Jun 2010 sudah hampir ke penghujung..ini menandakan datangnya Julai membuka bicara. Julai bulan penuh makna bagi setiap pelajar yang baru sahaja menerima tawaran kemasukan ke IPTA. Julai menunjukkan bermulalah pentadbiran jejaksa kolej di ukm. Ia membuka bicara kesibukan hidupku malam2 dengan meeting2 pada hari mendatang. Alhamdulillah website yang diinginkan kolej akhirnya berjaya dibina Kolej Ungku Omar UKM. Tugas pengedit website telah diamanahkan, semoga diberi kesempatan waktu untuk melakukan yang terbaik. Tesis pula mula menjengahkan diri merintih meminta dibelai. Ubat-ubatan yang ditempah untuk supliment kedua-dua bahan ini pula masih di dalam perjalanan. Moga perjalanan suppliment sampai ke destinasi dengan selamat dan berkualiti...amin
**Ayat Seribu Dinar**
Mafhumnya:
Barangsiapa yang bertakwa kepada Allah, nescaya Allah akan lepaskan ia dari masalah hidup Dan diberikannya rezeki dari sumber yang tidak diduga. Dan barangsiapa yang bertawakkal kepada Allah, nescaya Allah akan mencukupkan keperluannya. Sesungguhnya Allah melaksanakan urusan ( yang dikehendaki ) Nya. Sesungguhnya Allah telah mengadakan ketentuan bagi tiap-tiap sesuatu.
Barangsiapa yang bertakwa kepada Allah, nescaya Allah akan lepaskan ia dari masalah hidup Dan diberikannya rezeki dari sumber yang tidak diduga. Dan barangsiapa yang bertawakkal kepada Allah, nescaya Allah akan mencukupkan keperluannya. Sesungguhnya Allah melaksanakan urusan ( yang dikehendaki ) Nya. Sesungguhnya Allah telah mengadakan ketentuan bagi tiap-tiap sesuatu.
Monday, June 28, 2010
Tuesday, June 22, 2010
belajar owh belajar
Begitu pantas masa berlalu...tanpa disedari suatu ketika dulu diri ini yang pernah terkial-kial samada mahu melanjutkan pengajian diperingkat sarjana ataupun tidak kini telah pun berjaya menghabiskan 2 semester pengajian dan hanya tinggal 1 semester lagi untuk menyiapkan tesis..insyaAllah..syukur ke hadratMu ilahi dalam kesusahan ada kesenangan..itulah janjiMu buat hamba-hambaMu yg tidak pernah berputus asa... InsyaAllah akan ku kuatkan langkah untuk terus mara sehingga ke titisan terakhir keringatku menyahut seruanMu berjuang dijalanMu demi menegakkan agamaMu ya Rabbi...bantulah hambaMu menuju ke jalanMu
Sunday, June 20, 2010
Majlis Perkahwinan
Sekian lama menyepi menghabiskan sebulan every week menghadiri majlis perkahwinan..
Alhamdulillah selesai sudah semua majlis perkahwinan yang dirancangkan. Di atas ini adalah majlis perkahwinan sahabat baik saya Nur Suhana Zainuddin yang telah berlangsung pada 16.6.10 (akad nikah), 17.6.20 (kenduri). Sepanjang majis perkahwinan ini berlangsung saya telah diberi kepercayaan untuk menyiapkan semua hantaran yang dipamirkan di atas, berbekalkan minat yang mendalam dalam bidang gubahan ini saya sedaya upaya menyiap hantaran di atas walaupun tiada langsung pengalaman menyediakan gubahan perkahwinan. Kepercayaan yang diberi tidak diketepikan, ku berupaya menyiapkannya walaupun tidaklah berapa cantik hiasan ini.. :) Tahniah buat kedua-dua mempelai Nur Suhana dan Syafiq Ansari..moga kalian berbahagia sentiasa...amin
ni pula perkahwinan Wan Nur Izni & Irwan Shah yg telah berlangsung pada 12.6.10.
Ni perkahwinan kak yg berlangsung pada 4.6.10 (akad nikah-rumah kak Bandar Country Homes Rawang) 5.6.10 (kenduri- Majlis Perbandaran Sivik Petaling Jaya )..sangat bertuah diberi penghormatan untuk menjadi pengapit sempena perkahwinan kak...semoga kak bahgia sentiasa..terima kasih kak atas layanan istimewa yang diberikan :)
Penutup majlis perkahwinan Jun 2010 adalah perkahwinan Suhana Bt Dato' Suid & Sazali yg telah berlangsung di dewan sultan Mizan Putrajaya. Kehadiran kawan-kawan dari UUM (Atun, Syafa, Kak Faezah, Kak Syaz, Azani, Kak Akma ) Xkolej Proton ke sini memeriahkan lagi suasana...happy dapat jumpa korang sume :) Semoga berkekalan buat pasangan merpati dua sejoli ini :)
Subscribe to:
Posts (Atom)