**Ayat Seribu Dinar**

**Ayat Seribu Dinar**
Mafhumnya:

Barangsiapa yang bertakwa kepada Allah, nescaya Allah akan lepaskan ia dari masalah hidup Dan diberikannya rezeki dari sumber yang tidak diduga. Dan barangsiapa yang bertawakkal kepada Allah, nescaya Allah akan mencukupkan keperluannya. Sesungguhnya Allah melaksanakan urusan ( yang dikehendaki ) Nya. Sesungguhnya Allah telah mengadakan ketentuan bagi tiap-tiap sesuatu.

Thursday, June 18, 2009

my work space

Pertemuan singkat dengan AL-Ansar Consultancy banyak mengajar aku seribu pengalaman. Terima Kasih yang tidak terhingga kepada En Basri (abe yi), En Bakhtiar (Abe Ya), En Aziz (Abe Aziz) kerana sudi menerimaku untuk bekerja dengan syarikat ini walaupun mereka tahu aku hanya ingin bekerja sementara.Layanan mereka sungguh baik sekali. Proses interview amatla ringkas. Aku dengan slambernya pakai jeans g interview hehe..samapai KB pukul 7 pagi dari K.L dan sampai2 je terus ke wisma untutk cari kerja. Tanpa membuang masa, aku menelefon bos dan tanpa di jemput aku manawarkan diri untuk pergi interview secepat mungkin.Alhamdulillah esoknye terus start kerja dan kini aku meninggalkannya..sobsobsob..


Alamak pengganti saya takde lagi..sape2 nak kerja sini cepat bitaw..cian bos nak kene cari orang lak n sampai skang still takde orang nak isi lagi huex3

Mesin Fax tu digunakan untuk fax makanan kepada tuk hehe..sesape yang nak order makanan boleh tinggalkan no fax beserta pesanan yang dikehendaki kepada saya, nanti saya faxkan huex3

Tuesday, June 16, 2009

coretan sebelum melangkah pergi







Ya Allah hati ini sebenarnya sedang risau, risau tentang hari yang mendatang...
risau untuk menempuh dugaan hari esok...
risau andai diri ini lemah menghadapi dugaanmu...
sesungguhnya hanya padamu aku bermohon...
hanya Engkau yang mendengar rintihan hambamu dan sesungguhnya hanya engkau yang boleh memakbulkan setiap doa yang di utarakan...
permudahkan segala urusanku dan seluruh umat islam di dunia ini...
tabahkanlah hatiku seperti hari-hari sebelumnya...
tunjukkanlah kami jalan yang terbaik menuju FirdausMU...amin






Sunday, June 14, 2009

~kenangan abadi abadan abada~

Tiada Lagi Yang Kuharapkan
Tiada Lagi Yang Kuimpikan
Biar aku Sendiri Tanpa Dirimu
Tiada Lagi Kata Cintaku
Tak Kan Lagi ku Bersamamu
Biar Kusimpan Semua Kenanganku Bersamamu


Sia-sia Sudah Kita Jalin Cinta Bila Hati Slalu Berbeda

Tak Mungkin Kan Menyatu

Biarkan Saja Berakhir Sampai Di Sini


Tiada Lagi Yang Kuharapkan
Tiada Lagi Yang Kuimpikan
Biar aku Sendiri Tanpa Dirimu


Kesusahan melakukan sesuatu itu akan terasa nikmatnya jika diiringi dengan usaha bersungguh-sungguh tanpa mengenal erti penat dan lelah


^coretan ini hanyala sekadar memory yang akan terus tersemat abadi dalam sanubariku dan hanya berakhir di sini detik 14.6.2009^

NOKHTAH.

