**Ayat Seribu Dinar**

**Ayat Seribu Dinar**
Mafhumnya:

Barangsiapa yang bertakwa kepada Allah, nescaya Allah akan lepaskan ia dari masalah hidup Dan diberikannya rezeki dari sumber yang tidak diduga. Dan barangsiapa yang bertawakkal kepada Allah, nescaya Allah akan mencukupkan keperluannya. Sesungguhnya Allah melaksanakan urusan ( yang dikehendaki ) Nya. Sesungguhnya Allah telah mengadakan ketentuan bagi tiap-tiap sesuatu.

Tuesday, January 26, 2010

Ikan owh Ikan



Ini ikan ketiga yang dipelihara.. Namanya ikan Lily. Sebelumni, pelihara ikan gapi. Ikan gapi pertama (3 ekor & 1 anak) mati kerana tidak letak anti klorin ketika menukar air.

Ikan Gapi kedua pula mati (2 ekor) kerana bergaduh sesama mereka (digigit ekor) oleh si pemunilasi. ekarang hanya tinggal sekor ikan gapi jahat.

Ikan ketiga adalah Lily...dibeli sebanyak 6 ekor..sekor mati kelemasan keesokan harinya dan sekarang ada 5 ekor Lily + 1 ekor Gapi. Lily ni agak besar saiznya jika dibandingkan dengan Gapi dan ia memerlukan makanan yang agak banyak. 

 

Gapi terpaksa diletakkan di dalam bekas kecil kerana dikhuatiri tidak dapat menyesuaikan diri dengan Lily



Sunday, January 24, 2010

The Miracle of Mathematics

What is the miracle of mathematics?

Maths is fun learning, easy to do, impressive subject

and math is everythiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiing for me

it is my best friend

my world and my life

my ambition is to be a mathematician

and to create philosophy of mathematics

-END-






Saturday, January 23, 2010

Dairy untuk Daniel Irsyad









21 January 2010 (21012010~nice gak number nie..wee~) lahirlah seorang putera yang diberi nama Wan Muhammad Daniel Irsyad. Bin Wan Mohd Wildan, Putera ketiga selepas Wan Muhammad Haikal Hazim dan Wan Muhammad Amar Hafiz. Kelahiran Daniel Irshad disambut dua minggu awal daripada tarikh jangkaan Dr. Dengan harapan mendapat baby perempuan selepas dua askar, akhirnya askar juga untuk kelahiran ketiga. Gen lelaki mengatasi gen perempuan, maka lahirlah Daniel Irshad. Apa yang menarik pada baby ini adalah nama yang diberi adalah atas cadanganku. Daniel Irsyad (petunjuk yang bijak dan berpengetahuan). Moga Daniel akan membesar dengan bijak dan dapat meneruskan perjuangan menyebarkan Islam ke dunia ini..amin



ni adalah along n angah abang kepada Wan Muhammad Daniel Irsyad (",)

jangan gaduh-gaduh ye korang..men bek2 hihi


Wednesday, January 20, 2010

Topic this semester

This sem ambik 3 subject je = 3x4 = 12 credit hour

cryptography, fuzzy math n stocastic


semoga tiga subjekni boleh membantuku sedikit sebanyak



Impian untuk membuat tesis this sem n menyiapkan setahun sarjana


terpaksa ditangguhkan


dan terpaksa mengikut kehendak kakanda yang menyuruhku membuat setahun setengah 


kerana kekangan masa dan tugas yang agak sibuk tiap-tiap hari

First month of study:


1. Cryptography :- Traditional cryptography including a little bit about mathematics of cryptography.

2. Stocastic :- Markov technique.

3. Fuzzy Math :- fuzzy union, fuzzy compliment, axiom, norm-s, norm-t, 10 class of classic fuzzy (Dubois-porade class, yoger class, drastic sum, algebraic sum, etc.) until chapter four, fuzzy relations and the extension principle












19.01.2010

Apa yg berlaku harini yer~

menyelesaikan kerja2 MQA yg perlu dihantar segera

thanks to my abg coz sudi datang melawat "me" di sini

da bape lame ye tak jumpa

awal pendaftaran master tahun lepas rasenye abg dtg

lepas tu terus xjumpa

setengah tahun skali jumpa

hahaha

bila mau datang lg ni

cepat2 kerja cini

saya nak bantal ""

cepat bagi.. da berabad saya tunggu

kalau tak saya guna talian hayat hihi

saya sangat geram dengan penjual pendrive di PC fair UKM tadi

customer is always right!!!

ade ke patut bila ditawarkan harga pendrive

die naikkan lagi harga barang tu

bengang betul!!!

klu camnila gaya jual barang

memang kedai ko tu takkan laku sampai bila2

baik tutup je terus!


