Sedar ataupun tidak kita sekarang sudah berada di penghujung tahun 2010, bulan 9 dah tinggal beberapa hari lagi, pelajar-pelajar yang mengambil paper sibuk menelaah pelajaran untuk exam dan menyiapkan assignment yang semakin bertimbun. Percaya atau tidak hanya tinggal sebulan lebih sahaja lagi untuk aku menyiapkan tesis ini sebelum viva. Adakah masa akan sentiasa menyebelahi diri ini...? Ya Allah bantulah hambuMu ini dalam menghabiskan sisa-sisa terakhir pengajian. Permudahkan segala urusanku dan berilah kekuatan kepadaku untuk terus bersemangat dan berusaha sedaya upaya bagi merealisasikan impianku ini..sesungguhnya hanya engkau yang layak menganugerahkan setiap hambaMu dengan apa jua yang Engkau hendaki..amin.. :)