Salam Maal Hijrah
Tanggal tahun baru 1 Muharam 1432H (7.12.2010) diri ini masih terpinga-pinga tentang penentuan masa depan samada ingin menyambung pengajian lagi atau bekerja dahulu dan sambung kemudian. Tawaran kerajaan melalui
MyBrain15 MyphD membuka mindaku bahawa kerajaan telah menawarkan satu tawaran baik kepada sesiapa yang ingin melanjutkan pelajar bagi mencapai target 60 000 pemegang PhD di kalangan rakyat Malaysia. Dengan menawarkan yuran pengajian sebanyak RM24K sepanjang pengajian dan perbelanjaan sara diri sebanyak RM2 300, ia adalah satu tawaran yang hebat di tambah dengan gaji RA RM1800 per month, rasanya itu sudah cukup untuk menampung hidup sepanjang pengajian. OMG what should i do? Orang kata belajar lagi best daripada kerja. Aku plak tak tahu mana lagi best sebab tak pernah kerja. Bila belajar rasa nak kerja, tapi bila kerja masa terikat dan kerja pula bertimbun, lagi2 kalau dapat bos yang tak sekepala memang hidup bagai dalam api membara. Di mana kita berada, tak semua orang suka akan karenah kita, walaupun kita berbuat baik pasti ada yang tak puas hati, buat jahat apatah lagi orang benci dan dilaknati Allah.