Wednesday, January 13, 2010

Dialek Qlate Siri 1

Salam,

Buat tatapan semua, jika Miss D terkenal dengan penafsir dialek Sarawak, saya rasa teruja untuk menghebahkan dialek kelantan, di mana ramai daripada golongan masyarakat yang ingin menuturkan dielek ini di luar sana tetapi jarang yang tepat kerana kalau orang yang tak biasa guna, dialek ini akan disalah gunakan dan disebut dalam gaya qlate version "Thailand". Bagi mengelakkan keagungan dialek ini terus luput ditenggelam zaman, mari kita sama-sama belajar dialek qlate k (",)

Demo = Kamu
Ambo, Kawe = Saya
Jemeghut = Bertindih waktu
Bakpo = Kenapa
Molek, comey = Cantik
Jangot = Berhias
Derat = Jalan-jalan

setakatni dulu pengajian kita pada hari ini...bertemu kembali di lain bicara (",)







Saturday, January 9, 2010

Seni Khat


        Seni Khat adalah suatu seni yang memerlukan ketekunan dan kecekalan untuk menghasilkannya. Saya pernah mengambil Ko.k di UUM selama 4 semester suatu ketika dahulu tetapi kerana tidak mempraktiknya dan hanya berlatih menulis ketika di dalam kelas, tangan ini sepeti sudah beku dan keras untuk menulis kembali. Di bawah adalah hasil kreativiti adik Salam dalam mengukir namaku. Terima kasih banyak-banyak dik akak ucapkan atas kesudian mengukir nama ini dengan suatu ukiran yang menarik dan unik sekali (",)


Kredit to adik Abdus-salam  (penulis khat ini)

Wednesday, January 6, 2010

second offer letter

Offer letter kedua???

bukan kedua actually ketiga

offer letter ape ni?

offer letter yg telah banyak menyusahkan hidup aku!

dan aku tidak akan terpedaya lagi dengan tipu helah pihak yang tidak berkenaan!

offer letter pertama suruh lapor diri dalam masa sebulan dari tarikh surat dikeluarkan

sehingga aku melepaskan jawatan yang semua orang inginkan

tetapi sebaik sahaja pergi untuk lapor diri ditukarkan offer letter itu menjadi (lapor diri selepas dapat tawaran master)

dan banyak pula syarat-syarat yang menyusahkan!

ok fine dengan rela hati aku tarik diri

kini ia muncul kembali selepas setahun menyepi

offer letter ketiga berbunyi: lapor diri segera walaupun belum mendapat tempat master?

hey sape punye kerja yang banyak menyusahkan hidup orangni?

banyak menghabiskan masa menunggu,wang dan waktuku terbuang dek kerana terus menunggu

seperti yang dikendong tercicir,yang dikejar tak dapat!

walau apa pun surat yang korang offer kali ini, aku takkkan ke sana lagi

dan mohon jangan kacau hidup aku lagi!

aku bahagia dengan hidup bersusah payah sekarang

daripada hidup dalam pembaziran waktu

berhentilah mengganggu hidupku

wahai bayang-bayang gelap!



Saturday, January 2, 2010

Ikan Gapi


 Ikan Gapi baru dibeli pukul 6 pm 020110. Terdapat tiga ekor ikan Gapi yang terdiri daripada 2 Gapi betina dan seekor Gapi jantan. Gapi jantan berwarna oren dan sangat cantik. Balang ini dibeli di bintang

 

 

Akhirnya tercapai sudah hajat untuk memiliki anak ikan ini~moga anak-anak ikan ini cepat membiak dan terus bersamaku hingga ke akhir pengajian (",)



Colourful life 2009, white cloth of 2010

2009 melabuhkan tirai, 2010 menjelma kini. Berganjaknya tahun ke tahun menandakan meningkatnya usiaku ke alam dewasa. Alam yang penuh cabaran. Tika saat kanak-kanak dahulu tidak perlu memikirkan sangat cara untuk berdikari dalam meneruskan arus kehidupan tapi kini ternyata usia dan pengalaman mematangkan segalanya. Begitu unik kejadian Ilahi, dijadikan kita sedari baby, kanak-kanak, remaja, dewasa dan tua mengikut acuan yang mampu kita tanggung dan tempuhi sesuai dengan usia kelahiran, seperti yang termaktub dalam Al-Quran Surah Al-Baqarah ayat 286 yang bermaksud:


"Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya"

Maka di seruNya juga dalam ayat tersebut supaya kita sentiasa berdoa dengan doa yang berbunyi:

"Ya Tuhan kami janganlah Engkau hukum kami jika kami lupa dan kami melakukan kesalahan. 

Ya Tuhan kami, janganlah Engkau bebani kami dengan beban yang berat sebagaimana engkau bebankan kepada orang-orang sebelum kami.

Ya Tuhan kami janganlah Engkau pikulkan kepada kami apa yang tidak sanggup kami memikulnya. 

Maafkanlah kami, ampunilah kami dan rahmatilah kami.

