Buat kali pertamanya dalam sejarah hidupku menyerbu ke bilik student untuk operasi spot check di blok pangsa siswi. Sepanjang pengajianku di UUM tidak pernah ada spot check di buat. Meeting bermula jam 9.00p.m 30.9.09 dan selesai pada jam 1 a.m 31.9.09, tempahan makanan diambil dan felo padli selaku jurubeli makanan menerima tempahan dari semua felo dan jaksa yang bakal menjalankan operasi. Saya tak mau nasi! (~roti canai sudah~) . Makanan sampai jam 1.45 a.m dan operasi dimulakan dengan jamuan makan2. Plan lokasi serbuan ditetapkan oleh ayahanda pengetua dan skuad berada dalam kumpulan yang telah ditetapkan. Selepas selesai jamuan makan2 dan pencarian anak kunci oleh Jaksa dan Felo bertugas, serbuan hendap telah dijalankan bermula jam 3 a.m. Malangnya walaupun tangan sudah kemerahan mengetuk pintu-pintu bilik tersebut, hanya separuh daripada bilik serbuan yang berjaya di buka kerana kebanyakan pelajar telah mengunci bilik dari dalam dan usaha untuk membuka pintu dengan menggunakan kunci pare tidak berjaya. Terdapat sesetengah pelajar yang enggan untuk membuka pintu bilik kerana takut (maklumla pukul 3 a.m). Operasi ini selesai kira-kira jam 4.10 a.m... Tiada sebarang serbuan setinggan yang dapat dikesan oleh skuad kami.Setelah proses pemulangan anak kunci ke pejabat dilakukan..majlis bersurai~tito tito tito~
No comments:
Post a Comment