Sincerely:
Wan Noor Hayatie Wan Abdul Aziz



Thursday, June 11, 2009

The Most Important Thing is Nawaitu

Antara niat dan manis bicara
satukan di dalam satu denyutan
dimana jiwamu pasti bahagia

Apabila kita hendak malakukan sesuatu mesti ada niat dan niat pula terbahagi kepada dua samada niat baik atau niat buruk dan ianya samada hanya sekadar manis bicara atau beserta niat usaha...
Yang penting ialah kita perlu menggabungkan niat baik dan usaha ini supaya jiwa kita bahagia

kembali bersemi insani
lafazlah setulus hati nurani
bukakan maksud tersimpan di hati
biarpun pedih menyeksa
naluri...nawaitu tuntutan batin suci

.................

usahlah engkau selindungkan bayangmu
renungi asal...kejadian dirimu
berjalan dulu bukan erti kau kalah
tebarkan serata

.................

usahla engkau persalahkan kakimu
andainya rebah di bumimu sendiri
mungkinkah ada kesilapan semalam

.................

lafazkanlah sejujur hati
ketelusan insan sejati
mencerminkan budi pekerti
kesungguhan menyingkap maghfi
kebenaran diri yang suci

...................

hanya jiwa tulus mengerti
kemanisan nawaitu hati
ketenangan dalam mencari keredhaan darimu
TUHAN

Tuesday, June 9, 2009

.M.E.R.E.K.A. .D.A.N. .M.E.R.E.K.A.


alhamdulillah abis dorang makan aku masak,
sehingga menjilat jari,sedap ker hihi


eh ni same ke dengan yang bawah hihi...




cik mar naik buai..tuk nyanyikan buai buai buai hihi..


is it boy or girl???


huh aku baru bgn tido pun nak ambik gambar hohoho

Thursday, June 4, 2009

Dia insan yang cekal


Dia...

Insan tabah yang sentiasa cekal...

Cekal dengan kesusahan hidup di dunia...

Cekal tiap kali di timpa musibah...

Cekal hidup bernafaskan asap pelita pabila malam menjelma...

Cekal tatkala putera ketiga di ambil Ilahi...

Cekal di saat rumah yang dibina dijilat api...

Cekal merelakan pemergian suami tercinta mengadap yang ESA..

Cekal membesarkan anak-anak sendirian...

Cekal mencari rezeki yang halal untuk santapan anakanda kesayangan...

Cekal melayani karenah putera-puterinya...

Cekal menghadapi dugaan penyakit yang melanda...

Cekal di saat jarum hospital menjadi santapan pagi, petang dan malam...

Cekal menerima semua hakikat sehingga saat terakhir ajal menjemputnya...

Dia masih boleh tersenyum dikala diri di kapankan...

Cekal sehingga Dia di jemput pergi...



Dia...

Insan tabah yang sentiasa cekal...


Dia...

Kini aman di kehidupan abadi...

Tiada lagi kematian selepas itu...

Tiada lagi urusan dunia yang perlu di galas...

Moga Dia bahagia di alam hakiki...

Sucilah jasadnya mewangi...

Jihad menjadi pilihan...

Rela menyahut seruan...

Demi Islam di tegakkan...

Al-Fatihah buat Dia...


....................


...............hoby saye saat kebosanan melanda melukis gamabr katun hehe..............




Monday, June 1, 2009

selamat menempuh alam perkahwinan buat kekawan yang bakal bergelar raja sehari


kak Fina (kiri), kami sepasukan sekretariat kerjaya kini telah tamat pengajian dan membawa haluan masing-masing... Tahniah buat shamsul dan kak fina yang bakal bergelar raja sehari pada 7 Jun 2009. Shamsul sebagai ketua kumpulan kami dan kak fina ahli jawatankuasa dalam group Topaz. Cinta IPTA ini bakal ditamatkan dengan ikatan perkahwinan seminggu dari sekarang... Maaf di pohon kerana tidak dapat hadir ke majlis kenduri kalian kerana jarak yang memisahkan...

bulan ini tersangat ramai kawan-kawan yang melangsungkan majlis perkahwinan mereka... tahniah juga buat Salwa yang melangsungkan perkahwinannya pada hari ini 1.6.2009..Insyaallah saya akan hadir lepas kerja petang nanti.

Undangan perkahwinan dan kenduri minggu ini sangat padat dan dapat menjimatkan duit makan saya..hehe..Terima kasih kepada yang sudi menjemput dan harap maaf kepada sesiapa yang saya tak dapat pergi.. Moga semua kekawan berbahagia hingga ke syurga..amin





























team career sekretariat!