Engkaulah pelindung kami, maka lindungilah kami menghadapi orang-orang kafir"

Begitulah ayat yang diturunkan oleh Allah s.w.t dalam surah Al-Baqarah. Mengenangkan perjalanan hidupku sepanjang tahun 2009, pelbagai cabaran dan dugaan telah kuhadapi namun dugaan ini tidak mematahkan semangatku untuk terus memajukan diri.

Imbas kembali Diary 2009

Jan 2009       

1. Dapat massage dari HQ Mara berjaya dalam temuduga Mara, DG41 dan diminta lapor diri di Tiara Beach Resort, Port Dickson. 28.1.09 Lapor diri pensyarah matematik IKM Besut.
2. Tawaran Tutor UUM, DA41 sejurus selepas dapat offer leter Mara.
3. Perjalanan hidup membawaku ke Port Dickson tetapi pulang semula tanpa melaporkan diri atas dasar memilih tawaran UUM sebagai pilihan utama.

Februari 2009   

1. Takdir membawaku pulang ke tanah kelahiran selepas menolak tawaran Tutor UUM.
2. Meneruskan kerja sebagai kerani sambilan di kampung halaman.
3. Dalam dilema mencari arus perjalanan kehidupan.
4. Apply master UKM.

March 2009      

1.  Exam KPLI dan Konvo Degree 28 Mac 2009.

April 2009        

1. Isi borang budget mini master.
2. Exam IELTS.

Mei 2009        

1. 16.5.09 exam insurans.
2.  Interview UPNM.

Jun 2009         

1. Berkelah di Lata Tembakah.
2. 26.6 daftar master UKM.

Julai 2009        

1. 3.7.09 taklimat FST.
2. 5.7.09 register kolej Pendeta Zaaba F1.308.
3. 6.7.09 Bermula kuliah pertama semester 1 09/10.
4. 26.7.09 tukar bilik paras satu di Pendeta Zaaba F1.120.

Ogos 2009        

1. Bermula test mid-term.

September 2009  

1. 4.9.2009 daftar Felo.
2. Raya Aidilfitri.

Oktober 2009    

1. 4.10.2009 abg konvo.
2. 6.10.2009 2nd year anniversary.
3. 19.10.2009 final exam bermula.

November 2009   

1. 13.11.2009 berakhirnya final exam semester 1 09/10.
2. 20.4.2009 kursus KPO Melaka.
3. 23.11.2009 dapat lesen besar kete motor.
4. 26.11.2009 balik kg selama seminggu.

December 2009

1. 3.12.2009 Kak Zan Kawin.
2. 4.12.2009 balik UKM.
3. 18.12.2009 Bushro bertunang.
4. 19.12.2009 Ita kawin.
5. 28.12.2009 bermula pengajian semester 2 09/10.
6. 31.12.2009 penutup diary 2009

Inilah serba sedikit perjalanan kehidupanku sepanjang tahun 2009. Suka duka 2009 mengajarku banyak erti kesabaran, ketabahan, usaha tanpa putus asa, dan secara tidak langsung pengalaman ini banyak mematangkan diri ini untuk menjadi lebih kuat, tabah dalam mengharungi susah senang kehidupan. Sesungguhnya apa yang telah ditakdirkan adalah yang terbaik untuk diriku dan segala dugaanmu Ya Allah ku tempuh dengan rela hati kerana ku tahu Kaulah sebaik-baik pencipta dan setiap ketentuanMu adalah yang terbaik untuk hambaMu.

~Close Diary 2009~

*Open Diary 2010*

Kain Putih kini bakal dicorakkan
Secebis ukiran 2010 (Awal Muharam 1431 Hijriah):

1. Usaha adalah milikku.


2. Ketentuan adalah milik Allah.


3. Doa adalah milik hambaNya yang bertakwa.


4. Makbulkan doa itu urusan Allah.


5. Tidak putus asa itu milik setiap hambaNya

Moga 2010 membawa keceriaan dalam kehidupan ini dan moga ku terus tabah meniti hari-hari mendatang setabahnya aku meniti hari-hari yang sudah... berkatilah perjuanganku dan berikanlah daku kejayaan dunia akhirat...amin.




 

Friday, January 1, 2010

Mr SpongeBob @ Bob-bob







Ini adalah Bob yang di beri oleh cuk 2 tahun lepas...Bob-bob sekarang sudah tua dan lanjut usia, kulitnya telah menjadi lembik kerana selalu dicampakkan oleh Haikal ke merata-rata. Namun Bob-bob tetap segak bergaya dan sentiasa ceria tersenyum dengan gigi dua batangnya. Hari ini bob-bob telah mendapat adik baru yang dilahirkan dari koko crunch. Adik bob-bob memakai cermin mata. Bob-bob sudah tidak kesunyian lagi setelah mendapat adik baru.
Sekian (",)

Note: * kredit to miss D for the scroll tutorial~thanks a lot