Mara.
3. Perjalanan hidup membawaku ke Port Dickson tetapi pulang semula tanpa melaporkan diri atas dasar memilih tawaran UUM sebagai pilihan utama.
1. Takdir membawaku pulang ke tanah kelahiran selepas menolak tawaran Tutor UUM.
2. Meneruskan kerja sebagai kerani sambilan di kampung halaman.
3. Dalam dilema mencari arus perjalanan kehidupan.
4. Apply master UKM.
1. Exam KPLI dan Konvo Degree 28 Mac 2009.
1. Isi borang budget mini master.
2. Exam IELTS.
1. 16.5.09 exam insurans.
2. Interview UPNM.
1. Berkelah di Lata Tembakah.
2. 26.6 daftar master UKM.
1. 3.7.09 taklimat FST.
2. 5.7.09 register kolej Pendeta Zaaba F1.308.
3. 6.7.09 Bermula kuliah pertama semester 1 09/10.
4. 26.7.09 tukar bilik paras satu di Pendeta Zaaba F1.120.
1. Bermula test mid-term.
1. 4.9.2009 daftar Felo.
2. Raya Aidilfitri.
1. 4.10.2009 abg konvo.
2. 6.10.2009 2nd year anniversary.
3. 19.10.2009 final exam bermula.
1. 13.11.2009 berakhirnya final exam semester 1 09/10.
2. 20.4.2009 kursus KPO Melaka.
3. 23.11.2009 dapat lesen besar kete motor.
4. 26.11.2009 balik kg selama seminggu.
1. 3.12.2009 Kak Zan Kawin.
2. 4.12.2009 balik UKM.
3. 18.12.2009 Bushro bertunang.
4. 19.12.2009 Ita kawin.
5. 28.12.2009 bermula pengajian semester 2 09/10.
6. 31.12.2009 penutup diary 2009
Inilah serba sedikit perjalanan kehidupanku sepanjang tahun 2009. Suka duka 2009 mengajarku banyak erti kesabaran, ketabahan, usaha tanpa putus asa, dan secara tidak langsung pengalaman ini banyak mematangkan diri ini untuk menjadi lebih kuat, tabah dalam mengharungi susah senang kehidupan. Sesungguhnya apa yang telah ditakdirkan adalah yang terbaik untuk diriku dan segala dugaanmu Ya Allah ku tempuh dengan rela hati kerana ku tahu Kaulah sebaik-baik pencipta dan setiap ketentuanMu adalah yang terbaik untuk hambaMu.
*Open Diary 2010*
Kain Putih kini bakal dicorakkan
Secebis ukiran 2010 (Awal Muharam 1431 Hijriah):
1. Usaha adalah milikku.
2. Ketentuan adalah milik Allah.
3. Doa adalah milik hambaNya yang bertakwa.
4. Makbulkan doa itu urusan Allah.
5. Tidak putus asa itu milik setiap hambaNya
Moga 2010 membawa keceriaan dalam kehidupan ini dan moga ku terus tabah meniti hari-hari mendatang setabahnya aku meniti hari-hari yang sudah... berkatilah perjuanganku dan berikanlah daku kejayaan dunia akhirat...amin.
No comments:
Post a Comment